Duit Belanja Sally

3 Mar 2011

Susur Galur Kita

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera buat semua meowwmania dan meowwtakmania...

Entry kali nie kita nak cerita sikit pasal susur galur kita nih..

Tapi mesti korang tertanya-tanya, kan? Ngape tetibe ajerk kita nak cerita pasal asal usul keturunan kita nie...

Macam nie...

Isnin lepas kita teman kawan kita pi Melaka...
So sepanjang perjalanan tu kami berborak macam-macam topik....
Bermula dengan sesi luahan rasa, pastu mula meraban sampai terkeluar topik susur galur nie...

Kalo korang ada facebook kita... Kat sana kita banyak tepek pic kita rerayau kat Indonesia... Pastu ada sesikit kat Singapura... Selebihnya of courselah kat Malaysia k!

Kita ni yang pastinya Melayu tulen. Lahir kat Kuantan, Pahang, Kod ic -06- lagi tuh!
Hahaha...

Cuma mak ayah kita memang lahir kat Indonesia... Kat Sumatera, (Propinsi Riau Daratan). Kalo korang ada kaji sejarah, bahasa Riau ni sama je macam bahasa Melayu kita ni. Tu pasal orang panggil mereka sebagai Melayu Riau. Cuma mak ayah kita ni lebih dekat dengan Kampar... (korang kaji sejarah Perak tu, kan ada nama daerah tu Kampar, kan? Orang Kampar lah yang bukak Kampar kat Perak tuh!) Bahasa Kampar nie pulak tak jauh beza dengan Bahasa Negeri 9. So itulah bahasa mak ayah kita.

Mak ayah kita mulanya takmo menetap kat Malaysia, tapi disebabkan masa tu Malaysia tengah hangat dengan kes perkauman yang peristiwa 13 Mei 1969, so kerajaan Malaysia masa tu menyekat mana-mana permit Melayu Indonesia especially Melayu Riau-Kampar macam mak ayah kita ni sebab nak suruh menetap kat Malaysia bagi meramaikan lagi kaum Melayu di Malaysia. Makna kata, tak semua warga Indonesia tu kerajaan Malaysia main rembat je... tak.. kerajaan tapis dulu... sebab Indonesia ni besar... 1001 macam kaum ada... so setiap kaum tu berbeza... jadi kaum spisis Melayu-Riau-Kampar ni memang tak jauh beza dengan Melayu Negeri 9. Malah Asal usul Negeri 9 pun ramai berasal dari Minang Sumatera, which is still kat Propinsi Riau Daratan. Pak Nil aka Aznil Haji Nawawi ni salah seorang yang berketurunan Minang, Bukit Tinggi, yang terletak di Propinsi Riau Daratan.

Kita yakin sure ramai yang tak tahu pasal hal nie, kan??
Takpa... sekarang dah tahu, kan?? Haha...

So terpaksalah mak ayah kita potong permit dan jadilah mereka sebagai warganegara Malaysia yang terpilih. Ehe! Macam best, kan? :p

So kenapa kita lahir kat Kuantan, Pahang?

Nie lagi best nak cerita.

Arwah atok kita (bapa kepada ayah kita) ialah anak jati Pekan, Pahang. Arwah lahir di Pekan tetapi meninggal di Sumatera. Dan arwah moyang kita pulak (atok kepada ayah kita) ialah anak jati Pekan Pahang jugak dan meninggal di Pekan. So sampai sekarang Pekan tu takleh dipisahkan dengan kami sekeluarga pasal dah beranak pinak sedara kami kat sana. Menurut cerita keluarga kami, arwah moyang kita nie merupakan pembantu kepada Al-Marhum baginda Sultan Abu Bakar. So keluar masuk Istana tu memang rutin. Pasal perangai Sultan nie... ehem ehem... pepaham sendiri laa... Ala tengok jer cerita dulu-dulu... tak jauh beza pun dengan realiti... Paham tak? Tak paham sudah!

Kita lahir kat Kuantan pasal asalnya mak ayah kita menginap kat umah arwah atok sedara kita. Arwah atok membuat perniagaan songkok dan rehal (tempat letak Muqaddam & Al-Quran) sejak tahun 1945 kalo tak silap kita. So kalo korang gi Bando Kuantan, korang jumpa Toko Sinar Maju, yang jual songkok dan ubat-ubatan dan kitab-kitab agama... haa... itulah perniagaan warisan arwah atok sedara kita nie.... sekarang anak cucu dia yang teruskan perniagaan tu... kita setiap kali balik Kuantan, selalu lepak situ! Hehe..) So keturunan kita nie memang jenis berdagang dan meniaga. Arwah moyang pon dedulu ada lot kedai kat Pekan. Tapi sekarang dah takda pasal ada masalah apa tah. Pasal tu sampai sekarang kita pun still meniaga. Dah memang darah keturunan macam tu. So takleh nak wat apa dah, kan? :p

Kita pernah tanya ayah kita, kenapa keturunan kita berpindah randah macam tu?

Sebabnya, dulu kan zaman perang. Bila Belanda serang Indonesia, depa lari ke Tanah Melayu dan beranak pinak plak kat situ. Bila Jepun attack Tanah Melayu, depa pindah Indonesia balik, dan beranak pinak pulak kat sana. So macam tu laa lebih kurang. Demi survival dan demi meneruskan kehidupan. Arwah atok sedara kita pernah rasa kena tampar dengan tentera Jepun.

Sekarang nie.. bila dah beranak pinak... so memasing merantau... macam arwah adik mak kita, dia bina keluarga dia kat Jakarta, so kita pun merasalah pi Jakarta buat pertama kalinya pada tahun 1996... dan sejak itulah sekali sekala kita akan turun ke Jakarta, Sumatera dan sesekali jenjalan ke Jogja, Bandung, Puncak etc. 

Di Singapore pun kita ada sedara. Sedara belah mak rasanya. Kali pertama kita ke Singapore tahun 1995. Rumah sedara kita ni kat Chua Chu Kang. Kenangan paling best, kita boleh tersalah beli tiket MRT... penyudahnya, bila sampai stesen, tiket kita tak lepas untuk kita keluar pasal kurang bayaran. Hahaha... Tapi kita agak menci Singapore pasal rakyat dia anti sket dengan Malaysia. Huh! Tapi bab disiplin, kebersihan, memang kita kena belajar banyak dengan Singapore. Berbeza dengan Indonesia, depa memang kena belajar banyak dengan kita pasal depa banyak yang tak ada adab! Huh!

Owh, yer... kita pun ada sedara (sedara belah ayah) kat Australia. Depa menetap kat Sidney. Selalu ajak kita sekeluarga datang melawat depa di Sidney pasal depa dah pernah dua tiga kali datang rumah kita. Kami kata, tunggulah... nantik kami datang... hahaha... Depa kata, tiket depa support. Takpalah, kami masih mampu untuk bayar sendiri, cuma buat masa ni masih belum tergerak hati nak pi sana. Tengoklah nantik. Depa ni asalnya Indonesia jugak, tapi Indonesia yang dah moden... macam sedara kita yang kat Jakarta tula.. ala, macam yang korang tengok sinetron kat TV tu, macam tulah depa nie..  Putih-putih lawa lawa macam Belanda (sebab atok moyang belah ayah memang ada keturunan Belanda + mak tiri ayah ada keturunan Cina) Tapi syukurlah depa masih ingat sedara dan tak sombong. Dan lagi best, depa nie dah dikira jutawan taw!

Macam mana? Best tak jadi kita? Ada sedara kat banyak tempat? Best kan? Hehehe...

Bestnya bukan apa. Pasal kita akan banyak belajar pasal adab budaya dan peradaban depa bila kita pi sana. Betoi dak? (haha... dah slanga kedah plak dah... tawlaa ada kawan owang Kedah... hahaha...)

Tapi siyes weh. Memang best. Setakat ni paling jauh kita pernah pi, KSA. So kita belajar pulak budaya masyarakat arab kat sana. Paling tak boleh lupa, aiskrim vanila dia dengan daging kebab + roti nan + kari daging unta. Perghhh... meleleh-leleh bila teringat. Kalo kat Indonesia plak, takleh lupa dengan nasi Uduk + Pecal Lele... (nie kat Jakarta... kalo kat Sumatera, kita suka sate minang dia. Pure ok, tak macam kat KL tu... tak ori! :p )Singapore? Nothing interesting pasal dah modern. Hahaha... jahat tak kita? Nampak sangat anti Singapore! :p

Tapi betul. Jadilah hobi travelling nie sebagai hobi yang membangun minda. :)
Jangan asyik ingat shopping je. Itu sampingan je. Tapi ingatlah apa firman Allah? Dia suruh kita melata-lata kat bumi nie untuk merenung setiap kejadian langit dan bumi nie agar kita ada rasa feel yang mendalam untuk kita luahkan rasa takjub dan rasa teruja kita...  Tengok laut, tengok awan bertingkat-tingkat, tengok sungai, tengok padang pasir, tengok gunung ganang... Woowwww!!! Such an amazing creation! So tak semena-mena kita akan terautomatik memuji-muji kebesaran Allah, Tuhan Maha Pencipta dan Maha Bijaksana.
Am i rite? Kan?

Satu lagi... Allah jadikan kita nie berbilang kaum... untuk apa? Bukan untuk kondem ko hitam aku putih atau untuk berbangga aku kaum Quraisy, aku kaum Yahudi ko Melayu.. Tak tak.. bukan macam tu.. Islam ajar kita apa? Saling kenal mengenali dan ambil iktibar dan pengajaran yang elok daripadanya. Yang tak berapa nak molek tu, jangan ambik. Camtu.

Aloh aloh... dah rupe bersyarah plak kita nie yek?? Hehehe...

Hmmm... Oklah.
So itulah sedikit sebanyak tentang asal usul kita sekeluarga. Apa pun, sebagai seorang rakyat Malaysia yang dilahirkan di Malaysia, kita bangga jadi anak Malaysia taw!

2 comments:

Sue Baharuddin said...

Wah samala...mak ayah kita pun org Kampar..tp xbyk org Kampar tak byk kt Malaysia..awak mesti faham VHS Kampar kan? Sy faham t xpndai cakp kampar.

Ieza2fyza said...

orang kampar tak ramai pasal mmg tak ramai pon kat riau tu.. minang ramailaa... haha... tp rasanya ramai yg dah lupe asal usul tu bila dah menetap kat malaysia ni. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!