Duit Belanja Sally

12 Feb 2013

My cat loves water!


 
Korang...
Sally The Third dah melangkah setapak ke hadapan.
Sally The Third dah masuk Youtube... ngeh ngeh ngeh...
 
 
Lepas ni Sally The Third akan menceriakan lagi Youtube...
Korang stay tuned ok! :)





27 Jan 2013

Anda mesti seorang pencinta kucing jika anda...

  • ...rela kongsi katil dan tidur bersama dengan kucing anda!
  • ...sanggup korbankan wang ringgit untuk memberinya makan!
  • ...tak boleh berlalu dan pergi begitu saja setelah terserempak dengan kucing-kucing tepi jalan dalam keadaan kelaparan, atau dalam keadaan yang amat kasihan!
  • ...memarahi golongan yang mendera kucing atau menganiaya kucing, atau setidak-tidaknya mengajar kanak-kanak agar bersikap lebih baik dalam memberi layanan terhadap kucing, bukan dengan menyepaknya, menendangnya atau menarik ekornya!
  • ...mencari penjaga yang benar-benar sukakan kucing jika ingin berpergian untuk beberapa ketika!
  • ...menyediakan bekalan kibbles dalam beg anda walau ke mana saja anda pergi supaya anda dapat memberi makan kepada kucing-kucing yang kelaparan apabila anda berjumpa dengan 'mereka' ini, tak kira di mana saja!
 
 
...dan macam-macam lagi yang anda akan lakukan untuk kucing anda atau demi keselamatan dan kebaikan kucing-kucing terbiar di luar sana!
 
Betul tak?
 
 
Saya kata betul sebab saya salah seorang daripadanya!  :)
 
 
Dan, beberapa minggu kebelakangan ni, saya suka menonton rancangan ini;
 
MUST LOVE CATS


 
Ditayangkan di National Geographic channel 553, rancangan ini banyak memberi saya kesedaran dan nilai moral yang baik di mana meskipun warga Amerika ini rata-rata non-muslim, namun sikap mereka dalam hal ini patut dipuji dan seharusnya dicontohi.
 
Dan saya memang perasan, masyarakat barat memang bersikap lebih prihatin terhadap kebajikan haiwan berbanding kita yang sedia Islam ini. Jadi di sini saya ingin bertanya, KENAPA?
 
Yup, saya akui, tidak semua yang dipaparkan dalam rancangan ini WAJIB kita tiru, seperti membuat tatu kucing di badan, mengadakan sebuah hotel khas untuk kucing bertaraf 5 bintang untuk mereka di mana kemudahannya setaraf dengan manusia, atau memberi layanan kepada mereka menyamai layanan untuk manusia, yang pada saya perkara-perkara ini tidak perlulah untuk kita ikuti memandangkan Islam tidak mengajar kita untuk menyamakan atau melebihkan taraf haiwan melebihi taraf manusia kerana haiwan dan manusia tidak setaraf dan sememangnya tidak akan setaraf! Manusia adalah sebaik-baik ciptaan dan haiwan tidak akan boleh menyamainya, apatah lagi menandinginya. Harap jelas akan hal ini.
 
Akan tetapi, jika kita perhatikan sudut positif dalam rancangan ini, kita akan dapati betapa masyarakat barat ini mempunyai moral dan akhlak yang amat terpuji berbanding masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini. Ini kerana, saya sering menyaksikan di depan mata saya, tatkala saya keluar makan di restoran bahu jalan, atau pergi berjalan-jalan dan terserempak dengan kucing-kucing yang mengiau kelaparan, saya perhatikan rata-rata masyarakat Melayu yang kononnya mengaku beragama Islam langsung tidak peduli akan rintihan kucing-kucing ini yang datang berlegar-legar di kaki manusia demi mencari sesuap makanan!
 
KENAPA? Kenapa hati masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini terlalu KERAS? Terlalu KEJAM? Sanggup membiarkan kucing-kucing jalanan ini mengiau kelaparan tanpa terdetik perasaan bersalah untuk berikhtiar dan memberinya makan? Atau sekurang-kurangnya mengusap-usap kepalanya?
 
Lebih malang lagi, ada satu ketika, saya melihat ada di antara makcik-makcik atau pakcik-pakcik yang bertudung dan berkopiah, bila datang je kucing-kucing jalanan ini ke meja mereka mengiau meminta makanan, terus dihalaunya kucing-kucing ini seolah-olah kucing-kucing ini teramat jijik pada pandangan mata mereka.
 
Ingin saja saya berkata pada makcik-makcik dan pakcik-pakcik ini seperti ini;
 
"Pakcik/makcik, kalau kucing kelaparan sebegini pun hati kamu tidak tersentuh untuk memberinya makan, bahkan dihalaunya pula seperti kucing kurap yang tidak berharga, rasanya lebih baik kamu buang saja kopiah yang kamu pakai tu. Makcik, tanggalkan saja tudung yang kamu pakai tu. Kamu tak layak menyarung pakaian islamik sebegitu kerana sikap kamu tak melambangkan seorang penganut Islam sejati. Sikap kamu terlalu jijik! Warga Amerika yang tidak Islam itu lagi mulia dan lagi Islam daripada kamu kerana Islam mengajar penganutnya bersikap IHSAN sesama makhluk!"
 
Saya fikir, masalahnya disebabkan persepsi yang salah dan silap tentang sikap ihsan ini. Rata-rata umat Islam hanya berfikir, ihsan ini lebih utama untuk sesama manusia. Jadi pada mereka, bersikap ihsan untuk makhluk lain, nak-nak haiwan seperti kucing ini, tak perlu diberi perhatian sangat. So sebab itu kebanyakan daripada golongan ini mengambil sikap tidak ambil peduli, atau langsung tak hiraukan tatkala kucing-kucing ini mengiau kepada mereka meminta makanan. HATI tu dah jadi KERAS macam batu si Tanggang gamaknya, langsung tiada perasaan belas kasihan!
 
Saya memang emosi. Geram ni! Geram sesangat!!!
 
So di sini, saya nak BERI PERINGATAN dekat manusia yang hatinya keras ini.
 
Agak-agaknya mereka ini lupa kot, betapa bersikap ihsan meskipun terhadap haiwan mempunyai nilai pahala dan ganjaran yang teramat besar di sisi Allah SWT?
 
Agak-agaknya mereka ini lupa untuk mengambil pedoman dan pelajaran tentang satu peristiwa di mana seorang PELACUR DIMASUKKAN ke dalam SYURGA hanya kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan. Hai, takkan tak tahu peristiwa ini? Atau sengaja buat-buat lupa?
 
Agak-agaknya golongan sebegini tak pernah baca atau buat-buat tak faham betapa Nabi SAW kerap kali mengingatkan status haiwan bernama kucing ini adalah haiwan yang suci bersih dan tidak najis kerana ia haiwan yang sentiasa berkeliaran di sekeliling rumah. Bahkan terdapat hadith yang mengatakan bahawasanya bekas jilatan kucing adalah tidak najis pada air dan makanan yang dimakan, sehinggakan Nabi SAW pernah mengambil wudhu' daripada air bekas jilatan kucing, sementara Siti Aishah r.a pula pernah memakan bubur yang telah dimakan separuh oleh kucing yang berkeliaran di rumahnya, di mana Siti Aishah cuma membuang sebahagian bekas jilatan kucing terbabit, lalu memakannya seperti biasa.
 
Nak tambah lagi?
 
Agak-agaknya golongan sebegini berotak lembab sangat kot, malas membaca, sebab tu asyik ingat kucing ni najis. Bahkan mereka ini amat kasihan sebab tidak tahu betapa fakta klinikal menunjukkan bahawasanya kucing adalah satu-satunya haiwan yang paling bersih dan paling sedikit kuman dan bakterianya berbanding lain-lain haiwan di dunia ini, bahkan kita yang manusia ini lebih banyak kandungan kuman dan bakteria di dalam badan berbanding kucing!
 
Apa lagi nak tambah yek?
 
Bukan apa, payah sangat nak ajar ummah Melayu yang mengaku Islam ini agar lepas ni bersikap lebih prihatin terhadap haiwan lepas ni. Tolong didik diri tu untuk saling menghargai dan menyayangi haiwan-haiwan ini, terutamanya kucing kerana Nabi SAW telah beberapa kali terserempak dengan Abu Hurairah yang kerjanya selalu memberi makan pada kucing-kucing terbiar, dan ada sekali tu Nabi SAW bertanya pada Abu Hurairah lebih kurang begini;
 
"Apakah yang ada dalam lengan jubahmu ya Abu Hurairah?"
 
Maka Abu Hurairah r.a hanya menjawab, "Ianya seekor kucing" (saya tak ingat, kucing ke anak kucing). Tapi lebih kurang begitulah dialognya.
 
Dan Nabi SAW tak pernah mengeluarkan mana-mana hadith dalam melarang perbuatan Abu Hurairah itu, bahkan siap diberikan nama gelaran "Abu Hurairah" yang bermaksud bapa kucing.
 
So, apa lagi alasan untuk bersikap tidak prihatin tatkala melihat kucing-kucing terbiar yang kelaparan di merata-rata tempat?
 
Bayangkan, Abu Hurairah yang asalnya papa dan dhaif itu pun boleh berusaha memberi makan kepada kucing-kucing terbiar yang dijumpainya serta merawatnya, maka apa pula alasan kita untuk bersikap zalim atau tidak mengendahkan rintihan si comel yang kelaparan ini?
 
Nasihat saya, agih-agihkanlah rezeki tu. Sedekah untuk masjid, sedekah untuk fakir miskin dan sedekah juga untuk haiwan-haiwan terbiar seperti kucing ini. Janganlah kemut sangat. Janganlah kedekut sangat. Ipad harga tiga empat ribu boleh beli, tapi nak laburkan barang seratus ringgit untuk sedekah, kemain berkira memasing.
 
 
Saya tak kata semua. Sebab saya tahu, ramai je yang berhati mulia seperti yang saya inginkan, namun jumlahnya masih terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan warga Amerika yang boleh dikatakan majoriti masyarakatnya, daripada kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah kepada orang tua, majoritinya bersikap amat prihatin terhadap haiwan.
 
Jadi, tolonglah ubah sikap ok?
 
Saya doakan dan berharap sangat lepas ni kalau saya ke mana-mana di Malaysia ni, lebih ramai lagi yang akan berubah dan menjadi prihatin terhadap nasib haiwan yang comel ini.
 
Fikirlah, untuk apa 'mereka' ini diciptakan dengan rupa yang sebegitu comel, mengiau-ngiau dan berlegar-legar sekeliling kita? Kenapa Allah SWT tak letak mereka ini dalam hutan dan cari makan sendiri? Ada otak, boleh fikir, kan?
 
Sebabnya Allah SWT sengaja letak kucing ni di tengah-tengah kehidupan manusia sebab nak uji kita semua, nak uji iman kita semua, adakah kita ni benar-benar faham apa yang dimaksudkan IHSAN itu, dan apakah kita ni sedar yang mana kehidupan kita di dunia ini bukan untuk manusia saja, sebaliknya adalah suatu kehidupan yang WAJIB dikongsi bersama, termasuk berkongsi bersama haiwan seperti kucing!
 
Got it?
 
(^_^)



~ieza~ blog suka-suka

23 Jan 2013

Alalaa Tomeinyaaa... ;)

Di antara kegembiraan dan keriangan hati bagi korang yang bergelar pencinta kucing di luar sana ialah tatkala korang melihat kucing korang tidur dalam keadaan begini.
 
 
 




Apa perasaan korang tatkala menatap gambar ini?
 
Kalau korang tanya saya, saya akan jawab.
 
  • Alalaa.... comelnyaa....  (^__^)
 
Dan disebabkan terlalu geram melihat kecomelannya itu, biasanya saya akan gendong dia kejap, gomol-gomol dia sampai dia naik lemas. Agak-agak dia dah mengiau tak selesa, barulah saya lepaskan.
 
 
Dan percayalah, kucing adalah haiwan paling comel di dunia ini. Dengan memilikinya, insyaAllah korang akan dapat kawal tekanan dan dapat kurangkan stress sebab wajah mereka ini terlalu comel dan aksi serta keletah mereka terlalu menghiburkan hati!
 
 
Setuju tak?
Tak setuju, pi main jauh-jauh!
Haha.


~ieza~ blog suka-suka

21 Jan 2013

Kucing korang macam ni tak?

Sally the third saya ni ada satu pe'el pelik sikit.
Bagi saya kira peliklah sebab selama saya bela kucing, seumur hidup tak pernah pulak saya berhadapan dengan pe'el kucing sebegini.
 
Cer teka apa perangai peliknya itu?
 
Makan durian?
Nope!
 
Sally tak makan durian, sebab belum sempat Sally nak sentuh durian, tuannya dulu dah sapu habis!
Muehehehe...
 
Ok ok serius.
 
Sally saya nie... suka nak teman saya mandi.
 
Pelik tak?
Apa??? Tak percaya???
Betul laa. Mana ada tipu. Saya serius ni. Tak perlu sampai dua rius tiga rius untuk membuktikan keseriusan saya ni. Huhu.
 
Betul. Percayalah. Kerana ianya benar. :)
Sally si kucing comel saya ni suka teman saya mandi.
 
Haha. Lawak kan? Tapi inilah realitinya.
 
Biasanya, kucing takut air, kan?
Jangankan nak usik air tu, bahkan dengar bunyi air pun dah jadi fobia, kan?
Macam Sally saya yang sebelum ni, Sally the Second tuh... Sally idung itam tuh...
Sally tu, jangankan jejak kaki ke bilik air... dengar air mengalir pun dah mencanak dia lari!
 
Tapi tidak bagi Sally the Third nih...
Memang berlawanan benar pe'elnya dengan Sally the Second...
 
Sally nie, kalau saya kehilangan dirinya sekitar rumah nie...
Andaikata kat ruang tamu dia takda, kat dapur dia takda, kat bilik dia takda, kat luar rumah dia takda... So jangan panik sangat.
Cuba cari dia kat dalam bilik air... InsyaAllah dia ada di situ.
 
Nak tahu dia buat apa?
Dia dok tengok je mana-mana air yang menitik, dia ralit perhatikan ke mana air tu mengalir.
Pastu tangan dia yang halus mulus kiut miut tu mulalah mengacah-acah air yang mengalir tuh.
Serius. Sangat comel. Comel sungguh. Amat cute aksinya mengacah-acah begitu.
 
Bab teman saya mandi ni, pada mulanya dia tak macam ni sangat.
Tapi sejak tahun lepas saya perasan, setiap kali saya masuk bilik air, dia pasti terlebih dahulu akan berlari berlumba dengan saya. Dan bila dia tahu saya nak ke bilik air, dengan pantas dia pintas saya dan masuk dulu ke bilik air.
Sally saya ni bijak. Kalau dia nampak je saya sangkut tuala kat bahu, maknanya dia tahu lepas tu saya akan ke bilik mandi. So dia pun cepat-cepatlah masuk bilik mandi. Nak masuk sama sebab nak main air.
 
Pelik, kan?
 
Banyak kali jugak saya halau dia keluar.
Tapi nak tahu apa jadi?
Kat luar pintu bilik air tu, mulalah dia menendang-nendang, buat bising sambil mengiau tanpa henti.
Selagi saya tak bukak pintu tak bagi dia masuk, memang takkan berhentilah ekor dia dok libas-libas pintu bilik air tu.
Kadang tu kalau dia geram sangat, sampai kepala pun dia hantukkan ke bilik air.
Punyalah nak masuk sangat dalam bilik air tu.
 
Adoiii... macam-macam hal jugak pe'el kucing ni yek?
Ingatkan manusia je pandai nak ada perangai pelik-pelik ni.
Rupa-rupanya kucing pun 2x5 je macam manusia.
Haha...
 
So sekarang ni, tiap kali saya nak mandi, memang kena standby jelaa untuk bagi dia masuk sama.
Dan dia bukan main suka bila saya tak halau dia lagi.
Laju je dia masuk bilik air tu.
 
Tapi kalau saya mandi lama sangat, contohnya membasuh baju ke, memberus lantai ke, tahu pulak dia mengiau nak keluar. Mungkin lama sangat gamaknya, dah gigil badan dia tu, so rasa sejuk. Tu pasal baru dia reti nak keluar. Kalau tak, bergolek jela dia kat dalam sinki dok tengok air teratai. Mungkin dia rasa cantik kot air tu mengalir halus-halus macam tu. Mungkinlaa kan. Mungkin. Hehe...
 
Pernah terdetik nak rakam aksi dia ni.
Tengoklah nantik. Kalau saya rajin k.
Hohoho...
 
Kucing korang takda perangai pelik ke?
Haha...   :p

~ieza~ blog suka-suka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!