Duit Belanja Sally

29 Mar 2011

10 individu terkaya di Malaysia 2011. Mereka telah buktikan!


Sebagai seorang anak Melayu Islam, kita turut berbangga dan berbesar hati bila mana akhirnya terselit jugak seorang Melayu Islam dalam SEPULUH INDIVIDU TERKAYA DI MALAYSIA. Kaum India pula sudah semestinya turut berbangga dengan pencapaian Ananda Krisnan. Namun LAPAN individu selebihnya, tak lain tak bukan menjadi kebanggaan masyarakat Tionghua.

Mari kita saksikan senarai lengkap di bawah;

1) Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion
2) Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27b
3) Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92b
4) Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b
5) Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38b
6) Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b
7) Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b
8) Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b
9) Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b
10) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2b

Apa kesimpulan yang korang boleh rumuskan berdasarkan  senarai di atas?

Ulasan kita mudah saja.

Kaum Cina memang satu kaum yang paling rajin dan paling survival di dunia. Buktinya, campaklah mereka ini di mana-mana, pasti akan wujud Chinese Town di sesebuah negara yang mereka diami. Kaum kita ada tak macam nie?

Kedua.
Cucu cicit Puteri Hang Li Po ini rata-rata berdarah peniaga. Rata-rata suka berniaga. Buktinya, lihat saja deretan kedai, bangunan-bangunan, wisma dan empayar gah di Malaysia ini, majoriti dimiliki oleh kaum ini. Jika makan gaji sekali pun, mereka pasti akan memilih profesion yang profesional seperti doktor gigi atau remiser atau pun memiliki jawatan sebagai orang atasan dalam satu-satu organisasi syarikat. Jarang kita lihat orang Cina di Malaysia ini jadi tukang cuci atau kerani cabuk di pejabat. Tapi kita? Ramai mat Melayu jadi despatch etc.

Ketiga.
Mereka ini rata-rata jenis yang menepati masa dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan dan sering bekerja keras dan tiada istilah mustahil dalam hidup mereka. Lihat saja negara Jepun, bagaimana pantasnya mereka membangunkan negara mereka setelah mengalami letupan yang maha dahsyat di Hiroshima. Akan datang kita boleh lihat, bagaimana wilayah Sendai di bahagian timur laut Honshu yg dilanda tsunami tempoh hari, pasti akan lebih cepat membangun berbanding Acheh sebelum ini! We will see! Ini kerana masyarakatnya sangat rajin dan sangat cekal dan tak kenal erti putus asa!

Cukuplah tiga contoh yg boleh dijadikan iktibar buat kita kaum Melayu.

So, apa ikhtiar kita untuk meramaikan lagi usahawan/usahawanita Melayu Muslim di Malaysia ini??? 

Dan sedarkah kita, apa yang kaum Cina lakukan ini, sepatutnya kita dahulu yang lakukan kerana di dalam Islam amat menggalakkan perniagaan dan mengharamkan riba!
Islam juga amat menitikberatkan soal disiplin dan melarang umatnya berputus asa. Namun kita hari ini menjadi sebaliknya. Sampai terdapat satu istilah glamour yang sangat tak baik iaitu 'Janji Melayu'.

Dan Melayu hari ini lebih suka berada di zon selesa dan tidak pernah mahu berubah fikiran untuk mengubah penguasaan ekonomi di Malaysia ini.

Korang tahu apa itu zon selesa?
Yakni zon di mana tidak berani mengambil risiko khususnya dalam bidang perniagaan sebab lebih suka tunggu gaji masuk di akhir bulan.

Bukan salah. Tak salah pun.

Tapi tulah. Selagi macam itu, jangan beranganlah untuk menjadi kaya seperti orang Cina sebab korang dah setkan rezeki korang sekadarnya itu. Tak berani ambil risiko untuk mencari lebih. Kan? Lagi malang, bila dah malas berusaha, cari jalan singkat nak kaya. Pastu mulalah terjebak dengan MLM menipulah, skim cepat kayalah, gores dan menanglah, etc. Orang Cina ada terjebak dalam benda bodoh macam ni? Amat jarang kita dengar, kan?

Kita cakap eh silap, taip... hehe...
Kita pun macam korang jugak, Melayu yang secara amnya punyai habit yang majoriti korang lakukan. Bertangguh kerja, kurang disiplin, tak tepati masa... memang... kita macam dah terbiasa dengan budaya ini sebab bila kita awal pun, member kita belum tentu dah sampai, so next time kita pun jadi malas nak on time. Kan?

So kita kena ubah benda nie semua.
Kena ubah cara kerja, cara berfikir dan matlamat hidup.
KITA SEMUA KENA BERUBAH!!!
(NAK-NAK YANG TUKANG TAIP NIE HAAA...  JANGAN TAHU TAIP JE TAPI HAMPEH! HAHA...)

Korang fikir adakah semua orang yang memiliki Ferrari tu disebabkan mereka bertuah dan sememangnya kaya-raya asalnya?

Bukankah sebetulnya kita semua berhak untuk merasai memandu sebuah Ferrari jika kita benar-benar berusaha ke arah itu, kan?

Kita memang bercita-cita untuk menjadi kaya satu hari nanti. Dan korang tahu di antara impian kita seandainya Allah makbulkan impian kita kelak?

Kita nak sediakan satu welfare untuk kucing-kucing terbiar!!!
Korang doakan moga impian kita ini menjadi kenyataan ok?
Jadi, ayuh bangkit dan sama-sama tingkatkan penguasaan kita dalam bidang perniagaan dan ekonomi!!!

(Kita membebel nie untuk naikkan semangat kendiri yang lebihnya... huhuhuu...)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!