Tadi kita MC. Kita mintak off dari bos kita tak nak meniaga sebab kita tak berapa sihat. Nasib baik malam semalam memang ada insiden yang dapat membuktikan kita memang kurang sihat. Kalau tak bos kita tu (yang juga merangkap abang kandung kita) memang payah nak bagi kelepasan untuk kita ambil cuti. Kita orang kuat dia katanya.
So aktiviti siang tadi, memula kita selesaikan semua keperluan dan penjagaan anak-anak kucing kita (yang merangkap anak-anak kucing kesayangan kita tuh, Sally si Kucing Comel tuh), dari kerja membersihkan sangkar mereka, sehinggalah memberi mereka makan setelah badan mereka semua dibersihkan terlebih dahulu.
Dah setel anak-anak bulus, kita bersiap nak pi Midvalley. Bukan nak shopping yer, tapi kita nak beli sedikit keperluan untuk diri kita dan anak-anak bulus kita.
Kita masuk Pets Wonderland untuk cari ubat bagi menghapuskan kutu-kutu yang telah membiak kat badan anak-anak bulus kita. Capai sikit makanan untuk kucing kesayangan, Sally bucuk, kita terus masuk Pharmacy Caring untuk beli keperluan kita pulak. Dah siap, kita singgah Secret Recipe untuk rembat sepotong Tiramisu dan sepotong Indulgence. Jam dekat pukul 7.00 pm, kita rushing sikit untuk bayar parking kereta sebelum keluar dari Midvalley.
Sampai kat simpang nak masuk kawasan perumahan, kita singgah kedai kejap untuk beli top up Digi dan Maxis. Mak pesan sate minang, jadi kita beli pulak sate minang 4 bungkus. Ngam-ngam azan maghrib, sate minang dah siap dibungkus dan kita pun segera pecut sebab mak nak berbuka dengan sate minang yang kita beli tu.
Dah selamat sampai rumah, dah lepas letih, kita tengok dompet.
Main-main macam tu je, kita habis almost RM160. Hanya keluar untuk tak sampai 2½ jam, kita habis almost RM160.
Main-main macam tu je, kita habis almost RM160. Hanya keluar untuk tak sampai 2½ jam, kita habis almost RM160.
Lama kita termenung. Bukan menyesal duit habis. Tak. Tapi kita fikir, betapa besarnya kos hidup zaman sekarang. Mana yang berkemampuan, kira bertuahlah, tapi mana yang tak berkemampuan, macam mana mereka nak teruskan kelangsungan hidup mereka? Ini yang kita fikir. Kita yang gaji -+RM2000 ni pun, boleh dikatakan cukup-cukup je, walhal makan minum dan rumah semua mak ayah tanggung. So bayangkan kalau RM2000 nie gaji untuk seorang suami yang punya tanggungjawab itu ini? Tak menangis dibuatnya?
Zaman sekarang bukan masanya untuk pertikaikan harga barang mahal, harga komoditi naik. Sebab semuanya berpusat kepada bekalan minyak dunia. Sekarang Arab tengah perang sana sini, so tak mustahil harga minyak akan naik lagi, sekali gus akan mengakibatkan harga barangan akan naik. Jadi zaman sekarang ialah zaman di mana kita semua kena cari jalan dan kena berfikir, macam mana nak cari duit lebih dan macam mana nak dapat gaji lebih. (Of courselah dengan cara yang betul dan halal, yer!)
Sekarang kat otak kita cuma fikir satu je.
Yer. Kita cuma fikir satu je caranya, yakni macam mana nak tambah income agar boleh dapat ribu-ribu lagi per month tapi dengan cara bijak tanpa perlu menghadapi kesesakan jalan raya pada setiap pagi dan setiap kali balik kerja sebab kita jenis kurang sabar untuk berhadapan dengan kesesakan jalan raya pada setiap hari!
Tapi buat masa nie, biarlah rahsia, ok? (^_^)
No comments:
Post a Comment