Duit Belanja Sally

17 Mar 2011

MATTA FAIR 2011 vs Anak Sally Dah Nakal

Assalamu'alaikum... meoww meoww buat semua pembaca blog kita nie...
Tak kisahlah korang suka kucing ke tak ke... asalkan korang bukan pembuli haiwan, korang dah dikira ok untuk join site nie... kita tak suka pembuli a.k.a penganiaya haiwan pasal orang tu mesti hatinya jahat. Kan?

Ahad lepas buat pertama kali kita pergilah ke MATTA FAIR dengan seorang kawan kita. Sebelum sebelum nie, kita just dengar-dengar je tentang MATTA FAIR nie, tapi tak pernah terfikir nak pergi pasal masa tu ingat MATTA FAIR nie macam high class punya event... walhal bendanya sama je macam Book Fair @ PC Fair tu semua...

Cis!

Kalaulah kita tahu macam tu je MATTA FAIR, kompem dari dulu lagi kita akan mengaktifkan diri ke sana sebab kita nie memang suka jalan jalan cari pasal. Hehehe...

Takpelah. InsyaAllah mulai tahun depan, kita memang bersiap sedialah untuk MATTA FAIR 2012.

Kalau korang tanya kita, ke mana kita teringin nak pergi sekarang??
Kita nak pergi Jepun. Serius.

Ala... tahulah Jepun sekarang tengah tsunami. Takpelah. Kita nak pi sana bukan sekarang pun. Paling-paling pon setahun lagi. Ingat murah ke nak ke Jepun? Negara yang living cost dia... mak aiii... cecah RM ratus-ratus sehari. Perghhhh! So kena standby duit dari sekarang kalo kita bebenar nak pi sana.

Kita teringin nak pi sana pasal kita teringin nak masuk Disneyland dia.
Nak main roller coaster dia. Eh, macam berani je nak main.. Ehehe...

Pastu nak tengok cara hidup orang Jepun ni. Yela.. Jepun kan terkenal dengan rakyatnya yang paling rajin dan paling kuat membaca di dunia. So kita nak tengok benda nie semua depan mata. Bosan asyik dengar-dengar dan tengok kat tv je.


 
Booth Jepun Matta Fair 2011
   
tengok, kita dah berangan kekonon dah kat Jepun...
siap dengan bunga sakura palsu kat belakang tu... ceh!
  
Dan yang paling penting, kita nak cari 'Kudou Shinichi' kita kat sana...
Nape? Tak caya, ye?
Tak caya, sudah! :p


cuba letak 'SHI" kat depan perkataan nie...
perkataan apa yang akan terbina? :p


Dalam negara plak, kita tengah plan nak pi Langkawi.
Serius, kita tak pernah pi sana lagi. Kesian, kan? Huhuu...


pandang booth nie, automatik kita fokus kat Bali...

Menyentuh tentang Sally si Kucing Comel kesayangan kita nie, tadi dia dah pandai nak alih anak-anak dia kat atas katil kita. Kita tak bagi, dia merajuk. Last-last kita kurung dia dengan anak-anak dia sekali kat dalam sangkar. Hahaha... Sowilaa Sally, sayang, sayang jugak... tapi batas manusia dengan haiwan kena jaga jugak. Kan kan?

Tapi sekarang kita mula terfikir, kat mana tempat paling selamat untuk letak anak-anak dia nie ek? Pasal sangkar tu macam tak selesa untuk 'mereka' berenam. (Sally + anak-anak dia 5 ekor). Kalau nak biarkan kat bawah katil dalam bilik kita macam sebelum nie, dah tak boleh pasal anak-anak Sally dah nakal-nakal semua... dah pandai merayau sana sini.... Habis satu bilik kita ditawafnya... Jenuh nak moop lantai bilik tetiap hari.

time tido jela 'mereka berlima' nie tak merayau...

Hmmm... mana nak letak yek?

Kalo korang nak blah, korang blah laa dulu ek pasal kita nak pk jap nie...

Mana nak letak anak-anak Sally yek?? Ouii ouiii..

2 comments:

Anonymous said...

http://beautifulcoloursoflife.blogspot.com/

pmilik blog ni pon ske kucing. cer story2 ngan ye=)

Ieza2fyza said...

owh... suke kucing gak eh?? besh besh.. jom jom share citer.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!