Duit Belanja Sally

12 Mar 2011

Jenayah Pecah Kereta : Giliran Ayah Saya Menjadi Mangsa!

Assalamu'alaikum dan salam meoww meoww semua...



Tengah hari tadi, baru je nak lepak-lepak lepas penat kerja, tetiba abang ipar tepon rumah, kata kereta ayah kita kena pecah.



Dengar je berita tu, kita, ayah kita dan mak kita bergegas turun ke bawah. Dalam hati dok terfikir, siapa punya angkaralah nie...



Memula ada jugak terfikir, mungkin kerja sekelompok jiran kami yang dengki dengan kami (rujuk entry ini), tapi kami cepat-cepat buang prasangka itu sebab tiada sebarang bukti untuk menuduh sesiapa.

Turun je dekat parking kereta, kita tengok cermin tingkap kiri (tempat duduk sebelah pemandu) telah hancur cerminnya. Pecah berderai!

Geram je kita tengok kereta ayah kita dah jadi macam nie...


cermin dah dipecahkan oleh si malaun

butiran cermin tingkap yg dah pecah + tinted

Nak buat report polis pun tak guna pasal kes ini terlalu remeh... malah kes Sharlini hilang pun sampai sekarang tak dapat jawapan, ini kan pulak nak bagi polis siasat kes kecik macam ni.

So terpaksalah guna jalan kedua.

Bomoh?

Owh, tidak. Sebagai muslim yang sedapat mungkin ingin mengamalkan ajaran Islam sebaik mungkin, kami tidak akan buat perkara bangang seperti itu.

So nak buat apa?

Senang je.

Kita suruh mak ayah kita buat solat hajat + istikharah.

Doa kami mudah je.

Mintak Dia beri petunjuk siapa yang buat kerja jahat nie dan berdoa agar si penjenayah yang buat nie takkan senang duduk dan gelisah 24 jam atas dosa yang dia lakukan... dan dia takkan aman selagi tak datang mintak maaf kat ayah kita.

Mudah, kan?

Islam ajar 3 step untuk pastikan sesuatu benda tu berhasil dari mula sampai habis.

Usaha(ikhtiar) + Doa(solat etc) + Tawakal(berserah pada-Nya)

1. Usaha (report polis tak guna, so just tengok kesan jenayah... tgk brg takda yg hilang, so leh jangka penjenayah ialah budak nakal yg baru belajar nak jadi penjenayah.) So usaha hanya mampu setakat itu.

2. Doa (akan dilakukan malam ini, insyaAllah).

3. Tawakal (tengoklah nanti apa keputusannya... :)


Wallahu'aklam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!