Sally nak jadi pemain bola macam CR7...
Boleh tak nih? :p
~ieza~blog suka-suka
Saya suka Sally. Sally pun suka saya. Saya sangat suka Sally. Sally pun sangat suka saya. Saya sangat-sangat suka Sally. Sally pun sangat-sangat suka saya. Saya teramat sangat suka Sally. Sally pun teramat sangat suka saya. Saya teramat sangat dan tersangat-sangat suka Sally tahap dewa dan cipanzi . Sally? Bosan arghhh layan tuan aku yang sewel nih!
Duit Belanja Sally
Showing posts with label kucing Sally. Show all posts
Showing posts with label kucing Sally. Show all posts
13 Feb 2013
23 Jan 2013
Alalaa Tomeinyaaa... ;)
Di antara kegembiraan dan keriangan hati bagi korang yang bergelar pencinta kucing di luar sana ialah tatkala korang melihat kucing korang tidur dalam keadaan begini.
Apa perasaan korang tatkala menatap gambar ini?
Kalau korang tanya saya, saya akan jawab.
- Alalaa.... comelnyaa.... (^__^)
Dan disebabkan terlalu geram melihat kecomelannya itu, biasanya saya akan gendong dia kejap, gomol-gomol dia sampai dia naik lemas. Agak-agak dia dah mengiau tak selesa, barulah saya lepaskan.
Dan percayalah, kucing adalah haiwan paling comel di dunia ini. Dengan memilikinya, insyaAllah korang akan dapat kawal tekanan dan dapat kurangkan stress sebab wajah mereka ini terlalu comel dan aksi serta keletah mereka terlalu menghiburkan hati!
Setuju tak?
Tak setuju, pi main jauh-jauh!
Haha.
~ieza~ blog suka-suka
21 Jan 2013
Kucing korang macam ni tak?
Sally the third saya ni ada satu pe'el pelik sikit.
Bagi saya kira peliklah sebab selama saya bela kucing, seumur hidup tak pernah pulak saya berhadapan dengan pe'el kucing sebegini.
Cer teka apa perangai peliknya itu?
Makan durian?
Nope!
Sally tak makan durian, sebab belum sempat Sally nak sentuh durian, tuannya dulu dah sapu habis!
Muehehehe...
Ok ok serius.
Sally saya nie... suka nak teman saya mandi.
Pelik tak?
Apa??? Tak percaya???
Apa??? Tak percaya???
Betul laa. Mana ada tipu. Saya serius ni. Tak perlu sampai dua rius tiga rius untuk membuktikan keseriusan saya ni. Huhu.
Betul. Percayalah. Kerana ianya benar. :)
Sally si kucing comel saya ni suka teman saya mandi.
Haha. Lawak kan? Tapi inilah realitinya.
Biasanya, kucing takut air, kan?
Jangankan nak usik air tu, bahkan dengar bunyi air pun dah jadi fobia, kan?
Macam Sally saya yang sebelum ni, Sally the Second tuh... Sally idung itam tuh...
Sally tu, jangankan jejak kaki ke bilik air... dengar air mengalir pun dah mencanak dia lari!
Tapi tidak bagi Sally the Third nih...
Memang berlawanan benar pe'elnya dengan Sally the Second...
Sally nie, kalau saya kehilangan dirinya sekitar rumah nie...
Andaikata kat ruang tamu dia takda, kat dapur dia takda, kat bilik dia takda, kat luar rumah dia takda... So jangan panik sangat.
Cuba cari dia kat dalam bilik air... InsyaAllah dia ada di situ.
Nak tahu dia buat apa?
Dia dok tengok je mana-mana air yang menitik, dia ralit perhatikan ke mana air tu mengalir.
Pastu tangan dia yang halus mulus kiut miut tu mulalah mengacah-acah air yang mengalir tuh.
Serius. Sangat comel. Comel sungguh. Amat cute aksinya mengacah-acah begitu.
Bab teman saya mandi ni, pada mulanya dia tak macam ni sangat.
Tapi sejak tahun lepas saya perasan, setiap kali saya masuk bilik air, dia pasti terlebih dahulu akan berlari berlumba dengan saya. Dan bila dia tahu saya nak ke bilik air, dengan pantas dia pintas saya dan masuk dulu ke bilik air.
Sally saya ni bijak. Kalau dia nampak je saya sangkut tuala kat bahu, maknanya dia tahu lepas tu saya akan ke bilik mandi. So dia pun cepat-cepatlah masuk bilik mandi. Nak masuk sama sebab nak main air.
Pelik, kan?
Banyak kali jugak saya halau dia keluar.
Tapi nak tahu apa jadi?
Kat luar pintu bilik air tu, mulalah dia menendang-nendang, buat bising sambil mengiau tanpa henti.
Selagi saya tak bukak pintu tak bagi dia masuk, memang takkan berhentilah ekor dia dok libas-libas pintu bilik air tu.
Kadang tu kalau dia geram sangat, sampai kepala pun dia hantukkan ke bilik air.
Punyalah nak masuk sangat dalam bilik air tu.
Adoiii... macam-macam hal jugak pe'el kucing ni yek?
Ingatkan manusia je pandai nak ada perangai pelik-pelik ni.
Rupa-rupanya kucing pun 2x5 je macam manusia.
Haha...
So sekarang ni, tiap kali saya nak mandi, memang kena standby jelaa untuk bagi dia masuk sama.
Dan dia bukan main suka bila saya tak halau dia lagi.
Laju je dia masuk bilik air tu.
Tapi kalau saya mandi lama sangat, contohnya membasuh baju ke, memberus lantai ke, tahu pulak dia mengiau nak keluar. Mungkin lama sangat gamaknya, dah gigil badan dia tu, so rasa sejuk. Tu pasal baru dia reti nak keluar. Kalau tak, bergolek jela dia kat dalam sinki dok tengok air teratai. Mungkin dia rasa cantik kot air tu mengalir halus-halus macam tu. Mungkinlaa kan. Mungkin. Hehe...
Pernah terdetik nak rakam aksi dia ni.
Tengoklah nantik. Kalau saya rajin k.
Hohoho...
Kucing korang takda perangai pelik ke?
Haha... :p
~ieza~ blog suka-suka
29 Sept 2012
My Biodata... ;-)
- Nama : Sally @ Sally the Third
- Umur : 2 tahun kot... (tuan saya tak ingat umur saya berapa... saya lagilah tak tahu...huhuhu...)
- Berat sehingga hari ini (29 September 2012) : 4.5 kg
- Hobi : Cakar tikar, gigit kotak, kejar bola, masuk dalam plastik & kotak (ngeh ngeh!!!)
- Alahan : Tak tahan sejuk (sebab senang kena selsema)
- Status : Anak Dara Sunti... He he he...
~ieza~ blog suka-suka
13 Sept 2012
Sally Kirim Salam kat Semua!!! (^_^)
Dah lama sangat tak update pasal Sally, kan?
Walhal Sally ni sejak belai dia dari pertengahan tahun lepas, dah berkilo-kilo berat badan dia naik...
Alhamdulillah, sihat Sally di bawah jagaan makcik ieza dia.... Hehehe...
Hmmm... terfikir nak letak Sally dalam Youtube macam Sally lama... Sally 2 dulu...
Sally ni belum glamour macam Sally 2 si idong itam tuh...
InsyaAllah, Sally 3 akan beraksi di Youtube jugak...
Sally 3 yang special pasal cuma ada 3 kaki...
Caaayaaaanggggggggggggg Cellyyyyyyyy.... mwaaah!
~ieza~ blog suka-suka
Labels:
kucing,
kucing Sally,
kucing terbiar,
Sally Si Kucing Comel
16 Jun 2011
Lama dah tak update blog.
Lama dah tak jenguk blog rakan meoww meoww & rakan lelain.
Lama dah tak mencakar sana sini.
Bukan tak rindu. Rindu. Rindu sesangat.
Khasnya rindu giler dengan semua gang Sally...
Rindu kat Iyo (Hero), Lion, Momon, Abg Madan, Tam Tam, Gebu, Mieko...
Obi, Chitam, Moja, Chiku , Bobo, Indi, Bubu, Rimba, dll.
(Maaf tak larat nak tulis semua. So jangan ada yg kecil hati, ok? :))
Keadaan sekarang agak kacau bilau.
Ibarat dah jatuh ditimpa tangga.
Ayah masih sakit. Masih ikhtiar berubat. InsyaAllah takkan putus asa.
Pastu bebaru ni dapat berita nenek pulak sakit kat kampung.
Najis berdarah. Demam. Semua sanak saudara yang terhampir dah berkumpul.
Entahlah. Memang dugaan bertimpa-timpa.
Tapi saya sekeluarga sedapat mungkin cuba baik sangka.
Bersabar dan redha. InsyaAllah.
Habis tu, apa lagi kami boleh buat selain bersabar, kan?
Dan petang tadi saudara jauh (pangkat atok) dah kembali ke rahmatullah.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Namun pemergiannya kami tak ralat sebab memang dah masanya.
Sakit tua. 90 tahun.
Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya, Aaamiiiin!
Sally pulak lepas selamat potong kaki, terus demam selsema dah seminggu...
Dan sampai skrg tak kebah lagi.
Ubat dari vet dah nak habis.
Cara tradisional pun masih tak berapa mujarab.
Mungkin belum lagi kot... (husnu zon)
InsyaAllah lusa bawak jumpa vet utk bukak jahitan...
Sekalian mintak ubat selsema lagi... huhuhu...
Sekalian mintak ubat selsema lagi... huhuhu...
Sekali lagi, doakan yang terbaik buat kami semua.
Moga segala dugaan ini akan segera berlalu, mudah-mudahan.
TYVM sebab sudi baca luahan saya yang tak habis-habis nie.
I'm sorry. (sila baca versi Amir Raja Lawak). :p
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
4 Jun 2011
Hati masih sayu dengan pemergian Sally, namun.....
Mulai saat ini, saya akan menukar kata ganti nama diri pertama daripada 'kita' kepada 'saya'. Saya terpaksa melakukan ini kerana saya tidak mahu perasaan sedih dan hiba terus menggigit tangkai hati. Jika korang masih ingat, maksud kata ganti diri 'kita' merujuk kepada diri saya, Sally dan anak-anak Sally. Namun kini, 'kita' tidak lagi diperlukan dalam penulisan blog ini memandangkan Sally sudah kembali ke alam abadi dan anak-anak Sally telah bersama penjaga baru masing-masing. Rujuk sini kalau korang lupa. Apa pun, saya benar-benar berharap moga anak-anak Sally mendapat penjaga setara saya atau lebih baik dari saya, insyaAllah, aaamiiiinn!
Walaupun Sally telah tiada,
Meskipun hati masih walang,
Biar pun duka masih segar di dada ini,
Namun demi blog ini, saya kuatkan semangat untuk terus menaip di sini.
Ini blog saya dan Sally.
Jadi saya tak mahu blog ini mati meskipun Sally telah tiada di dunia ini.
Dan kalau Sally masih hidup pun, mesti Sally tak mahu blognya ini dibiarkan sepi tanpa sebarang entry.
Bagi korang yang kurang mengerti, pasti korang akan fikir saya ini 'entah hapa-hapa', kan?
Pasti korang kata macam nie...
"Ek ellee... ntah hape-hape je dia nie, pasal kucing mati pon nak nangis nak sedih bagai..."
Atau apa-apa ayat yang sewaktu dengannya.
Takpelah. Saya tak marah pun. Itu hak korang. Lain manusia lain ragam.
Namun bagi pencinta kucing seperti saya, seperti budak ni, dan korang-korang si pencinta kucing di luar sana, hanya korang saja yang akan mengerti dan memahami perasaan saya di kala ini.
Jujur saya nyatakan, hingga ke saat ini, air mata saya masih tak berhenti menitis bila teringat segala memori saya bersama Sally, khasnya segala aksi comel dan telatah lucunya di dalam rumah ini semasa hayatnya.
Malah, apa-apa hal yang berkaitan dengan Sally, pasti hati saya akan menjadi sebak tatkala mengenangkannya.
Contohnya, malam semalam semasa saya mengemas handbag dan memasukkan duit gaji ke dalam wallet, tiba-tiba saya terjumpa secebis kertas yang terselit di dalamnya. Tertera di atas kertas itu - Spay Sally - RM100. Saat terpegang saja kertas itu, air mata sudah kembali berlinang. Ternyata hajat saya tak kesampaian untuk mengkasi Sally. Malah, impian saya untuk menjadikan Sally salah seekor kucing comel yang popular di kalangan blog pencinta kucing juga hanya tinggal impian.
Sebenarnya, saya memang boleh redha dan terima hakikat bahawa Sally dah tiada. Kalau dah memang ajalnya, saya akur. Siapalah saya untuk menghalang kematian Sally. Sedangkan saya jua akan pergi suatu ketika nanti apabila tiba masanya.
Namun apa yang menyebabkan saya berasa amat sedih dengan kematian Sally ialah cara kematiannya.
Saya dapat bayangkan saat-saat Sally menderita sakit paru-paru dan Sally mengalami derita itu sepenuhnya tanpa saya di sisi. Sedangkan saya sedar dan tahu, sebagai seekor kucing yang manja dan tak biasa dikurung, tentu Sally tak biasa dengan penjaganya, seterusnya tak selesa bersama penjaga tersebut, yang akhirnya menyebabkan Sally mula berasa dirinya sudah tidak disayangi dan tidak diperlukan lantaran dia tidak lagi melihat saya setiap hari seperti sebelumnya. Dan, berkemungkinan besar Sally mula merajuk dan tidak mahu makan, lantas akhirnya menyebabkan sakit paru-paru mula menyerangnya dan akhirnya Sally menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa saya di sisi.
Inilah yang amat saya kesalkan!
Dan saya juga amat-amat terkilan kerana penjaga itu langsung tidak menghubungi saya untuk memaklumkan keadaan Sally dengan alasan tiada nombor telefon saya. Saya berasa amat marah dan geram dengan penjelasannya itu. Namun semuanya sudah terlambat. Sally akhirnya pergi jua setelah (mungkin) penat menunggu saya untuk membelainya seperti selalu. Sedangkan sepatutnya di saat-saat kritikal seperti itu, seharusnya saya wajib berada di sisinya dan membelainya setiap masa sehingga nyawanya dijemput Ilahi.
Malangnya, Sally telah melalui saat-saat nazak tanpa saya... tanpa saya di sisi!!!
Malangnya, Sally telah melalui saat-saat nazak tanpa saya... tanpa saya di sisi!!!
Cik Lissa - Pusat Jagaan Kucing, Kepong
Saya takkan percayakan kamu lagi!
Bila mengenangkan semua ini, dan membayangkan betapa seksanya Sally menderita sakit paru-parunya tanpa saya (insan yang menyanyanginya sepenuh hati), saya tak mampu melawan kesedihan lantaran semua ini salah saya kerana terlalu mempercayai penjaga itu dan langsung tidak menghubunginya. Sepatutnya, saya wajar menghubunginya selang 2-3 hari untuk mengetahui perkembangan Sally. Dan sebenarnya memang pernah terlintas di hati saya untuk SMS penjaga itu semasa minggu pertama saya menghantar Sally, namun niat itu sering saya tangguh kerana berasa amat yakin Sally akan selamat di bawah jagaan penjaga itu. Sehingga akhirnya, saya hanya mengetahui berita kematian Sally setelah dua minggu pemergiannya!
![]() |
| Ajal Sally tiada siapa boleh halang, namun pemergiaannya disebabkan kelalaian & ketidakpekaan saya... saya menyesal & terkilan! |
Perkara dah berlaku. Nak tak nak saya kena terima dan redha. Semua ini pastinya akan menjadi kenangan yang tidak akan saya lupakan sepanjang hayat saya dan pastinya akan menjadi iktibar buat diri saya.
Dahlah. Lupakan segala kesedihan ini. Sekiranya Allah izinkan, saya memang ingin sekali bertemu dengan Sally di akhirat kelak. Tapi, mungkinkah? Entahlah. Memang mustahil menurut hukum dan syari'at namun di sini saya serahkan segala-galanya kepada ketentuan Ilahi.
**********
Dalam kesedihan ini, sebenarnya saya telah membawa pulang seekor anak kucing betina yang saya jumpa di pasar di hari saya mendapat berita tentang kematian Sally.
Anak kucing betina ini telah saya kenal hampir sebulan. Ini kerana tapak meniaga saya selalu dilawati kucing ini dan saya juga selalu melayannya dan memberinya makan (di samping dapat mengurangkan beban rindu saya terhadap Sally pada ketika itu dan di tapak pasar ini jugalah saya bertemu dengan Sally!)
Namun apa yang membuatkan saya berasa amat terkejut, anak kucing betina yang sebelum ini amat lincah dan sentiasa menyahut panggilan saya, hari itu telah datang ke arah saya dengan kaki yang tempang. Rupa-rupanya kaki belakang sebelah kirinya telah patah dan tulang (sendi engselnya) telah terkeluar. Rasanya telah dilanggar motor atau kereta!
Kalaulah korang boleh bayangkan perasaan saya pada masa itu.
Dahlah baru lepas dapat berita tentang kematian Sally, pergi pasar pulak, kucing yang selalu dibuat peneman senda gurau telah patah sebelah kakinya.
Agak-agak korang boleh bayangkan tak, apa yang saya dah alami hari itu?
Sedih. Sayu. Pilu. Terharu.
Hari itu saya melayan pelanggan dengan layanan yang amat-amat separuh hati.
Mintak maaf pada akak-akak dan abang-abang serta adik-adik yang menyapa, saya sedar wajah saya langsung tak ceria tetapi saya tak mampu menutup kesedihan itu, namun untuk bercerita pula adalah mustahil kerana saya sedar tak semua orang dapat memahami apa yang saya rasa. Hanya pencinta kucing seperti saya saja yang dapat memahami perasaan saya pada masa itu.
Saya bertekad.
Malam itu, saya bawa kucing malang itu pulang ke rumah.
Sampai rumah, si ibu dah mula bising. Saya diam saja. Biarlah. Ibu tak faham perasaan saya.
Esoknya, terus saya bawa si kucing malang itu ke klinik haiwan di Kelana Jaya. Kata doktor, budak comel ni terpaksa dipotong kakinya sebab luka itu dah beberapa hari terdedah dan dikhuatiri kuman telah merebak di dalamnya. Tambahan pula, adalah amat mustahil untuk menyambung semula sendi engsel yang telah hilang tisu dan telah lari kedudukan tulangnya. Malah, kulit yang menyalutnya juga telah terkoyak habis.
Korang tengoklah sendiri wajah comel si kucing malang ini dan kecederaan yang dialaminya.
So pagi semalam (Jumaat), atas nasihat doktor tadi, saya telah membawa kucing ini ke Klinik Veterinar di Shah Alam untuk pembedahan pemotongan kaki. Saya bertekad untuk menyelamatkan kucing ini (sebab saya tak mahu rasa bersalah lagi seperti rasa bersalah saya pada Sally sebelum ini!)
Setelah mendapat kata sepakat dan bersetuju dengan caj bayaran yang dikenakan, akhirnya malam tadi kucing comel itu telah selamat menjalani pembedahan dan insyaAllah esok pagi saya akan mengambilnya.
Dan sewaktu mengisi borang butir-butir si kucing malang itu semalam, saya telah meletakkan 'Sally' sebagai namanya.
Ya. Ini Sally saya yang ketiga. Dua ekor Sally sebelum ini telah selamat pergi dan sekarang saya mempunyai Sally yang ketiga.
Meskipun begitu, Sally pertama telah menjadi kenangan lama. Dan Sally kedua yang baru saja pergi, wajah comelnya mustahil untuk saya lupa, bahkan sehingga kini, semua aksi dan telatah lucunya masih segar dalam ingatan. Pada saya, Sally kedua ini tiada pengganti kerana dia mempunyai keistimewaan tersendiri. Paling utama, Sally yang baru saja pergi ini adalah Sally yang tercomel kerana tompok hitam di tengah-tengah hidungnya di samping bulunya yang panjang, putih bersih serta ekornya yang lurus. Sukar untuk saya mencari pengganti sepertinya lagi selepas ini. Jika ada pun, tidak akan sama. Sally kedua ini memang amat istimewa di hati ini!
Dan Sally yang ketiga yang masih berada di wad saat ini, inilah kucing OKU pertama yang bakal saya pelihara. Pastilah saya akan melayannya dengan lebih lembut lagi memandangkan keadaan fizikalnya yang telah kehilangan sebelah kaki. Doakan saya agar mampu menjaga dan menyanyanginya seikhlas hati!
Dan Sally yang ketiga yang masih berada di wad saat ini, inilah kucing OKU pertama yang bakal saya pelihara. Pastilah saya akan melayannya dengan lebih lembut lagi memandangkan keadaan fizikalnya yang telah kehilangan sebelah kaki. Doakan saya agar mampu menjaga dan menyanyanginya seikhlas hati!
Kalau korang lupa sejarah nama Sally pada kucing-kucing saya, korang boleh rujuk sini.
Pesan saya, buat baiklah sesama makhluk dan sekiranya korang tanpa sengaja telah melanggarnya, khasnya kucing, maka berhentilah dan bertanggungjawablah atas apa yang telah terjadi. Jangan ingat dengan melarikan diri, korang akan selamat. Tidak. Ini kerana Nabi SAW sendiri mengatakan kucing adalah haiwan manja dan jinak dan ia tidak najis kerana ia haiwan (peliharaan) yang selalu berkeliaran di sekeliling rumah.
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan!
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

31 May 2011
R.I.P
Kawan-kawan...
Ini kucing kesayangan saya... Sally...
Sally si kucing comel...
Sally yang telah menggerakkan hati saya untuk menulis url blog ini sempena namanya.
Kejap tadi, saya telefon penjaga kucing yang jaga Sally.
Nak beritahu saya nak melawat Sally tulat.
Rupa-rupanya...
Dah 2 minggu Sally dah tak ada.
Sally dah tak ada!
Sally dah kembali kepada Penciptanya...
Patutlah seminggu dua lepas mata kiri saya tak henti berkelip selama 2-3 hari.
Rupa-rupanya saya akan menangis teruk hari ini...
Masa tu, saya dah kehilangan Sally rupanya.
Saya redha jika ini yang terbaik buat Sally.
Kata penjaga tu, Sally sakit paru-paru.
Doktor kata penyakit Sally tu dah lama.
Saya terima alasan tu. Namun saya jugak tak nafikan, mungkin Sally tak berapa sesuai dalam jagaan penjaga tu sebab sebelum ni, Sally memang sihat dan aktif. Jadi agak mustahil untuk Sally menderita sakit paru-paru sebab Sally langsung tak menunjukkan tanda-tanda dia sakit sepanjang dalam jagaan saya selama ini. Mungkin Sally sakit rindukan saya, siapa tahu? Sebab saya akui, minggu pertama berpisah dengan Sally, hampir setiap malam saya menangis teringatkannya.
Apa yang saya kesalkan, penjaga ni tak beritahu berita kematian Sally pada saya sebab tiada nombor telefon. Saya rasa nak maki je dia tadi. Tapi saya sabar. Marah macam mana pun, Sally tetap dah pergi.
Tak apalah. Sally dah selamat. Sally makhluk yang tak berdosa. Sally tak dihisab.
Harapan saya, jika amalan saya kurang, Sally dapat menjadi 'penambah' untuk saya ke Syurga kelak.
InsyaAllah.
Kawan-kawan... doakan agar saya dapat terima semua ini dengan redha dan hati yang tabah!
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
25 May 2011
anak mama dah majuk!
Alala... janganlah majuk sayang...
Dah tak comel dah muka Sally taw...
Sally ingat Sally je rindu mama?
Mama lagi rindu kat Sally taw...
Tiap malam mama ingat Sally...
Dah dah... tak mau majuk majuk lagi yer...
Minggu depan mama datang k.
Sayang Sally. Mwaaahhh!!!
28 Apr 2011
Tuan Saya Mintak Maaf kat Korang Semua...
Tahu tak pic sapa kat atas tu?
Apa? Masih tak kenal?
Ni yang rasa nak baling kerusi nih.
Itulah saya, Sally.
Tapi tuan saya selalu panggil saya Telly atau Celly atau Telly Butuk (Sally Busuk).
Jahat kan tuan saya?
Takpe, jangan kawan dengan dia. Kawan dengan saya je yek. Haha...
Sebenarnya saya nak sampaikan pesan tuan saya kat korang semua.
Kata tuan saya, buat masa ni dia tak dapat nak update blog selalu pasal dia sekarang sangat busy.
Kata beliau lagi, ayahnya masih lagi tak sihat sepenuhnya dan sekarang tuan saya tu dah hantar ayah dia ke HKL memandangkan semua rujukan hospital di Malaysia ini adalah di HKL. KPJ pun tak sepakar HKL. So sekarang ni tuan saya memang busy. Busy dengan perniagaan kecil-kecilan warisan keluarganya dan busy ulang alik hospital jenguk ayahnya itu. Jadi beliau dah tak sempat nak update kisah saya dan anak-anak saya tempoh hari.
Ni yang saya nak majuk nih!
Tapi beliau janji beliau akan sambung kisah saya dan anak-anak saya tu nantik bila keadaan ayah dia dah ok.
Tapi saya kesian jugak tengok tuan saya seminggu dua ni. Tidur tak cukup, muka pun tak berapa nak ceria... kalau ceria pun dengan saya je... Tahulah saya ni cantek, kan... kan? :p
Apa pun saya tetap berharap moga ayah tuan saya tu kembali sehat seperti sedia kala agar tuan saya tu kembali ceria seperti sebelum ni.
Korang jangan marah tuan saya tau. Kesian dia. Dia tengah stress tu. Stress dengan kerja, pastu stress dengan keadaan ayah dia sekarang ni. Jadi korang tak boleh marah dia tau. Walau pun dia kadangkala memang masuk air sikit, saya tetap sayang tuan saya tu. Stress stress dia pun, masih nak layan karenah saya ni yang kadang kala saya sendiri tak paham dengan tabiat diri saya. Pelik kan? Tapi itulah realitinya. Pelik tapi benar. Hahaha...
Mmm... klah. Saya nak sambung tido sebab saya baru tido 10 jam untuk hari ini. Patutlah rasa mengantuk lagi. Huhu...
Papai semua.
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
17 Apr 2011
Kisah Sally dan Anak-anak Dia... (Bahagian 2 & 3)
Nie ada lagi aksi-aksi si bebudak nakal dok memain je kejenyer...
Si Sally cengkonon berlagak jadi seorang seekor ibu mithali, diam je peratikan aksi anak-anak dia yg tengah belajar nak jadi kucing-kucing terhebat area PJ nie...
Almaklumlah, Sally kan pemegang rekod Ratu Cantik area sini 3x berturut-turut!
Nape? Tak caya? Dengki aaa tuh! Wekk! :p
Haa... layankan aje yek?
Keh keh keh...
p/s : saja biarkan entry nie lelama sikit, bagi korang layan video anak-anak bulus nie dulu... :p
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
15 Apr 2011
Kisah Sally dan Anak-anak Dia... (Bahagian 1)
Korang korang...
Last entry kita janji nak cerita pasal Sally dan anak-anak dia, kan??
Jangan risau, kita akan cerita punya.... Kita tak lupa...
Tapi sebelum kita cerita, apa kata korang layan dulu video klip kat bawah nie...
Ini bukan video klip lagu Dua Tiga Kucing Berlari ok?
Video klip lagu tu tak besh...
Pasal video klip kat bawah nie lagi besh...
Layannnnnnnnnn.... zashhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
(Eh, dah macam Melodi ler pulok! Kuikuikui...)
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
13 Apr 2011
Kisah Sally dan Anak-anak Dia...
Macam-macam hal telah terjadi sepanjang minggu pertama dan kedua April 2011...
Dan, kita jugak ada cerita tentang kucing-kucing kesayangan kita nie...
Tapi buat masa nie... kita just nak kasi intro je....
Cerita penuh nantik kita update.
Intronya.. huhu... kita sedih nak cerita...
Tapi dalam masa yang sama kita jugak gembira nak cerita...
Hmmm... agak-agak korang apa yang kita nak cerita yek? (",)
Takpe takpe....Korang tunggulaa yek?
.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
..........
...........
............
.............
..............
...............
................
.................
..................
...................
..
..
..
..
..
..
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....................!
.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
..........
...........
............
.............
..............
...............
................
.................
..................
...................
..
..
..
..
..
..
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....................!
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
6 Apr 2011
Berita Gembira untuk Anak-anak Sally!
Buat rerakan meowwmania kat sini, kita nak kongsi satu berita yang amat menggembirakan hati kita dan mungkin hati korang jugak!
Sebelum tu kita nak citer, Isnin lepas (5 April 2011), hampir sehari suntuk kita habiskan masa untuk selesaikan masalah anak-anak Sally nie. Niat dari rumah memang nak hantar anak-anak Sally kat SPCA Ampang (atau yang sewaktu dengannya) sebab tak nak jadi anak derhaka kat mak ayah. Yela, kan sebelum tu kita dah cerita perihal ayah kita yang tak tahan dengan bau berak anak-anak Sally termasuk Sally sekali yang mana kita tak sempat nak bersihkan sebab kita memang lambat balik kerja. Kita ada cerita masalah nie dulu. Dah lupa, boleh semak sini dan sini.
Bayangkan, nak cari SPCA aje hampir 3 kali kita tawaf depan pintu masuk Zoo Negara. Kesnya pasal arahan yang kita dapat dari internet tu, dia tunjuk laluan Genting Klang. Last-last bila dah 3 kali sesat tuh, barulah kita jumpa pusat tuh. Rupa-rupanya SPCA ni dekat je dengan rumah kawan kita yang dok Ampang tuh. Kalo kita tahu awal-awal, takdelah kita sesat larat sampai 3x. Hampeh betul ar!
Tengok jam, dekat pukul 4.10 minit. Fuhh lega! Masih ada masa 20 minit sebelum SPCA tu ditutup. Sebelum jumpa SPCA nih, kita dah pun tersesat kat Hospital Veterinar yang jalannya sehala menuju ke SPCA nih. Dua kali pulak kita datang situ, ingatkan yang tu SPCA. Kali kedua tu baru dapat tahu, SPCA tu lain, bukan yang tu. Melalui pekerja situ kita tahu arahan sebenar SPCA nie.
Oh yer, kita terlupa nak ambik gambar pusat SPCA tuh pasal time tu pikiran dok kalut sebab dah lambat sampai situ. Sesampai je terus tanya sorang brader India yang kerja situ. Brader nih terus terang je. Katanya, mereka just terima kucing-kucing yang dah besar dan tak ada sebarang penyakit serta dalam jumlah yang kecil. Memandangkan anak-anak Sally nie berjumlah 5 ekor, pastu jalan pun still tak betul, brader nih cakap, boleh je letak situ, tapi untuk 'ditidurkanlah!'. Kita dengar je camtu, terus kensel! Alasannya, pusat tuh dah tak mampu nak menampung kucing-kucing terbiar dalam kuantiti yang banyak. Dah tak muat. Huhu... (dalam hati kita kutuk, sampai hati korang bunuh kucing-kucing tuh!)
Kita kalut pk. Kat mana lagi nak hantar anak-anak Sally nie ek? Kat pusat-pusat lain, banyak nak syarat yang bukan-bukan. Just terima kucing yang dah divaksinlah, kucing yang dah 6 bulan ke ataslah, kucing yang dah jadi ahli persatuanlah, kucing itulah kucing inilah... banyak bebenor syaratnya!
Nak letak kat pasar, kita tak sampai hati. Entah macam manalah nasib anak-anak Sally nie nantik. Pandaikah mereka ini berdikari? Nak bagi orang, setakat nie takda siapa yang rela sebab tak reti nak jaga anak kucing. Ceh, alasan! Nak seribu daya, ok!
Perut dah lapor. Bayangkan dari pagi haram jamah satu hapa. Nak cepat punya pasal, malas nak sarapan sebab ingat kekonon boleh balik sebelum zohor. Last-last, ambik ko. Sesat! Dah Asar pun, anak-anak Sally masih tak tahu jalan penyelesaian. Tanya anak buah, any idea? Hampeh! Huhu... Si Sally pulak, dah tak sempat nak dikembirikan. Klinik dah tutup! Entah-entah Sally awal-awal dah doa mintak kita sesat moga anak-anak dia tak jadi dibuang atau diserahkan kat siapa-siapa. Hahaha.. Mana tahu, kan?? Keh keh keh! Yela Sally. Ko menang. Aku kalah! Huhu...
Tetiba teringat kat Masjid Bangsar, kes dua ekor kucing kita yang pernah 'dibuang' di situ dan dua-dua mendapat tuan baru on the spot! Tapi kini keadaannya berbeza. Kali ni yang nak dibuang, bukan seekor, tapi 5 ekor. Dah tu pulak, bukan kucing dewasa tapi anak kucing. Ada ke manusia prihatin yang nak bela anak-anak bulus nih? Kita memang tak yakin.
Arghhh...
Perut semakin lapar. Solat jap, lupakan seketika masalah anak-anak Sally tu, kita ajak anak buah makan gerai mamak. Pelita Nasi Kandar. Bayangkan lapar tak lapar, tak sangka air segelas tak cukup. Dan tak sangka pulak nasi beriani je tak cukup. Last-last order tosei dengan roti bom. Sirap dan nescafe ais dah jadi dua gelas setiap satu. Perghhh... ini bukan lapor, tapi menketedarah!
Pas makan, pk balik soal anak-anak Sally.
Dan bila sampai uma, tetiba kita dapat 'ilham'.
Cuba ubah jadual pemakanan mereka...
Kata vet, kucing makan 2x sehari. Tapi kita bagi tak tentu masa. Kadang tu asal depa mengiau je kita bagi. Walhal cara tu tak betul sebenarnya. Dan sekarang kita bagi depa makan 2x sehari pada waktu kita ada kat rumah. So dengan cara ini, depa semua akan berak ikut jadual dan jadual tu mestilah time kita ada kat rumah supaya kita boleh bersihkan berak depa cepat-cepat, sekali gus menyelesaikan masalah bau busuk yang ayah kita dok bising-bising sebelum ni. Makna kata, time kita takda kat rumah, depa suma dah kenyang dah berak dan masa depa tidur! Bila kita balik, baru depa makan dan aktif bermain. Macam mana? Hebat tak 'ilham' yang kita dapat nie? Of courselah kita mintak ilham nie kat Dia. Huhu...
Dan tadi idea nie telah terbukti keberkesanannya!
Kita sampai je depan pintu, takda bau busuk. Maknanya depa tak berak sebab depa dah berak tengah hari tadi time kita kat rumah. Fuhh! Lega!
Kita yakin jika keadaan ni berterusan, takkan ada masalahlah untuk kita pelihara depa. Sebab yang penting, ayah kita tak bising pasal bau busuk.
Ok tak idea nie?
Haha...
Btw sepanjang aktiviti sesat larat tuh, sempatlah kita singgah 2 buah kedai haiwan dan entah macam mana kita main beli je benda-benda di bawah nie secara spontan.
Ubat cacing untuk anak kucing
Kita macam tahu-tahu je tak jadi nak buang anak-anak Sally
Mainan Versi Cakaran untuk Anak Kucing
Sally tengok benda nie, buat dono je.. Mementang dah besar, hampeh!
Syampu anti Kutu dan Hama
Kesian tengok anak-anak Sally dok garu-garu

Mulai hari nie, Sally akan pakai jenama ini demi kesihatannya di masa hadapan!
Best jadi Sally, kan? Hahaha...
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Labels:
anak kucing,
anak-anak Sally,
Blackwood,
kitten,
kucing,
kucing Sally,
Sally Si Kucing Comel,
SPCA
31 Mar 2011
Tersalah Rakam Aksi Sally
Ekceli kita baru ingat nak kongsi gelagat Sally yang terlalu risau akan anak-anak dia yang berada di halaman luar rumah. Tapi tak ingat pulak kita rakam pakai handphone, kita lupa nak landskapkan dia, last-last hasilnya jadi seperti di bawah ini...
Agak-agak patah tak leher korang dok teleng-teleng tengok aksi Sally dalam misi menyelamatkan anaknya (kononnya) dalam video tu tadi??
Apa?
Tak nampak satu hapa?
Haha... sah² yang tak nampak tu lagi dua minggu je... keh keh keh!!!
Joking joking yea.... :p
Btw video tu menunjukkan betapa sayangnya si Sally nie kat anak-anak dia yang kita kurung dalam sangkar di luar rumah. So Sally tu dalam misi nak menyelamatkan anak-anak dia, dia pujuk kita untuk bukak pintu sebab nak lepak luar rumah sambil perhatikan anak dia tu sekor-sekor.
Tapi kita suka tengok part dia 'berkomunikasi' dengan anaknya. Cuba korang perhatikan kalau korang perasan. Nampak prihatin sangat si Sally nie kat anak-anak dia. Alahai... tersangatlah comel! Huhu...
Tapi kita suka tengok part dia 'berkomunikasi' dengan anaknya. Cuba korang perhatikan kalau korang perasan. Nampak prihatin sangat si Sally nie kat anak-anak dia. Alahai... tersangatlah comel! Huhu...
So, itulah kisah videonya.
Takpa takpa...
Next time kita rakam betul betul, ok? (^_^)
Labels:
anak-anak Sally,
kitten,
kucing,
kucing Sally,
Sally Si Kucing Comel
26 Mar 2011
Kisah Kita dan Kucing
Ouii ouiii...
Ramai yang tak tahu, kita sebenarnya dah lama ada pengalaman dalam memelihara kucing. Seingat kita, sejak umur 9 tahun kita dah ada kucing. Cuma beberapa tahun selepas tu, yakni sebelum 'kemunculan Sally' dalam hidup kita, kita terpaksa abaikan minat kita tu sebab kita mula berpindah ke rumah flat. Yela, sebelum tu kita duduk kat kawasan 'Sting Garden' (Hanya yang paham je tahu makna sting garden tuh! Haha), so agak sukar untuk kita pelihara kucing masa tu, tambahan pulak dengan status kita sebagai pelajar sekolah rendah. So memang takda masa nak jaga kucing mucing nie.
Sejak zaman kanak-kanak, kita memang suka kucing dan sentiasa berkeinginan untuk peluk kucing setiap kali kita jumpa mereka-mereka ini di mana-mana. Jadi buat pertama kali, kita pelihara seekor kucing. Kita letak nama dia Panther pasal rupa dia macam harimau kumbang. Satu badan hitam. Dan seingat kita, Pantherlah salah seekor kucing kita yang paling lama dan paling banyak kisah suka duka kita dengan Panther. Panther nie jantan. So paham2lah, jantan nie bila dah baligh, mula tak lekat kat rumah. Kerja dia asyik bergaduh pasal berebut 'awek' kat luar. Nak dapat seekor 'awek', kucing2 seangkatan Panther terpaksa beradu tenaga untuk mendapatkan 'awek' idaman hati. Haha. Macam best je ayat kita nie.
Dan bermulalah gelagat Panther yang suka keluar masuk rumah. Dan pengalaman sedih, ada beberapa kali Panther balik rumah dalam keadaan berlumuran darah. Paling kita tak boleh lupa, waktu tu Panther teruk sangat cedera dia. Lidah dia luka, kaki dia cedera pastu badan dia habis calar-balar. Kita menangis waktu tu. Ayah kita kata, Panther sah-sah bergaduh besar dengan kawan2 seangkatan dia kat luar. So sebaik saja tengok Panther dah terhincut-hincut kakinya, kita mula rawat dia. Kita bersihkan luka dia, kita letak ubat luka, kita bersihkan lidah dia. Pokoknya semua yang termampu untuk sembuhkan Panther, memang kita buat. Dan rasanya dekat seminggu kita jadi doktor Panther. Tapi dua hari masa rawat dia, Panther memang tak pergi mana. Dia memang berehat je kat atas katil atas yang kita khaskan untuk rawat dia. Memang nampak dia sakit. Tapi lepas sihat, dia mula tak lekat rumah balik. Kita pun tak boleh halang pasal kita sekolah pagi petang (agama dan kebangsaan).
Kita pelihara Panther dekat 4-5 tahun rasanya. Pada satu hari tu, Panther terus hilang tak balik-balik. Maybe Panther dah mati akibat bergaduh kot... (+_+). So tak lama pastu, kita isi kesedihan kita dengan memelihara seekor lagi kucing. Kita boh nama dia Tommy. Tommy pun jantan gak. Muka Tommy nie memang ada iras kucing yang iklan Whiskas tu. Memang sama. Tu pasal kita suka tengok iklan Whiskas sebab model kucing tu mengingatkan kita pada Tommy... Huhu... (T_T)
Macam inilah lebih kurang identiti si Panther
So sebagaimana Panther, Tommy pun macam tula. Bila dah besar, mula gatal nak mengawan. Cuma sepanjang pelihara Tommy, dia tak pernah gaduh teruk sampai darah-darah macam Panther. Tommy just luka-luka biasa je. Tak teruk. Nak dijadikan cerita, waktu tu jiran depan rumah kita (India), dia ada seekor kucing betina. So Tommy nie memang selalu bertenggek kat rumah jiran kita tu pasal suka kat kucing betina India tu. Kucing tu agak comel dan agak bersih sebab dijaga dek keluarga India tu. Lama-kelamaan kucing betina tu pun selalu datang rumah kita dan selalu bertenggek kat rumah kita pasal nak jumpa Tommy. (Kiranya cinta Tommy berbalaslah kan? Keh keh keh!!!...) Disebabkan selalu sangat kita jumpa Tommy dating dengan awek dia tu, so kita pun letak nama awek Tommy tu sebagai Mimi. Last-last Mimi pun pregnant pasal dah asyik dating je dengan Tommy, kan? Haha... Kantoi!!
Part nie kita excited nak cerita nie. (^_^)
Sepanjang Tommy couple dengan Mimi, dua kali Mimi pragnant dan KITALAH yang jadi bidannya. Tu pasal masa Sally nak beranak hari tu kita tak takut pasal kita memang ada pengalaman sambut baby kucing. Mengimbau balik saat Mimi nak beranak, satu pagi tu kita tengah tidur. Mimi datang dok meoww meoww kat kita, pastu usik-usik muka kita, pokoknya selagi kita tak bangun, dia tak diam. Dok mengiau suruh kita bangun. So kita mengalah. Kita bangun. Kita tengok dia lain macam. Pasal meoww meoww dia bukan macam biasa. Kalau nak makan, bukan macam tu. So kita syak Mimi dah sampai masa nak beranak. Kita terus siapkan persiapan untuk dia beranak dan akhirnya kita berjaya jadi bidan dia dengan selamat. So dua kali dia beranak, dua kali lah macam tu. Oh ya, sejak Mimi asyik bertenggek kat rumah kita, Mimi dah jarang balik rumah dia pasal dia lagi suka kat rumah kita. Jiran India tu pun macam tak marah. Yela, kita jaga Mimi baik-baik apa. Lagi pun Mimi sendiri nak datang rumah kita.
Tommy memang ada iras model iklan Whiskas ni, tapi percayalah, Tommy kita lagi handsome!
So berbalik kepada anak-anak Mimi tu, kali pertama tu dia beranak 3 ke 4 ekor, entah, kita lupa. Tapi seekor daripadanya mati kena langgar dek jiran sebelah yang reverse kereta tapi tak tengok belakang. Yang buat kita angin, dah langgar tu bukan nak stop tengok, sebaliknya dia boleh blah macam tu je. Kurang asam. Tapi tula, disebabkan perangai biadap dia tu, tak lama pastu dia accident. Dua kali rasanya dia accident. Ambik ko! Tula, jangan kurang ajar kat haiwan. Kan Allah bayar cash! Dahla yang kena langgar tu anak Mimi yang comel, badannya belang-belang macam harimau! Kita siap boh nama dia Tommy jugak pasal muka dia sejibik macam ayah dia, cuma warna je lain sikit. Masa dia langgar anak Mimi tu time tu abang kita ada, so abang kitalah yang tanam pasal kita tak sampai hati... kita terlalu sedih. Abang kita buka T-Shirt yang dia pakai waktu tu untuk balut anak Mimi yang dah mati kena langgar tadi.
Tommy yang mati kena langgar tu ada iras-iras kucing yang belah kiri ni. Ibunya si Mimi, warna bulu pun lebih kurang macam ni - kuning + oren + hitam
Tentang anak-anak Mimi yang lain, (Mimi kan beranak 2x, so banyaklah anak dia), ada yang mati kena langgar, tapi tak ingat kat mana pasal dah lama sangat, dan ada yang ghaib macam tu je. Kita memang takda masa nak perhati seekor-seekor anak Mimi pasal as i told before, kita bz sekolah. Tapi ada seekor tu yang sezaman dengan Tommy yang mati tadi, kita sempat selamatkan dan dialah satu-satunya anak Mimi yang kita pelihara. Kita letak nama dia Tony. Tony nie comel, ada iras-iras Sally, bulu putih pastu ada tompok hitam. Tapi takda tompok oren macam Sally. Just putih tompok hitam. Memang comel. Tapi Tony nie pun tak lama dengan kita pasal Tony nie bengong sangat. Dia suka sangat berak kat ceruk dapur. Kita banyak kali ajar pun tak paham-paham, tak macam kucing2 yang kita pelihara sebelum ni. Lagi pun Tony ni jantan, so ayah kita tak nak Tony nantik besar balik rumah luka-luka macam Panther dan Tommy. (Waktu Tony mula membesar, Tommy pun mula menghilangkan diri dan tak balik-balik lagi. Memula kita rasa risau dan sedih, tapi bila dah 2x rasa macam tu, kita macam dah lali pulak. Yang Mimi pun, sejak Tommy ghaib, dia pun ghaib sama. Huhu...)
So pada satu hari tu, ayah kita hantar Tony kat Masjid Bangsar, pastu ayah kita kata, tak lama lepas tu, dia nampak ada seorang kanak-kanak merengek kat ayah dia nak jaga Tony bila dia nampak Tony mengiau-ngiau keseorangan (eh silap, keseekoranlah, kan? haha.. belasah jela..) Memula kita marah kat ayah kita sebab hantar Tony tanpa pengetahuan kita, tapi bila ayah kita beritahu yang dia nampak budak tu akhirnya mengendong Tony dan terus menaiki kereta Mercedese, kita rasa berbesar hati dan berharap agar Tony tak dianiaya. Yela, maybe budak tu tengok Tony nie comel je, so dia excitedlah nak bela. Jangan dia buli Tony sudah!
Bulu si Tony tu lebih kurang macam kucing di atas ni - putih keseluruhan bertompok hitam
Pastu abang sulung kita jumpa Tyson kat pasar, yakni seekor kucing jantan yang sangat comel dan mempunyai ekor yang sangat panjang dan lurus. Tyson waktu tu kecik lagi, dalam 4-5 bulan. Abang kita bawak ibu dia sekali. Depa dua ni macam mix jugak. Bulu kembang gitu. Tapi ibunya tak lama kami bela pasal kita waktu tu masih bz sekolah. So tinggal Tyson jela. Tyson ni pulak akhirnya menerima nasib yang sama macam Tony sebab suka berak merata-rata. Ayah kita dah tension. Last2 dia pun buang Tyson kat masjid. Dan rasanya Tyson pun akhirnya dapat penjaga baru macam Tony pasal Tyson nie comel jugak.
Warna bulu Tyson lebih kurang macam kucing ni, cuma Tyson lagi kembang bulunya dan lagi comel wajahnya!
Tak lama pastu, abang kita yang lain terjumpa lagi seekor kucing kat pasar. Bulu dia semua putih, ekor kembang. Dia nie kira mix persian jugak, cuma mungkin dah lama duduk kat Malaysia, dia dah jadi macam ala-ala Domestic Cat mix Persian Cat. Haha. Sangat lawak! Tapi mata dia sangat cantik. Warna biru. Kucing ni betina. Abang kita bawak balik rumah, bagi kat kita. Kita pun apa lagi, tersangatlah happy sebab dapat 'kawan' baru. Comel pulak tu. Dan memandangkan kucing kali ni tak macam kucing biasa, dengan mata biru, dengan bulu lebat mengembang, so kita bubuh nama dia Sally.
Ya. Sally.
Kalau korang nak tahu, sejarah nama Sally yang kucing sekarang nie diambil sempena nama kucing Sally yang mix Persian nie laa... So bermulalah kehidupan kita dengan Sally. Adalah dalam setahun dua kita pelihara Sally. Pastu Sally mula menghilangkan diri sehingga kita gagal mengesannya lagi. Tak lama pastu kita pun berpindah dari kawasan itu. Huhuhuu...
Sally kita yang dulu macam inilah lebih kurang. Mata biru + bulu separa kembang
So amacam?
Best tak dengar pengalaman kita dengan kucing-kucing tu semua?
Tapi sayangnya, kita tak ada even sekeping pun gambar mereka semua, sebab masa tu mana ada kamera digital. Kamera kompak pun kita tak ada, nak pinjam kamera ayah, macamlah ayah nak bagi kita pinjam. Time tu kan kita budak-budak lagi. So kita just bagi kucing contoh jela yek? Just untuk menggambarkan bagaimana rupa kucing-kucing kita tu.
Lagi satu, kucing-kucing yang kita bela sebelum ni, kita bela ala kadar je. Memang tak ada peruntukan sebab kita kan budak sekolah. Keluarga kita tak ada pun yang gila kucing macam kita, depa just suka-suka gitu je sebab depa tahu kita nie gila kucing. So makanan harian si Panther, Tommy, Mimi, Tony, Tyson dan Sally yang dulu tu, semuanya makan makanan biasa je. Nasi berlauk ikan. Jarang kita bagi mereka makan whiskas ke friskies ke etc pasal time tu kita budak sekolah. Jadi mereka semua tak merasalah makan sedap-sedap macam yang Sally rasa sekarang ni. Sally kita yang sekarang nie, ada masa Whiskas dengan Pro Diet pun dia tak layan pasal kita dah terajar dia makan sedap-sedap macam KFC, McD etc. Tapi kita takdalah layan sangat. Tegas jugak. So Sally kita nie selalu jugak kena marah dengan kita pasal kita tak nak dia demand sangat. Marah mama kat anak... hahaha...
Sekarang kita ada Sally si Kucing Comel dan anak-anak dia lima ekor. Tapi anak-anak dia tu kita terpaksa bagi kat orang sebab ayah kita dah bising. Kita terpaksa akur sebab kita akui kita memang kurang masa untuk jaga kucing banyak-banyak. Sally seekor pun ada masa ayah kita bising-bising pasal keletah dia kadangkala agak ganas dan suka menjahanamkan barang dalam rumah. Gegege...!!!
Si Sally dan anak-anak bulus dia yang comel
Akan datang kita cerita pengalaman kita bela arnab pulak yek?
Take care ye semua. (^_^)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perhatian!
***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!
Tentang Blogger
Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!





























