Duit Belanja Sally

26 Mar 2011

Kisah Kita dan Kucing

Ouii ouiii...

Ramai yang tak tahu, kita sebenarnya dah lama ada pengalaman dalam memelihara kucing. Seingat kita, sejak umur 9 tahun kita dah ada kucing. Cuma beberapa tahun selepas tu, yakni sebelum 'kemunculan Sally' dalam hidup kita, kita terpaksa abaikan minat kita tu sebab kita mula berpindah ke rumah flat. Yela, sebelum tu kita duduk kat kawasan 'Sting Garden' (Hanya yang paham je tahu makna sting garden tuh! Haha), so agak sukar untuk kita pelihara kucing masa tu, tambahan pulak dengan status kita sebagai pelajar sekolah rendah. So memang takda masa nak jaga kucing mucing nie.

Sejak zaman kanak-kanak, kita memang suka kucing dan sentiasa berkeinginan untuk peluk kucing setiap kali kita jumpa mereka-mereka ini di mana-mana. Jadi buat pertama kali, kita pelihara seekor kucing. Kita letak nama dia Panther pasal rupa dia macam harimau kumbang. Satu badan hitam. Dan seingat kita, Pantherlah salah seekor kucing kita yang paling lama dan paling banyak kisah suka duka kita dengan Panther. Panther nie jantan. So paham2lah, jantan nie bila dah baligh, mula tak lekat kat rumah. Kerja dia asyik bergaduh pasal berebut 'awek' kat luar. Nak dapat seekor 'awek', kucing2 seangkatan Panther terpaksa beradu tenaga untuk mendapatkan 'awek' idaman hati. Haha. Macam best je ayat kita nie.

Dan bermulalah gelagat Panther yang suka keluar masuk rumah. Dan pengalaman sedih, ada beberapa kali Panther balik rumah dalam keadaan berlumuran darah. Paling kita tak boleh lupa, waktu tu Panther teruk sangat cedera dia. Lidah dia luka, kaki dia cedera pastu badan dia habis calar-balar. Kita menangis waktu tu. Ayah kita kata, Panther sah-sah bergaduh besar dengan kawan2 seangkatan dia kat luar. So sebaik saja tengok Panther dah terhincut-hincut kakinya, kita mula rawat dia. Kita bersihkan luka dia, kita letak ubat luka, kita bersihkan lidah dia. Pokoknya semua yang termampu untuk sembuhkan Panther, memang kita buat. Dan rasanya dekat seminggu kita jadi doktor Panther. Tapi dua hari masa rawat dia, Panther memang tak pergi mana. Dia memang berehat je kat atas katil atas yang kita khaskan untuk rawat dia. Memang nampak dia sakit. Tapi lepas sihat, dia mula tak lekat rumah balik. Kita pun tak boleh halang pasal kita sekolah pagi petang (agama dan kebangsaan).

Kita pelihara Panther dekat 4-5 tahun rasanya. Pada satu hari tu, Panther terus hilang tak balik-balik. Maybe Panther dah mati akibat bergaduh kot... (+_+). So tak lama pastu, kita isi kesedihan kita dengan memelihara seekor lagi kucing. Kita boh nama dia Tommy. Tommy pun jantan gak. Muka Tommy nie memang ada iras kucing yang iklan Whiskas tu. Memang sama. Tu pasal kita suka tengok iklan Whiskas sebab model kucing tu mengingatkan kita pada Tommy... Huhu... (T_T)


Macam inilah lebih kurang identiti si Panther

So sebagaimana Panther, Tommy pun macam tula. Bila dah besar, mula gatal nak mengawan. Cuma sepanjang pelihara Tommy, dia tak pernah gaduh teruk sampai darah-darah macam Panther. Tommy just luka-luka biasa je. Tak teruk. Nak dijadikan cerita, waktu tu jiran depan rumah kita (India), dia ada seekor kucing betina. So Tommy nie memang selalu bertenggek kat rumah jiran kita tu pasal suka kat kucing betina India tu. Kucing tu agak comel dan agak bersih sebab dijaga dek keluarga India tu. Lama-kelamaan kucing betina tu pun selalu datang rumah kita dan selalu bertenggek kat rumah kita pasal nak jumpa Tommy. (Kiranya cinta Tommy berbalaslah kan? Keh keh keh!!!...) Disebabkan selalu sangat kita jumpa Tommy dating dengan awek dia tu, so kita pun letak nama awek Tommy tu sebagai Mimi. Last-last Mimi pun pregnant pasal dah asyik dating je dengan Tommy, kan? Haha... Kantoi!!

Part nie kita excited nak cerita nie. (^_^)

Sepanjang Tommy couple dengan Mimi, dua kali Mimi pragnant dan KITALAH yang jadi bidannya. Tu pasal masa Sally nak beranak hari tu kita tak takut pasal kita memang ada pengalaman sambut baby kucing. Mengimbau balik saat Mimi nak beranak, satu pagi tu kita tengah tidur. Mimi datang dok meoww meoww kat kita, pastu usik-usik muka kita, pokoknya selagi kita tak bangun, dia tak diam. Dok mengiau suruh kita bangun. So kita mengalah. Kita bangun. Kita tengok dia lain macam. Pasal meoww meoww dia bukan macam biasa. Kalau nak makan, bukan macam tu. So kita syak Mimi dah sampai masa nak beranak. Kita terus siapkan persiapan untuk dia beranak dan akhirnya kita berjaya jadi bidan dia dengan selamat. So dua kali dia beranak, dua kali lah macam tu. Oh ya, sejak Mimi asyik bertenggek kat rumah kita, Mimi dah jarang balik rumah dia pasal dia lagi suka kat rumah kita. Jiran India tu pun macam tak marah. Yela, kita jaga Mimi baik-baik apa. Lagi pun Mimi sendiri nak datang rumah kita.

Tommy memang ada iras model iklan Whiskas ni, tapi percayalah, Tommy kita lagi handsome!


So berbalik kepada anak-anak Mimi tu, kali pertama tu dia beranak 3 ke 4 ekor, entah, kita lupa. Tapi seekor daripadanya mati kena langgar dek jiran sebelah yang reverse kereta tapi tak tengok belakang. Yang buat kita angin, dah langgar tu bukan nak stop tengok, sebaliknya dia boleh blah macam tu je. Kurang asam. Tapi tula, disebabkan perangai biadap dia tu, tak lama pastu dia accident. Dua kali rasanya dia accident. Ambik ko! Tula, jangan kurang ajar kat haiwan. Kan Allah bayar cash! Dahla yang kena langgar tu anak Mimi yang comel, badannya belang-belang macam harimau! Kita siap boh nama dia Tommy jugak pasal muka dia sejibik macam ayah dia, cuma warna je lain sikit. Masa dia langgar anak Mimi tu time tu abang kita ada, so abang kitalah yang tanam pasal kita tak sampai hati... kita terlalu sedih. Abang kita buka T-Shirt yang dia pakai waktu tu untuk balut anak Mimi yang dah mati kena langgar tadi.

Tommy yang mati kena langgar tu ada iras-iras kucing yang belah kiri ni. Ibunya si Mimi, warna bulu pun lebih kurang macam ni - kuning + oren + hitam

Tentang anak-anak Mimi yang lain, (Mimi kan beranak 2x, so banyaklah anak dia), ada yang mati kena langgar, tapi tak ingat kat mana pasal dah lama sangat, dan ada yang ghaib macam tu je. Kita memang takda masa nak perhati seekor-seekor anak Mimi pasal as i told before, kita bz sekolah. Tapi ada seekor tu yang sezaman dengan Tommy yang mati tadi, kita sempat selamatkan dan dialah satu-satunya anak Mimi yang kita pelihara. Kita letak nama dia Tony. Tony nie comel, ada iras-iras Sally, bulu putih pastu ada tompok hitam. Tapi takda tompok oren macam Sally. Just putih tompok hitam. Memang comel. Tapi Tony nie pun tak lama dengan kita pasal Tony nie bengong sangat. Dia suka sangat berak kat ceruk dapur. Kita banyak kali ajar pun tak paham-paham, tak macam kucing2 yang kita pelihara sebelum ni. Lagi pun Tony ni jantan, so ayah kita tak nak Tony nantik besar balik rumah luka-luka macam Panther dan Tommy. (Waktu Tony mula membesar, Tommy pun mula menghilangkan diri dan tak balik-balik lagi. Memula kita rasa risau dan sedih, tapi bila dah 2x rasa macam tu, kita macam dah lali pulak. Yang Mimi pun, sejak Tommy ghaib, dia pun ghaib sama. Huhu...)

So pada satu hari tu, ayah kita hantar Tony kat Masjid Bangsar, pastu ayah kita kata, tak lama lepas tu, dia nampak ada seorang kanak-kanak merengek kat ayah dia nak jaga Tony bila dia nampak Tony mengiau-ngiau keseorangan (eh silap, keseekoranlah, kan? haha..  belasah jela..) Memula kita marah kat ayah kita sebab hantar Tony tanpa pengetahuan kita, tapi bila ayah kita beritahu yang dia nampak budak tu akhirnya mengendong Tony dan terus menaiki kereta Mercedese, kita rasa berbesar hati dan berharap agar Tony tak dianiaya. Yela, maybe budak tu tengok Tony nie comel je, so dia excitedlah nak bela. Jangan dia buli Tony sudah!

Bulu si Tony tu lebih kurang macam kucing di atas ni - putih keseluruhan bertompok hitam

Pastu abang sulung kita jumpa Tyson kat pasar, yakni seekor kucing jantan yang sangat comel dan mempunyai ekor yang sangat panjang dan lurus. Tyson waktu tu kecik lagi, dalam 4-5 bulan. Abang kita bawak ibu dia sekali. Depa dua ni macam mix jugak. Bulu kembang gitu. Tapi ibunya tak lama kami bela pasal kita waktu tu masih bz sekolah. So tinggal Tyson jela. Tyson ni pulak akhirnya menerima nasib yang sama macam Tony sebab suka berak merata-rata. Ayah kita dah tension. Last2 dia pun buang Tyson kat masjid. Dan rasanya Tyson pun akhirnya dapat penjaga baru macam Tony pasal Tyson nie comel jugak.

Warna bulu Tyson lebih kurang macam kucing ni, cuma Tyson lagi kembang bulunya dan lagi comel wajahnya!


Tak lama pastu, abang kita yang lain terjumpa lagi seekor kucing kat pasar. Bulu dia semua putih, ekor kembang. Dia nie kira mix persian jugak, cuma mungkin dah lama duduk kat Malaysia, dia dah jadi macam ala-ala Domestic Cat mix Persian Cat. Haha. Sangat lawak! Tapi mata dia sangat cantik. Warna biru. Kucing ni betina. Abang kita bawak balik rumah, bagi kat kita. Kita pun apa lagi, tersangatlah happy sebab dapat 'kawan' baru. Comel pulak tu. Dan memandangkan kucing kali ni tak macam kucing biasa, dengan mata biru, dengan bulu lebat mengembang, so kita bubuh nama dia Sally.

Ya. Sally.

Kalau korang nak tahu, sejarah nama Sally yang kucing sekarang nie diambil sempena nama kucing Sally yang mix Persian nie laa... So bermulalah kehidupan kita dengan Sally. Adalah dalam setahun dua kita pelihara Sally. Pastu Sally mula menghilangkan diri sehingga kita gagal mengesannya lagi. Tak lama pastu kita pun berpindah dari kawasan itu. Huhuhuu...

Sally kita yang dulu macam inilah lebih kurang. Mata biru + bulu separa kembang


So amacam?

Best tak dengar pengalaman kita dengan kucing-kucing tu semua?
Tapi sayangnya, kita tak ada even sekeping pun gambar mereka semua, sebab masa tu mana ada kamera digital. Kamera kompak pun kita tak ada, nak pinjam kamera ayah, macamlah ayah nak bagi kita pinjam. Time tu kan kita budak-budak lagi. So kita just bagi kucing contoh jela yek? Just untuk menggambarkan bagaimana rupa kucing-kucing kita tu.

Lagi satu, kucing-kucing yang kita bela sebelum ni, kita bela ala kadar je. Memang tak ada peruntukan sebab kita kan budak sekolah. Keluarga kita tak ada pun yang gila kucing macam kita, depa just suka-suka gitu je sebab depa tahu kita nie gila kucing. So makanan harian si Panther, Tommy, Mimi, Tony, Tyson dan Sally yang dulu tu, semuanya makan makanan biasa je. Nasi berlauk ikan. Jarang kita bagi mereka makan whiskas ke friskies ke etc pasal time tu kita budak sekolah. Jadi mereka semua tak merasalah makan sedap-sedap macam yang Sally rasa sekarang ni. Sally kita yang sekarang nie, ada masa Whiskas dengan Pro Diet pun dia tak layan pasal kita dah terajar dia makan sedap-sedap macam KFC, McD etc. Tapi kita takdalah layan sangat. Tegas jugak. So Sally kita nie selalu jugak kena marah dengan kita pasal kita tak nak dia demand sangat. Marah mama kat anak... hahaha...

Sekarang kita ada Sally si Kucing Comel dan anak-anak dia lima ekor. Tapi anak-anak dia tu kita terpaksa bagi kat orang sebab ayah kita dah bising. Kita terpaksa akur sebab kita akui kita memang kurang masa untuk jaga kucing banyak-banyak. Sally seekor pun ada masa ayah kita bising-bising pasal keletah dia kadangkala agak ganas dan suka menjahanamkan barang dalam rumah. Gegege...!!!

Si Sally dan anak-anak bulus dia yang comel


Akan datang kita cerita pengalaman kita bela arnab pulak yek?
Take care ye semua. (^_^)

















4 comments:

meowwmania said...

sedih pulak bila baca dan teringat kenangan dgn anak-anak bulus dulu-dulu :(

smoga Sally sentiasa sihat dan gembira selalu ;)

Ieza2fyza said...

huhu tahu takpe...
byk sgt kenangan dgn anak-anak bulus nie... (T_T)

habsahharun said...

kucing2 yg dibela, even dah mati still akan ingat...

Ieza2fyza said...

yup.. selagi normal, kita akan ingat sampai bila2... unless kalo kita hilang ingatan.. hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!