Duit Belanja Sally

Showing posts with label anak kucing. Show all posts
Showing posts with label anak kucing. Show all posts

27 Jan 2013

Anda mesti seorang pencinta kucing jika anda...

  • ...rela kongsi katil dan tidur bersama dengan kucing anda!
  • ...sanggup korbankan wang ringgit untuk memberinya makan!
  • ...tak boleh berlalu dan pergi begitu saja setelah terserempak dengan kucing-kucing tepi jalan dalam keadaan kelaparan, atau dalam keadaan yang amat kasihan!
  • ...memarahi golongan yang mendera kucing atau menganiaya kucing, atau setidak-tidaknya mengajar kanak-kanak agar bersikap lebih baik dalam memberi layanan terhadap kucing, bukan dengan menyepaknya, menendangnya atau menarik ekornya!
  • ...mencari penjaga yang benar-benar sukakan kucing jika ingin berpergian untuk beberapa ketika!
  • ...menyediakan bekalan kibbles dalam beg anda walau ke mana saja anda pergi supaya anda dapat memberi makan kepada kucing-kucing yang kelaparan apabila anda berjumpa dengan 'mereka' ini, tak kira di mana saja!
 
 
...dan macam-macam lagi yang anda akan lakukan untuk kucing anda atau demi keselamatan dan kebaikan kucing-kucing terbiar di luar sana!
 
Betul tak?
 
 
Saya kata betul sebab saya salah seorang daripadanya!  :)
 
 
Dan, beberapa minggu kebelakangan ni, saya suka menonton rancangan ini;
 
MUST LOVE CATS


 
Ditayangkan di National Geographic channel 553, rancangan ini banyak memberi saya kesedaran dan nilai moral yang baik di mana meskipun warga Amerika ini rata-rata non-muslim, namun sikap mereka dalam hal ini patut dipuji dan seharusnya dicontohi.
 
Dan saya memang perasan, masyarakat barat memang bersikap lebih prihatin terhadap kebajikan haiwan berbanding kita yang sedia Islam ini. Jadi di sini saya ingin bertanya, KENAPA?
 
Yup, saya akui, tidak semua yang dipaparkan dalam rancangan ini WAJIB kita tiru, seperti membuat tatu kucing di badan, mengadakan sebuah hotel khas untuk kucing bertaraf 5 bintang untuk mereka di mana kemudahannya setaraf dengan manusia, atau memberi layanan kepada mereka menyamai layanan untuk manusia, yang pada saya perkara-perkara ini tidak perlulah untuk kita ikuti memandangkan Islam tidak mengajar kita untuk menyamakan atau melebihkan taraf haiwan melebihi taraf manusia kerana haiwan dan manusia tidak setaraf dan sememangnya tidak akan setaraf! Manusia adalah sebaik-baik ciptaan dan haiwan tidak akan boleh menyamainya, apatah lagi menandinginya. Harap jelas akan hal ini.
 
Akan tetapi, jika kita perhatikan sudut positif dalam rancangan ini, kita akan dapati betapa masyarakat barat ini mempunyai moral dan akhlak yang amat terpuji berbanding masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini. Ini kerana, saya sering menyaksikan di depan mata saya, tatkala saya keluar makan di restoran bahu jalan, atau pergi berjalan-jalan dan terserempak dengan kucing-kucing yang mengiau kelaparan, saya perhatikan rata-rata masyarakat Melayu yang kononnya mengaku beragama Islam langsung tidak peduli akan rintihan kucing-kucing ini yang datang berlegar-legar di kaki manusia demi mencari sesuap makanan!
 
KENAPA? Kenapa hati masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini terlalu KERAS? Terlalu KEJAM? Sanggup membiarkan kucing-kucing jalanan ini mengiau kelaparan tanpa terdetik perasaan bersalah untuk berikhtiar dan memberinya makan? Atau sekurang-kurangnya mengusap-usap kepalanya?
 
Lebih malang lagi, ada satu ketika, saya melihat ada di antara makcik-makcik atau pakcik-pakcik yang bertudung dan berkopiah, bila datang je kucing-kucing jalanan ini ke meja mereka mengiau meminta makanan, terus dihalaunya kucing-kucing ini seolah-olah kucing-kucing ini teramat jijik pada pandangan mata mereka.
 
Ingin saja saya berkata pada makcik-makcik dan pakcik-pakcik ini seperti ini;
 
"Pakcik/makcik, kalau kucing kelaparan sebegini pun hati kamu tidak tersentuh untuk memberinya makan, bahkan dihalaunya pula seperti kucing kurap yang tidak berharga, rasanya lebih baik kamu buang saja kopiah yang kamu pakai tu. Makcik, tanggalkan saja tudung yang kamu pakai tu. Kamu tak layak menyarung pakaian islamik sebegitu kerana sikap kamu tak melambangkan seorang penganut Islam sejati. Sikap kamu terlalu jijik! Warga Amerika yang tidak Islam itu lagi mulia dan lagi Islam daripada kamu kerana Islam mengajar penganutnya bersikap IHSAN sesama makhluk!"
 
Saya fikir, masalahnya disebabkan persepsi yang salah dan silap tentang sikap ihsan ini. Rata-rata umat Islam hanya berfikir, ihsan ini lebih utama untuk sesama manusia. Jadi pada mereka, bersikap ihsan untuk makhluk lain, nak-nak haiwan seperti kucing ini, tak perlu diberi perhatian sangat. So sebab itu kebanyakan daripada golongan ini mengambil sikap tidak ambil peduli, atau langsung tak hiraukan tatkala kucing-kucing ini mengiau kepada mereka meminta makanan. HATI tu dah jadi KERAS macam batu si Tanggang gamaknya, langsung tiada perasaan belas kasihan!
 
Saya memang emosi. Geram ni! Geram sesangat!!!
 
So di sini, saya nak BERI PERINGATAN dekat manusia yang hatinya keras ini.
 
Agak-agaknya mereka ini lupa kot, betapa bersikap ihsan meskipun terhadap haiwan mempunyai nilai pahala dan ganjaran yang teramat besar di sisi Allah SWT?
 
Agak-agaknya mereka ini lupa untuk mengambil pedoman dan pelajaran tentang satu peristiwa di mana seorang PELACUR DIMASUKKAN ke dalam SYURGA hanya kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan. Hai, takkan tak tahu peristiwa ini? Atau sengaja buat-buat lupa?
 
Agak-agaknya golongan sebegini tak pernah baca atau buat-buat tak faham betapa Nabi SAW kerap kali mengingatkan status haiwan bernama kucing ini adalah haiwan yang suci bersih dan tidak najis kerana ia haiwan yang sentiasa berkeliaran di sekeliling rumah. Bahkan terdapat hadith yang mengatakan bahawasanya bekas jilatan kucing adalah tidak najis pada air dan makanan yang dimakan, sehinggakan Nabi SAW pernah mengambil wudhu' daripada air bekas jilatan kucing, sementara Siti Aishah r.a pula pernah memakan bubur yang telah dimakan separuh oleh kucing yang berkeliaran di rumahnya, di mana Siti Aishah cuma membuang sebahagian bekas jilatan kucing terbabit, lalu memakannya seperti biasa.
 
Nak tambah lagi?
 
Agak-agaknya golongan sebegini berotak lembab sangat kot, malas membaca, sebab tu asyik ingat kucing ni najis. Bahkan mereka ini amat kasihan sebab tidak tahu betapa fakta klinikal menunjukkan bahawasanya kucing adalah satu-satunya haiwan yang paling bersih dan paling sedikit kuman dan bakterianya berbanding lain-lain haiwan di dunia ini, bahkan kita yang manusia ini lebih banyak kandungan kuman dan bakteria di dalam badan berbanding kucing!
 
Apa lagi nak tambah yek?
 
Bukan apa, payah sangat nak ajar ummah Melayu yang mengaku Islam ini agar lepas ni bersikap lebih prihatin terhadap haiwan lepas ni. Tolong didik diri tu untuk saling menghargai dan menyayangi haiwan-haiwan ini, terutamanya kucing kerana Nabi SAW telah beberapa kali terserempak dengan Abu Hurairah yang kerjanya selalu memberi makan pada kucing-kucing terbiar, dan ada sekali tu Nabi SAW bertanya pada Abu Hurairah lebih kurang begini;
 
"Apakah yang ada dalam lengan jubahmu ya Abu Hurairah?"
 
Maka Abu Hurairah r.a hanya menjawab, "Ianya seekor kucing" (saya tak ingat, kucing ke anak kucing). Tapi lebih kurang begitulah dialognya.
 
Dan Nabi SAW tak pernah mengeluarkan mana-mana hadith dalam melarang perbuatan Abu Hurairah itu, bahkan siap diberikan nama gelaran "Abu Hurairah" yang bermaksud bapa kucing.
 
So, apa lagi alasan untuk bersikap tidak prihatin tatkala melihat kucing-kucing terbiar yang kelaparan di merata-rata tempat?
 
Bayangkan, Abu Hurairah yang asalnya papa dan dhaif itu pun boleh berusaha memberi makan kepada kucing-kucing terbiar yang dijumpainya serta merawatnya, maka apa pula alasan kita untuk bersikap zalim atau tidak mengendahkan rintihan si comel yang kelaparan ini?
 
Nasihat saya, agih-agihkanlah rezeki tu. Sedekah untuk masjid, sedekah untuk fakir miskin dan sedekah juga untuk haiwan-haiwan terbiar seperti kucing ini. Janganlah kemut sangat. Janganlah kedekut sangat. Ipad harga tiga empat ribu boleh beli, tapi nak laburkan barang seratus ringgit untuk sedekah, kemain berkira memasing.
 
 
Saya tak kata semua. Sebab saya tahu, ramai je yang berhati mulia seperti yang saya inginkan, namun jumlahnya masih terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan warga Amerika yang boleh dikatakan majoriti masyarakatnya, daripada kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah kepada orang tua, majoritinya bersikap amat prihatin terhadap haiwan.
 
Jadi, tolonglah ubah sikap ok?
 
Saya doakan dan berharap sangat lepas ni kalau saya ke mana-mana di Malaysia ni, lebih ramai lagi yang akan berubah dan menjadi prihatin terhadap nasib haiwan yang comel ini.
 
Fikirlah, untuk apa 'mereka' ini diciptakan dengan rupa yang sebegitu comel, mengiau-ngiau dan berlegar-legar sekeliling kita? Kenapa Allah SWT tak letak mereka ini dalam hutan dan cari makan sendiri? Ada otak, boleh fikir, kan?
 
Sebabnya Allah SWT sengaja letak kucing ni di tengah-tengah kehidupan manusia sebab nak uji kita semua, nak uji iman kita semua, adakah kita ni benar-benar faham apa yang dimaksudkan IHSAN itu, dan apakah kita ni sedar yang mana kehidupan kita di dunia ini bukan untuk manusia saja, sebaliknya adalah suatu kehidupan yang WAJIB dikongsi bersama, termasuk berkongsi bersama haiwan seperti kucing!
 
Got it?
 
(^_^)



~ieza~ blog suka-suka

4 May 2011

Salam Rindu Buat Semua...

Rasanya dah lama sangat tak hapdet blog nie.
Apa nak buat, lately nie kita busy ngalahkan PM.
Huhuhu...

Sekarang nie kita tengah tunggu penjaga sementara Sally sebab ayah kita dah dibawa pulang ke rumah semalam. Doktor bagi tempoh 10 hari untuk kami semua sebab kami semua yang mintak keizinan untuk ayah kita pulang ke rumah.

Sebabnya, ayah kita dah 11 hari dirawat di HKL, namun keadaannya masih sama. Tak sembuh pun. Takda nafsu makan pun.

Segala test eg: xtray, scan, urine test, blood test >> semuanya tiada yang berbahaya. Semuanya normal selayaknya umur dia.

Bahkan ujian nie kami dah lakukan di KPJ sebelum nie. Memang tiada yang kritikal. Semuanya ok.

So ramai bagi cadangan, mungkin ayah kita perlu berubat secara kampung.

Sebelum nie pernah bawa ke Darus Syifa' di Bangi, ustaz yang merawat tu tak detect pon sumthin' yang aneh. Tapi setelah 'terberborak' dengan seorang staffnurse HKL tu, dia kata kawan dia pun alami benda macam ayah kita, sampai turun berat 16kg. Berubat di hospital semua ok, tapi berubat secara kampung, masuk ustaz yang ke-5 baru dapat 'detect'. Memang kawan dia kena sihir. Sekarang nie alhamdulillah dah ok.

So bila kami mintak kebenaran doktor pakar yang merawat ayah kita untuk bawa ayah kita berubat secara kampung, beliau segera bersetuju. Lagi pun pihak mereka sendiri tak pasti apa jenis penyakit yang menyerang ayah kita. Sebab semuanya ok. Tapi ayah masih takda selera makan.

So beberapa siri perubatan secara kampung telah pun dilakukan, dan ustaz tu kata (nie ustaz yang ke-3, yang dua ustaz sebelum nie maybe tak dapat detect lagi) memang ada 'benda' nak kacau 'dalaman' ayah kita.

Masa malam terakhir kita di hospital, ustaz tu dah mula merawat ayah kita secara 'jauh'. Dan pukul 1.07 pagi tu, ayah kita tetiba bangun dari tidur, nak bukak baju pasal panas katanya. Walhal time tu aircond punyalah sejuk. Kita siap berbungkus dalam selimut, boleh dia kata panas. So dari situ kita mula curiga.

Baru kejap tadi, Sally dah pun diambil oleh penjaga barunya, sebab ayah kata dia tak selesa ada kucing dalam rumah. Tak apalah, kita turutkan kemahuan dia sebab antara ayah dan kucing, mestilah kena dahulukan ayah, kan?

Tapi disebabkan kita juga teramat sayang kat Sally, maka kita ambil keputusan untuk cari orang upah jaga Sally sehingga kami dapat pindah kat rumah yang lebih ok dari sekarang. Bulan-bulan bayar RM300 kat penjaga Sally. Tak apalah. Demi Sally tersayang, kita sanggup. Dan demi ayah tercinta, kita juga terpaksa sanggup untuk berpisah sementara dengan Sally. Tak apalah. Mungkin ini dugaan untuk kita. Sebab kedua-duanya melibatkan mahkluk Allah yang kita cinta dan kita sayang. Jadi kita ambil win-win situation lah.


Anak-anak Sally? Dah lebih sebulan kita serahkan kat orang. Pun kerana ayah. Masa tu ayah baru nak sakit.
Tak selesa bau kucing dengan bunyi anak-anak kucing yang bising. Kita akur, demi ayah tercinta meskipun saban malam tu terkadang meleleh gak air mata bila teringat keletah anak-anak Sally tu. Namun apa daya kita? Kan? Ayah lebih utama. Islam ajar camtu. Kita kena akur.

Sekarang nie rasa macam berkaca mata nie sebab Sally dah tak ada dalam rumah nie. Tak apalah, setiap bulan kita akan melawat dia kat pusat penjagaan tu. Kita siap pesan kat penjaga tu agar jaga Sally baik-baik. Nantik dah pindah rumah baru, kita nak balik Sally kita. Penjaga tu gelak je dengar kita warning dia camtu.

Hmmmm... dah nangis dah. Isk! (T_T)


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

17 Apr 2011

Kisah Sally dan Anak-anak Dia... (Bahagian 2 & 3)

Nie ada lagi aksi-aksi si bebudak nakal dok memain je kejenyer...
Si Sally cengkonon berlagak jadi seorang seekor ibu mithali, diam je peratikan aksi anak-anak dia yg tengah belajar nak jadi kucing-kucing terhebat area PJ nie...

Almaklumlah, Sally kan pemegang rekod Ratu Cantik area sini 3x berturut-turut!
Nape? Tak caya? Dengki aaa tuh! Wekk! :p

Haa... layankan aje yek?
Keh keh keh...






p/s : saja biarkan entry nie lelama sikit, bagi korang layan video anak-anak bulus nie dulu... :p

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

15 Apr 2011

Kisah Sally dan Anak-anak Dia... (Bahagian 1)

Korang korang...

Last entry kita janji nak cerita pasal Sally dan anak-anak dia, kan??

Jangan risau, kita akan cerita punya.... Kita tak lupa...

Tapi sebelum kita cerita, apa kata korang layan dulu video klip kat bawah nie...

Ini bukan video klip lagu Dua Tiga Kucing Berlari ok?
Video klip lagu tu tak besh...
Pasal video klip kat bawah nie lagi besh...

Layannnnnnnnnn.... zashhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
(Eh, dah macam Melodi ler pulok! Kuikuikui...)



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

13 Apr 2011

Kisah Sally dan Anak-anak Dia...

Macam-macam hal telah terjadi sepanjang minggu pertama dan kedua April 2011...

Dan, kita jugak ada cerita tentang kucing-kucing kesayangan kita nie...
Tapi buat masa nie... kita just nak kasi intro je....
Cerita penuh nantik kita update.

Intronya.. huhu... kita sedih nak cerita...
Tapi  dalam masa yang sama kita jugak  gembira nak cerita...

Hmmm... agak-agak korang apa yang kita nak cerita yek? (",)


Takpe takpe....Korang tunggulaa yek?
.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
..........
...........
............
.............
..............
...............
................
.................
..................
...................
..
..
..
..
..
..

Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....................!


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

6 Apr 2011

Berita Gembira untuk Anak-anak Sally!

Buat rerakan meowwmania kat sini, kita nak kongsi satu berita yang amat menggembirakan hati kita dan mungkin hati korang jugak!

Sebelum tu kita nak citer, Isnin lepas (5 April 2011), hampir sehari suntuk kita habiskan masa untuk selesaikan masalah anak-anak Sally nie. Niat dari rumah memang nak hantar anak-anak Sally kat SPCA Ampang (atau yang sewaktu dengannya) sebab tak nak jadi anak derhaka kat mak ayah. Yela, kan sebelum tu kita dah cerita perihal ayah kita yang tak tahan dengan bau berak anak-anak Sally termasuk Sally sekali yang mana kita tak sempat nak bersihkan sebab kita memang lambat balik kerja. Kita ada cerita masalah nie dulu. Dah lupa, boleh semak sini dan sini.

 
Bayangkan, nak cari SPCA aje hampir 3 kali kita tawaf depan pintu masuk Zoo Negara. Kesnya pasal arahan yang kita dapat dari internet tu, dia tunjuk laluan Genting Klang. Last-last bila dah 3 kali sesat tuh, barulah kita jumpa pusat tuh. Rupa-rupanya SPCA ni dekat je dengan rumah kawan kita yang dok Ampang tuh. Kalo kita tahu awal-awal, takdelah kita sesat larat sampai 3x. Hampeh betul ar!

Tengok jam, dekat pukul 4.10 minit. Fuhh lega! Masih ada masa 20 minit sebelum SPCA tu ditutup. Sebelum jumpa SPCA nih, kita dah pun tersesat kat Hospital Veterinar yang jalannya sehala menuju ke SPCA nih. Dua kali pulak kita datang situ, ingatkan yang tu SPCA. Kali kedua tu baru dapat tahu, SPCA tu lain, bukan yang tu. Melalui pekerja situ kita tahu arahan sebenar SPCA nie.

Oh yer, kita terlupa nak ambik gambar pusat SPCA tuh pasal time tu pikiran dok kalut sebab dah lambat sampai situ. Sesampai je terus tanya sorang brader India yang kerja situ. Brader nih terus terang je. Katanya, mereka just terima kucing-kucing yang dah besar dan tak ada sebarang penyakit serta dalam jumlah yang kecil. Memandangkan anak-anak Sally nie berjumlah 5 ekor, pastu jalan pun still tak betul, brader nih cakap, boleh je letak situ, tapi untuk 'ditidurkanlah!'. Kita dengar je camtu, terus kensel! Alasannya, pusat tuh dah tak mampu nak menampung kucing-kucing terbiar dalam kuantiti yang banyak. Dah tak muat. Huhu... (dalam hati kita kutuk, sampai hati korang bunuh kucing-kucing tuh!)

Kita kalut pk. Kat mana lagi nak hantar anak-anak Sally nie ek? Kat pusat-pusat lain, banyak nak syarat yang bukan-bukan. Just terima kucing yang dah divaksinlah, kucing yang dah 6 bulan ke ataslah, kucing yang dah jadi ahli persatuanlah, kucing itulah kucing inilah... banyak bebenor syaratnya!

Nak letak kat pasar, kita tak sampai hati. Entah macam manalah nasib anak-anak Sally nie nantik. Pandaikah mereka ini berdikari? Nak bagi orang, setakat nie takda siapa yang rela sebab tak reti nak jaga anak kucing. Ceh, alasan! Nak seribu daya, ok!

Perut dah lapor. Bayangkan dari pagi haram jamah satu hapa. Nak cepat punya pasal, malas nak sarapan sebab ingat kekonon boleh balik sebelum zohor. Last-last, ambik ko. Sesat! Dah Asar pun, anak-anak Sally masih tak tahu jalan penyelesaian. Tanya anak buah, any idea? Hampeh! Huhu... Si Sally pulak, dah tak sempat nak dikembirikan. Klinik dah tutup! Entah-entah Sally awal-awal dah doa mintak kita sesat moga anak-anak dia tak jadi dibuang atau diserahkan kat siapa-siapa. Hahaha.. Mana tahu, kan?? Keh keh keh! Yela Sally. Ko menang. Aku kalah! Huhu...

Tetiba teringat kat Masjid Bangsar, kes dua ekor kucing kita yang pernah 'dibuang' di situ dan dua-dua mendapat tuan baru on the spot! Tapi kini keadaannya berbeza. Kali ni yang nak dibuang, bukan seekor, tapi 5 ekor. Dah tu pulak, bukan kucing dewasa tapi anak kucing. Ada ke manusia prihatin yang nak bela anak-anak bulus nih? Kita memang tak yakin.

Arghhh...
Perut semakin lapar. Solat jap, lupakan seketika masalah anak-anak Sally tu, kita ajak anak buah makan gerai mamak. Pelita Nasi Kandar. Bayangkan lapar tak lapar, tak sangka air segelas tak cukup. Dan tak sangka pulak nasi beriani je tak cukup. Last-last order tosei dengan roti bom. Sirap dan nescafe ais dah jadi dua gelas setiap satu. Perghhh... ini bukan lapor, tapi menketedarah!

Pas makan, pk balik soal anak-anak Sally.

Dan bila sampai uma, tetiba kita dapat 'ilham'.

Cuba ubah jadual pemakanan mereka...

Kata vet, kucing makan 2x sehari. Tapi kita bagi tak tentu masa. Kadang tu asal depa mengiau je kita bagi. Walhal cara tu tak betul sebenarnya. Dan sekarang kita bagi depa makan 2x sehari pada waktu kita ada kat rumah. So dengan cara ini, depa semua akan berak ikut jadual dan jadual tu mestilah time kita ada kat rumah supaya kita boleh bersihkan berak depa cepat-cepat, sekali gus menyelesaikan masalah bau busuk yang ayah kita dok bising-bising sebelum ni. Makna kata, time kita takda kat rumah, depa suma dah kenyang dah berak dan masa depa tidur! Bila kita balik, baru depa makan dan aktif bermain. Macam mana? Hebat tak 'ilham' yang kita dapat nie? Of courselah kita mintak ilham nie kat Dia. Huhu...

Dan tadi idea nie telah terbukti keberkesanannya!

Kita sampai je depan pintu, takda bau busuk. Maknanya depa tak berak sebab depa dah berak tengah hari tadi time kita kat rumah. Fuhh! Lega!

Kita yakin jika keadaan ni berterusan, takkan ada masalahlah untuk kita pelihara depa. Sebab yang penting, ayah kita tak bising pasal bau busuk.

Ok tak idea nie?

Haha...

Btw sepanjang aktiviti sesat larat tuh, sempatlah kita singgah 2 buah kedai haiwan dan entah macam mana kita main beli je benda-benda di bawah nie secara spontan.




Ubat cacing untuk anak kucing
Kita macam tahu-tahu je tak jadi nak buang anak-anak Sally



Mainan Versi Cakaran untuk Anak Kucing
Sally tengok benda nie, buat dono je.. Mementang dah besar, hampeh!


Syampu anti Kutu dan Hama
Kesian tengok anak-anak Sally dok garu-garu



Mulai hari nie, Sally akan pakai jenama ini demi kesihatannya di  masa hadapan!
Best jadi Sally, kan? Hahaha...



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

21 Mar 2011

Hujan Oh! Hujan... Anak-anak Sally Kesejukan!

Assalamu'alaikum & meoww meoww semua....

Well... sekarang area PJ/KL dan sekitarnya asyik hujan je sebulan dua kebelakangan nie....
Dan, kita pon rasa macam nak demam dek cuaca yang tak menentu macam nie... (+_+)

Hmmm... apa pun, kita tetap bersyukur sebab kita hanya ditimpa hujan, sedangkan wilayah Honshu especially di Sendai telah dilanda gempa bumi dan tsunami! Dianggarkan 20,000 orang menjadi korban kali ini... MasyaAllah!

Takpalah. Anggaplah hujan itu hujan rahmat... pemberi sumber rezeki untuk kita semua bagi menghidupkan segala jenis tumbuh-tumbuhan yang melata di muka bumi ini....

Cuma yang kesiannya, anak-anak Sally. Sejak kita letak kat dalam sangkar di luar ruang tamu rumah kita, hujan makin kerap pulak turun setiap petang. Kita bagi kain buat selimut, bukan depa paham pon.
So ayah dah bising. Katanya kita tak boleh nak jaga kesemua anak-anak kucing tu. Kita diarah untuk 'melepaskan' anak-anak Sally tu kat sesiapa yang dapat jaga depa berlima tu sebab ayah dah tak tahan dengan najis depa yang dah mula mengeluarkan bau yang kurang enak, sedangkan kita bukan selalu ada kat rumah untuk bersihkan sangkar depa cepat-cepat!

Huhu kita sedih, tapi, kita kena akur dengan perintah ayah pada kali ni. (-_-)

Dapat pelihara Sally nie pun dah kira rahmat bagi kita. So daripada ayah mengamuk, better kita ikut nasihat dia kali nie. Yelah, kita paham. Kita busy, kurang masa untuk tengok anak-anak kucing tu setiap masa, so ini semua memberi impact kat ayah kita. Ayah kita bukan tak suka kucing, tapi keadaan rumah sekarang tak mengizinkan untuk pelihara kucing. Itulah yang selalu ayah kita kata.

Sekarang kita tengah usaha untuk cari pencinta kucing macam kita yang sudi untuk jaga anak-anak bulus nie. Semua ada 5 ekor, tapi tadi pekerja ayah dah booking seekor, so tinggal 4 ekor lagi.

Huhu kita memang sayang sangat nak lepaskan, tapi apakan daya... kita tinggal kat rumah bertingkat-tingkat... so memang payah nak jaga kucing banyak-banyak sebab depa takdak ruang untuk main pasir kat luar rumah.

Ya Allah, mintak-mintaklah tahun nie kita dapat rumah baru... boleh kita pelihara kucing banyak-banyak tanpa hadapi masalah macam nie... dan kalau boleh, kita nak ambik balik depa berlima tu untuk kita jaga bila dah ada rumah baru kelak...

Kita sayang depa... sayang Sally dan anak-anak bulusnya itu...  (-_-)




9 Mar 2011

anak kucing tomei tomei dah buka mata... =)

Assalamu'alaikum...
Meoww meoww meoww buat semua meowwmania dan jugak meowwtakmania... hahaha...


Kalo korang masih ingat, kita dah janji hari tu untuk paparkan anak-anak kucing kita yakni anak si Sally a.k.a kucing comel kita tu yang dah buka mata...

So kat bawah nie ialah gambar-gambar anak-anak kucing yang comel-comel itu...

Sangat-sangat tomei sebab ibunya si Sally memang tomei... hahaha...

So, jom tengok!

Yiiihaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!









Apa macam? Sangat comel kan? Kalo tak comel maknanya korang jeles dengan kecomelan mereka ini... hahahaa... :p

2 Mar 2011

Sedikit perubahan vs anak-anak Sally dah buka mata...

Assalamu'alaikum...
Meoww  meoww buat semua meowwmania dan meowwtakmania... Hehehe...

Starting by today, beberapa perubahan perkataan akan bertukar...

Perkataan salam meoww meoww terpaksa ditukar kepada versi salam lengkap disebabkan terdapat sedikit perdebatan di kalangan ilmuan yang mengatakan bahawa 'salam' tu maknanya tak elok. Macam singkatan 'akum' jugak. Tak elok.

So perkataan 'salam' akan diganti dengan versi lengkap iaitu 'Assalamu'alaikum'.

Perubahan kedua, kata ganti diri 'aku' akan bertukar kepada 'kita' lantaran penulis ingin berasa lebih dekat dan lebih mesra dengan pembaca.

Jadi mulai saat ni, aku akan membahasakan diri aku sebagai 'kita'.

Mengapa kita?

Sebab blog ini dimiliki oleh Sally, anak-anak Sally dan Tuan Sally sendiri.
Ramai kan? Jadi kena diganti dengan 'kita' pasal 'aku' tak sesuai...

Got it? (^_^),

 
Buat sesiapa meowwmania yang nak tahu perkembangan Sally dan anak-anaknya, nantik kita akan upload pic terkini mereka semua. Apa pun kita nak bagi tahu, anak-anak Sally semua dah bukak mata. Sangat sangat sangat chumel, okay!

Kepada sesiapa yang telah view dan singgah kat blog ni, kita ucapkan ribuan terima kasih dan insyaAllah, kita akan cuba curi masa untuk lawat balik blog korang. Minggu ni kita memang tersangat busy sebab banyak 'job' nak kena buat. Apa pun korang memang best sebab sudi singgah sini. Almaklumlah, sebagai beginner dalam dunia blog nie, kita masih terlalu hijau dan terlalu mentah untuk memahami selok-belok dunia blog nie. Apa pun, kita alu-alukan sesiapa yang sudi beri tunjuk ajar kat kita dalam apa jua bidang dan maklumat yang ingin dikongsi bersama.

Rasanya cukup setakat ini dulu sebab kita nak buat kerja lain pulak pasni.

See uols later, yaa... Wassalam.

15 Feb 2011

Kucing kesayanganku, Sally dah selamat jadi ibu pada 12 Rabiul Awal - Isnin malam Selasa. =)

Salam meoww meoww buat semua...

Hmmm... lebih seminggu blog tak update, gara-gara modem steamyxku buat hal. Apa nak buat, dah masanya modem tu expired! Hampeh punya modem. Baru setahun lebih pakai dah jahanam. Ingat nak derhaka nak pakai broadband lain, tapi memandangkan telefon rumah masih diperlukan, maka streamyx masih menjadi pilihan teratas untuk terus melanggan jalur lebar tanpa sempadan. Buat masa ni broadband Celcom kakakku lah yang menjadi mangsa untuk aku pinjam free of charge! Ngehehe...

Haaa... berita gembira sempena Maulidur Rasul pagi ni.

Kucing comelku aka Sally dah selamat melahirkan anak dia seramai lima (5) ekor pada malam tadi, atau dengan jelasnya, anak-anak kucing yang comel-comel tu selamat keluar dari perut Sally bermula pada pukul 10.00 lebih malam tadi. Makna kata, anak-anak kucing iaitu anak si Sally lahir lepas maghrib malam tadi yang bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1432 hijrah = Hari Kelahiran Nabi SAW.

Just imagine that!

Anak-anak kucing yang cute tu semua telah ditakdirkan berkongsi tarikh lahir dengan Nabi SAW yang sememangnya sayangkan haiwan yang bernama kucing ini.

Wowwww!!!

Amat bertuah Sally sebab anak dia lahir pada malam tadi lepas maghrib, dan sekali lagi Sally amat bertuah sebab malam tadi aku off duty, aku ada kat rumah. Dan alhamdulillah, Allah perkenankan doa aku untuk menyambut kelahiran anak-anak bulu yang comel-comel ni malam tadi. =)

Oklah.

Aku tak nak cerita panjang.  Kat bawah ni aku letak gambar-gambar Sally dan anak-anak dia yang baru lahir malam tadi.

Enjoy yaaa....



















29 Jan 2011

Home Boarding untuk Kucing Comelku Si Sally Bucuk


Salam meoww meoww...

Sallyku dah semakin sarat... jadi nak tinggal dia sengsorang kat rumah, aku tak berani ambik risiko. Memandangkan aku akan balik kampung mulai esok malam sampai Isnin, maka aku putuskan untuk tinggal Sally kat 'nursery' special untuk kucing-kucing comel macam dia.

Alhamdulillah, proses pencarian telah berjaya dan esok petang aku akan hantar kucing kesayanganku tu ke pusat penjagaan kucing. Yang bestnya, akak tu bagi jaminan, if Sally have to deliver her kittens on that time, akak tu akan jadi bidannya. Hahaha... Sounds interesting, rite? :p

Aku siap cakap kat akak tu dengan penuh tegas, akak kena jaga kucing comel saya tu baik-baik sebab saya sayang sangat kat kucing saya tu.

Akak tu terus bagi jaminan, katanya aku tak perlu risau sebab the whole family dia suka sangat kat kucing dan suka jaga kucing.

Dan sekarang aku nak main-main dengan kucing comel aku ni sebab nantik tiga hari tak dapat nak main-main dengan Sally bucuk ni. I'm sure that i'm gonna miss miss her sooo much! Uhuk uhuk! (+_+)


26 Jan 2011

Ingin Pelihara Kucing-kucing Terbiar

Salam meoww meoww semua...

Hari ni macam biasa, aku jalani rutin harian yang (insyaAllah) takkan berubah dalam waktu terdekat ni. Dan Sally aku, iaitu kucing kesayanganku semakin besar perutnya. Aku rasa dalam waktu terdekat ini, kucing kecintaan aku tu akan beranak dalam tempoh tak sampai sebulan lagi. Harap-harap biarlah dia beranak time aku ada kat rumah. Kalau tak, haru jadinya nantik.

Aku nak tanya korang yang minat kucing macam aku ni;

Adakah korang mengalami perasaan sama seperti yang aku rasa?

Ok aku jelaskan apa yang aku rasa tentang perasaan aku terhadap haiwan kesayangan Rasulullah ni.

1. Setiap kali balik kerja, badan yang letih dan penat akan hilang sedikit demi sedikit bila sampai je kat rumah, kucing kesayangan dah sambut aku dengan ngauman meowww dia yang panjang. Pastu dia buat aksi nak cakar-cakar kandang sebab tak sabar-sabar nak keluar. Sungguh, aku sungguh terhibur tatkala melihat aksinya itu meskipun dalam masa yang sama ada kalanya bau 'hasil buangannya' agak menusuk lubang hidung. Hahaha..

2. Aku tak pernah letih atau malas atau bosan melayan karenah kucing aku tu meskipun badan aku penat ke, tengah marah ke, malah acap kali marah aku akan hilang tiap kali aku tengok kucing kesayangan aku tu. Terapi yang bagus, kan? :)

3. Aku amat tersentuh dan selalu je nak nangis(pernah nangis pun) setiap kali aku memandu kat memana jalan, aku ternampak kucing kena langgar. Hati aku memang amat-amat tersentuh. Kalau ikut hati, aku memang nak berhenti nak tanam kucing-kucing tu semua, tapi macam mana? Nak mampus ke berhenti kat tengah-tengah jalan raya yang sesak. Huhu... :(

4. Lagi satu kes tersentuh. Aku memang amat tersentuh bila terjumpa kucing-kucing yang mengiau kat aku, lapar nak makan. Sekarang ni aku memang spare part satu tong besar biskut kucing yang kering tu untuk mana-mana kucing yang aku jumpa kat luar. Malah kat area rumah aku ni aku dah ada seekor kucing yang dah cam muka aku untuk mintak makan, selain beberapa ekor lagi yang aku akan bagi makan sekali sekala. Aku tak kisah orang nak kata apa. Yang penting aku dapat bagi kucing-kucing tu makan sebab aku paham mereka lapar. Bayangkan korang lapar, macam mana perasaan korang? Dan aku pernah satu hari tu (kes dah lama dah), aku takda bawak duit, kurang RM5 dalam wallet aku. Tup tup ada seekor anak kucing ni dok ngiau-ngiau kat kaki aku, aku tak sampai hati nak lari macam tu je sebab aku paham perasaan dia. Dia lapar, nak makan. So duit yang aku niat nak beli makanan aku pada awalnya aku pi beli seekor ikan goreng berharga RM3 semata-mata untuk anak kucing tadi. Dan hatiku puas bila tengok dia makan dengan lahapnya.
Dalam hati aku just cakap, "Takpalah, aku makan kat rumah jela karang,"  Hehe... :-)

5. Setiap kali aku balik kerja, memang rutin aku akan bersihkan kandang Sally dan basuh kaki tangan montot Sally sebab dia sure berkubang ngan najis kat dalam sangkar tadi kan. So aku kena bersihkan dia dulu sebelum aku dapat gomol-gomol dia peluk cium dia... Hahaha... Pastu mak aku mesti akan tanya... "Sampai bila ko larat buat semua ni, dik?" Aku just jawab..."Sampai bila-bila"... Walhal dalam hati aku nak je cakap "Sampai adik mati atau pun Sally mati" Tapi macam kurang ajar pulak bunyinya. Dalam rumah aku, mak ayah aku memang tak berapa berkenan aku bela Sally ni. Alasan mereka, rumah akan busuk. Ye, aku paham. Tapi sampai bila aku nak kena tahan keinginan aku untuk ada kucing sendiri? Kalau dulu, aku asyik tumpang peluk kucing orang je. Tak puas! Dan sekarang mereka terpaksa terima Sally sebab dah tak boleh larang aku yang sememangnya takkan boleh berenggang dengan kucing! :-P

6. Korang ada niat tak yang mana bila korang dah senang (ada harta sikit) satu hari nantik, korang terdetik nak buat satu 'rumah kebajikan' untuk kucing-kucing terbiar. Pernah tak? Aku memang dah lama angan-angan macam tu. Sejak kecik lagi. Dan insyaAllah, jika diberi rezeki yang lebih kelak, aku akan realisasikan impian aku tu. Malah aku jugak bercadang nak buat 'Mini Zoo' yang menempatkan haiwan-haiwan terbiar.
Ok tak cadangan aku ni? :)

Korang rasa aku ni gila ke? Gila kucing? Entahlah. Tapi apa yang pasti, buat masa ni aku memang tak boleh tengok kucing terbiar lapar nak makan, kucing terbiar kena langgar, anak kucing mati kecik-kecik sebab takda orang nak jaga dan seumpama dengannya. Dan ramai orang yang pelik bila tengok aku bagi makan kat mana-mana kucing yang aku jumpa lapar nak makan, terutamanya orang area rumah aku ni. Lantaklah. Aku tak kisah mereka nak kata apa. Yang penting hati aku puas bila tengok kucing-kucing tu makan dengan berselera hasil pemberian aku yang tak seberapa ni. Eh, jangan kata ini satu kerja membazir, ok? Kucing tu makhluk Allah, sama macam kita. Bezanya kita ni berakal, kena jadi khalifah. Kucing just makhluk yang hanya mengikuti tabiat kucing yang dah Allah atur dalam naluri kehaiwanan dia. Tapi haiwan tiada dosa sebab depa tak berakal, jadi, haiwan ni makhluk yang suci sebab takda dosa. Betul tak?

Huhu, tak perasan pulak Sally aku ni dah nyenyak tidur.
Hmmmm oklah. Aku pun nak tidur gak. Nak tidur sebelah dia...
Hahaha... Papai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!