Duit Belanja Sally

Showing posts with label anak-anak Sally. Show all posts
Showing posts with label anak-anak Sally. Show all posts

17 Apr 2011

Kisah Sally dan Anak-anak Dia... (Bahagian 2 & 3)

Nie ada lagi aksi-aksi si bebudak nakal dok memain je kejenyer...
Si Sally cengkonon berlagak jadi seorang seekor ibu mithali, diam je peratikan aksi anak-anak dia yg tengah belajar nak jadi kucing-kucing terhebat area PJ nie...

Almaklumlah, Sally kan pemegang rekod Ratu Cantik area sini 3x berturut-turut!
Nape? Tak caya? Dengki aaa tuh! Wekk! :p

Haa... layankan aje yek?
Keh keh keh...






p/s : saja biarkan entry nie lelama sikit, bagi korang layan video anak-anak bulus nie dulu... :p

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

15 Apr 2011

Kisah Sally dan Anak-anak Dia... (Bahagian 1)

Korang korang...

Last entry kita janji nak cerita pasal Sally dan anak-anak dia, kan??

Jangan risau, kita akan cerita punya.... Kita tak lupa...

Tapi sebelum kita cerita, apa kata korang layan dulu video klip kat bawah nie...

Ini bukan video klip lagu Dua Tiga Kucing Berlari ok?
Video klip lagu tu tak besh...
Pasal video klip kat bawah nie lagi besh...

Layannnnnnnnnn.... zashhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
(Eh, dah macam Melodi ler pulok! Kuikuikui...)



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

13 Apr 2011

Kisah Sally dan Anak-anak Dia...

Macam-macam hal telah terjadi sepanjang minggu pertama dan kedua April 2011...

Dan, kita jugak ada cerita tentang kucing-kucing kesayangan kita nie...
Tapi buat masa nie... kita just nak kasi intro je....
Cerita penuh nantik kita update.

Intronya.. huhu... kita sedih nak cerita...
Tapi  dalam masa yang sama kita jugak  gembira nak cerita...

Hmmm... agak-agak korang apa yang kita nak cerita yek? (",)


Takpe takpe....Korang tunggulaa yek?
.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
..........
...........
............
.............
..............
...............
................
.................
..................
...................
..
..
..
..
..
..

Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....................!


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

6 Apr 2011

Berita Gembira untuk Anak-anak Sally!

Buat rerakan meowwmania kat sini, kita nak kongsi satu berita yang amat menggembirakan hati kita dan mungkin hati korang jugak!

Sebelum tu kita nak citer, Isnin lepas (5 April 2011), hampir sehari suntuk kita habiskan masa untuk selesaikan masalah anak-anak Sally nie. Niat dari rumah memang nak hantar anak-anak Sally kat SPCA Ampang (atau yang sewaktu dengannya) sebab tak nak jadi anak derhaka kat mak ayah. Yela, kan sebelum tu kita dah cerita perihal ayah kita yang tak tahan dengan bau berak anak-anak Sally termasuk Sally sekali yang mana kita tak sempat nak bersihkan sebab kita memang lambat balik kerja. Kita ada cerita masalah nie dulu. Dah lupa, boleh semak sini dan sini.

 
Bayangkan, nak cari SPCA aje hampir 3 kali kita tawaf depan pintu masuk Zoo Negara. Kesnya pasal arahan yang kita dapat dari internet tu, dia tunjuk laluan Genting Klang. Last-last bila dah 3 kali sesat tuh, barulah kita jumpa pusat tuh. Rupa-rupanya SPCA ni dekat je dengan rumah kawan kita yang dok Ampang tuh. Kalo kita tahu awal-awal, takdelah kita sesat larat sampai 3x. Hampeh betul ar!

Tengok jam, dekat pukul 4.10 minit. Fuhh lega! Masih ada masa 20 minit sebelum SPCA tu ditutup. Sebelum jumpa SPCA nih, kita dah pun tersesat kat Hospital Veterinar yang jalannya sehala menuju ke SPCA nih. Dua kali pulak kita datang situ, ingatkan yang tu SPCA. Kali kedua tu baru dapat tahu, SPCA tu lain, bukan yang tu. Melalui pekerja situ kita tahu arahan sebenar SPCA nie.

Oh yer, kita terlupa nak ambik gambar pusat SPCA tuh pasal time tu pikiran dok kalut sebab dah lambat sampai situ. Sesampai je terus tanya sorang brader India yang kerja situ. Brader nih terus terang je. Katanya, mereka just terima kucing-kucing yang dah besar dan tak ada sebarang penyakit serta dalam jumlah yang kecil. Memandangkan anak-anak Sally nie berjumlah 5 ekor, pastu jalan pun still tak betul, brader nih cakap, boleh je letak situ, tapi untuk 'ditidurkanlah!'. Kita dengar je camtu, terus kensel! Alasannya, pusat tuh dah tak mampu nak menampung kucing-kucing terbiar dalam kuantiti yang banyak. Dah tak muat. Huhu... (dalam hati kita kutuk, sampai hati korang bunuh kucing-kucing tuh!)

Kita kalut pk. Kat mana lagi nak hantar anak-anak Sally nie ek? Kat pusat-pusat lain, banyak nak syarat yang bukan-bukan. Just terima kucing yang dah divaksinlah, kucing yang dah 6 bulan ke ataslah, kucing yang dah jadi ahli persatuanlah, kucing itulah kucing inilah... banyak bebenor syaratnya!

Nak letak kat pasar, kita tak sampai hati. Entah macam manalah nasib anak-anak Sally nie nantik. Pandaikah mereka ini berdikari? Nak bagi orang, setakat nie takda siapa yang rela sebab tak reti nak jaga anak kucing. Ceh, alasan! Nak seribu daya, ok!

Perut dah lapor. Bayangkan dari pagi haram jamah satu hapa. Nak cepat punya pasal, malas nak sarapan sebab ingat kekonon boleh balik sebelum zohor. Last-last, ambik ko. Sesat! Dah Asar pun, anak-anak Sally masih tak tahu jalan penyelesaian. Tanya anak buah, any idea? Hampeh! Huhu... Si Sally pulak, dah tak sempat nak dikembirikan. Klinik dah tutup! Entah-entah Sally awal-awal dah doa mintak kita sesat moga anak-anak dia tak jadi dibuang atau diserahkan kat siapa-siapa. Hahaha.. Mana tahu, kan?? Keh keh keh! Yela Sally. Ko menang. Aku kalah! Huhu...

Tetiba teringat kat Masjid Bangsar, kes dua ekor kucing kita yang pernah 'dibuang' di situ dan dua-dua mendapat tuan baru on the spot! Tapi kini keadaannya berbeza. Kali ni yang nak dibuang, bukan seekor, tapi 5 ekor. Dah tu pulak, bukan kucing dewasa tapi anak kucing. Ada ke manusia prihatin yang nak bela anak-anak bulus nih? Kita memang tak yakin.

Arghhh...
Perut semakin lapar. Solat jap, lupakan seketika masalah anak-anak Sally tu, kita ajak anak buah makan gerai mamak. Pelita Nasi Kandar. Bayangkan lapar tak lapar, tak sangka air segelas tak cukup. Dan tak sangka pulak nasi beriani je tak cukup. Last-last order tosei dengan roti bom. Sirap dan nescafe ais dah jadi dua gelas setiap satu. Perghhh... ini bukan lapor, tapi menketedarah!

Pas makan, pk balik soal anak-anak Sally.

Dan bila sampai uma, tetiba kita dapat 'ilham'.

Cuba ubah jadual pemakanan mereka...

Kata vet, kucing makan 2x sehari. Tapi kita bagi tak tentu masa. Kadang tu asal depa mengiau je kita bagi. Walhal cara tu tak betul sebenarnya. Dan sekarang kita bagi depa makan 2x sehari pada waktu kita ada kat rumah. So dengan cara ini, depa semua akan berak ikut jadual dan jadual tu mestilah time kita ada kat rumah supaya kita boleh bersihkan berak depa cepat-cepat, sekali gus menyelesaikan masalah bau busuk yang ayah kita dok bising-bising sebelum ni. Makna kata, time kita takda kat rumah, depa suma dah kenyang dah berak dan masa depa tidur! Bila kita balik, baru depa makan dan aktif bermain. Macam mana? Hebat tak 'ilham' yang kita dapat nie? Of courselah kita mintak ilham nie kat Dia. Huhu...

Dan tadi idea nie telah terbukti keberkesanannya!

Kita sampai je depan pintu, takda bau busuk. Maknanya depa tak berak sebab depa dah berak tengah hari tadi time kita kat rumah. Fuhh! Lega!

Kita yakin jika keadaan ni berterusan, takkan ada masalahlah untuk kita pelihara depa. Sebab yang penting, ayah kita tak bising pasal bau busuk.

Ok tak idea nie?

Haha...

Btw sepanjang aktiviti sesat larat tuh, sempatlah kita singgah 2 buah kedai haiwan dan entah macam mana kita main beli je benda-benda di bawah nie secara spontan.




Ubat cacing untuk anak kucing
Kita macam tahu-tahu je tak jadi nak buang anak-anak Sally



Mainan Versi Cakaran untuk Anak Kucing
Sally tengok benda nie, buat dono je.. Mementang dah besar, hampeh!


Syampu anti Kutu dan Hama
Kesian tengok anak-anak Sally dok garu-garu



Mulai hari nie, Sally akan pakai jenama ini demi kesihatannya di  masa hadapan!
Best jadi Sally, kan? Hahaha...



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

3 Apr 2011

Selamat Jalan Anak-anak Sally! T_T

Hari ni hari sedih kita.

Hari ni kita terpaksa serahkan anak-anak Sally kat orang.

Ayah kita dah warning, kalau nak jaga Sally, jaga je Sally, anak-anak dia kasi orang.
Kalau tak, dengan Sally Sally dia hantar kat orang nantik.

Kita tak dapat bayangkan kalau Sally tak ada dengan kita.
So kita terpaksa akur. Asalkan Sally tetap bersama kita.

Cuma kita risau, macam mana dengan Sally nantik bila tengok anak-anak dia dah takda? T_T



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

31 Mar 2011

Tersalah Rakam Aksi Sally

Ekceli kita baru ingat nak kongsi gelagat Sally yang terlalu risau akan anak-anak dia yang berada di halaman luar rumah. Tapi tak ingat pulak kita rakam pakai handphone, kita lupa nak landskapkan dia, last-last hasilnya jadi seperti di bawah ini...



Agak-agak patah tak leher korang dok teleng-teleng tengok aksi Sally dalam misi menyelamatkan anaknya (kononnya) dalam video tu tadi??

Apa?

Tak nampak satu hapa?

Haha... sah² yang tak nampak tu lagi dua minggu je... keh keh keh!!!
Joking joking yea.... :p

Btw video tu menunjukkan betapa sayangnya si Sally nie kat anak-anak dia yang kita kurung dalam sangkar di luar rumah. So Sally tu dalam misi nak menyelamatkan anak-anak dia, dia pujuk kita untuk bukak pintu sebab nak lepak luar rumah sambil perhatikan anak dia tu sekor-sekor.

Tapi kita suka tengok part dia 'berkomunikasi' dengan anaknya. Cuba korang perhatikan kalau korang perasan. Nampak prihatin sangat si Sally nie kat anak-anak dia. Alahai... tersangatlah comel! Huhu...

So, itulah kisah videonya.

Takpa takpa...

Next time kita rakam betul betul, ok? (^_^)


25 Mar 2011

Letih. Lesu. Nak Gaji Ribu-ribu.

Tadi kita MC. Kita mintak off dari bos kita tak nak meniaga sebab kita tak berapa sihat. Nasib baik malam semalam memang ada insiden yang dapat membuktikan kita memang kurang sihat. Kalau tak bos kita tu (yang juga merangkap abang kandung kita) memang payah nak bagi kelepasan untuk kita ambil cuti. Kita orang kuat dia katanya.

So aktiviti siang tadi, memula kita selesaikan semua keperluan dan penjagaan anak-anak kucing kita (yang merangkap anak-anak kucing kesayangan kita tuh, Sally si Kucing Comel tuh), dari kerja membersihkan sangkar mereka, sehinggalah memberi mereka makan setelah badan mereka semua dibersihkan terlebih dahulu.

Dah setel anak-anak bulus, kita bersiap nak pi Midvalley. Bukan nak shopping yer, tapi kita nak beli sedikit keperluan untuk diri kita dan anak-anak bulus kita.

Kita masuk Pets Wonderland untuk cari ubat bagi menghapuskan kutu-kutu yang telah membiak kat badan anak-anak bulus kita. Capai sikit makanan untuk kucing kesayangan, Sally bucuk, kita terus masuk Pharmacy Caring untuk beli keperluan kita pulak. Dah siap, kita singgah Secret Recipe untuk rembat sepotong Tiramisu dan sepotong Indulgence. Jam dekat pukul 7.00 pm, kita rushing sikit untuk bayar parking kereta sebelum keluar dari Midvalley.

Sampai kat simpang nak masuk kawasan perumahan, kita singgah kedai kejap untuk beli top up Digi dan Maxis. Mak pesan sate minang, jadi kita beli pulak sate minang 4 bungkus. Ngam-ngam azan maghrib, sate minang dah siap dibungkus dan kita pun segera pecut sebab mak nak berbuka dengan sate minang yang kita beli tu.

Dah selamat sampai rumah, dah lepas letih, kita tengok dompet.

Main-main macam tu je, kita habis almost RM160. Hanya keluar untuk tak sampai 2½ jam, kita habis almost RM160.

Lama kita termenung. Bukan menyesal duit habis. Tak. Tapi kita fikir, betapa besarnya kos hidup zaman sekarang. Mana yang berkemampuan, kira bertuahlah, tapi mana yang tak berkemampuan, macam mana mereka nak teruskan kelangsungan hidup mereka? Ini yang kita fikir. Kita yang gaji -+RM2000 ni pun, boleh dikatakan cukup-cukup je, walhal makan minum dan rumah semua mak ayah tanggung. So bayangkan kalau RM2000 nie gaji untuk seorang suami yang punya tanggungjawab itu ini? Tak menangis dibuatnya?

Zaman sekarang bukan masanya untuk pertikaikan harga barang mahal, harga komoditi naik. Sebab semuanya berpusat kepada bekalan minyak dunia. Sekarang Arab tengah perang sana sini, so tak mustahil harga minyak akan naik lagi, sekali gus akan mengakibatkan harga barangan akan naik. Jadi zaman sekarang ialah zaman di mana kita semua kena cari jalan dan kena berfikir, macam mana nak cari duit lebih dan macam mana nak dapat gaji lebih. (Of courselah dengan cara yang betul dan halal, yer!)

Sekarang kat otak kita cuma fikir satu je.

Yer. Kita cuma fikir satu je caranya, yakni macam mana nak tambah income agar boleh dapat ribu-ribu lagi per month tapi dengan cara bijak tanpa perlu menghadapi kesesakan jalan raya pada setiap pagi dan setiap kali balik kerja sebab kita jenis kurang sabar untuk berhadapan dengan kesesakan jalan raya pada setiap hari!

Tapi buat masa nie, biarlah rahsia, ok? (^_^)

21 Mar 2011

Hujan Oh! Hujan... Anak-anak Sally Kesejukan!

Assalamu'alaikum & meoww meoww semua....

Well... sekarang area PJ/KL dan sekitarnya asyik hujan je sebulan dua kebelakangan nie....
Dan, kita pon rasa macam nak demam dek cuaca yang tak menentu macam nie... (+_+)

Hmmm... apa pun, kita tetap bersyukur sebab kita hanya ditimpa hujan, sedangkan wilayah Honshu especially di Sendai telah dilanda gempa bumi dan tsunami! Dianggarkan 20,000 orang menjadi korban kali ini... MasyaAllah!

Takpalah. Anggaplah hujan itu hujan rahmat... pemberi sumber rezeki untuk kita semua bagi menghidupkan segala jenis tumbuh-tumbuhan yang melata di muka bumi ini....

Cuma yang kesiannya, anak-anak Sally. Sejak kita letak kat dalam sangkar di luar ruang tamu rumah kita, hujan makin kerap pulak turun setiap petang. Kita bagi kain buat selimut, bukan depa paham pon.
So ayah dah bising. Katanya kita tak boleh nak jaga kesemua anak-anak kucing tu. Kita diarah untuk 'melepaskan' anak-anak Sally tu kat sesiapa yang dapat jaga depa berlima tu sebab ayah dah tak tahan dengan najis depa yang dah mula mengeluarkan bau yang kurang enak, sedangkan kita bukan selalu ada kat rumah untuk bersihkan sangkar depa cepat-cepat!

Huhu kita sedih, tapi, kita kena akur dengan perintah ayah pada kali ni. (-_-)

Dapat pelihara Sally nie pun dah kira rahmat bagi kita. So daripada ayah mengamuk, better kita ikut nasihat dia kali nie. Yelah, kita paham. Kita busy, kurang masa untuk tengok anak-anak kucing tu setiap masa, so ini semua memberi impact kat ayah kita. Ayah kita bukan tak suka kucing, tapi keadaan rumah sekarang tak mengizinkan untuk pelihara kucing. Itulah yang selalu ayah kita kata.

Sekarang kita tengah usaha untuk cari pencinta kucing macam kita yang sudi untuk jaga anak-anak bulus nie. Semua ada 5 ekor, tapi tadi pekerja ayah dah booking seekor, so tinggal 4 ekor lagi.

Huhu kita memang sayang sangat nak lepaskan, tapi apakan daya... kita tinggal kat rumah bertingkat-tingkat... so memang payah nak jaga kucing banyak-banyak sebab depa takdak ruang untuk main pasir kat luar rumah.

Ya Allah, mintak-mintaklah tahun nie kita dapat rumah baru... boleh kita pelihara kucing banyak-banyak tanpa hadapi masalah macam nie... dan kalau boleh, kita nak ambik balik depa berlima tu untuk kita jaga bila dah ada rumah baru kelak...

Kita sayang depa... sayang Sally dan anak-anak bulusnya itu...  (-_-)




17 Mar 2011

MATTA FAIR 2011 vs Anak Sally Dah Nakal

Assalamu'alaikum... meoww meoww buat semua pembaca blog kita nie...
Tak kisahlah korang suka kucing ke tak ke... asalkan korang bukan pembuli haiwan, korang dah dikira ok untuk join site nie... kita tak suka pembuli a.k.a penganiaya haiwan pasal orang tu mesti hatinya jahat. Kan?

Ahad lepas buat pertama kali kita pergilah ke MATTA FAIR dengan seorang kawan kita. Sebelum sebelum nie, kita just dengar-dengar je tentang MATTA FAIR nie, tapi tak pernah terfikir nak pergi pasal masa tu ingat MATTA FAIR nie macam high class punya event... walhal bendanya sama je macam Book Fair @ PC Fair tu semua...

Cis!

Kalaulah kita tahu macam tu je MATTA FAIR, kompem dari dulu lagi kita akan mengaktifkan diri ke sana sebab kita nie memang suka jalan jalan cari pasal. Hehehe...

Takpelah. InsyaAllah mulai tahun depan, kita memang bersiap sedialah untuk MATTA FAIR 2012.

Kalau korang tanya kita, ke mana kita teringin nak pergi sekarang??
Kita nak pergi Jepun. Serius.

Ala... tahulah Jepun sekarang tengah tsunami. Takpelah. Kita nak pi sana bukan sekarang pun. Paling-paling pon setahun lagi. Ingat murah ke nak ke Jepun? Negara yang living cost dia... mak aiii... cecah RM ratus-ratus sehari. Perghhhh! So kena standby duit dari sekarang kalo kita bebenar nak pi sana.

Kita teringin nak pi sana pasal kita teringin nak masuk Disneyland dia.
Nak main roller coaster dia. Eh, macam berani je nak main.. Ehehe...

Pastu nak tengok cara hidup orang Jepun ni. Yela.. Jepun kan terkenal dengan rakyatnya yang paling rajin dan paling kuat membaca di dunia. So kita nak tengok benda nie semua depan mata. Bosan asyik dengar-dengar dan tengok kat tv je.


 
Booth Jepun Matta Fair 2011
   
tengok, kita dah berangan kekonon dah kat Jepun...
siap dengan bunga sakura palsu kat belakang tu... ceh!
  
Dan yang paling penting, kita nak cari 'Kudou Shinichi' kita kat sana...
Nape? Tak caya, ye?
Tak caya, sudah! :p


cuba letak 'SHI" kat depan perkataan nie...
perkataan apa yang akan terbina? :p


Dalam negara plak, kita tengah plan nak pi Langkawi.
Serius, kita tak pernah pi sana lagi. Kesian, kan? Huhuu...


pandang booth nie, automatik kita fokus kat Bali...

Menyentuh tentang Sally si Kucing Comel kesayangan kita nie, tadi dia dah pandai nak alih anak-anak dia kat atas katil kita. Kita tak bagi, dia merajuk. Last-last kita kurung dia dengan anak-anak dia sekali kat dalam sangkar. Hahaha... Sowilaa Sally, sayang, sayang jugak... tapi batas manusia dengan haiwan kena jaga jugak. Kan kan?

Tapi sekarang kita mula terfikir, kat mana tempat paling selamat untuk letak anak-anak dia nie ek? Pasal sangkar tu macam tak selesa untuk 'mereka' berenam. (Sally + anak-anak dia 5 ekor). Kalau nak biarkan kat bawah katil dalam bilik kita macam sebelum nie, dah tak boleh pasal anak-anak Sally dah nakal-nakal semua... dah pandai merayau sana sini.... Habis satu bilik kita ditawafnya... Jenuh nak moop lantai bilik tetiap hari.

time tido jela 'mereka berlima' nie tak merayau...

Hmmm... mana nak letak yek?

Kalo korang nak blah, korang blah laa dulu ek pasal kita nak pk jap nie...

Mana nak letak anak-anak Sally yek?? Ouii ouiii..

9 Mar 2011

anak kucing tomei tomei dah buka mata... =)

Assalamu'alaikum...
Meoww meoww meoww buat semua meowwmania dan jugak meowwtakmania... hahaha...


Kalo korang masih ingat, kita dah janji hari tu untuk paparkan anak-anak kucing kita yakni anak si Sally a.k.a kucing comel kita tu yang dah buka mata...

So kat bawah nie ialah gambar-gambar anak-anak kucing yang comel-comel itu...

Sangat-sangat tomei sebab ibunya si Sally memang tomei... hahaha...

So, jom tengok!

Yiiihaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!









Apa macam? Sangat comel kan? Kalo tak comel maknanya korang jeles dengan kecomelan mereka ini... hahahaa... :p

2 Mar 2011

Sedikit perubahan vs anak-anak Sally dah buka mata...

Assalamu'alaikum...
Meoww  meoww buat semua meowwmania dan meowwtakmania... Hehehe...

Starting by today, beberapa perubahan perkataan akan bertukar...

Perkataan salam meoww meoww terpaksa ditukar kepada versi salam lengkap disebabkan terdapat sedikit perdebatan di kalangan ilmuan yang mengatakan bahawa 'salam' tu maknanya tak elok. Macam singkatan 'akum' jugak. Tak elok.

So perkataan 'salam' akan diganti dengan versi lengkap iaitu 'Assalamu'alaikum'.

Perubahan kedua, kata ganti diri 'aku' akan bertukar kepada 'kita' lantaran penulis ingin berasa lebih dekat dan lebih mesra dengan pembaca.

Jadi mulai saat ni, aku akan membahasakan diri aku sebagai 'kita'.

Mengapa kita?

Sebab blog ini dimiliki oleh Sally, anak-anak Sally dan Tuan Sally sendiri.
Ramai kan? Jadi kena diganti dengan 'kita' pasal 'aku' tak sesuai...

Got it? (^_^),

 
Buat sesiapa meowwmania yang nak tahu perkembangan Sally dan anak-anaknya, nantik kita akan upload pic terkini mereka semua. Apa pun kita nak bagi tahu, anak-anak Sally semua dah bukak mata. Sangat sangat sangat chumel, okay!

Kepada sesiapa yang telah view dan singgah kat blog ni, kita ucapkan ribuan terima kasih dan insyaAllah, kita akan cuba curi masa untuk lawat balik blog korang. Minggu ni kita memang tersangat busy sebab banyak 'job' nak kena buat. Apa pun korang memang best sebab sudi singgah sini. Almaklumlah, sebagai beginner dalam dunia blog nie, kita masih terlalu hijau dan terlalu mentah untuk memahami selok-belok dunia blog nie. Apa pun, kita alu-alukan sesiapa yang sudi beri tunjuk ajar kat kita dalam apa jua bidang dan maklumat yang ingin dikongsi bersama.

Rasanya cukup setakat ini dulu sebab kita nak buat kerja lain pulak pasni.

See uols later, yaa... Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!