Duit Belanja Sally

31 Dec 2011

2011 - A Year of TEARS!

Tak sampai dua jam lagi, 2011 bakal melabuhkan tirainya.
Azam 2011 pastinya, sudah patut digenggam kini. Namun bagi mereka yang masih belum mampu untuk menggapai azam tersebut, jangan sedih jangan risau, 2012 bakal menyusul dan teruskan saja mengejar azam itu sehingga berjaya menggapainya.

Namun saya secara peribadi, 2011 merupakan tahun paling tragis seumur hidup saya.
2011, saya kehilangan ayah tercinta.
2011, saya kehilangan nenek tersayang,
2011, saya kehilangan Sally si hidung hitam yang amat saya kasihi,
2011, saya kehilangan beberapa orang saudara mara, sepupu dan jiran tetangga.

2011 TAHUN KEMATIAN!
Yup! 2011 merupakan tahun kematian bagi definisi kehidupan saya.
2011 mengajar saya banyak perkara tentang kehidupan, erti sabar, erti redha, erti tawakal.
2011 mendidik saya erti menghargai saudara mara di saat saya terpaksa berulang alik dari KL- Pekan Baru menjaga ayah yang berubat di sana.
2011 banyak merakamkan visual hospital di kotak memori saya.
PPUM, KPJ Shah Alam, HKL, berakhir di Eka Hospital.
Malah 2011 juga banyak memberi pengetahuan baru kepada saya tentang perubatan Islam dan mengenali apa itu SIHIR! (Moga ALLAH melaknat mereka yang terbabit dengannya!)

Yang pasti, 2011 merupakan tahun yang terlalu banyak mengundang deraian air mata!

Dah. Lupakan 2011.
InsyaAllah, 2012 bakal menjelang.
Dan jika diizinkan, saya ingin ganti semua kedukaan di tahun 2011 dengan keceriaan dan kegembiraan!

Dan azam saya, 2012 saya ingin merewang jalan-jalan melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.
2012 saya ingin menyambung semula usaha saya untuk menggapai matlamat dan impian hidup saya yang terhenti sepanjang tahun 2011.
Dan 2012 juga saya ingin sunat Sally saya yang telah menjadi anak dara! :)

Doakan saya dan moga kalian juga akan mendapatkan apa yang dihajati selagi tidak mengundang murka-Nya.
:: PEACE -no- WAR ::

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

9 Dec 2011

HPA - MLMS yang meragukan?

Sejak baca blog ini hampir dua bulan kebelakangan nih, saya tertanya-tanya dan terfikir, apakah benar fakta yang diperkatakan tentang sebuah syarikat Melayu Islam yang terkenal dengan produk Kopi Radix 'Mai Secawan'nya tuh. Agak sukar untuk saya terima pendapat beliau yang mengatakan bahawasanya syarikat HPA tuh lahanat! Pasal apa? Sebab katanya, HPA takda beza dengan syarikat MLM yang lain seperti Hai-O, Uptrend, DCHL dan sebagainya, di mana HPA jugak sama seperti yang lain yang mengamalkan konsep haram dalam perniagaannya meskipun HPA satu-satunya MLM berteraskan syariah di Malaysia ini dan telah mendapat pengiktirafan daripada majlis Ulama Indonesia.

Kata Encik Aidid, yakni tuan punya blog tersebut, selagi sesebuah syarikat itu memaksa ahli-ahlinya mencari downline sebagai ganjaran untuk mendapatkan nilai mata dan bonus setiap bulan, maka itu sudah cukup untuk mendakwa syarikat itu sememangnya TAK BETUL sebab menurut beliau, mana-mana syarikat yang menggunakan pendekatan MLM (Multy Level Marketing) dalam memasarkan produknya, itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa syarikat itu adalah SCAM dan WAJIB dijauhi sebab ianya tiada beza pun seperti Amway, Score-A & so on yang mengamalkan sistem piramid dalam pemasaran perniagaannya.

Beliau menyatakan, biar sekuat mana pun dan sebesar mana pun atau segah mana pun syarikat itu, lambat laun ianya akan rebah jugak. Sebab apa? Sebab sistem MLM itu sendiri katanya buatan orang kafir, yang mana sistem itu sendiri mempunyai unsur yang tidak adil, yang selalunya akan mengkayakan orang atas dan menganiaya orang bawah.

MLM atau dalam istilah senang nak paham, Pemasaran Berbilang Tingkat di mana setiap ahli akan menjadi Downline pada mulanya sebelum menjadi Upline (yakni setelah berjaya mendapat ahli baru di bawah tajaannya). Jadi bayangkan semua ahli itu tadi wajib mencari ahli di bawah tajaannya sebagai syarat untuk ahli tersebut mendapat bonus atau komisen, maka apa akan jadi sekiranya pencarian ahli telah sampai ke tahap infiniti, di mana ianya telah tepu disebabkan semua orang dah jadi ahli contohnya, maka di sinilah akan wujudnya penindasan dan penganiayaan terhadap orang paling bawah (Downline) itu tadi. Nah, inilah yang dikatakan sistem piramid!

Lama saya memikirkan akan logiknya pengiraan beliau. Saya cuba mencari jawapan di UZAR, dan saya terbaca satu kenyataan di mana UZAR sendiri mengakui bahawa beliau telah didatangi oleh sebuah syarikat Melayu Islam di negara ini yang ingin menjernihkan sistem MLM ini dengan menjadikan ianya sebuah MLM patuh syariah. UZAR tidaklah menyatakan bahawa syarikat tersebut ialah HPA tetapi saya sendiri telah diberitahu oleh pengerusi HPA bahawa beliau sendiri telah berjumpa dengan ilmuan agama yang terkenal di negara ini dan telah mendapat pengiktirafan pihak JAKIM. Menurut UZAR, niat pemilik syarikat tersebut yang ingin menjernihkan sistem MLM di negara ini dengan mewujudkan MLM syariah merupakan suatu perkembangan baik bagi mana-mana perniagaan yang ingin mengamalkan konsep MLM dalam perniagaan mereka dan untuk itu UZAR sendiri telah bergabung dengan pihak JAKIM dalam melahirkan suatu bentuk panduan MLM patuh syariah. Boleh baca di sini.


Dalam panduan tersebut, salah satu syaratnya ada dinyatakan lebih kurang begini;

  • Sesebuah MLM patuh syariah tidak boleh memaksa ahlinya melakukan belian wajib setiap bulan sebagai syarat untuk mendapat bonus atau komisen dari pihak syarikat.



Malangnya, HPA telah mewajibkan setiap ahli maintain belian bersyarat 50 Nilai Mata setiap bulan (which it cost +- RM150).



Saya tiada masalah dengan jumlah itu kerana ianya tidak membebankan saya untuk berbelanja produk HPA sebanyak itu kerana apa yang saya lakukan hanyalah dengan menggantikan produk luar yang saya pakai sebelum ini kepada produk HPA. Sebagai contoh, jika sebelum ini saya memakai sabun mandi jenama Lux, maka kini saya memakai sabun mandi jenama HPA dan begitulah untuk produk seterusnya. Malah ia dikira sebagai win-win situation di mana saya sebagai pengguna mendapat nilai mata (NM) bagi setiap pembelian dan pihak HPA pula mendapat keuntungan atas perbelanjaan yang dilakukan. Soal harga pula, saya akui produk HPA telah berjaya menetapkan harga berpatutan dan masih dalam ukuran mampu untuk dibeli oleh semua. Hanya segelintir saja produknya yang saya kira agak mahal seperti pencuci muka dan hanya HPA yang tahu sebabnya.



Namun itu bukan persoalannya.


Yang menjadi masalahnya apabila belian bersyarat itu tidak boleh ada dalam mana-mana MLM patuh syariah kerana kaedah ini seolah-olah menggunakan unsur paksaan dalam sistem perniagaannya meskipun saya sendiri tidaklah rasa terbeban untuk melengkapkan 50 NM setiap bulan.

Dan sekarang ini saya memang di dalam dilema. Sungguh-sungguh dalam dilema.


 
Saya bukanlah gila pun dengan mana-mana program MLM ni, bahkan tujuan saya menyertai HPA ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana ingin memartabatkan satu-satunya produk Islam yang saya kira amat cemerlang pencapaiannya di negara ini. Malah, saya sendiri tidak tahu yang HPA menggunakan kaedah MLM dalam memasarkan produk keluarannya. Apa yang saya tahu, niat saya terlalu jernih dan terlalu bersemangat untuk memartabatkan 100% produk muslim jenama HPA ini. Inilah niat dan matlamat saya ketika menyertai HPA pada tahun 2009 yang lalu.
 
 
 
Namun, setelah membaca penerangan Encik Aidid (yang boleh saya labelkan sebagai cacian dan makian serta carutan sebenarnya dan ada masanya saya agak menyampah untuk membacanya kerana carutannya agak melampaui batas), namun tidak dapat tidak, saya terpaksa terima pendapatnya itu kerana fakta-fakta yang dikemukakan boleh diterima oleh logik akal dan inilah yang merisaukan saya.


 
Merisaukan saya?
Adakah sebab saya terlalu gilakan bonus dalam HPA dan untuk itu saya takut lepas nih saya tak dapat bonus lagi?
Atau sebenarnya saya takut sebab lepas nih saya dah tak ada side income sekiranya saya decide untuk quit dari HPA?
 
 
 
Hahaha... frankly speaking, itu semua takda langsung menjejaskan pendapatan bulanan saya sebab buat masa ni, perniagaan warisan keluarga saya merupakan pendapatan terbesar dalam mana-mana side income yang saya dapat. Side-side income tuh, kalau tak buat, insyaAllah tak menjadi kudis pun kalau tak dapat sebab pendapatan UTAMA saya alhamdulillah masih mencukupi untuk membiayai perbelanjaan saya bulan  ke bulan. Cuma sebagai seorang yang minat dalam dunia perniagaan, saya memang suka mencuba sesuatu yang baru dan cuba untuk menjadikannya sebagai side income.


So apa yang merisaukan saya?


Yang merisaukan saya ialah..........
Sekiranya kelak, HPA ini telah terbukti HARAM perniagaannya dan masa tu saya pasti akan risau sebab saya telah pun merasai sedikit bonus dari HPA.
 
 
 
Apa lagi yang merisaukan saya?
Jika benar HPA terbukti SCAM sebab menggunakan kaedah MLMS dalam mengembangkan empayar perniagaannya, saya bimbang lepas nih dah takdak syarikat Melayu Islam yang gah seperti HPA akan dapat menyaingi seterusnya menandingi produk-produk keluaran syarikat yang bukan Islam dan ini amat-amat merugikan ekonomi umat Islam di negara ini.
 
 
 
Dan last sekali, saya risau sekiranya saya tak dapat tahan kesedihan kerana saya betul-betul sayangkan HPA sebab meskipun baru sekali menghadiri perjumpaan dengan ahli-ahli HPA di HPAic di Shah Alam, namun saya dapat rasakan bahawa ukhwah islamiah itu amat-amat diterapkan dalam hubungan silaturahim sesama ahli dan hati saya tidak dapat menipu bahawa aura islamik sememangnya ada dalam HPA dan HPA tidak menipu tentang hal ini kerana saya sebagai ahli, saya dapat merasakannya dan telah pun merasakannya.
Namun, kenapa HPA menggunakan sistem MLMS sebagai kaedah pemasaran kesemua produknya? Mengapa HPA tak buat macam biasa? Buat produk dan hantar ke pasar raya dan kedai rucit seluruh negara tanpa perlu memakai sistem MLM?
 
 
 
Saya benar-benar dalam dilema dan inilah yang merisaukan saya ketika ini!

6 Dec 2011

Jangan putar isu lucah lagi. Tolonglah!

Kadangkala saya makin bosan dengan permainan politik di Malaysia ni. Dan satu ketika dulu, boleh dikatakan saya agak ikut perkembangan hal politik negara ni. Sebab dulu ayah ketua cawangan parti. Bangga tak sebab tak ramai perempuan muda macam saya layan politik. Hehehe...

Tapi makin hari saya makin tak ambil port pasal komitmen kerja semakin bertambah dari masa ke semasa. So bila sesekali tengok tv tu, tengok berita, hati yang neutral ni tetiba jadi panas dan rasa geram je sebab berita yang dipaparkan terlalu murah dan tak salah jika saya katakan terlalu jijik untuk didengar oleh semua lapisan umur rakyat negara ini.

Saya paham, pilihan raya dah nak dekat. Tapi sebagai badan politik yang berkuasa, janganlah terlalu ekstreem menghentam pihak lawan sehingga mendakwa seolah-olah kamu saja yang betul dan pihak lawan serba tak betul dan salah semuanya. Ini permainan psiko. Takkan tak tahu kot, dalam ilmu psikologi, semakin banyak kita memburukkan  orang, semakin banyak kita menjatuhkan orang, semakin banyak kita memperkatakan keburukan musuh kita, sebenarnya kita secara tak langsung mendedahkan siapa diri kita sebenarnya dan orang secara mudah boleh judge kita bahawasanya kita ni memang tak boleh pakai. Useless dan hopeless sebab 24 jam cari kelemahan orang. Pasal apa? Pasal tak yakin dengan keunggulan diri sendiri dan tak  yakin dengan potensi diri sendiri. Betul tak?

Bagi yang jahil dan kurang ilmu agama, bolehlah nak ngata itu ini dan guna pakai isu sumpah laknat lah liwat lah etc yang saya katakan di awal tadi, isu yang terlalu jijik untuk saya kupas di sini. Serius seh, memang jijik nak cakap pasal isu ni. Seolah-olah mereka lupa, dengan menjaja isu ini, secara tak langsung pihak negara luar akan menganggap Malaysia negara yang mempunyai pemimpin atau parti politik yang suka benda lucah. Tak malu ke? Orang jahil bolehlah disuap dan hadam tanpa banyak soal. Tapi bagi yang tahu dan ahli dalam ilmunya, nampak sangat kenaifan isu yang dimainkan. Nampak sangat, ok?

Saya tak pihak mana-mana sekarang. Sebab saya pun tak tahu nak keluar mengundi ke tak PRU kali ni. Bosan seh. Tapi saya pun  tak ingin jadi rakyat yang bodoh bangang yang terima sesuatu isu tu tanpa membuat kajian dan soal siasat terlebih dahulu. Sebab orang bijak, dia takkan terima sesuatu berita tu tanpa menyiasat kebenarannya terlebih dahulu, kan? So saya nak jadi orang yang bijak. Dan saya sering merujuk mereka yang ahli dalam isu yang dimainkan sebab saya perlukan orang yang bijak untuk menerangkan sesuatu isu tu secara lebih jelas dan terperinci tanpa memihak kepada sesiapa melainkan menganggap ianya suatu amanah Allah yang perlu penjelasan yang adil. Itu saja.

Dan mintak maaf cakap.
Saya melihat ramai mereka yang di luar sana menjadi pak turut dan mengangguk menggeleng tanpa menyiasat kebenaran sesuatu isu itu terlebih dahulu. Memang sangat kasihan pada mereka yang bersikap seperti ini.

Tapi saya yakin, zaman sekarang jauh lebih baik dari sebelum ini, di mana kemudahan capaian jalur lebar semakin meluas, dan sekali gus penyampaian berita menjadi semakin berkembang ke seluruh pelusuk di tanah Melayu ini. Hopefully korang yang membaca ni tergolong dalam golongan yang bijak, insyaAllah!

Tentang isu liwat, sumpah laknat, isu menuduh tanpa bukti kukuh, saya suka melihat catatan UZAR sebab bagi saya, beliau seorang yang ahli dalam ilmunya dan seorang yang telus tanpa memihak kepada sesiapa.

Boleh rujuk sini untuk bedah siasat sesuatu isu.
Selain tu, pendapat ulama besar Mesir Profesor Yusuf Al-Qardhawi jugak penting untuk dijadikan bahan rujukan. Dan juga beberapa laman web ilmuan lain serta forum yang saya jenguk sekali sekala untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang sesuatu isu tersebut. Jangan dengar dari media masa tempatan 100%. Amatlah kurang bijak jika anda percaya 100% berita yang media masa kita sampaikan itu. Sekarang zaman IT, semua maklumat di hujung jari. Jadi, manfaatkanlah. Jangan bz dengan FB/Twitter jer. Jangan sibuk layan Youtube je. Jangan asyik nak cari duit je. Hal negara nak tak nak kena ambik tahu jugak.

Saya memang begini. Jika ada rakan yang menceritakan keburukan rakan yang lain pun, saya akan tanya jugak kepada rakan yang diceritakan itu. Betul ke si Minah tu cerita macam tu macam ni pasal ko. So jangan dengar dan terus hadam. Siasat dulu. Then baru buat keputusan. Betul ke tak cakap si Minah ni. Ini baru dikatakan bijak. Kalau tak, habislah porak peranda hubungan kita sesama rakan dek kebodohan dan kebangangan diri kita sendiri dalam menerima sesuatu input dari seseorang.

Paling penting, apa pun  isunya, tepuk dada, tanya iman. Jangan tanya selera sebab kalau tanya selera, selera mesti nak makan Pizza Hut jer. Hahaha...
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

27 Nov 2011

Mari Berhijrah!

1433

Saat ini, jam di monitor saya menunjukkan pukul 1.21 am (mungkin agak cepat berbanding monitor korang!) di mana tarikhnya menunjukkan 27/11/2011.

So tak payah cerita panjang sebab satu Malaysia, bahkan satu dunia Islam dah tahu yang 27/11/2011 merupakan 1 Muharam 1433.

27/11/2011 = Ahad = 1 Muharam 1433

So kat sini saya nak ucapkan Selamat Menyambut Ma'al Hijrah.
Kalau boleh tu, jangan sambut kosong.
Banyak-banyakkanlah muhasabah diri... sebab kita nie selalu je buat salah silap, kan?
Jadi try untuk berazam nak jadi terbaik, terbaik dan terbaik selalu.
Dan memang susah untuk menjadi baik dan nak jadi yang terbaik kerana perjalanan menuju ke arah kebaikan itu selalunya akan dihujani dengan 1001 ujian dan cabaran getir, yang ada ketikanya kita rasa macam nak mengalah jer. Kan?
Dan saya paling benci bila satu ketika tu hasutan nafsu lebih mendominasi akal, di mana ada kalanya kita tewas jua, kan?
Sesungguhnya istiqamah itu payah nak dilakukan jika kita tidak persiapkan benteng keimanan yang kukuh dan utuh.

Tapi takpa.
Jika hari ini kita gagal mengawal emosi, gagal mengawal nafsu jahat, jangan terus lari dari Allah.
Sebabnya,  jika setiap hari kita nak yang terbaik, dan kita berusaha sedaya tenaga untuk mencapainya,
InsyaAllah satu hari nanti Allah akan makbulkan juga doa kita.
Yang penting, jangan putus asa dan berusaha senantiasa!

Selamat Berhijrah...
Dan sebaik-baik penghijrahan ialah hijrah yang diredhai-Nya. (^_^)

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

11 Nov 2011

Tarikh Cun!

11.11.11
Bersempena tarikh cun yang jatuh pada hari ini - Jumaat, saya amat yakin dan percaya, pasti ramai di antara kita atau pun di antara adik-beradik, jiran tetangga, sanak saudara mahu pun rakan taulan yang akan/sedang/telah memanfaatkan tarikh yang sangat senang untuk diingat dan amat cantik untuk dikenang ini.

11.11.11 
Tarikh yang menjadi detik terpenting dalam hidup seseorang.
Ada yang akad nikah pada hari ini...
Ada yang bertunang pada hari ini...
Ada yang merisik pada hari ini...
Ada yang menyambut ulangtahun perkahwinan pada hari ini...
Ada yang meraikan hari jadi pada hari ini...
Pokoknya, 1001 perkara yang menggembirakan sangat molek untuk berlaku pada hari ini...
Kerana ianya amat cantik untuk dihafal dan disimpan dalam kotak memori...
Dan saya juga pernah membayangkan tarikh ini akan diraikan untuk suatu peristiwa yang penting...
Tapi memandangkan tanah kubur arwah ayah masih merah,
Dan kehilangannya masih ditangisi dan dirasai hingga ke saat ini,
Saya cuba reserve tarikh 12.12.12 tahun depan pula, InsyaAllah.
(Kalau ada umur dan murah rezeki serta ada jodoh)

Selamat meraikan peristiwa penting pada korang yang meraikannya pada hari ini,
iaitu pada 11 November 2011,
11.11.11

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

6 Nov 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Kepada semua yang mengenali saya dan Sally, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432. Moga para jemaah haji sekalian bakal memegang title Haji dan Hajah yang mabrur, insyaAllah!

Dan semoga kita semua mendapat keberkatan dan ketenangan hasil daripada penyucian harta kita dalam menginfakkan sebahagian daripadanya untuk ibadah korban, amin!

Bagi pihak Sally bucuk, Sally kata malam nie dia nak berehat puas-puas sebab tadi penat layan sedara berhari raya di rumah tuannya.

Inilah muka penat Sally...

uhuk! uhuk!
Dan sempena kegilaan saya terhadap lagu-lagu  Detective Conan dan OST Korea sejak tahun lalu (2010), silakan layan lagu ini... (korang tak minat pun, Sally kata WAJIB kena layan gak!)








Annyeonghi gyeseyo!!!

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

26 Oct 2011

Motivasi di Pagi Deepavali... hentam sajalah! :p

Kenapa kalau orang tu kerja kutip sampah atau kerja lap lantai/cleaner, ramai di antara kita pandang golongan ni sebelah mata je. Malah lebih malang lagi, ada jugak segelintir yang langsung tak pandang golongan macam ni.

Ada jugak yang memandang rendah dekat pengemis jalanan.

Walhal sepatutnya kita berterima kasih pada mereka kerana tanpa mereka, kita takkan dapat menggunakan tandas yang bersih, mengharungi kehidupan yang nyaman dan udara yang segar tanpa bau busuk sampah.

Tanpa mereka yang daif ini, kita takkan selamanya kaya raya jika tidak disebabkan oleh doa yang selalu dituturkan oleh si pengemis tadi supaya kita semua beroleh rezeki yang banyak di saat kita menghulurkan sekeping note RM1 kat kotak derma milik mereka.

Betul tak?

So kenapa nak rasa diri tu hebat sangat?
Hebatlah kan, sebab berani pandang rendah kat orang lain.
Sedangkan Allah tak pandang apa yang kita semua ada melainkan iman dan takwa.

Jadi cuba belajar hormat-menghormati sesama kita tanpa mengira apa jua status sosial kita.

Cuba pi Mekah sekarang ni, semua depa berkumpul tanpa mengira kau CEO kau PM kau nelayan kau royal blood kau doktor kau bekas penagih kau lawyer kau artis kau gangster kau itu kau ini etc... sebab kat depan Allah, kau ialah NOBODY!

Kalau kita tergolong dalam golongan yang mempunyai sifat mazmumah ini, maka, AWAS!

Kerana kita tanpa sedar, sebenarnya telah membenihkan ruang-ruang riak dan takbur dalam hati kita. Masakan tidak, tanpa rasa bersalah kita semacam geli dan menyampah melihat golongan sebegini, walhal kita sendiri tak ada hak untuk mempunyai perasaan sedemikian.

Benda ni bukan main-main!

Hadith Nabi banyak memperingatkan kita tentang hal ini. Di antaranya;
Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan (takabur) meskipun sebesar biji sawi. Ini kerana kesombongan itu menolak kebenaran dan memandang rendah orang lain. (Abdullah Bin Mas'ud ra)


Cuba tanya balik pada diri sendiri.

Ada ke manusia normal yang nak jadi miskin dalam kehidupannya?
Ada ke manusia normal rela hati jadi pengemis sepanjang hayat?
Ada ke manusia normal yang suka jadi pengutip sampah sebagai sumber rezeki demi kelangsungan hidup?

Tak payah pening pale nak pk, kita semua dah tahu jawapannya.

Jadi,kalau rasa² ada terdetik hati, atau perasaan tak berapa nak molek tu tetiba wujud secara spontan, cepat²lah istighfar.

Saya pun kadangkala terbabas jugak. So sesamalah kita beringat. Selalulah berfikir, tiada siapa pun mahu dilahirkan malang dalam dunia melainkan terpaksa mengharungi takdir yang telah ditetapkan. Sebagai muslim, kita beruntung kerana telah dibekalkan rukun iman untuk kita jadikan sandaran dan pedoman dalam hidup kita. Jadi gunakanlah akal fikiran yang waras dan berusahalah, kerana kata Allah, Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum tu (seseorang tu) melainkan kaum tu sendiri berusaha untuk mengubahnya. (Ar-Ra'd : 11)

Bagi yang miskin, berusahalah sehabis daya tanpa mengenal putus asa kerana Allah benci manusia yang mudah putus asa.

Bagi yang malang selalu, muhasabah diri, renung dan fikirkan, kenapa aku selalu malang sedangkan orang kelilingku selalu beroleh keberuntungan.

Sebenarnya semua ini boleh selesai jika kita menggunakan akal yang waras dan hati yang putih bersih dalam mendepani setiap masalah yang kita hadapi.

Cuma ramai di antara kita yang suka menangani masalah melalui emosi, maka terjadilah kes bunuh diri, kemurungan sepanjang hayat, bergaduh, membunuh, gila dsb.

Malang, kan?

So  hadapi hidup ni dengan buat baik kat Allah dan buat baik kat manusia dan sesama mahkluk (termasuk kucing meoww meoww) dan harungi setiap masalah dengan menggunakan prinsip USAHA+IKHTIAR+DOA+TAWAKAL. InsyaAllah apa-apa yang berlaku selepas itu adalah yang terbaik yang telah ditetapkan Allah buat kita.

Jadi, kita golongan yang mana satu?

Renung-renungkan dan fikir-fikirkan!


p/s 1 : Lee Young Jae yang famous satu Korea Selatan pun masih pegang moop lantai tetiap ari... hehehe...
p/s 2 : Anda takkan paham melainkan jika anda layan drama Full House! I'm sorry.... :p
p/s 3 : Terfikir nak taip ni sebab tadi singgah R&R Jejantas Sg. Buloh dan ternampak seorang akak cleaner kat toilet sedang moop lantai... kesian, kan?... sebab jauh-jauh datang dari luar Malaysia, kerjanya cuma sebagai cleaner... terfikir lagi, alangkah bertuahnya saya...
p/s 4 : Nak tahu diri kita malang atau tak, selalulah memandang ke bawah, insyaAllah kita akan sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang kita miliki.
p/s 5 : Sentiasa memandang ke atas sebagai 'booster' untuk diri kita, bukan busuk hati yer... dengan cara ini insyaAllah kita akan selalu berazam ingin selalu memperbaiki nasib diri!

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

13 Oct 2011

Selamat Tinggal!

Rasanya hampir empat bulan saya tak update blog. Sekarang saya fikir saya nak update blog semula seperti sebelum ini.

Dan rasanya, kalau korang masih ingat tentang masalah saya yang saya hadapi sebelum ini, di sini saya nak maklumkan bahawa semua masalah itu telah berlalu pergi. Semuanya telah berakhir!

Nenek saya kini telah bergelar Allahyarhamah Jaliah. Arwah selamat pergi pada 19 Jun 2011.

Ayah saya pula sudah bergelar Allahyarham Hj. Alimuddin. Arwah telah kembali mengadap Ilahi 24 Ogos 2011, bersamaan 24 Ramadhan 1432 yang lalu.

Dan, tahun ini mungkin layak dipanggil tahun kematian. Tahun paling tragis bagi diri saya, ibu saya dan seisi keluarga khasnya.

Nenek sakit tua. Ayah pulak, dah periksa di empat buah hospital, tapi tiada seorang doktor pun mampu mengatakan apa jenis penyakit yang ayah alami sepanjang penderitaannya. Tapi bila dibacakan ayat Ruqiah, ayah menjerit kesakitan. Dan jika benar ayah disihir, biarlah Allah saja membalas perbuatan laknat manusia yang terlibat!

Saya dah penat menangis. Sekarang saya dah tak mampu nak nangis banyak-banyak. Saya nak simpan air mata untuk masa depan. Dah tak larat demam selsema dan sakit kepala akibat menangis. Dahlah. Moga Allah berikan saya hikmah atas segala apa yang saya sekeluarga alami ini dan semoga kami semua kuat hadapi masa depan.

Ayah dan nenek dah selamat bertemu Pencipta mereka. Dan ramai jugak di kalangan saudara dan jiran serta kenalan yang pergi mengadap Allah tahun ini. Moga kita semua mendapat cahaya keinsafan dengan melihat pemergian insan-insan yang tersayang. Sesungguhnya mati itu pasti.

Tapi, menjelang nyawa kita dijemput malaikat Izrail, kehidupan tetap perlu diteruskan sebagaimana putaran alam yang tanpa jemu mengikuti sunatullah yang telah ditetapkan.

Sebagaimana si matahari tanpa jemu memancarkan cahayanya di waktu siang dan sang bintang menggantikan tugas si matahari pada waktu malam, begitu juga kehidupan kita semua. Biar apa pun terjadi, hidup tetap perlu diteruskan.

Dan saya...

Ya...

Saya akan kembali menjalankan rutin harian seperti biasa dan saya akan cuba menyimpan segala kesedihan itu dalam-dalam, dan kalau boleh, biarlah kesedihan itu hanya Dia saja yang melihatnya. Tak perlu makhluk bernama manusia melihatnya berlebihan.

Saya dah puas bersedih pada tahun ini.
Korang pun mungkin dah naik bosan dengan cerita sedih saya yang tak habis² ni, kan?

Tak apalah.

InsyaAllah entry² selepas ini akan fokus kepada cerita² kehidupan harian saya dan Sally bucuk sebab saya dah tak nak sedih² dan layan emosi pilu lebih².

Jadi...
Buat masa ni... saya nak ucapkan selamat tinggal kesedihan!

 
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers


16 Jun 2011

Lama dah tak update blog.
Lama dah tak jenguk blog rakan meoww meoww & rakan lelain.
Lama dah tak mencakar sana sini.

Bukan tak rindu. Rindu. Rindu sesangat.
Khasnya rindu giler dengan semua gang Sally...
Rindu kat Iyo (Hero), Lion, Momon, Abg Madan,  Tam Tam, Gebu, Mieko...
Obi, Chitam, Moja, Chiku , Bobo, Indi, Bubu, Rimba, dll.
(Maaf tak larat nak tulis semua. So jangan ada yg kecil hati, ok? :))

Keadaan sekarang agak kacau bilau.
Ibarat dah jatuh ditimpa tangga.
Ayah masih sakit. Masih ikhtiar berubat. InsyaAllah takkan putus asa.
Pastu bebaru ni dapat berita nenek pulak sakit kat kampung.
Najis berdarah. Demam. Semua sanak saudara yang terhampir dah berkumpul.
Entahlah. Memang dugaan bertimpa-timpa.
Tapi saya sekeluarga sedapat mungkin cuba baik sangka.
Bersabar dan redha. InsyaAllah.
Habis tu, apa lagi kami boleh buat selain bersabar, kan?

Dan petang tadi saudara jauh (pangkat atok) dah kembali ke rahmatullah.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Namun pemergiannya kami tak ralat sebab memang dah masanya.
Sakit tua. 90 tahun.
Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya, Aaamiiiin!

Sally pulak lepas selamat potong kaki, terus demam selsema dah seminggu...
Dan sampai skrg tak kebah lagi.
Ubat dari vet dah nak habis.
Cara tradisional pun masih tak berapa mujarab.
Mungkin belum lagi kot... (husnu zon)
InsyaAllah lusa bawak jumpa vet utk bukak jahitan...
Sekalian mintak ubat selsema lagi... huhuhu...

Sekali lagi, doakan yang terbaik buat kami semua.
Moga segala dugaan ini akan segera berlalu, mudah-mudahan.
TYVM sebab sudi baca luahan saya yang tak habis-habis nie.

I'm sorry. (sila baca versi Amir Raja Lawak). :p



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

4 Jun 2011

Hati masih sayu dengan pemergian Sally, namun.....

Mulai saat ini, saya akan menukar kata ganti nama diri pertama daripada 'kita' kepada 'saya'. Saya terpaksa melakukan ini kerana saya tidak mahu perasaan sedih dan hiba terus menggigit tangkai hati. Jika korang masih ingat, maksud kata ganti diri 'kita' merujuk kepada diri saya, Sally dan anak-anak Sally. Namun kini, 'kita' tidak lagi diperlukan dalam penulisan blog ini memandangkan Sally sudah kembali ke alam abadi dan anak-anak Sally telah bersama penjaga baru masing-masing. Rujuk sini kalau korang lupa. Apa pun, saya benar-benar berharap moga anak-anak Sally mendapat penjaga setara saya atau lebih baik dari saya, insyaAllah, aaamiiiinn!

Walaupun Sally telah tiada,
Meskipun hati masih walang,
Biar pun duka masih segar di dada ini,
Namun demi blog ini, saya kuatkan semangat untuk terus menaip di sini.

Ini blog saya dan Sally.
Jadi saya tak mahu blog ini mati meskipun Sally telah tiada di dunia ini.
Dan kalau Sally masih hidup pun, mesti Sally tak mahu blognya ini dibiarkan sepi tanpa sebarang entry.

Bagi korang yang kurang mengerti, pasti korang akan fikir saya ini 'entah hapa-hapa', kan?
Pasti korang kata macam nie...

"Ek ellee... ntah hape-hape je dia nie, pasal kucing mati pon nak nangis nak sedih bagai..."

Atau apa-apa ayat yang sewaktu dengannya.

Takpelah. Saya tak marah pun. Itu hak korang. Lain manusia lain ragam.

Namun bagi pencinta kucing seperti saya, seperti budak ni, dan korang-korang si pencinta kucing di luar sana, hanya korang saja yang akan mengerti dan memahami perasaan saya di kala ini.

Jujur saya nyatakan, hingga ke saat ini, air mata saya masih tak berhenti menitis bila teringat segala memori saya bersama Sally, khasnya segala aksi comel dan telatah lucunya di dalam rumah ini semasa hayatnya.

Malah, apa-apa hal yang berkaitan dengan Sally, pasti hati saya akan menjadi sebak tatkala mengenangkannya.

Contohnya, malam semalam semasa saya mengemas handbag dan memasukkan duit gaji ke dalam wallet, tiba-tiba saya terjumpa secebis kertas yang terselit di dalamnya. Tertera di atas kertas itu - Spay Sally - RM100. Saat terpegang saja kertas itu, air mata sudah kembali berlinang. Ternyata hajat saya tak kesampaian untuk mengkasi Sally. Malah, impian saya untuk menjadikan Sally salah seekor kucing comel yang popular di kalangan blog pencinta kucing juga hanya tinggal impian.

Sebenarnya, saya memang boleh redha dan terima hakikat bahawa Sally dah tiada. Kalau dah memang ajalnya, saya akur. Siapalah saya untuk menghalang kematian Sally. Sedangkan saya jua akan pergi suatu ketika nanti apabila tiba masanya.

Namun apa yang menyebabkan saya berasa amat sedih dengan kematian Sally ialah cara kematiannya.

Saya dapat bayangkan saat-saat Sally menderita sakit paru-paru dan Sally mengalami derita itu sepenuhnya tanpa saya di sisi. Sedangkan saya sedar dan tahu, sebagai seekor kucing yang manja dan tak biasa dikurung, tentu Sally tak biasa dengan penjaganya, seterusnya tak selesa bersama penjaga tersebut, yang akhirnya menyebabkan Sally mula berasa dirinya sudah tidak disayangi dan tidak diperlukan lantaran dia tidak lagi melihat saya setiap hari seperti sebelumnya. Dan, berkemungkinan besar Sally mula merajuk dan tidak mahu makan, lantas akhirnya menyebabkan sakit paru-paru mula menyerangnya dan akhirnya Sally menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa saya di sisi.

Inilah yang amat saya kesalkan!

Dan saya juga amat-amat terkilan kerana penjaga itu langsung tidak menghubungi saya untuk memaklumkan keadaan Sally dengan alasan tiada nombor telefon saya. Saya berasa amat marah dan geram dengan penjelasannya itu. Namun semuanya sudah terlambat. Sally akhirnya pergi jua setelah (mungkin) penat menunggu saya untuk membelainya seperti selalu. Sedangkan sepatutnya di saat-saat kritikal seperti itu, seharusnya saya wajib berada di sisinya dan membelainya setiap masa sehingga nyawanya dijemput Ilahi.

Malangnya, Sally telah melalui saat-saat nazak tanpa saya... tanpa saya di sisi!!!


Cik Lissa - Pusat Jagaan Kucing, Kepong
Saya takkan percayakan kamu lagi!


Bila mengenangkan semua ini, dan membayangkan betapa seksanya Sally menderita sakit paru-parunya tanpa saya (insan yang menyanyanginya sepenuh hati), saya tak mampu melawan kesedihan lantaran semua ini salah saya kerana terlalu mempercayai penjaga itu dan langsung tidak menghubunginya. Sepatutnya, saya wajar menghubunginya selang 2-3 hari untuk mengetahui perkembangan Sally. Dan sebenarnya memang pernah terlintas di hati saya  untuk SMS penjaga itu semasa minggu pertama saya menghantar Sally, namun niat itu sering saya tangguh kerana berasa amat yakin Sally akan selamat di bawah jagaan penjaga itu. Sehingga akhirnya, saya hanya mengetahui berita kematian Sally setelah dua minggu pemergiannya!



Ajal Sally tiada siapa boleh halang,
namun pemergiaannya disebabkan kelalaian & ketidakpekaan saya...
saya menyesal & terkilan!


Perkara dah berlaku. Nak tak nak saya kena terima dan redha. Semua ini pastinya akan menjadi kenangan yang tidak akan saya lupakan sepanjang hayat saya dan pastinya akan menjadi iktibar buat diri saya.

Dahlah. Lupakan segala kesedihan ini. Sekiranya Allah izinkan, saya memang ingin sekali bertemu dengan Sally di akhirat kelak. Tapi, mungkinkah? Entahlah. Memang mustahil menurut hukum dan syari'at namun di sini saya serahkan segala-galanya kepada ketentuan Ilahi.


**********

Dalam kesedihan ini, sebenarnya saya telah membawa pulang seekor anak kucing betina yang saya jumpa di pasar di hari saya mendapat berita tentang kematian Sally.

Anak kucing betina ini telah saya kenal hampir sebulan. Ini kerana tapak meniaga saya selalu dilawati kucing ini dan saya juga selalu melayannya dan memberinya makan (di samping dapat mengurangkan beban rindu saya terhadap Sally pada ketika itu dan di tapak pasar ini jugalah saya bertemu dengan Sally!)

Namun apa yang membuatkan saya berasa amat terkejut, anak kucing betina yang sebelum ini amat lincah dan sentiasa menyahut panggilan saya, hari itu telah datang ke arah saya dengan kaki yang tempang. Rupa-rupanya kaki belakang sebelah kirinya telah patah dan tulang (sendi engselnya) telah terkeluar. Rasanya telah dilanggar motor atau kereta!

Kalaulah korang boleh bayangkan perasaan saya pada masa itu.
Dahlah baru lepas dapat berita tentang kematian Sally, pergi pasar pulak, kucing yang selalu dibuat peneman senda gurau telah patah sebelah kakinya.

Agak-agak korang boleh bayangkan tak, apa yang saya dah alami hari itu?

Sedih. Sayu. Pilu. Terharu.

Hari itu saya melayan pelanggan dengan layanan yang amat-amat separuh hati.
Mintak maaf pada akak-akak dan abang-abang serta adik-adik yang menyapa, saya sedar wajah saya langsung tak ceria tetapi saya tak mampu menutup kesedihan itu, namun untuk bercerita pula adalah mustahil kerana saya sedar tak semua orang dapat memahami apa yang saya rasa. Hanya pencinta kucing seperti saya saja yang dapat memahami perasaan saya pada masa itu.

Saya bertekad.

Malam itu, saya bawa kucing malang itu pulang ke rumah.
Sampai rumah, si ibu dah mula bising. Saya diam saja. Biarlah. Ibu tak faham perasaan saya.

Esoknya, terus saya bawa si kucing malang itu ke klinik haiwan di Kelana Jaya. Kata doktor, budak comel ni terpaksa dipotong kakinya sebab luka itu dah beberapa hari terdedah dan dikhuatiri kuman telah merebak di dalamnya. Tambahan pula, adalah amat mustahil untuk menyambung semula sendi engsel yang telah hilang tisu dan telah lari kedudukan tulangnya. Malah, kulit yang menyalutnya juga telah terkoyak habis.

Korang tengoklah sendiri wajah comel si kucing malang ini dan kecederaan yang dialaminya.












So pagi semalam (Jumaat), atas nasihat doktor tadi, saya telah membawa kucing ini ke Klinik Veterinar di Shah Alam untuk pembedahan pemotongan kaki. Saya bertekad untuk menyelamatkan kucing ini (sebab saya tak mahu rasa bersalah lagi seperti rasa bersalah saya pada Sally sebelum ini!)

Setelah mendapat kata sepakat dan bersetuju dengan caj bayaran yang dikenakan, akhirnya malam tadi kucing comel itu telah selamat menjalani pembedahan dan insyaAllah esok pagi saya akan mengambilnya.

Dan sewaktu mengisi borang butir-butir si kucing malang itu semalam, saya telah meletakkan 'Sally' sebagai namanya.

Ya. Ini Sally saya yang ketiga. Dua ekor Sally sebelum ini telah selamat pergi dan sekarang saya mempunyai Sally yang ketiga.

Meskipun begitu, Sally pertama telah menjadi kenangan lama. Dan Sally kedua yang baru saja pergi, wajah comelnya mustahil untuk saya lupa, bahkan sehingga kini, semua aksi dan telatah lucunya masih segar dalam ingatan. Pada saya, Sally kedua ini tiada pengganti kerana dia mempunyai keistimewaan tersendiri. Paling utama, Sally yang baru saja pergi ini adalah Sally yang tercomel kerana tompok hitam di tengah-tengah hidungnya di samping bulunya yang panjang, putih bersih serta ekornya yang lurus. Sukar untuk saya mencari pengganti sepertinya lagi selepas ini. Jika ada pun, tidak akan sama. Sally kedua ini memang amat istimewa di hati ini!

Dan Sally yang ketiga yang masih berada di wad saat ini, inilah kucing OKU pertama yang bakal saya pelihara. Pastilah saya akan melayannya dengan lebih lembut lagi memandangkan keadaan fizikalnya yang telah kehilangan sebelah kaki. Doakan saya agar mampu menjaga dan menyanyanginya seikhlas hati!
Kalau korang lupa sejarah nama Sally pada kucing-kucing saya, korang boleh rujuk sini.

Pesan saya, buat baiklah sesama makhluk dan sekiranya korang tanpa sengaja telah melanggarnya, khasnya kucing, maka berhentilah dan bertanggungjawablah atas apa yang telah terjadi. Jangan ingat dengan melarikan diri, korang akan selamat. Tidak. Ini kerana Nabi SAW sendiri mengatakan kucing adalah haiwan manja dan jinak dan ia tidak najis kerana ia haiwan (peliharaan) yang selalu berkeliaran di sekeliling rumah.

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan!

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers



31 May 2011

R.I.P

Kawan-kawan...




Ini kucing kesayangan saya... Sally...
Sally si kucing comel...
Sally yang telah menggerakkan hati saya untuk menulis url blog ini sempena namanya.

Kejap tadi, saya telefon penjaga kucing yang jaga Sally.
Nak beritahu saya nak melawat Sally tulat.

Rupa-rupanya...


Dah 2 minggu Sally dah tak ada.

Sally dah tak ada!

Sally dah kembali kepada Penciptanya...

Patutlah seminggu dua lepas mata kiri saya tak henti berkelip selama 2-3 hari.
Rupa-rupanya saya akan menangis teruk hari ini...
Masa tu, saya dah kehilangan Sally rupanya.

Saya redha jika ini yang terbaik buat Sally.
Kata penjaga tu, Sally sakit paru-paru.
Doktor kata penyakit Sally tu dah lama.

Saya terima alasan tu. Namun saya jugak tak nafikan, mungkin Sally tak berapa sesuai dalam jagaan penjaga tu sebab sebelum ni, Sally memang sihat dan aktif. Jadi agak mustahil untuk Sally menderita sakit paru-paru sebab Sally langsung tak menunjukkan tanda-tanda dia sakit sepanjang dalam jagaan saya selama ini. Mungkin Sally sakit rindukan saya, siapa tahu? Sebab saya akui, minggu pertama berpisah dengan Sally, hampir setiap malam saya menangis teringatkannya.

Apa yang saya kesalkan, penjaga ni tak beritahu berita kematian Sally pada saya sebab tiada nombor telefon. Saya rasa nak maki je dia tadi. Tapi saya sabar. Marah macam mana pun, Sally tetap dah pergi.

Tak apalah. Sally dah selamat. Sally makhluk yang tak berdosa. Sally tak dihisab.
Harapan saya, jika amalan saya kurang, Sally dapat menjadi 'penambah' untuk saya ke Syurga kelak.

InsyaAllah.

Kawan-kawan... doakan agar saya dapat terima semua ini dengan redha dan hati yang tabah!


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

Gagal sambung belajar pasal pegang panji PKR. WTF?

Benda nie berlaku last two weeks rasanya...
Al-kisahnya, adik kita dulu pernah apply IPTA untuk sambung degree...
Pastu kat area rumah kita nie memang selalu ada ceramah atau jamuan makan parti politik.
Kita nie pulak jenis tak kisah sangat tentang nak menghadirkan diri kat mana-mana majlis.
BN ke PR ke semua kita sebat, asalkan ada jamuan makan, ada ceramah best, semua kita layan.

Tapi sekarang nie mmg jarang dah layan pasal busy.
Dengan ayah yang tak berapa nak ok lagi.
So memang dah lama tak layan benda-benda nie.
Dulu-dulu memang layan laa jugak.

Yelaa.. untuk mencari kebenaran dan memilih yang bebetul ok, kena join semua...
Lagi pula kita nie pernah join Puteri Umno tapi sebelum tu pernah join Usrah lajnah PAS kat Madrasah Mujahiddin satu ketika dulu. Unit Amal depa pon cool je. Best bila diingat-ingat.
KeADILan pun kita pernah sertai program depa.
So dari situ kita boleh bentuk pemikiran dan minda kita boleh fikir untuk memilih salah satu daripada mereka untuk dijadikan pilihan hati pada PRU akan datang.
Yang pasti, pilihlah yang kurang mudharat dan banyak kebaikan untuk semua.
Kan?

Ini pendapat kita je. Boleh jadi betul, boleh jadi tak betul pada pemikiran korang.
Takpelah. Memasing ada pendirian. Kita hormat dan kita paham. :)

So korang jangan nak hentam kita ok?
Malaysia sebuah negara demokrasi.
So suka hati kitalah nak join mana, kan?
Apa hal nak halang? :p

Lagi pula kita memang anti kat memana golongan yang sembang kencang pasal politik,
tapi langsung tak pernah nak ambik peduli atau ambik tahu tentang sesuatu isu tu sama ada benar atau tidak.. tahunya nak menghentam keromo tanpa usul periksa.
Kan lebih elok bila dengar sesuatu isu tu, periksa dulu kesahihannya.
Tak kisahlah dari memana parti sekali pun.
Sebab semua parti tu ciptaan manusia, dan selagi bergelar manusia, tiada satu pun yg sempurna.
Pasti ada salah dan silap di mana-mana.
Dan kita sebagai rakyat jelata, jika mahu digelar bijak dan bukan pak turut semata-mata,
rajin-rajinlah membuat kajian dan cari bukti sebelum mempercayai sesuatu fakta atau isu.
kalau tak, maka jadilah anda golongan yang bebal dan hanya tahu menyokong atau menghentam tanpa bukti!

Contoh,

Kenyataan media dari parti Tupperware :

"Si anu tu dari Parti Buih dah join kita pasal pemimpin parti tu ramai hisap gam."

So isu dia : Parti Buih ramai pemimpinnya hisap gam

Kesannya : Si anu dari parti buih masuk parti tupperware.

Media : Yang berat ke Parti Tupperware, sure akan hentam Parti Buih. Yang mana berat ke Parti Buih, sure akan menafikan kenyataan dari Parti Tupperware.

Mangsa isu : kita rakyat jelata.


So dalam hal-hal sebegini, isu di atas (meski pun sekadar contoh), adalah perlu untuk kita menjadi rakyat yang bijak. Jangan bulat-bulat percaya sesuatu isu. Sila cari fakta kukuh. Sahihkan dulu. Baru dikatakan bijak. Rujukan paling bagus sudah tentu Al-Quran & Hadith. Ada yang berani bantah? So, setiap kali mana-mana parti main sesuatu isu, cari kesahihan isu tu elok-elok bersandarkan Kalamullah dan sunnah Rasulullah. Setuju kan?

Hahaha... panjang pulak kita membebel.

Ok berbalik kepada topik awal,
satu hari tu kita dan adik dengar ceramah PKR.
So automatik akan pegang bendera parti.
Tup tup ada akak area rumah kita nie, dia nie memang Puteri Umno.
Kita join puteri umno pun melalui dia,
lagi pun masa tu ayah jd ketua cawangan.
so takkan nak join parti bersatu sarawak pulak, kan?
Hahaha...

So bila dia dengar yang adik kita tak dapat sambung belajar kat IPTA,
(sebab adik punya result diploma kira oklaa jugak, CGPA 3.5 ++),
terus dia buat kesimpulan... pasal korang pegang bendera PKR itu hari,
tu pasal tak dapat sambung IPTA.

Erk?

Hanya itu je alasan dia?
Korang rasa akak nie buat lawak ke ape?

Kita dengar dia cakap camtu,
kita just gelak jela..
sebab kelakor sangat bunyinya..

"adeh, akak nie memang dah kempunan nak jadi ketua wanita nie..
sampai camtu tahap bercakap. kalau tak dapat gak tahun nie, tak tahulah nak kata.
takpelah kak, nantik kita usul nama akak untuk jadi ketua wanita pada PRU akan dtg.
kuikuikui..."

takpelah, pasni pangkah Parti Bebas jela... kes kes keszzz!

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

30 May 2011

Masih bersedih dengan kekalahan MU. Btw, Barca memang superb!

Pukul 3.00 pagi, serangan yang dimulakan oleh Manchester United beransur-ansur dimonopoli oleh team Barcelona. Rentak permainan mula dikawal oleh sebilangan pemain Barca yang mula mengatur startegi menyerang pertahanan MU.

Akhirnya, minit ke-27, pertahanan MU mula bolos dengan jaringan cantik si Pedro yang sebelum tu dah banyak kali mencuba nasib untuk mendapatkan gol sulung bagi Barca.

Tersentak dengan kemaraan Barca, MU cuba bangkit dan satu peluang keemasan digunakan sebaiknya oleh adik Rooney dengan tendangan jauh yang padu.

Namun kegembiraan MU hanya seketika. Minit ke 54, Lionel Messi mula menjarakkan kedudukan menerusi tendangan kencang yang pastinya gagal ditepis oleh Van Der Sar. MU mula hilang arah. Minit ke-69, pemenang Kasut Emas Piala Dunia 2010, David Villa akhirnya berjaya menggoncang gawang lawan, sekali gus mencerahkan peluang Barca untuk bergelar juara UEFA Champions League.






Apa pun, kemenangan Barcelona memang dah dijangka dari awal. Lihat saja rekod persembahannya sebelum ini. Menang secara total dalam semua liga. Sementelah, pemain Barca hampir separuh merupakan pemain Sepanyol yang baru saja memenangi Piala Dunia 2010. Paling menakutkan pihak MU, bintang kebanggaan Argentina, adik Messi turut serta dalam kesebelasan utama pemain Barcelona.

Huhu, dah macam pengulas sukan pulak kita nie.

Apa pun, tahniahlah buat pasukan Barcelona. Buat penyokong MU, teruskan menyokong MU kerana MU kelab yang paling otai. Hahaha... Otai ok. So, kena hormat. Keh keh keh!

So, teruskan menyokong MU untuk musim akan datang.







Pssttt...
Err Ferguson, angkatlah player best satu. MU banyak player otai. Tahula MU tu otai. Huhuhuu...



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!