Duit Belanja Sally

Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

12 Feb 2013

My cat loves water!


 
Korang...
Sally The Third dah melangkah setapak ke hadapan.
Sally The Third dah masuk Youtube... ngeh ngeh ngeh...
 
 
Lepas ni Sally The Third akan menceriakan lagi Youtube...
Korang stay tuned ok! :)





23 Jan 2013

Alalaa Tomeinyaaa... ;)

Di antara kegembiraan dan keriangan hati bagi korang yang bergelar pencinta kucing di luar sana ialah tatkala korang melihat kucing korang tidur dalam keadaan begini.
 
 
 




Apa perasaan korang tatkala menatap gambar ini?
 
Kalau korang tanya saya, saya akan jawab.
 
  • Alalaa.... comelnyaa....  (^__^)
 
Dan disebabkan terlalu geram melihat kecomelannya itu, biasanya saya akan gendong dia kejap, gomol-gomol dia sampai dia naik lemas. Agak-agak dia dah mengiau tak selesa, barulah saya lepaskan.
 
 
Dan percayalah, kucing adalah haiwan paling comel di dunia ini. Dengan memilikinya, insyaAllah korang akan dapat kawal tekanan dan dapat kurangkan stress sebab wajah mereka ini terlalu comel dan aksi serta keletah mereka terlalu menghiburkan hati!
 
 
Setuju tak?
Tak setuju, pi main jauh-jauh!
Haha.


~ieza~ blog suka-suka

21 Jan 2013

Kucing korang macam ni tak?

Sally the third saya ni ada satu pe'el pelik sikit.
Bagi saya kira peliklah sebab selama saya bela kucing, seumur hidup tak pernah pulak saya berhadapan dengan pe'el kucing sebegini.
 
Cer teka apa perangai peliknya itu?
 
Makan durian?
Nope!
 
Sally tak makan durian, sebab belum sempat Sally nak sentuh durian, tuannya dulu dah sapu habis!
Muehehehe...
 
Ok ok serius.
 
Sally saya nie... suka nak teman saya mandi.
 
Pelik tak?
Apa??? Tak percaya???
Betul laa. Mana ada tipu. Saya serius ni. Tak perlu sampai dua rius tiga rius untuk membuktikan keseriusan saya ni. Huhu.
 
Betul. Percayalah. Kerana ianya benar. :)
Sally si kucing comel saya ni suka teman saya mandi.
 
Haha. Lawak kan? Tapi inilah realitinya.
 
Biasanya, kucing takut air, kan?
Jangankan nak usik air tu, bahkan dengar bunyi air pun dah jadi fobia, kan?
Macam Sally saya yang sebelum ni, Sally the Second tuh... Sally idung itam tuh...
Sally tu, jangankan jejak kaki ke bilik air... dengar air mengalir pun dah mencanak dia lari!
 
Tapi tidak bagi Sally the Third nih...
Memang berlawanan benar pe'elnya dengan Sally the Second...
 
Sally nie, kalau saya kehilangan dirinya sekitar rumah nie...
Andaikata kat ruang tamu dia takda, kat dapur dia takda, kat bilik dia takda, kat luar rumah dia takda... So jangan panik sangat.
Cuba cari dia kat dalam bilik air... InsyaAllah dia ada di situ.
 
Nak tahu dia buat apa?
Dia dok tengok je mana-mana air yang menitik, dia ralit perhatikan ke mana air tu mengalir.
Pastu tangan dia yang halus mulus kiut miut tu mulalah mengacah-acah air yang mengalir tuh.
Serius. Sangat comel. Comel sungguh. Amat cute aksinya mengacah-acah begitu.
 
Bab teman saya mandi ni, pada mulanya dia tak macam ni sangat.
Tapi sejak tahun lepas saya perasan, setiap kali saya masuk bilik air, dia pasti terlebih dahulu akan berlari berlumba dengan saya. Dan bila dia tahu saya nak ke bilik air, dengan pantas dia pintas saya dan masuk dulu ke bilik air.
Sally saya ni bijak. Kalau dia nampak je saya sangkut tuala kat bahu, maknanya dia tahu lepas tu saya akan ke bilik mandi. So dia pun cepat-cepatlah masuk bilik mandi. Nak masuk sama sebab nak main air.
 
Pelik, kan?
 
Banyak kali jugak saya halau dia keluar.
Tapi nak tahu apa jadi?
Kat luar pintu bilik air tu, mulalah dia menendang-nendang, buat bising sambil mengiau tanpa henti.
Selagi saya tak bukak pintu tak bagi dia masuk, memang takkan berhentilah ekor dia dok libas-libas pintu bilik air tu.
Kadang tu kalau dia geram sangat, sampai kepala pun dia hantukkan ke bilik air.
Punyalah nak masuk sangat dalam bilik air tu.
 
Adoiii... macam-macam hal jugak pe'el kucing ni yek?
Ingatkan manusia je pandai nak ada perangai pelik-pelik ni.
Rupa-rupanya kucing pun 2x5 je macam manusia.
Haha...
 
So sekarang ni, tiap kali saya nak mandi, memang kena standby jelaa untuk bagi dia masuk sama.
Dan dia bukan main suka bila saya tak halau dia lagi.
Laju je dia masuk bilik air tu.
 
Tapi kalau saya mandi lama sangat, contohnya membasuh baju ke, memberus lantai ke, tahu pulak dia mengiau nak keluar. Mungkin lama sangat gamaknya, dah gigil badan dia tu, so rasa sejuk. Tu pasal baru dia reti nak keluar. Kalau tak, bergolek jela dia kat dalam sinki dok tengok air teratai. Mungkin dia rasa cantik kot air tu mengalir halus-halus macam tu. Mungkinlaa kan. Mungkin. Hehe...
 
Pernah terdetik nak rakam aksi dia ni.
Tengoklah nantik. Kalau saya rajin k.
Hohoho...
 
Kucing korang takda perangai pelik ke?
Haha...   :p

~ieza~ blog suka-suka

29 Sept 2012

My Biodata... ;-)






  • Nama : Sally @ Sally the Third
  • Umur : 2 tahun kot... (tuan saya tak ingat umur saya berapa... saya lagilah tak tahu...huhuhu...)
  • Berat sehingga hari ini (29 September 2012) : 4.5 kg
  • Hobi : Cakar tikar, gigit kotak, kejar bola, masuk dalam plastik & kotak  (ngeh ngeh!!!)
  • Alahan : Tak tahan sejuk (sebab senang kena selsema)
  • Status : Anak Dara Sunti... He he he...


~ieza~ blog suka-suka

13 Sept 2012

Sally Kirim Salam kat Semua!!! (^_^)

Dah lama sangat tak update pasal Sally, kan?
Walhal Sally ni sejak belai dia dari pertengahan tahun lepas, dah berkilo-kilo berat badan dia naik...
Alhamdulillah, sihat Sally di bawah jagaan makcik ieza dia.... Hehehe...
 
Hmmm... terfikir nak letak Sally dalam Youtube macam Sally lama... Sally 2 dulu...
Sally ni belum glamour macam Sally 2 si idong itam tuh...
 
InsyaAllah, Sally 3 akan beraksi di Youtube jugak...
Sally 3 yang special pasal cuma ada 3 kaki...
 
Caaayaaaanggggggggggggg Cellyyyyyyyy.... mwaaah!
 
 
~ieza~ blog suka-suka

4 Jun 2011

Hati masih sayu dengan pemergian Sally, namun.....

Mulai saat ini, saya akan menukar kata ganti nama diri pertama daripada 'kita' kepada 'saya'. Saya terpaksa melakukan ini kerana saya tidak mahu perasaan sedih dan hiba terus menggigit tangkai hati. Jika korang masih ingat, maksud kata ganti diri 'kita' merujuk kepada diri saya, Sally dan anak-anak Sally. Namun kini, 'kita' tidak lagi diperlukan dalam penulisan blog ini memandangkan Sally sudah kembali ke alam abadi dan anak-anak Sally telah bersama penjaga baru masing-masing. Rujuk sini kalau korang lupa. Apa pun, saya benar-benar berharap moga anak-anak Sally mendapat penjaga setara saya atau lebih baik dari saya, insyaAllah, aaamiiiinn!

Walaupun Sally telah tiada,
Meskipun hati masih walang,
Biar pun duka masih segar di dada ini,
Namun demi blog ini, saya kuatkan semangat untuk terus menaip di sini.

Ini blog saya dan Sally.
Jadi saya tak mahu blog ini mati meskipun Sally telah tiada di dunia ini.
Dan kalau Sally masih hidup pun, mesti Sally tak mahu blognya ini dibiarkan sepi tanpa sebarang entry.

Bagi korang yang kurang mengerti, pasti korang akan fikir saya ini 'entah hapa-hapa', kan?
Pasti korang kata macam nie...

"Ek ellee... ntah hape-hape je dia nie, pasal kucing mati pon nak nangis nak sedih bagai..."

Atau apa-apa ayat yang sewaktu dengannya.

Takpelah. Saya tak marah pun. Itu hak korang. Lain manusia lain ragam.

Namun bagi pencinta kucing seperti saya, seperti budak ni, dan korang-korang si pencinta kucing di luar sana, hanya korang saja yang akan mengerti dan memahami perasaan saya di kala ini.

Jujur saya nyatakan, hingga ke saat ini, air mata saya masih tak berhenti menitis bila teringat segala memori saya bersama Sally, khasnya segala aksi comel dan telatah lucunya di dalam rumah ini semasa hayatnya.

Malah, apa-apa hal yang berkaitan dengan Sally, pasti hati saya akan menjadi sebak tatkala mengenangkannya.

Contohnya, malam semalam semasa saya mengemas handbag dan memasukkan duit gaji ke dalam wallet, tiba-tiba saya terjumpa secebis kertas yang terselit di dalamnya. Tertera di atas kertas itu - Spay Sally - RM100. Saat terpegang saja kertas itu, air mata sudah kembali berlinang. Ternyata hajat saya tak kesampaian untuk mengkasi Sally. Malah, impian saya untuk menjadikan Sally salah seekor kucing comel yang popular di kalangan blog pencinta kucing juga hanya tinggal impian.

Sebenarnya, saya memang boleh redha dan terima hakikat bahawa Sally dah tiada. Kalau dah memang ajalnya, saya akur. Siapalah saya untuk menghalang kematian Sally. Sedangkan saya jua akan pergi suatu ketika nanti apabila tiba masanya.

Namun apa yang menyebabkan saya berasa amat sedih dengan kematian Sally ialah cara kematiannya.

Saya dapat bayangkan saat-saat Sally menderita sakit paru-paru dan Sally mengalami derita itu sepenuhnya tanpa saya di sisi. Sedangkan saya sedar dan tahu, sebagai seekor kucing yang manja dan tak biasa dikurung, tentu Sally tak biasa dengan penjaganya, seterusnya tak selesa bersama penjaga tersebut, yang akhirnya menyebabkan Sally mula berasa dirinya sudah tidak disayangi dan tidak diperlukan lantaran dia tidak lagi melihat saya setiap hari seperti sebelumnya. Dan, berkemungkinan besar Sally mula merajuk dan tidak mahu makan, lantas akhirnya menyebabkan sakit paru-paru mula menyerangnya dan akhirnya Sally menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa saya di sisi.

Inilah yang amat saya kesalkan!

Dan saya juga amat-amat terkilan kerana penjaga itu langsung tidak menghubungi saya untuk memaklumkan keadaan Sally dengan alasan tiada nombor telefon saya. Saya berasa amat marah dan geram dengan penjelasannya itu. Namun semuanya sudah terlambat. Sally akhirnya pergi jua setelah (mungkin) penat menunggu saya untuk membelainya seperti selalu. Sedangkan sepatutnya di saat-saat kritikal seperti itu, seharusnya saya wajib berada di sisinya dan membelainya setiap masa sehingga nyawanya dijemput Ilahi.

Malangnya, Sally telah melalui saat-saat nazak tanpa saya... tanpa saya di sisi!!!


Cik Lissa - Pusat Jagaan Kucing, Kepong
Saya takkan percayakan kamu lagi!


Bila mengenangkan semua ini, dan membayangkan betapa seksanya Sally menderita sakit paru-parunya tanpa saya (insan yang menyanyanginya sepenuh hati), saya tak mampu melawan kesedihan lantaran semua ini salah saya kerana terlalu mempercayai penjaga itu dan langsung tidak menghubunginya. Sepatutnya, saya wajar menghubunginya selang 2-3 hari untuk mengetahui perkembangan Sally. Dan sebenarnya memang pernah terlintas di hati saya  untuk SMS penjaga itu semasa minggu pertama saya menghantar Sally, namun niat itu sering saya tangguh kerana berasa amat yakin Sally akan selamat di bawah jagaan penjaga itu. Sehingga akhirnya, saya hanya mengetahui berita kematian Sally setelah dua minggu pemergiannya!



Ajal Sally tiada siapa boleh halang,
namun pemergiaannya disebabkan kelalaian & ketidakpekaan saya...
saya menyesal & terkilan!


Perkara dah berlaku. Nak tak nak saya kena terima dan redha. Semua ini pastinya akan menjadi kenangan yang tidak akan saya lupakan sepanjang hayat saya dan pastinya akan menjadi iktibar buat diri saya.

Dahlah. Lupakan segala kesedihan ini. Sekiranya Allah izinkan, saya memang ingin sekali bertemu dengan Sally di akhirat kelak. Tapi, mungkinkah? Entahlah. Memang mustahil menurut hukum dan syari'at namun di sini saya serahkan segala-galanya kepada ketentuan Ilahi.


**********

Dalam kesedihan ini, sebenarnya saya telah membawa pulang seekor anak kucing betina yang saya jumpa di pasar di hari saya mendapat berita tentang kematian Sally.

Anak kucing betina ini telah saya kenal hampir sebulan. Ini kerana tapak meniaga saya selalu dilawati kucing ini dan saya juga selalu melayannya dan memberinya makan (di samping dapat mengurangkan beban rindu saya terhadap Sally pada ketika itu dan di tapak pasar ini jugalah saya bertemu dengan Sally!)

Namun apa yang membuatkan saya berasa amat terkejut, anak kucing betina yang sebelum ini amat lincah dan sentiasa menyahut panggilan saya, hari itu telah datang ke arah saya dengan kaki yang tempang. Rupa-rupanya kaki belakang sebelah kirinya telah patah dan tulang (sendi engselnya) telah terkeluar. Rasanya telah dilanggar motor atau kereta!

Kalaulah korang boleh bayangkan perasaan saya pada masa itu.
Dahlah baru lepas dapat berita tentang kematian Sally, pergi pasar pulak, kucing yang selalu dibuat peneman senda gurau telah patah sebelah kakinya.

Agak-agak korang boleh bayangkan tak, apa yang saya dah alami hari itu?

Sedih. Sayu. Pilu. Terharu.

Hari itu saya melayan pelanggan dengan layanan yang amat-amat separuh hati.
Mintak maaf pada akak-akak dan abang-abang serta adik-adik yang menyapa, saya sedar wajah saya langsung tak ceria tetapi saya tak mampu menutup kesedihan itu, namun untuk bercerita pula adalah mustahil kerana saya sedar tak semua orang dapat memahami apa yang saya rasa. Hanya pencinta kucing seperti saya saja yang dapat memahami perasaan saya pada masa itu.

Saya bertekad.

Malam itu, saya bawa kucing malang itu pulang ke rumah.
Sampai rumah, si ibu dah mula bising. Saya diam saja. Biarlah. Ibu tak faham perasaan saya.

Esoknya, terus saya bawa si kucing malang itu ke klinik haiwan di Kelana Jaya. Kata doktor, budak comel ni terpaksa dipotong kakinya sebab luka itu dah beberapa hari terdedah dan dikhuatiri kuman telah merebak di dalamnya. Tambahan pula, adalah amat mustahil untuk menyambung semula sendi engsel yang telah hilang tisu dan telah lari kedudukan tulangnya. Malah, kulit yang menyalutnya juga telah terkoyak habis.

Korang tengoklah sendiri wajah comel si kucing malang ini dan kecederaan yang dialaminya.












So pagi semalam (Jumaat), atas nasihat doktor tadi, saya telah membawa kucing ini ke Klinik Veterinar di Shah Alam untuk pembedahan pemotongan kaki. Saya bertekad untuk menyelamatkan kucing ini (sebab saya tak mahu rasa bersalah lagi seperti rasa bersalah saya pada Sally sebelum ini!)

Setelah mendapat kata sepakat dan bersetuju dengan caj bayaran yang dikenakan, akhirnya malam tadi kucing comel itu telah selamat menjalani pembedahan dan insyaAllah esok pagi saya akan mengambilnya.

Dan sewaktu mengisi borang butir-butir si kucing malang itu semalam, saya telah meletakkan 'Sally' sebagai namanya.

Ya. Ini Sally saya yang ketiga. Dua ekor Sally sebelum ini telah selamat pergi dan sekarang saya mempunyai Sally yang ketiga.

Meskipun begitu, Sally pertama telah menjadi kenangan lama. Dan Sally kedua yang baru saja pergi, wajah comelnya mustahil untuk saya lupa, bahkan sehingga kini, semua aksi dan telatah lucunya masih segar dalam ingatan. Pada saya, Sally kedua ini tiada pengganti kerana dia mempunyai keistimewaan tersendiri. Paling utama, Sally yang baru saja pergi ini adalah Sally yang tercomel kerana tompok hitam di tengah-tengah hidungnya di samping bulunya yang panjang, putih bersih serta ekornya yang lurus. Sukar untuk saya mencari pengganti sepertinya lagi selepas ini. Jika ada pun, tidak akan sama. Sally kedua ini memang amat istimewa di hati ini!

Dan Sally yang ketiga yang masih berada di wad saat ini, inilah kucing OKU pertama yang bakal saya pelihara. Pastilah saya akan melayannya dengan lebih lembut lagi memandangkan keadaan fizikalnya yang telah kehilangan sebelah kaki. Doakan saya agar mampu menjaga dan menyanyanginya seikhlas hati!
Kalau korang lupa sejarah nama Sally pada kucing-kucing saya, korang boleh rujuk sini.

Pesan saya, buat baiklah sesama makhluk dan sekiranya korang tanpa sengaja telah melanggarnya, khasnya kucing, maka berhentilah dan bertanggungjawablah atas apa yang telah terjadi. Jangan ingat dengan melarikan diri, korang akan selamat. Tidak. Ini kerana Nabi SAW sendiri mengatakan kucing adalah haiwan manja dan jinak dan ia tidak najis kerana ia haiwan (peliharaan) yang selalu berkeliaran di sekeliling rumah.

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan!

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers



31 May 2011

R.I.P

Kawan-kawan...




Ini kucing kesayangan saya... Sally...
Sally si kucing comel...
Sally yang telah menggerakkan hati saya untuk menulis url blog ini sempena namanya.

Kejap tadi, saya telefon penjaga kucing yang jaga Sally.
Nak beritahu saya nak melawat Sally tulat.

Rupa-rupanya...


Dah 2 minggu Sally dah tak ada.

Sally dah tak ada!

Sally dah kembali kepada Penciptanya...

Patutlah seminggu dua lepas mata kiri saya tak henti berkelip selama 2-3 hari.
Rupa-rupanya saya akan menangis teruk hari ini...
Masa tu, saya dah kehilangan Sally rupanya.

Saya redha jika ini yang terbaik buat Sally.
Kata penjaga tu, Sally sakit paru-paru.
Doktor kata penyakit Sally tu dah lama.

Saya terima alasan tu. Namun saya jugak tak nafikan, mungkin Sally tak berapa sesuai dalam jagaan penjaga tu sebab sebelum ni, Sally memang sihat dan aktif. Jadi agak mustahil untuk Sally menderita sakit paru-paru sebab Sally langsung tak menunjukkan tanda-tanda dia sakit sepanjang dalam jagaan saya selama ini. Mungkin Sally sakit rindukan saya, siapa tahu? Sebab saya akui, minggu pertama berpisah dengan Sally, hampir setiap malam saya menangis teringatkannya.

Apa yang saya kesalkan, penjaga ni tak beritahu berita kematian Sally pada saya sebab tiada nombor telefon. Saya rasa nak maki je dia tadi. Tapi saya sabar. Marah macam mana pun, Sally tetap dah pergi.

Tak apalah. Sally dah selamat. Sally makhluk yang tak berdosa. Sally tak dihisab.
Harapan saya, jika amalan saya kurang, Sally dapat menjadi 'penambah' untuk saya ke Syurga kelak.

InsyaAllah.

Kawan-kawan... doakan agar saya dapat terima semua ini dengan redha dan hati yang tabah!


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

25 May 2011

anak mama dah majuk!















Alala... janganlah majuk sayang...
Dah tak comel dah muka Sally taw...
Sally ingat Sally je rindu mama?
Mama lagi rindu kat Sally taw...
Tiap malam mama ingat Sally...
Dah dah... tak mau majuk majuk lagi yer...
Minggu depan mama datang k.
Sayang Sally. Mwaaahhh!!!


16 May 2011

Budak Comel Nie Dah Lama Tak Nampak...







Sewaktu Sally ada dulu pun, kita memang dah rapat dengan si budak comel ni. Budak comel ni di antara kucing-kucing area rumah kita yang teramat manja dengan kita. Asal nampak je kita lalu, mesti mengekor kita nak mintak mamam. Kita memang dah paham pe'el si budak comel ni. Kadangkala, kekawan aka pakwa-pakwa si budak comel nie pon ikut sekali. Seronok je tengok mereka semua ni dok ngikut kita. Sampai je kat kereta, nah... terus bagi kibble sikit sorang. Memang kita sengaja standby makanan kucing dalam kereta nie untuk kes-kes macam nie.


Tetapi.....



Isk isk... nie sedih nak cerita nie...



Si budak comel nie dah lama tak nampak... Last kita jumpa dia hari khamis lepas. Sekarang dah hari Isnin. Mana dia pergi???

Kita dah rindu nak sakat-sakat dia. Yelaa... Sally pun dah jauh. Jadi bolehlah jugak si budak comel nie jadi penawar pengubat rindu kita kat Sally. Tapi laa nie budak comel nie dah menghilang tah ke mana. Harap dia selamat je hendaknya. Amin.


Mana ko pergi wahai budak comel??
Cepatlah balik... kita rindu nak main-main dengan awak... T_T


4 May 2011

Salam Rindu Buat Semua...

Rasanya dah lama sangat tak hapdet blog nie.
Apa nak buat, lately nie kita busy ngalahkan PM.
Huhuhu...

Sekarang nie kita tengah tunggu penjaga sementara Sally sebab ayah kita dah dibawa pulang ke rumah semalam. Doktor bagi tempoh 10 hari untuk kami semua sebab kami semua yang mintak keizinan untuk ayah kita pulang ke rumah.

Sebabnya, ayah kita dah 11 hari dirawat di HKL, namun keadaannya masih sama. Tak sembuh pun. Takda nafsu makan pun.

Segala test eg: xtray, scan, urine test, blood test >> semuanya tiada yang berbahaya. Semuanya normal selayaknya umur dia.

Bahkan ujian nie kami dah lakukan di KPJ sebelum nie. Memang tiada yang kritikal. Semuanya ok.

So ramai bagi cadangan, mungkin ayah kita perlu berubat secara kampung.

Sebelum nie pernah bawa ke Darus Syifa' di Bangi, ustaz yang merawat tu tak detect pon sumthin' yang aneh. Tapi setelah 'terberborak' dengan seorang staffnurse HKL tu, dia kata kawan dia pun alami benda macam ayah kita, sampai turun berat 16kg. Berubat di hospital semua ok, tapi berubat secara kampung, masuk ustaz yang ke-5 baru dapat 'detect'. Memang kawan dia kena sihir. Sekarang nie alhamdulillah dah ok.

So bila kami mintak kebenaran doktor pakar yang merawat ayah kita untuk bawa ayah kita berubat secara kampung, beliau segera bersetuju. Lagi pun pihak mereka sendiri tak pasti apa jenis penyakit yang menyerang ayah kita. Sebab semuanya ok. Tapi ayah masih takda selera makan.

So beberapa siri perubatan secara kampung telah pun dilakukan, dan ustaz tu kata (nie ustaz yang ke-3, yang dua ustaz sebelum nie maybe tak dapat detect lagi) memang ada 'benda' nak kacau 'dalaman' ayah kita.

Masa malam terakhir kita di hospital, ustaz tu dah mula merawat ayah kita secara 'jauh'. Dan pukul 1.07 pagi tu, ayah kita tetiba bangun dari tidur, nak bukak baju pasal panas katanya. Walhal time tu aircond punyalah sejuk. Kita siap berbungkus dalam selimut, boleh dia kata panas. So dari situ kita mula curiga.

Baru kejap tadi, Sally dah pun diambil oleh penjaga barunya, sebab ayah kata dia tak selesa ada kucing dalam rumah. Tak apalah, kita turutkan kemahuan dia sebab antara ayah dan kucing, mestilah kena dahulukan ayah, kan?

Tapi disebabkan kita juga teramat sayang kat Sally, maka kita ambil keputusan untuk cari orang upah jaga Sally sehingga kami dapat pindah kat rumah yang lebih ok dari sekarang. Bulan-bulan bayar RM300 kat penjaga Sally. Tak apalah. Demi Sally tersayang, kita sanggup. Dan demi ayah tercinta, kita juga terpaksa sanggup untuk berpisah sementara dengan Sally. Tak apalah. Mungkin ini dugaan untuk kita. Sebab kedua-duanya melibatkan mahkluk Allah yang kita cinta dan kita sayang. Jadi kita ambil win-win situation lah.


Anak-anak Sally? Dah lebih sebulan kita serahkan kat orang. Pun kerana ayah. Masa tu ayah baru nak sakit.
Tak selesa bau kucing dengan bunyi anak-anak kucing yang bising. Kita akur, demi ayah tercinta meskipun saban malam tu terkadang meleleh gak air mata bila teringat keletah anak-anak Sally tu. Namun apa daya kita? Kan? Ayah lebih utama. Islam ajar camtu. Kita kena akur.

Sekarang nie rasa macam berkaca mata nie sebab Sally dah tak ada dalam rumah nie. Tak apalah, setiap bulan kita akan melawat dia kat pusat penjagaan tu. Kita siap pesan kat penjaga tu agar jaga Sally baik-baik. Nantik dah pindah rumah baru, kita nak balik Sally kita. Penjaga tu gelak je dengar kita warning dia camtu.

Hmmmm... dah nangis dah. Isk! (T_T)


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

28 Apr 2011

Tuan Saya Mintak Maaf kat Korang Semua...




Tahu tak pic sapa kat atas tu?
Apa? Masih tak kenal?
Ni yang rasa nak baling kerusi nih.
Itulah saya, Sally.
Tapi tuan saya selalu panggil saya Telly atau Celly atau Telly Butuk (Sally Busuk).
Jahat kan tuan saya?
Takpe, jangan kawan dengan dia. Kawan dengan saya je yek. Haha...

Sebenarnya saya nak sampaikan pesan tuan saya kat korang semua.
Kata tuan saya, buat masa ni dia tak dapat nak update blog selalu pasal dia sekarang sangat busy.
Kata beliau lagi, ayahnya masih lagi tak sihat sepenuhnya dan sekarang tuan saya tu dah hantar ayah dia ke HKL memandangkan semua rujukan hospital di Malaysia ini adalah di HKL. KPJ pun tak sepakar HKL. So sekarang ni tuan saya memang busy. Busy dengan perniagaan kecil-kecilan warisan keluarganya dan busy ulang alik hospital jenguk ayahnya itu. Jadi beliau dah tak sempat nak update kisah saya dan anak-anak saya tempoh hari.
Ni yang saya nak majuk nih!

Tapi beliau janji beliau akan sambung kisah saya dan anak-anak saya tu nantik bila keadaan ayah dia dah ok.

Tapi saya kesian jugak tengok tuan saya seminggu dua ni. Tidur tak cukup, muka pun tak berapa nak ceria... kalau ceria pun dengan saya je... Tahulah saya ni cantek, kan... kan? :p

Apa pun saya tetap berharap moga ayah tuan saya tu kembali sehat seperti sedia kala agar tuan saya tu kembali ceria seperti sebelum ni.

Korang jangan marah tuan saya tau. Kesian dia. Dia tengah stress tu. Stress dengan kerja, pastu stress dengan keadaan ayah dia sekarang ni. Jadi korang tak boleh marah dia tau. Walau pun dia kadangkala memang masuk air sikit, saya tetap sayang tuan saya tu. Stress stress dia pun, masih nak layan karenah saya ni yang kadang kala saya sendiri tak paham dengan tabiat diri saya. Pelik kan? Tapi itulah realitinya. Pelik tapi benar. Hahaha...

Mmm... klah. Saya nak sambung tido sebab saya baru tido 10 jam untuk hari ini. Patutlah rasa mengantuk lagi. Huhu...

Papai semua.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

17 Apr 2011

Kisah Sally dan Anak-anak Dia... (Bahagian 2 & 3)

Nie ada lagi aksi-aksi si bebudak nakal dok memain je kejenyer...
Si Sally cengkonon berlagak jadi seorang seekor ibu mithali, diam je peratikan aksi anak-anak dia yg tengah belajar nak jadi kucing-kucing terhebat area PJ nie...

Almaklumlah, Sally kan pemegang rekod Ratu Cantik area sini 3x berturut-turut!
Nape? Tak caya? Dengki aaa tuh! Wekk! :p

Haa... layankan aje yek?
Keh keh keh...






p/s : saja biarkan entry nie lelama sikit, bagi korang layan video anak-anak bulus nie dulu... :p

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

15 Apr 2011

Kisah Sally dan Anak-anak Dia... (Bahagian 1)

Korang korang...

Last entry kita janji nak cerita pasal Sally dan anak-anak dia, kan??

Jangan risau, kita akan cerita punya.... Kita tak lupa...

Tapi sebelum kita cerita, apa kata korang layan dulu video klip kat bawah nie...

Ini bukan video klip lagu Dua Tiga Kucing Berlari ok?
Video klip lagu tu tak besh...
Pasal video klip kat bawah nie lagi besh...

Layannnnnnnnnn.... zashhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
(Eh, dah macam Melodi ler pulok! Kuikuikui...)



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

13 Apr 2011

Kisah Sally dan Anak-anak Dia...

Macam-macam hal telah terjadi sepanjang minggu pertama dan kedua April 2011...

Dan, kita jugak ada cerita tentang kucing-kucing kesayangan kita nie...
Tapi buat masa nie... kita just nak kasi intro je....
Cerita penuh nantik kita update.

Intronya.. huhu... kita sedih nak cerita...
Tapi  dalam masa yang sama kita jugak  gembira nak cerita...

Hmmm... agak-agak korang apa yang kita nak cerita yek? (",)


Takpe takpe....Korang tunggulaa yek?
.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
..........
...........
............
.............
..............
...............
................
.................
..................
...................
..
..
..
..
..
..

Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....................!


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

6 Apr 2011

Berita Gembira untuk Anak-anak Sally!

Buat rerakan meowwmania kat sini, kita nak kongsi satu berita yang amat menggembirakan hati kita dan mungkin hati korang jugak!

Sebelum tu kita nak citer, Isnin lepas (5 April 2011), hampir sehari suntuk kita habiskan masa untuk selesaikan masalah anak-anak Sally nie. Niat dari rumah memang nak hantar anak-anak Sally kat SPCA Ampang (atau yang sewaktu dengannya) sebab tak nak jadi anak derhaka kat mak ayah. Yela, kan sebelum tu kita dah cerita perihal ayah kita yang tak tahan dengan bau berak anak-anak Sally termasuk Sally sekali yang mana kita tak sempat nak bersihkan sebab kita memang lambat balik kerja. Kita ada cerita masalah nie dulu. Dah lupa, boleh semak sini dan sini.

 
Bayangkan, nak cari SPCA aje hampir 3 kali kita tawaf depan pintu masuk Zoo Negara. Kesnya pasal arahan yang kita dapat dari internet tu, dia tunjuk laluan Genting Klang. Last-last bila dah 3 kali sesat tuh, barulah kita jumpa pusat tuh. Rupa-rupanya SPCA ni dekat je dengan rumah kawan kita yang dok Ampang tuh. Kalo kita tahu awal-awal, takdelah kita sesat larat sampai 3x. Hampeh betul ar!

Tengok jam, dekat pukul 4.10 minit. Fuhh lega! Masih ada masa 20 minit sebelum SPCA tu ditutup. Sebelum jumpa SPCA nih, kita dah pun tersesat kat Hospital Veterinar yang jalannya sehala menuju ke SPCA nih. Dua kali pulak kita datang situ, ingatkan yang tu SPCA. Kali kedua tu baru dapat tahu, SPCA tu lain, bukan yang tu. Melalui pekerja situ kita tahu arahan sebenar SPCA nie.

Oh yer, kita terlupa nak ambik gambar pusat SPCA tuh pasal time tu pikiran dok kalut sebab dah lambat sampai situ. Sesampai je terus tanya sorang brader India yang kerja situ. Brader nih terus terang je. Katanya, mereka just terima kucing-kucing yang dah besar dan tak ada sebarang penyakit serta dalam jumlah yang kecil. Memandangkan anak-anak Sally nie berjumlah 5 ekor, pastu jalan pun still tak betul, brader nih cakap, boleh je letak situ, tapi untuk 'ditidurkanlah!'. Kita dengar je camtu, terus kensel! Alasannya, pusat tuh dah tak mampu nak menampung kucing-kucing terbiar dalam kuantiti yang banyak. Dah tak muat. Huhu... (dalam hati kita kutuk, sampai hati korang bunuh kucing-kucing tuh!)

Kita kalut pk. Kat mana lagi nak hantar anak-anak Sally nie ek? Kat pusat-pusat lain, banyak nak syarat yang bukan-bukan. Just terima kucing yang dah divaksinlah, kucing yang dah 6 bulan ke ataslah, kucing yang dah jadi ahli persatuanlah, kucing itulah kucing inilah... banyak bebenor syaratnya!

Nak letak kat pasar, kita tak sampai hati. Entah macam manalah nasib anak-anak Sally nie nantik. Pandaikah mereka ini berdikari? Nak bagi orang, setakat nie takda siapa yang rela sebab tak reti nak jaga anak kucing. Ceh, alasan! Nak seribu daya, ok!

Perut dah lapor. Bayangkan dari pagi haram jamah satu hapa. Nak cepat punya pasal, malas nak sarapan sebab ingat kekonon boleh balik sebelum zohor. Last-last, ambik ko. Sesat! Dah Asar pun, anak-anak Sally masih tak tahu jalan penyelesaian. Tanya anak buah, any idea? Hampeh! Huhu... Si Sally pulak, dah tak sempat nak dikembirikan. Klinik dah tutup! Entah-entah Sally awal-awal dah doa mintak kita sesat moga anak-anak dia tak jadi dibuang atau diserahkan kat siapa-siapa. Hahaha.. Mana tahu, kan?? Keh keh keh! Yela Sally. Ko menang. Aku kalah! Huhu...

Tetiba teringat kat Masjid Bangsar, kes dua ekor kucing kita yang pernah 'dibuang' di situ dan dua-dua mendapat tuan baru on the spot! Tapi kini keadaannya berbeza. Kali ni yang nak dibuang, bukan seekor, tapi 5 ekor. Dah tu pulak, bukan kucing dewasa tapi anak kucing. Ada ke manusia prihatin yang nak bela anak-anak bulus nih? Kita memang tak yakin.

Arghhh...
Perut semakin lapar. Solat jap, lupakan seketika masalah anak-anak Sally tu, kita ajak anak buah makan gerai mamak. Pelita Nasi Kandar. Bayangkan lapar tak lapar, tak sangka air segelas tak cukup. Dan tak sangka pulak nasi beriani je tak cukup. Last-last order tosei dengan roti bom. Sirap dan nescafe ais dah jadi dua gelas setiap satu. Perghhh... ini bukan lapor, tapi menketedarah!

Pas makan, pk balik soal anak-anak Sally.

Dan bila sampai uma, tetiba kita dapat 'ilham'.

Cuba ubah jadual pemakanan mereka...

Kata vet, kucing makan 2x sehari. Tapi kita bagi tak tentu masa. Kadang tu asal depa mengiau je kita bagi. Walhal cara tu tak betul sebenarnya. Dan sekarang kita bagi depa makan 2x sehari pada waktu kita ada kat rumah. So dengan cara ini, depa semua akan berak ikut jadual dan jadual tu mestilah time kita ada kat rumah supaya kita boleh bersihkan berak depa cepat-cepat, sekali gus menyelesaikan masalah bau busuk yang ayah kita dok bising-bising sebelum ni. Makna kata, time kita takda kat rumah, depa suma dah kenyang dah berak dan masa depa tidur! Bila kita balik, baru depa makan dan aktif bermain. Macam mana? Hebat tak 'ilham' yang kita dapat nie? Of courselah kita mintak ilham nie kat Dia. Huhu...

Dan tadi idea nie telah terbukti keberkesanannya!

Kita sampai je depan pintu, takda bau busuk. Maknanya depa tak berak sebab depa dah berak tengah hari tadi time kita kat rumah. Fuhh! Lega!

Kita yakin jika keadaan ni berterusan, takkan ada masalahlah untuk kita pelihara depa. Sebab yang penting, ayah kita tak bising pasal bau busuk.

Ok tak idea nie?

Haha...

Btw sepanjang aktiviti sesat larat tuh, sempatlah kita singgah 2 buah kedai haiwan dan entah macam mana kita main beli je benda-benda di bawah nie secara spontan.




Ubat cacing untuk anak kucing
Kita macam tahu-tahu je tak jadi nak buang anak-anak Sally



Mainan Versi Cakaran untuk Anak Kucing
Sally tengok benda nie, buat dono je.. Mementang dah besar, hampeh!


Syampu anti Kutu dan Hama
Kesian tengok anak-anak Sally dok garu-garu



Mulai hari nie, Sally akan pakai jenama ini demi kesihatannya di  masa hadapan!
Best jadi Sally, kan? Hahaha...



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

31 Mar 2011

Tersalah Rakam Aksi Sally

Ekceli kita baru ingat nak kongsi gelagat Sally yang terlalu risau akan anak-anak dia yang berada di halaman luar rumah. Tapi tak ingat pulak kita rakam pakai handphone, kita lupa nak landskapkan dia, last-last hasilnya jadi seperti di bawah ini...



Agak-agak patah tak leher korang dok teleng-teleng tengok aksi Sally dalam misi menyelamatkan anaknya (kononnya) dalam video tu tadi??

Apa?

Tak nampak satu hapa?

Haha... sah² yang tak nampak tu lagi dua minggu je... keh keh keh!!!
Joking joking yea.... :p

Btw video tu menunjukkan betapa sayangnya si Sally nie kat anak-anak dia yang kita kurung dalam sangkar di luar rumah. So Sally tu dalam misi nak menyelamatkan anak-anak dia, dia pujuk kita untuk bukak pintu sebab nak lepak luar rumah sambil perhatikan anak dia tu sekor-sekor.

Tapi kita suka tengok part dia 'berkomunikasi' dengan anaknya. Cuba korang perhatikan kalau korang perasan. Nampak prihatin sangat si Sally nie kat anak-anak dia. Alahai... tersangatlah comel! Huhu...

So, itulah kisah videonya.

Takpa takpa...

Next time kita rakam betul betul, ok? (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!