Duit Belanja Sally

9 Dec 2012

Facon Education Fair 2012

Rasanya lama sangat tak tulis kat blog ni.
Biasalah, kesibukan seharian adakalanya menghalang kita untuk terus aktif dan istiqamah dalam meneruskan sesuatu perkara yang sepatutnya perlu dibuat selalu.
Tapi nak buat macam mana, selagi saya menguruskan perniagaan kecil-kecilan warisan keluarga, memang diakui masa itu sendiri amat mencemburui saya. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahu tahu je dah nak masuk 2013. Fuhh! Begitu pantas masa berlalu!
 
So bila fikir-fikir balik tentang apa yang telah saya gapai setakat ni, tiba-tiba saya teringat tentang niat saya yang masih belum pudar untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi suatu hari nanti. Alhamdulillah, setakat blog ini ditulis, minat saya untuk belajar masih belum pudar, bahkan semakin membara-bara setiap kali melihat para graduan meraikan kejayaan mereka di hari konvokesyen.
 
Ya, saya ingin mengulangi detik itu yang cuma sekali saja pernah saya raikannya setakat ini! Apatah lagi setelah membaca karya Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman yang menggalakkan kita semua sambung belajar tak kira di mana saja pada bila-bila masa pun selagi ilmu yang ingin kita pelajari itu bermanfaat untuk kehidupan kita di dunia dan akhirat. Bahkan Dr. HM Tuah Iskandar sendiri mempunyai kelulusan Phd. dalam pelbagai bidang.
 
Buku pembakar semangat!

 
Jadi, saya dan adik layari internet cari maklumat untuk sambung berlajar ke peringkat sarjana muda (degree) kerana kami berdua telah memiliki diploma. Maklumlah, sebelum ini kami bekerja setelah tamat diploma kerana masa tu banyak sangat halangan untuk kami berdua menyambung pelajaran. Kami fikir inilah masanya. Dan dalam mencari-cari tu, saya dapati begitu banyak Education Fair yang akan berlangsung dari bulan ini sehingga Julai tahun depan.
 
Buat pengetahuan semua, saya dan adik berhasrat untuk belajar di luar negara. Adik saya meminati Korea atau UK sebagai destinasi pilihan pembelajarannya, manakala saya lebih teringin untuk bergelar pelajar di negara matahari terbit. Macam melampau kan impian kami ni? Tapi bila fikir-fikir balik, dunia hari ini, tiada apa yang mustahil. Selagi kita berusaha keras, insyaAllah kejayaan pasti menjadi milik kita!
 
Maka, sebagai permulaan, kami hadiri sendiri ke Facon Education Fair yang diadakan di PWTC pada 8-9 Disember, Sabtu dan Ahad, 12pm-7pm.
Kami tiba di hadapan pintu Dewan Tun Hussien Onn (Dewan 1 & 2) tepat jam 12.00 tengah hari. Punyalah semangat kan? Haha!
 
Kami tengok ramai beratur dan berlegar depan pintu. Rupa-rupanya, event masih belum bermula. Lebih kurang 5 minit jugalah kami dan pengunjung lain tunggu depan pintu tu. Lepas tu barulah diumumkan bahawa Facon Education Fair dengan rasminya dibuka untuk orang ramai. Maka melurulah kami semua ke dalam. Perghhh.... ini semua bakal-bakal pelajar yang bercita-cita tinggi barangkali... hehehe...
 
Saya dan adik merayau ke sana sini. Terdapat banyak booth IPTS tempatan dan antarabangsa yang mengambil bahagian. Di antaranya ialah Kolej Segi, Kolej Sunway, Kolej Taylor, Kolej Lim Kok Wing, Kolej Masterskill, KDU, Unitar/Utar dan banyak lagi kolej-kolej swasta yang lain. Saya dan adik tak berminat untuk meninjau dan menyinggah di booth-booth ini sebab misi kami ialah untuk further study kat luar negara. Cewah! Demand tak ingat kau! Hahaha... Ala, lagipun setakat kolej-kolej ini, sediakan saja $$$ yang lebat, selagi GPA kau tak bawah 2.0, kompem takde masalah besar untuk kau sambung pelajaran kat situ. Jadi kami tak berminat dengan kolej-kolej swasta sebegitu. Ayat berlagak ke? Bukan berlagak. Cuma tak rasa thrill kalau senang sangat dapat masuk. Maknanya pusat pengajian tu tak berstatus elit dan ekslusiflah kan? Sebab pusat pengajian yang elit dan ekslusif, orang awam payah nak masuk jika keputusannya suam-suam kuku. Kan?
 
So kami merayau lagi.
Dan inilah dia. Mata kami mula melihat booth-booth pusat pengajian luar negara. Ada Cina, India, Jerman, Rusia, Singapura, Taiwan, Indonesia, UK, dan... tu dia... booth Jepun di antara yang paling besar dan paling banyak pusat pengajian yang ditawarkan, sama ada pusat pengajian milik kerajaan Jepun mahupun milik swasta.
 
Kami berjalan dahulu di sepanjang booth-booth Jepun. Kejap lagi kami singgah, fikir kami. Sekarang misi nak cari booth Korea Selatan pulak.
 
Tapi, mana booth Korea? Kami tak nampak Korea. Puas kami melilau sana sini, masih tak jumpa. Adik saya agak kecewa. Tapi untuk melupakan kekecewaan, kami mula pergi ke booth Jepun semula untuk memulakan sesi temubual dengan wakil daripada universiti masing-masing. Disebabkan bulan 7 ini kami merancang akan ke Osaka, maka kami singgah di booth Kyoto Universiti.
 
Dapat beg tomeii dari booth Jepun...
 

Maka bermulalah sesi temubual kami yang pada mulanya agak formal, lama kelamaan jadi macam borak santai pulak. Siap tanya macam-macam kat pelajar Kyoto Universiti tu. Dekat setengah jam jugak saya dan adik saling bersoal jawab nak tahu serba serbi step by step macam mana nak futher study kat Jepun ni. Tentang kelayakan asas, twist course yang kita nak ambik, marital status, had umur untuk dapat biasiswa kerajaan Jepun dan sebagainya.
 
Namun, ada di antara temubual tu, sebahagiannya saya dah tahu melalui pembacaan di internet. Contohnya tentang program AAJ iaitu Ambang Asuhan Jepun di UM yang ditawarkan kepada lepasan SPM yang ingin menyambung pelajaran ke Jepun. Pihak UiTM juga mempunyai program sedemikian di Intec Shah Alam, pun untuk lepasan SPM jugak. So, yang ni memang saya takkan layaklah kan? Lagipun saya tak nak buang masa 2 tahun semata-mata nak belajar bahasa Jepun. Namun saya memang teringin sangat nak sambung belajar kat sana satu hati nanti. Tapi faktor umur dan status, saya perlu fikir banyak kali untuk saya buang masa nak ambil peperiksaan EJU (Examination for Japanese University). Meskipun ambil kursus di luar secara private pun, mampukah saya untuk mencapai target sekurang-kurangnya 280 point daripada 400 point untuk lulus?
 
Saya fikir lagi.
Hasil daripada borak santai itu, saya dapati memang ada pelajar macam kami yang ke sana sambung pengajian daripada diploma ke sarjana muda, seterusnya ke peringkat sarjana. Namun, bilangan ini tak ramai. Tapi ini bukan permasalahannya. Hati kalau dah membara, pasti akan cari jalan penyelesaian, kan? Lagipun orang macam kami ni, kebanyakannya pergi sambung belajar bukan sebab nak dapat kerja bagus, sebab kami bukan lepasan SPM yang masih tercari-cari lepas belajar nak kerja apa nak buat apa semua, bukan macam tu, sebab kami sendiri dah ada matlamat hidup dan dah fikir pun nak buat apa, di mana kebanyakan yang lewat sambung belajar macam kami ni dah ada kerjaya yang kukuh dan kewangan yang dah kira agak stabil. So kami belajar bukan untuk dapat kerjaya mantap, sebaliknya lebih kepada kepuasan diri untuk meningkatkan ilmu dan maruah agar tidak dipandang rendah.
 
Saya sebagai contohnya, saya nak sambung belajar selagi terdaya sebab saya nak buktikan pada keluarga bahawa saya juga boleh berjaya dan belajar luar negara macam orang lain, di samping ingin meningkatkan keyakinan diri dan memperkemaskan jati diri setapak lagi. Paling penting, Islam sendiri menyuruh penganutnya menuntut ilmu sampai ke liang lahad, kan? So, tiada alasan lagi untuk tak nak sambung belajar, kan? Malah dalam Islam, sekiranya mati ketika belajar, dianggap syahid kecil, sebab proses pembelajaran itu sendiri dianggap jihad dalam Islam. So ini matlamat saya, matlamat adik saya. Bukanlah kami mahu mati sebab nak kejar syahid pulak. Bukan macam tu. Kalau boleh kami naklah selamat selesaikan pengajian kami ke peringkat lebih tinggi dan lagi dan lagi selagi terdaya. Kami mahu belajar tanpa henti seperti HM Tuah yang dah ada banyak Phd. dalam pelbagai bidang. Ini matlamat kami. Ini impian kami!
 
Dalam berfikir-fikir, kami merayau lagi. Kali ni singgah di booth UK, Northampton University. Saya teman adik saya pulak. Kami mulakan sesi soal jawab dengan seorang perempuan Cina, disampuk oleh wakil dari pihak universiti itu sendiri. Mendengar slanga English minah saleh ni, kami teringat Rowan Atkinson yang mempunyai dialek yang sama. Sepatah sepatah dengan sebutan yang jelas. Agak kelakar!
 
Dah isi form sikit, discuss pasal study kat UK. Memang agak senang berbanding Jepun, sebab tak payah belajar bahasa asing dah. Apatah lagi jika kita mempunyai keputusan transkrip Diploma yang bagus. Kedua-dua kami kira oklah keputusan GPA kami. Bahkan adik saya mantaplahkan, atas 3.5 GPAnya. So just tambah setahun untuk pre-degree jika nak tukar kos dan sambung degree dalam 2 tahun. Sekejap, kan? Tapi saya tak berminat sebab hati saya tetap ke Jepun, sedangkan adik saya nak try Korea atau UK. Namun bila ditanya-tanya banyak kali, ternyata dia lebih cenderung nak ke Korea. So booth UK kami tinggalkan tanpa perasaan. Haha!
 
Kami kembali ke booth Jepun.
Jalan-jalan sepanjang lorong booth Jepun tu, sekali sorang perempuan ni tegur kami. Borak sikit-sikit, last2 kami singgah tepi. Tengok tulisan booth yang diwakilinya, Hokkaido University. Perghhh... best nie... belah-belah atas Sapporo sana... cun... cun! Kata hati saya. Hehe...
 
Mana satu idaman kalbu? :p

 
 
Macam biasa, kami mulakan mukaddimah dengan bertanya step by step sekiranya ingin melanjutkan pengajian dari peringkat diploma ke sarjana muda/degree. Katanya, kalau untuk peringkat Undergraduate ni, semua Universiti di Jepun mewajibkan setiap pelajar luar menduduki EJU sebab kelas semua dalam bahasa Jepun. Dan semua pelajar juga diwajibkan mengambil peperiksaan TOEFL iaitu Test Of English as a Foreign Language. Macam MUET laa, cuma MUET untuk IPT di Malaysia je, tapi TOEFL ni boleh pakai untuk satu dunia. So kami dah dapat gambaran jelas tentang itu.
 
Tengah borak-borak, tetiba ada beberapa pengunjung singgah di booth dia. Beliau tinggalkan kami dengan seorang wakil lelaki yang sedari tadi hanya menyampuk sikit-sikit je perbualan kami. Mamat ni dah habis belajar sana, sekarang dah kerja. Tapi sepanjang borak, dapat dilihat dia ni tak habis-habis promot universiti kebanggaannya itu. Katanya, meskipun ramai orang kata Hokkaido ni jauh, agak terperuk, tapi suasana cuaca dan persekitarannya amat cantik. Kalau nak diukur dari sudut musim, Hokkaido adalah tempat paling bagus untuk menikmati kepuasan untuk setiap musim. Katanya lagi, kalau musim bunga, memang keluar bunga sungguh-sungguh. Kalau musim sejuk, memang sejuk sungguh-sungguh sampai pernah cecah -20'c. Kalau musim luruh, pemandangan sekitar memang cantik dan kalau musim panas, cuacanya tak terlalu membahang, tak macam di kebanyakan daerah di Jepun yang panasnya amat membahang seperti di Osaka dan Tokyo.
 
Kami borak-borak lagi dengan bahasa yang lebih santai. Malah ada sampai terkeluar topik, namun yang bagusnya, beliau sudi kongsi pengalamannya sepanjang berada di Jepun, sampai bab rumah sewa, kos perbelanjaan seharian, kerja part time dan aktiviti time cuti buat apa, semua diceritanya. Perghhhh... saya semakin teruja. Adik saya pulak, demi tak nak mengalah, boleh pulak dia tanya kat mamat tu;
 
"Abang pernah ke Korea tak? Sebab Jepun dengan Korea dah tak jauh, kan?"
 
Amboiii... ni dah terkeluar topik sangat dah ni. Tapi bagusnya sekali lagi, beliau layankan aja soalan-soalan bengong kami ni. Mungkinlah beliau dah nampak keterujaan saya dan adik mendengar betapa seronoknya belajar di tempat orang. Bila mamat tu mengaku dah sampai Korea, barulah adik saya berterus-terang tentang minatnya untuk belajar di Korea. Mamat tu dah gelak-gelak, dalam hati mesti dia ingat kami ni peminat K-Pop agaknya. Haha, lantaklah nak fikir apa. Yang pasti, saya dah dapat banyak maklumat baru sepanjang perbualan itu berlangsung. Lama jugaklah kami borak, tahu-tahu je dah pukul 2.20ptg. Giler! Kami baru singgah di 3 booth, tapi makan masa hampir 2jam. Bayangkan lama gila punya borak. Perghhh... Kami minta diri, dan sebelum pergi, sekali lagi mamat tu promot sungguh-sungguh Hokkaido Universiti, universiti kebanggaannya. Katanya beliau akan sambung master di situ juga nanti. Ceh! Bukan main lagi nak promot sampai sensei (pensyarah-pensyarah) dia kat dalam booth tu gelak-gelak je tengok gelagat kami.
 
Kesimpulan yang saya dapati dan fahami hasil daripada perbualan semua di mana saya dah hadam dan dah cerna sebaik mungkin, saya mengambil keputusan begini.
 
  • Memandangkan saya tak mahu buang masa untuk ambil EJU dan TOEFL, maka saya fikir tahun 2013 saya akan simpan duit sungguh-sungguh, mantapkan perniagaan saya dan penguasaan bahasa Inggeris dengan lebih baik di samping beberapa misi lain yang telah saya rangka sebentar tadi.
  • 2014, insyaAllah saya akan sambung pelajaran secara konsisten di mana-mana IPTA tempatan selama 2 tahun.
  • 2016, saya akan ke Jepun untuk mengambil Master. Menurut sistem pembelajaran di Jepun, pengajian peringkat Postgraduate seperti Master dan Phd. menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya sebagai bahasa pengantar antara pensyarah/ahli akademik dengan pelajar. Jadi di sini saya tak perlu belajar bahasa Jepun. Memadailah setakat belajar perbualan basic je.  
  • Menurut sistem pembelajaran di Jepun lagi, selagi umur pelajar untuk program Master dan Phd. belum cecah 35 tahun, maka adalah layak untuk mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan Jepun. Memandangkan masa itu umur saya masih belum cecah 35, maka saya layak untuk mendapat biasiswa itu.
  • Seperkara lagi, untuk peringkat Master dan Phd., tiada sebarang sekatan status dikenakan, bahkan peringkat undergraduate pun tak menjadi masalah sekiranya kita telah berkahwin. Jadi tiada masalah risau soal status. Dah berkahwin pun masih boleh sambung belajar di Jepun.
  • Maka 2016, jika dipanjangkan umur, insyaAllah saya akan sambung pelajaran ke Jepun untuk peringkat Master, dan jika panjang lagi umur, saya akan sambung lagi dan lagi selagi terdaya.
 
So, tiada alasan untuk maju jaya, kan? :)
 
 
 
 

~ieza~ blog suka-suka

29 Sept 2012

My Biodata... ;-)






  • Nama : Sally @ Sally the Third
  • Umur : 2 tahun kot... (tuan saya tak ingat umur saya berapa... saya lagilah tak tahu...huhuhu...)
  • Berat sehingga hari ini (29 September 2012) : 4.5 kg
  • Hobi : Cakar tikar, gigit kotak, kejar bola, masuk dalam plastik & kotak  (ngeh ngeh!!!)
  • Alahan : Tak tahan sejuk (sebab senang kena selsema)
  • Status : Anak Dara Sunti... He he he...


~ieza~ blog suka-suka

13 Sept 2012

Sally Kirim Salam kat Semua!!! (^_^)

Dah lama sangat tak update pasal Sally, kan?
Walhal Sally ni sejak belai dia dari pertengahan tahun lepas, dah berkilo-kilo berat badan dia naik...
Alhamdulillah, sihat Sally di bawah jagaan makcik ieza dia.... Hehehe...
 
Hmmm... terfikir nak letak Sally dalam Youtube macam Sally lama... Sally 2 dulu...
Sally ni belum glamour macam Sally 2 si idong itam tuh...
 
InsyaAllah, Sally 3 akan beraksi di Youtube jugak...
Sally 3 yang special pasal cuma ada 3 kaki...
 
Caaayaaaanggggggggggggg Cellyyyyyyyy.... mwaaah!
 
 
~ieza~ blog suka-suka

24 Jul 2012

Aku dan Masjid Negara

Semalam berkesempatan bertarawikh di Masjid Negara. Seperti tahun lepas, tahun ni Masjid Negara masih mengimport Imam Mekah sebagai Imam Tarawikh sepanjang bulan puasa ni.

 
Nak kongsi cerita sikit.
Sejak zaman belajar di UiTM dulu, saya memang gemar keluar masuk masjid yang besar-besar macam Masjid Negara tu. Malah sewaktu saya takde kenderaan dulu, saya pernah berkata kat diri saya sendiri, "Nantik bile aku dah ade kereta, aku nak rayau semua masjid kat Malaysia ni,". Dan alhamdulillah, niat saya tu dapat saya tunaikan bilamana arwah ayah menghadiahkan 'seekor kancil' kepada saya... Hehehe...




Bila dah berkenderaan tu, ada masa memang saya akan singgah di masjid-masjid besar ni untuk bersolat dan bermuhasabah diri. Sebab saya banyak membaca buku motivasi HM Tuah. Beliau memang suka berkenala dari masjid ke masjid untuk bersolat dan hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran dan karakter saya.




Maaf, jangan kata saya baik. Tak boleh cakap macam tu. Hanya Allah saja yang dapat menilai iman dan taqwa setiap daripada hamba-Nya. Dan saya hanya hamba Allah yang tak lekang daripada melakukan kesilapan. Tulisan saya ini hanyalah sebuah perkongsian cerita rentetan daripada pengalaman saya di masa lalu dan jadikanlah sempadan bagi perkara yang tak baik serta ambillah tauladan sekiranya hal itu bermanfaat.


Namun satu je. Bila dah sedar buat silap dan salah, segeralah kembali dan bertaubat kepada-Nya.

Sebab kena ingat. Kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan-Nya. Dan senantiasalah berdoa pada Allah setiap masa agar diberikan hidayah dan dibukakan pintu hati untuk menerima taufik dari-Nya. Kalau kita ikhlas meminta, doa bersungguh-sungguh nak Allah beri hidayah kat kita, insyaAllah, Dia akan berikan kepada kita. Percayalah! Yang penting kena minta. Tak minta, macam mana nak dapat, kan?




Sori, bukan nak bersyarah pulak pepagi ni. Cuma ianya ada perkaitan sikit dengan topik saya kali ni.




Berbalik kepada cerita tadi, Masjid Negara ni merupakan antara masjid favourate saya. Saya ke sana bukan hanya untuk bersolat, malah setiap kali saya ditimpa masalah sulit, saya pasti akan ke sana. Kerana bagi saya, suasana hening di ruang masjid yang besar itu dapat memberikan ketenangan kepada jiwa dan emosi saya. Di situlah tempat favourate saya untuk meluahkan segala masalah saya kepada Yang Maha Esa. So lepas ni kalau jumpa saya di Masjid Negara, tegur-tegurlah yer. :)


 
Masjid Negara, Kuala Lumpur


Masjid Negara menyimpan banyak cerita duka saya. Daripada kisah saya putus kasih dengan bekas kekasih pertama saya, sikap seorang rakan sekerja yang iri hati dengan saya dan saya down kerana itu, hinggalah  kisah saya kehilangan ayah saya tersayang. Ingat lagi, 24 ogos 2011, bersamaan 24 Ramadhan 1432 tahun lepas, hari Rabu, dapat berita dari kampung ayah dah takda. Dari rumah, terus jumpa adik beradik dan sanak saudara yang lain, berkumpul kejap, masih tak dapat kawal emosi, lepas Asar saya terus drive seorang diri ke Masjid Negara dan di situ saya menghamburkan kesedihan saya sepuas-puasnya!

So tahun ni, buat pertama kali saya, ibu dan adik akan berkelana dari masjid ke masjid untuk bertarawikh sebab ayah dah takde nak imamkan kami. (Moga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah ayah! ~Al-Fatihah~)

 
Kenapa tak istiqamah satu masjid saja?
Sebab seperti saya maklumkan di awal tadi, saya ni jenis suka menjelajah dari satu masjid ke satu masjid. Dan lagi besar masjid tu lagi saya suka sebab ianya akan mempengaruhi emosi saya seolah-olah saya sedang berada di Masjidil Haram.

Tapi ini bukan bermakna saya tak jejak langsung ke surau-surau dan masjid-masjid kecil, cuma sebagai manusia biasa, kita mesti akan ada suatu perasaan lebih menyukai yang itu daripada yang ini. Ini lumrah manusia dan ianya tak salah selagi tak membawa kemudharatan apa-apa.

Dan bilamana saya dapat tahu Masjid Negara masih memakai khidmat Imam Mekah sepanjang Tarawikh tahun ini, memang saya teruja sangat2. Sekurang-kurangnya terubat jugak rindu ni, dan terubat jugak rindu kat ayah sebab saya ke Masjidilharam dulu dengan arwah ayah, ibu dan adik. Secara automatik, segala kenangan akan terimbas dan itu akan menjadi penawar kepada rasa rindu yang membara!

Cuma yang tak bestnya, agak geramlah bila tengok seorang dua muslimah ni tak reti jaga adab bila masuk masjid. Semalam, saya dan adik geleng kepala je bila tengok seorang dua ni memakai legging masuk ke masjid. Sepatutnya pihak pengawal kena ambil tindakan. Berpakaian tak sopan macam tu, memang sangat tak kena bila masuk masjid. Jika awak memang tak malu kat Allah sekali pun, sekurang-kurangnya hormatilah tetamu lain yang berada dalam masjid!

Pakai seluar macam ni, pakai baju had paha, pastu pakai tudung.
Rasa-rasanya minah macam ni silap makan ubat tak? hoho...


Legging macam ni untuk pakaian dalaman je.

Dunia akhir zaman ni makin pelik. Sungguh. Memang pelik!
Jangan kata tak tahu, tak paham, tak reti. Jangan bagi alasan begitu. Tak logik langsung.
Sebab kebanyakan muslimah hari ini ada gajet canggih-canggih, broadband mantap, jadi tiada alasan kata tak tahu sebab dalam dunia tanpa batasan hari ni, terlalu banyak ilmu dan pelajaran agama semua di hujung jari. Klik aje, keluarlah muka Ustaz Don dalam streaming TV Al-Hijrah. Klik aje, keluarlah muka Ustaz Azhar Idrus dekat Youtube. So apa lagi alasan anda, wahai muslimah bertudung tapi berseluar legging?

Satu lagi trend tudun bersanggul dan tudung cekik leher.
Ini bukan soal tak tahu sebab kebanyakan yang pakai macam ni bukan yang duduk dalam gua atau dalam hutan yang tak ada apa-apa sumber informasi sebagai penyebaran maklumat. Tetapi, yang pakai macam ni rata-rata ada kerjaya mantap, pakai gajet canggih-canggih, pakai TV Plasma LED kat rumah. Jadi mana relevannya cakap tak tahu bila mana rancangan bercorak agama melambak dalam tv tu. So bukan tak tahu pun, melainkan kat hati tu keras sikit tak nak ikut hukum agama dalam menutup aurat. Senang cakap, pakai macam ni sebab nak ikut fesyen. Kalau saya, kalau rasa nak ikut fesyen tapi langgar hukum islam, baik saya pakai bikini terus. Sebab dosa dia sama saja = Tak Tutup Aurat.
Betul tak?

Ni pakai macam ni, alang-alang je. Baik menyeksi terus kalau memang tak nak tutup aurat. Kan? barulah semua orang paham. Takdelah timbul rasa pelik tu.

Tudung macam ni Nabi kata takkan cium bau syurga.
Sebab tudung bersanggul unta macam ni tradisi Arab Jahiliyah dulu.

Tudung pembesar-pembesar zaman firaun dulu pun macam ni jugak.
Jadi kenapa nak ikut, kan?


Tudung tercekik leher - Tudung rahib gereja.
Singkat di depan labuh di belakang.
Terbalik sungguh!

So, kawan-kawan muslimah sekalian, jangan ikut trend macam ni. Sayang tau. Rugi je rasa sebab ingat dah pakai tudung, dah tutup aurat dah. Tapi malaikat Atid dok tulis minah ni tak tutup aurat. Kan rugi je berpanas bertudung tapi masih dilabel sebagai dedah aurat.


Tu pasal saya kata tadi, baik pakai bikini pakai mini skirt je terus daripada pakai tudung macam kat atas ni sebab nilainya tetap tak menutup aurat dan still dapat dosa bukak aurat.

 
Tapi janganlah ikut kata saya ni pulak, ni cuma perumpamaan je...
Bukan ape, geram! Sebab benda ni tak payah nak ada ilmu tinggi-tinggi sangat pun...
Tak perlu nak ada ijazah tauliah dari Universiti Al-Azhar pun untuk paham benda-benda macam ni sebab ini semua pengetahuan am. Kanak-kanak 5 tahun pun boleh fikir.

Maaflah. Saya bukan ostajah. Takda langsung. Cuma saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi semua ni sebab masa saya tak berapa nak baik dulu pun, ada 'seseorang' yang rajin menasihati saya. Jadi saya terhutang budi kat orang tu dan mungkin salah satu sebab saya mampu berubah sikit-sikit disebabkan doa daripadanya (selain daripada doa mak ayah dan orang keliling saya). Nak ucapkan terima kasih kat orang tu pun tak sempat sebab kami dah lama lost contact. So saya hanya mampu doa dari jauh moga orang tu mendapat keberkatan dalam hidupnya dan sebagai tanda terima kasih padanya, saya just lakukan apa yang pernah dia lakukan kepada saya dulu. Katanya,
"Saya bukan apa ieza, bila saya buat macam ni, manalah tahu kot-kot satu hari nantik saya tersasar sikit ke, mudah-mudahan akan ada orang yang sudi menegur kesilapan saya."
Kata-kata di atas tak silap saya dia ucap pada tahun 2004. Tapi saya masih mampu mengingatinya sehingga ke hari ini meskipun zaman tu di antara zaman jahiliyah saya. Huhuhu...
Btw, kalau dia terbaca blog saya ni, buat orang tu,
"Awak, terima kasih banyak-banyak, mungkin salah satu faktor saya berubah disebabkan nasihat awak yang tanpa henti dan doa-doa awak yang mahu manusia keliling awak menjadi lebih baik."
Saya ni pun takdelah pakai tudung labuh. Cukup saya katakan, tudung saya tak pernah tercekik leher, tak pernah ada sanggul tambahan di belakang dan insyaAllah depan tu mampu menutup apa yang sepatutnya ditutup. Simple tapi menepati syariat Islam. Dan seluar jeans saya (hello, saya pakai jeans, ok!), insyaAllah longgar dan tak menampakkan bentuk paha. Saya pun pakai legging, tapi legging tu saya letak kat dalam bila saya pakai baju kurung ke, long dress ke, jubah ke etc. So, ada alasan lagi ke?



BTW, malam ni insyaAllah akan ke Masjid Negara lagi.
Jomlah beramai-ramai. Rugi je kerajaan bayar mahal-mahal kat Imam Mekah tu tapi tak ramai jemaah berimamkan beliau.




Jumpa di sana!   :)


~ieza~ blog suka-suka

28 Apr 2012

Bertebaranlah kamu melihat bukti kekuasaan Allah. Jom holiday!

Hai semua...
1st of all TQ aku ucapkan sebab masih sudi baca blog aku yang lemau nih... Masalahnya ada ke yang baca blog aku nih? Hohoho!

Entry kali ni aku tak nak cerita pasal holiday aku kat KK awal bulan April bebaru ni. Percutian ke Langkawi pun takda mood lagi nak story. Terengganu apatah lagi. Idea buntu nak mengarang time gini. Almaklumlah, aku ni memang dasar pemalas tahap tenuk bab nak mengarang cerita pepanjang berjela nih! Walhal semua percutian aku tu kalau nak cerita dari mula depart sampailah kembali ke baiti jannati, rasanya boleh compete dengan thesis bebudak degree kot... Jenuh korang nak baca nantik!
Sekali lagi, ada ke orang nak baca? Hua hua hua!!! So aku skip dulu cerita pasal holiday berjela aku tu kasi minda korang berehat dulu sebelum jadi mereng bila baca kisah travelling aku yang mengharukan tu nantik, ok? :p

Actually dari tadi aku dok membuka-buka membelek-belek memana travel agency yang ada buat pakej ke Mesir. Alkisahnya, sejak aku canang ngan mak aku plan nak pergi Korea Selatan tahun depan, tetiba seminggu dua ni dia kata lebih kurang gini;

"Daripada pergi Korea, baik kita ke Mesir. Boleh melawat makan Imam Syafi'e, tengok Firaun. Ustaz kata Allah galakkan kita ke sana untuk tengok bukti kebenaran Al-Quran (tentang kisah Firaun laa tu)."

Masa dia cakap memula tu, aku tak hiraukan sangat. Tapi bila setiap kali aku cakap Korea best, Korea gitu Korea gini, Korea ada mamat handsome meskipun plastik, (ayat tak cover! sorry! :P), mak aku mula pin point bukak bab Mesir. Nampak sangat tak minat dengan kisah Korea aku dan adik ni. Hampeh! Huhu...

Btw aku bukan tak nak pergi Mesir. Nak sesangat. Malah masa arwah ayah aku masih hidup, memang dah plan lepas ni kita orang nak pergi umrah ziarah Mesir. Aku, adik dan mak memang minat nak pergi Mesir, teruja nak tengok Pyramid, nak tengok Universiti Al-Azhar, nak melawat makam Imam Syafi'e dll. Berbeza dengan ayah aku yang lagi suka pergi ke Turki pasal nak tengok Masjid Biru. Tapi ayah tak bantah pun kalau nak pergi Mesir dulu. Lain kali pulak ke Turki. Tapi apakan daya, kan? Belum sempat plan menjadi kenyataan, ayah pergi dulu. Malah trip ke Sabah bebaru ni pun cadangnya memang aku niat percutian istimewa untuk ayah sebagai penghargaan kat ayah yang dah banyak melabur duit bawak aku dengan mak dan adik jalan-jalan kat dunia ni. Plan asal trip Sabah ni bulan 11 tahun lepas (2011), tapi bila nak tempah tiket bulan 6, AA selalu promo time tu, bila tengok ayah sakit, so aku tangguhlah dulu, kot-kot lepas ayah dah sihat semula baru tempah balik. Tak sangka Raya Puasa 2011 aku dah takda ayah. Takpalah. Dah takdir begitu. Nak tak nak kena redha. Aku sekarang fikir positif je. Selalu aku kata, Allah sayang ayah, so Allah ambik ayah dulu. Tak pun, bila teringat ayat dalam surah Al-Baqarah, ayat berapa aku tak ingat, tapi maksudnya lebih kurang begini.

Barang kali kamu menyukai sesuatu, sedang ia tak baik bagi kamu, dan barang kali kamu membenci sesuatu, sedangkan ianya baik untuk kamu.

So kiranya apa-apa takdir yang agak-agak sadis yang melanda hidup aku selama ni, 1stly memula memanglah akan rasa sedih pilu bagai, kan? Tapi bila berbalik pada Kalamullah ni, aku fikir, apa hak aku nak bantah semua ketentuan dari-Nya? Aku ni siapa? Cuma seorang hamba yang HINA! Sedangkan semuanya itu HAQ Allah, bak kata Imam Nuri. Then, aku rasa lega. :)

Dan trip ke Sabah diteruskan jugak tanpa ayah sebab aku masih ada mak. So sementara ada mak ni, aku nak hargai segala pengorbanan mak selama ni meskipun nilainya takkan dapat membalas jasa mak yang susah payah jaga anak nakal macam aku nih. Apa pun, ayah tetap sentiasa di hati kami!

Ok berbalik cerita tadi, memandangkan mak aku teringin sangat nak pergi Mesir, so aku pun mulalah mencari pakej-pakej yang menarik berkenaan Mesir nih. Aku tak kisah sangat itinerarynya macam mana, asalkan ada tour ke Alexandria, Kaherah melawat Pyramid, Universiti Al-Azhar, Makam Imam Syafi'e dan Pasar Khan Khalili yang orang kata barang murah tu, itu dah cukup bagi aku. Asal saja harga pakejnya berpatutan.

Apa pun, ni semua plan baru, semuanya Allah punya kuasa.

Cadangnya nak pergi hujung tahun ni, kalau dimurahkan rezekilah. Sebab nak awal-awal pun tak boleh pasal jadual percutian untuk tahun ni boleh dikatakan agak penuh dah. Bulan 5 ni insyaAllah ke Singapore nak main game best² dekat USS. Bulan 6 insyaAllah ke Pangkor percutian keluarga besar. Percutian ke Miri-Brunei nampak gayanya kena tangguh dulu bulan 7 ni memandangkan khabarnya saudara dari Kuok-Pekan Baru nak datang berziarah ke Malaysia. Lepas Raya Puasa, dalam bulan 9 gitu, cadangnya nak ke Pekan Baru-Kuok nak melawat 'ayah' kat sana, then terus bawak mak jalan-jalan ke Bukit Tinggi-Padang. So tinggallah bulan 10, 11 dan 12 yang free. Belum lagi komitmen meniaga, uruskan hal itu hal ini beli itu beli ini bayar itu bayar ini, so memang gerenti hujung tahun jela baru dapat ke Mesirnya. Silap hari bulan, 2013 baru boleh jengah Mesir, kalaulah time tu Mesir masih selamat untuk diziarahi.

Selain nak balas jasa mak (yang aku tahu memang takkan terbalasnya), aku ni memang suka jalan-jalan. Memandangkan aku keturunan peniaga, so meniaga ni dah jadi darah daging dan kerja dengan orang pun tak betah sangat. Paling tak best time nak mintak cuti nak pergi holiday, mesti banyak masalah punya. Nak-nak time raya, cuti memang bersekat sesangat. Jadi aku boring, aku resign then aku masuk bisnes family. Meskipun hanya sekuman je nilai bisnes ni, bisnes cikai kata orang, yang penting aku happy dan aku boleh apply cuti tanpa perlu isi form dan tanpa perlu tunggu giliran!
Chewwah ayat! Yiiihaaaaaaaaaa!

Huhu, aku tak nak korang yang tengah baca nih ada pembaca ke? fikir kekonon yang aku ni banyak duit boleh travel sana sini. Silaplah kalau fikir macam tu. Aku pun macam korang jugak, gaji biasa-biasa je. Cuma mungkinlah rezeki berniaga ni lebih 'afdal' kot. Aku bukan kata rezeki makan gaji tu tak bagus. Jangan salah paham. Maksud aku, kan Allah dah kata, sebaik-baik rezeki ialah daripada tulang empat kerat dan daripada titik peluh sendiri. Kalau tak, takkanlah keluar hadith Nabi SAW yang mengatakan 9/10 punca rezeki adalah meniaga. Kan?

Sambung balik cerita tadi.

Sebenarnya, kalau korang nak kata aku hidup agak senang, itu ya, tapi kaya, itu jauh lagi alamnya. Aku dari kecik memang agak senang sebab aku anak kedua bongsu. Masa aku darjah 1, ayah dah mula meniaga. So kehidupan kanak-kanak aku sampailah ke hari ini, boleh dikatakan agak senanglah. Aku dan adik tak merasa susah macam abang-abang dan kakak-kakak kami. Cuma masa kegawatan ekonomi dulu, adalah kami kena tempias sikit-sikit, itu pun takdalah sampai membawa ke tahap muflis.

Tapi senang tak bererti bebas hutang yek!
Mana ada orang yang tak berhutang zaman sekarang, kan?
Lagi kaya orang tu, lagi banyak hutangnya, kan?
Sebabnya, makin besar periuk, makin besarlah keraknya. Setuju? Kan?

So memandangkan rezeki meniaga ni agak murah nak-nak di era 90-an, agak-agak dah puas jalan-jalan satu semenanjung, so buat pertama kalinya aku dibawa ayah berholiday keluar dari Malaysia. Kami ke mana?

Jeng jeng jeng.... Kami ke Singapura. Hahaha... Eh, kira oversealah tu  walaupun dekat. Sebab dah kena cop passport. Kan? Hahaha...

So pada tahun 1995, buat pertama kalinya aku jalan-jalan pakai pasport. Boleh pulak terjadinya insiden sesat di Singapura. Ceh! Nampak sangat masih budak-budak. Hohoho...
Stesen MRT Bukit Batok, Singapore
~ihsan google~

Tahun 1996, rezeki ayah murah lagi, then kami terbang ke Indonesia. Dari Pekan Baru, Sumatra terus ke Jakarta, melawat sedara kat sana sekali gus berholiday. Jenuh jugaklah kami merayau bandar Jakarta yang besar tu. Dunia Fantasi, Monash Tower, Taman Safari, Bogor,  Taman Mini Indonesia Indah etc.







Dunia Fantasi (Dufan Ancol), Jakarta
~ihsan google~

Monash Tower, Jakarta
~ihsan google~


Taman Mini Indonesia Indah
~ihsan google~



Aku ingat lagi time tu. Naik flight dari Airport Batu Berendam, Melaka ke Pekan Baru pasal kat Subang takda flight direct ke Pekan Baru. Naik Pelangi Air. Dahlah flight kecik nak mampus, mahal pulak tu. Time tu jangan nak beranganlah dapat tiket murah tiket promo macam sekarang. Malah dari Jakarta ke Subang Airport (time ni KLIA takda lagi yek!), seingat aku ayah aku abis dekat RM2k untuk kami berlima. Memanglah flight besar Boeng 747 British Airlines. Tapi korang bayangkan RM2k tu untuk tahun 1996. Besar kan nilainya? Sehala pulak tu. So bila ingat-ingat balik, alangkah bertuahnya manusia pada hari ini yang dah ada banyak pilihan. Dengan Air Asianya, Fire Flyz, Jetstar bagai, malah MAS pun dah banyak buat tiket promo.

Bandara Pekan Baru, Riau, Sumatera
~ihsan google~

So memang betullah tagline AA - Now Everyone Can Fly!

Lepas pada tu, aku dibawa lagi ke Jakarta tahun 2009 & 2010. Then kami terus holiday ke Bandung dan tahun berikutnya ke Jogjakarta. Try naik KLM pulak sebab tiketnya takdalah mahal sangat dan yang pasti flightnya besar boeng 777. Ayah memang suka flight besar-besar nih.

Pemandangan dari Puncak, Bandung
~ihsan google~

 
Haa... Start dari Jogjakarta lah aku punya minat travelling ni tumbuh sedikit demi sedikit.
Sebelum-sebelum tu memang main ikut je pasal mak ayah yang bawak, kan?
Berbeza dengan trip ke Jogja. Aku jadi teruja nak bercuti lagi dan lagi bilamana tengok keindahan bandar Jogja yang bersih berpanoramakan Gunung Merapi, so aku mula fikir yang jenjalan itu syok!

Candi Prambanan, Jogjakarta
~ihsan google~

Dan tahun 2010, aku berkesempatan untuk ke Mekah-Madinah membuat umrah tajaan sepenuhnya oleh arwah ayah. Huhu sadis bila ingat-ingat kenangan umrah nih. (+_+)
Kalau ikut plan asal, kami naik Flight Emirates dan singgah transit selama 3 jam di Dubai, namun last minit tukar ke Saudi Airlines. So tak jadilah transit Dubai. Hampeh! Aku dah beriya berangan nak jejak kaki ke Dubai. Ceh! Tapi takpa. Next time maybe.

Bercerita pengalaman mengerjakan Umrah, ianya memang satu ibadah + ziarah yang memang takkan dapat dilupakan sampai ke akhir hayat.

Bagi yang sudah ke sana, pasti korang faham maksud aku.
Bagi yang masih belum berkesempatan ke Tanah Haram Mekah-Madinah, cuba korang bayangkan apa perasaan korang bila mana korang melihat Kaabah yang menjadi arah kiblat bagi semua muslimin muslimat, kini tersergam indah  di depan mata korang. Dapat bayangkan, tak? Apa perasaannya? Yang pasti air mata pasti takkan berhenti mengalir.

Bayangkan lagi, Imam Sudais yang biasanya hanya dapat didengari suaranya di tv dan di Compact Disc, tak pun peneman para suri rumah yang sibuk buat kuih raya sambil mendengar siaran langsung Solat Tarawikh dari Mekah, kini sedang menjadi Imam kamu untuk solat Maghrib dan Isyak.

Bayangkan lagi, Perang Uhud yang menjadi salah satu topik penting dalam pelajaran Sirah sekolah rendah agama, jika sebelum ini hanya bercerita dan bersoal jawab tentang sejarah Saidina Hamzah yang mati dibunuh di Bukit Uhud tempat berlakunya peperangan Uhud, kini bukit itu terbentang jelas di depan mata!

Jabal Uhud, Madinah
~ihsan google~



Yang paling penting, bayangkan lagi, Nabi SAW yang korang sanjung berselawat ke atasnya saban waktu, kini korang telah berada di dalam rumahnya yang kini menjadi sebahagian daripada Masjid Nabawi.


Masjid Nabawi
~ihsan google~

Bayangkan lagi tempat pertemuan Adam dan Hawa di Jabar Rahmah, kini korang sedang bersenang-lenang menaiki unta di datarannya.

Bayangkan pula perkuburan Baqi tempat terkuburnya para syuhada di medan perang, kini korang sedang melihatnya dari jeriji pagar sambil membacakan Al-FAtihah buat mereka!


Perkuburan Baqi', Madinah
~ihsan google~




Dan bayangkan lagi Bukit Safa & Marwah yang menjadi simbol tanda pengorbanan Siti Hajar demi mendapatkan setitis air bagi anakandanya Nabi Ismail as, dan sebagai lambang kepatuhan Nabi Ibrahim as kepada Khaliknya dengan menitipkan isteri dan anaknya di situ sehelai sepinggang, kini korang  sedang melakukan Sa'ie di atasnya.

So, dapat bayangkan ke tak?
Terharu pastinya, kan?


Masjid Terapung, Jeddah
~ihsan google~


Satu je pesanan ikhlas nak dikongsi bersama.
Berdoalah selalu moga suatu hari kelak korang akan berkesempatan ke sana, InsyaAllah.
Kena doa dan kena ada minat dan niat memang nak pergi sana sebab Mekah-Madinah bukan macam tempat pelancongan lain. Meskipun korang banyak masa, duit pulak berkepuk, tapi selagi Allah tak panggil, pasti ada je halangan untuk korang ke sana. Percayalah!
So berdoalah selalu moga Allah lembutkan hati dan dipanggil segera menjadi tetamu-Nya di sana, InsyaAllah!


Hurmmm...
Tahun 2011 aku tak nak cerita. Cukuplah korang selak page aku sebelum-sebelum ni.
Senang cerita, 2011 tahun kematian!

2012, aku bukak buku baru, aku hidupkan balik keinginan aku berholiday ke sana sini seperti mana di masa ayah aku masih ada. Dan alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Moga-moga Allah akan terus memurahkan rezeki aku dan family untuk kami gunakan ke jalan yang diredhai. Sesungguhnya dalam setiap rezeki itu, ada hak lain di dalamnya. Maka bersedekahlah. Dan gunakan selebihnya untuk mencukupkan keperluan diri sendiri (termasuk membayar hutang) dan menggembirakan insan yang tersayang. Dan aku juga doakan agar korang juga dilimpahkan rezeki agar kita sama-sama bisa bertebaran di bumi Allah ini melihat kesan tinggalan sejarah para Nabi dan penjajah dahulu kala, menyaksikan panorama indah, bukit bukau, gunung ganang, lautan sesayup mata memandang serta awan yang jauh terawang-awangan, sekalian dapat menginsafi kejadian diri, atau setidak-tidaknya bisa menyebut  subhanallah!


~ieza~ blog suka-suka

16 Apr 2012

Lagi 3 nak kena hapdet!

Alhamdulillah... selamat suda bercuti di Sabah.

Mood : Happy tahap nak lompat cecah langit ke-7!

Komen aku pasal Sabah?

Sabah sangat best. Pasal apa? Pasal ketenangan ada di sana.
Paling suka kat Kundasang... Dok Kinabalu Pine Resort sesambil hirup udara segar + sejuk berpanoramakan Gunung Kinabalu. Perghh... Syahdu sungguh rasa itu!

Rasanya Sabah tak perlu membangun sangat2...
Kalo tak nantik takot jadi macam KL... Dah jadi hutan batu...
Kuching pon maju katanya.... so tak best! Hahaha...

Hokeh hokeh. Enuff membebel.

BTW...
Nak story kisah Sabahan sekarang nih... mintak maap lerr...
Memang tak dapek nak nolong eeeii..

Pasalnya aku masih hutang 2 story sebelum nih...
Langkawi ngan Terengganu punyer holiday...
Last citer pon pasal Pengkalan Balak yang holiday kilat tu kan? :p

So posting yang nih juz kasi warm up je dulu, hokeh?

Jangan marah naa....
Gambaq masih dok lam kamera lagi tak transfer ke komputer lagi...
Jenuh nak buat... huhuhu...

C yaa...




~ieza~ blog suka-suka

29 Mar 2012

Pengkalan Balak Punyer Ceriter... sowi lewat post!

Aduyaii...

Memang makin teruklah aku nih...
Teruk pasal sekarang nie terlalu liat sangat nak menaip kat blog nih.
Huhu... apa perlu aku buat ek? Nak bagi rajin macam dulu balik? Any idea?

Apa pun, nie cerita sedikit banyak tentang percutian bajet & plan last minit yang tak dirancang.

Cerita Pengkalan Balak.
Meskipun daku bakal pergi ke percutian yang kelima Isnin ini, insyaAllah, di mana sewaktu cerita Pengkalan Balak ini ditulis, aku telah pun selamat bercuti ke Pulau Langkawi dan Terengganu (Masjid Kristal-Marang). Makna kata, cerita ini dah basi, kan?
Hahaha...

Tapi takpelah. Basi pun basilah. Yang penting janji tetap ditunaikan.

Ok lets me start the story okay! Cewahhh... terspeaking London laa plak...
Keh keh keh!

Malam Ahad 22 Januari tu, *kami cuma plan nak ke PD. Entah macam mana bincang punya bincang, itu ini begitu begini, last-last Pengkalan Balak jugak jadinya. So malam tu mulalah packing barang dengan beli khemah dapur gas bagai... Pendek kata memang last minit punya planninglah!
Orang Cina sibuk makan besar malam tu, yang kami pulak sibuk keluar masuk rumah dok beli perkakasan nak bercuti bajet kaedahnya. Hihihi...

Esoknya. 23 Januari 2012 - Isnin = Chinese New Year
Disebabkan semuanya letih tahap gaban pasal semalam (Ahad) memasing bz meniaga, Isnin tu kami terlajak tidurlaa plak. Aleh-aleh pas zohor jugak bertolak. Itu pun tak semua. Family Kak Ngah datang kemudian pasal Isnin tu still nak kejar bonus... pepaham jelaa meniaga nih. Time cuti tulaa kekadang peluang nak dapat income lebih! Gegege... :p

Kami bertolak 3 biji kereta.
Aku macam biasa, jadi driver setia untuk my sweet Kancil. (^_^)

Singgah RnR Ayer Keroh untuk solat Asar dan makan. Dalam jam 6, bertolak ke Melaka.

Haa nie part yang sadis nak cerita.
Disebabkan kami ni tak arif di mana letaknya Pengkalan Balak tu (ikut Google Map, dia kasi arahan merapu... tak pun aku yang lemau tak paham... huhu), so kami tanpa rasa was-was masuklah simpang Ayer Keroh ikut bandar Melaka.

Nak tahu apa jadi?

Kami tersekat dalam traffic jam yang very very damn like the hell! Teruk giler laa maksudnye tuh!
Aiseh, itu pun tak paham ke? Kutuk aku pada korang semua...  :p

Dekat 2 jam jugaklah kami stuck kat bandar Melaka tu sebelum dapat keluar ke simpang Alor Gajah.

Dipendekkan cerita, setelah melalui haram jadah  susah payah sepanjang pemanduan, akhirnya selamat jugak kami jejakkan tayar kenderaan kami di atas jalan raya Pengkalan Balak. Time tuh dah malam, so kami terus pi surau berhampiran jamak Maghrib ngan Isyak sekali gus!

Then kami usha pantai,  alamak, macam takder port je nak pacak khemah. Kami dah gabra. Nak book hotel kompem dah penuh. CNY beb!

Dalam tercanak-canak dok mencari ilham, last-last kami menurut kata seorang brader tempatan yang mengatakan dia tahu ada satu chalet yang dia garenti masih empty. Tapi agak jauh sikitlah dari Pengkalan Balak, kata brader tu.

Tak kisahlah. Yang penting kami dapat tido malam tu. Plan nak camping memang dah luput dari kepala otak bila tengok keadaan gigi pantai yang terlalu sipi dengan hempasan bah laut. Dibuatnya tsunami kecik, alamat almarhumlah semua! Simpang malaikat patplopat weehhh!

Finally, kami berjaya mendapatkan sebuah chalet berkembar. Dedua kosong. Terus kami book dedua tu. RM70 semalam tapi takde aircond. Hmmm... blasah jelaa... Janji dapat tido malam tuh.

Dah siap punggah barang, kami rayau area pantai... kira dekat gak dengan chalet kami tu. Kami tengok tengok kan... kami terpegun!

Kenapa?

Sebab kat sini gigi pantainya lebar yang amat. Landai yang amat. Pastu ada bahu jalan berpasir lembut, memang ngam ngam choii kalo berhajat nak pacak tiang khemah. Aku dah nyesal pasal tergesa-gesa book hotel tanpa merayau abis terlebih dulu. Mahu tak nyesal. RM70x2=RM140 beb. Kenyang makan. Makan besar CNY pon bleh apa. Tapi untuk memujuk hati, kekonon nak bagi rasa jangan menyesal, kami decide yang mak mak orang bebudak tecik, dok chalet. Kami yang bujang-bujang dok khemah. Dan bila pk-pk balik, better ada chalet sebab leh tumpang mandi amik air nak masak, agak-agak bosan leh tengok tv.... kan? So tak jadilah kami nak nyesal. Hehehe...

Malam tu kami makan malam dengan bekalan yang kami bawak dari rumah. Lepak-lepak sampailah family Kak Ngah sampai lebih kurang pukul 2 ke 3 pagi. Borak lebih kurang, tolong depa pacak khemah depa kat tepi pantai, kami pun tidur.

Selasa, 24 Januari 2012
Aktiviti pagi dimulakan dengan memasak kue teow goreng sebagai sarapan. Diserikan pula dengan hidangan sandwich sebagai penambah menu. <<-- Apa hal gaya bahasa ala-ala nak tulis karangan SPM plak nih? Adeh!


saya dan adik time nak masak kue teow


Spin ke bahasa pasar balik. Ala-ala gelis hokeh nak berbahasa skema dalam blog suka-suka suka hati suka ria macam blog wa nih! Huhuhu...



suasana pagi di pantai Pengkalan Balak


Kemudian lepak-lepak pantai, layan gosip seround dua, kejar mengejar ala-ala bercanda di pasiran pantai, lingkungan pukul 11 am, kami yang fomfuan bujang nih bersiap sedia untuk masak menu tengah hari. Tak caya? Tengok gambarlah beb... :p

ikan goreng tawar

sayur campur

sardin masak kuah

Dalam kami yang fomfuan dok gigih memasak, inilah keje anak jantan.

membuta tak hengat donia!

Dah siap semua, aktiviti makan secara berjemaah pun dimulakan. Semuanya tersangat happy sebab dapat makan tepi laut dengan bayu laut berhembus lembut diselangi bunyi desiran ombak menghempas pantai. Perghhhhh... syahdu bebbb! Kalo komposer, gerenti dah dapat ilham karang lagu. Kompem wa cakap lu!!!


acara makan secara berjemaah

sempat lagi posing... ceh!

Petang tu memang kami saja tak plan apa-apa. Kiranya free n easy laa... Aktiviti buat ikut dan je. Lebih relax dan santai coz tak perlu nak kejar masa nak on time bagai. Almaklumlah kalau dah reramai camnih, kiamat donia nak berdisiplin umpama askar wataniah nun.

So sementara yang adik-adik dok happy layan pelampung main air macam dalam gambar di bawah ini....




....kami yang dewasa layan plaklah aktiviti pantai sesuai dengan usia bangka kami nih. Kekeke...

Inilah aktiviti untuk usia bangka seperti kami nih... (semuanya bangka kecuali yang dok tunduk ketatkan belt tuh! :p )

melayan banana boat seround dua

Lepas tu, layan pulak main bola dalam air. Perghhh... berlari dalam air, memang nak cari pasal dengan otot kaki lah, kan? Malam tu, memang sakit gak urat sendi dek hazab main kejar bola petang tadi. Namun aktiviti tetap diteruskan. Malamnya, kami layan BBQ ayam, goreng nugget, bakar hot dog dan goreng kentang. Perghhh.. meleleh wa cakap lu!

para pembakar ayam... muahaha!

Lewat tengah malam, cuaca agak ribut kecil, pk-pk rasanya khemah kami tak dan nak selamat menjelang pagi esok, so kami decide untuk cabut tengah malam tu jugak. Maka, dalam pukul 3.00 pagi kami pun berangkat pulang.

bergambar kenangan di medan ikan bakar,
meskipun tak dan nak merasa ikan bakar pengkalan balak... kuikuikui...


Rabu, 25 Januari 2012, 6.00 am.
Alhamdulillah, kami semua selamat sampai ke rumah masing-masing. Lepas Solat Subuh, aku terus menghempaskan diri ke atas katil dan langsung tak sedar diri buat beberapa ketika... he he he .....



- - - - - - - - - T A M A T - - - - - - - - -


*kami - merujuk kepada family aku yang beraneka usia, bermacam rupa dan berbilang warna (kulit)... :p



~ieza~ blog suka-suka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!