Duit Belanja Sally

31 Dec 2011

2011 - A Year of TEARS!

Tak sampai dua jam lagi, 2011 bakal melabuhkan tirainya.
Azam 2011 pastinya, sudah patut digenggam kini. Namun bagi mereka yang masih belum mampu untuk menggapai azam tersebut, jangan sedih jangan risau, 2012 bakal menyusul dan teruskan saja mengejar azam itu sehingga berjaya menggapainya.

Namun saya secara peribadi, 2011 merupakan tahun paling tragis seumur hidup saya.
2011, saya kehilangan ayah tercinta.
2011, saya kehilangan nenek tersayang,
2011, saya kehilangan Sally si hidung hitam yang amat saya kasihi,
2011, saya kehilangan beberapa orang saudara mara, sepupu dan jiran tetangga.

2011 TAHUN KEMATIAN!
Yup! 2011 merupakan tahun kematian bagi definisi kehidupan saya.
2011 mengajar saya banyak perkara tentang kehidupan, erti sabar, erti redha, erti tawakal.
2011 mendidik saya erti menghargai saudara mara di saat saya terpaksa berulang alik dari KL- Pekan Baru menjaga ayah yang berubat di sana.
2011 banyak merakamkan visual hospital di kotak memori saya.
PPUM, KPJ Shah Alam, HKL, berakhir di Eka Hospital.
Malah 2011 juga banyak memberi pengetahuan baru kepada saya tentang perubatan Islam dan mengenali apa itu SIHIR! (Moga ALLAH melaknat mereka yang terbabit dengannya!)

Yang pasti, 2011 merupakan tahun yang terlalu banyak mengundang deraian air mata!

Dah. Lupakan 2011.
InsyaAllah, 2012 bakal menjelang.
Dan jika diizinkan, saya ingin ganti semua kedukaan di tahun 2011 dengan keceriaan dan kegembiraan!

Dan azam saya, 2012 saya ingin merewang jalan-jalan melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.
2012 saya ingin menyambung semula usaha saya untuk menggapai matlamat dan impian hidup saya yang terhenti sepanjang tahun 2011.
Dan 2012 juga saya ingin sunat Sally saya yang telah menjadi anak dara! :)

Doakan saya dan moga kalian juga akan mendapatkan apa yang dihajati selagi tidak mengundang murka-Nya.
:: PEACE -no- WAR ::

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

9 Dec 2011

HPA - MLMS yang meragukan?

Sejak baca blog ini hampir dua bulan kebelakangan nih, saya tertanya-tanya dan terfikir, apakah benar fakta yang diperkatakan tentang sebuah syarikat Melayu Islam yang terkenal dengan produk Kopi Radix 'Mai Secawan'nya tuh. Agak sukar untuk saya terima pendapat beliau yang mengatakan bahawasanya syarikat HPA tuh lahanat! Pasal apa? Sebab katanya, HPA takda beza dengan syarikat MLM yang lain seperti Hai-O, Uptrend, DCHL dan sebagainya, di mana HPA jugak sama seperti yang lain yang mengamalkan konsep haram dalam perniagaannya meskipun HPA satu-satunya MLM berteraskan syariah di Malaysia ini dan telah mendapat pengiktirafan daripada majlis Ulama Indonesia.

Kata Encik Aidid, yakni tuan punya blog tersebut, selagi sesebuah syarikat itu memaksa ahli-ahlinya mencari downline sebagai ganjaran untuk mendapatkan nilai mata dan bonus setiap bulan, maka itu sudah cukup untuk mendakwa syarikat itu sememangnya TAK BETUL sebab menurut beliau, mana-mana syarikat yang menggunakan pendekatan MLM (Multy Level Marketing) dalam memasarkan produknya, itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa syarikat itu adalah SCAM dan WAJIB dijauhi sebab ianya tiada beza pun seperti Amway, Score-A & so on yang mengamalkan sistem piramid dalam pemasaran perniagaannya.

Beliau menyatakan, biar sekuat mana pun dan sebesar mana pun atau segah mana pun syarikat itu, lambat laun ianya akan rebah jugak. Sebab apa? Sebab sistem MLM itu sendiri katanya buatan orang kafir, yang mana sistem itu sendiri mempunyai unsur yang tidak adil, yang selalunya akan mengkayakan orang atas dan menganiaya orang bawah.

MLM atau dalam istilah senang nak paham, Pemasaran Berbilang Tingkat di mana setiap ahli akan menjadi Downline pada mulanya sebelum menjadi Upline (yakni setelah berjaya mendapat ahli baru di bawah tajaannya). Jadi bayangkan semua ahli itu tadi wajib mencari ahli di bawah tajaannya sebagai syarat untuk ahli tersebut mendapat bonus atau komisen, maka apa akan jadi sekiranya pencarian ahli telah sampai ke tahap infiniti, di mana ianya telah tepu disebabkan semua orang dah jadi ahli contohnya, maka di sinilah akan wujudnya penindasan dan penganiayaan terhadap orang paling bawah (Downline) itu tadi. Nah, inilah yang dikatakan sistem piramid!

Lama saya memikirkan akan logiknya pengiraan beliau. Saya cuba mencari jawapan di UZAR, dan saya terbaca satu kenyataan di mana UZAR sendiri mengakui bahawa beliau telah didatangi oleh sebuah syarikat Melayu Islam di negara ini yang ingin menjernihkan sistem MLM ini dengan menjadikan ianya sebuah MLM patuh syariah. UZAR tidaklah menyatakan bahawa syarikat tersebut ialah HPA tetapi saya sendiri telah diberitahu oleh pengerusi HPA bahawa beliau sendiri telah berjumpa dengan ilmuan agama yang terkenal di negara ini dan telah mendapat pengiktirafan pihak JAKIM. Menurut UZAR, niat pemilik syarikat tersebut yang ingin menjernihkan sistem MLM di negara ini dengan mewujudkan MLM syariah merupakan suatu perkembangan baik bagi mana-mana perniagaan yang ingin mengamalkan konsep MLM dalam perniagaan mereka dan untuk itu UZAR sendiri telah bergabung dengan pihak JAKIM dalam melahirkan suatu bentuk panduan MLM patuh syariah. Boleh baca di sini.


Dalam panduan tersebut, salah satu syaratnya ada dinyatakan lebih kurang begini;

  • Sesebuah MLM patuh syariah tidak boleh memaksa ahlinya melakukan belian wajib setiap bulan sebagai syarat untuk mendapat bonus atau komisen dari pihak syarikat.



Malangnya, HPA telah mewajibkan setiap ahli maintain belian bersyarat 50 Nilai Mata setiap bulan (which it cost +- RM150).



Saya tiada masalah dengan jumlah itu kerana ianya tidak membebankan saya untuk berbelanja produk HPA sebanyak itu kerana apa yang saya lakukan hanyalah dengan menggantikan produk luar yang saya pakai sebelum ini kepada produk HPA. Sebagai contoh, jika sebelum ini saya memakai sabun mandi jenama Lux, maka kini saya memakai sabun mandi jenama HPA dan begitulah untuk produk seterusnya. Malah ia dikira sebagai win-win situation di mana saya sebagai pengguna mendapat nilai mata (NM) bagi setiap pembelian dan pihak HPA pula mendapat keuntungan atas perbelanjaan yang dilakukan. Soal harga pula, saya akui produk HPA telah berjaya menetapkan harga berpatutan dan masih dalam ukuran mampu untuk dibeli oleh semua. Hanya segelintir saja produknya yang saya kira agak mahal seperti pencuci muka dan hanya HPA yang tahu sebabnya.



Namun itu bukan persoalannya.


Yang menjadi masalahnya apabila belian bersyarat itu tidak boleh ada dalam mana-mana MLM patuh syariah kerana kaedah ini seolah-olah menggunakan unsur paksaan dalam sistem perniagaannya meskipun saya sendiri tidaklah rasa terbeban untuk melengkapkan 50 NM setiap bulan.

Dan sekarang ini saya memang di dalam dilema. Sungguh-sungguh dalam dilema.


 
Saya bukanlah gila pun dengan mana-mana program MLM ni, bahkan tujuan saya menyertai HPA ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana ingin memartabatkan satu-satunya produk Islam yang saya kira amat cemerlang pencapaiannya di negara ini. Malah, saya sendiri tidak tahu yang HPA menggunakan kaedah MLM dalam memasarkan produk keluarannya. Apa yang saya tahu, niat saya terlalu jernih dan terlalu bersemangat untuk memartabatkan 100% produk muslim jenama HPA ini. Inilah niat dan matlamat saya ketika menyertai HPA pada tahun 2009 yang lalu.
 
 
 
Namun, setelah membaca penerangan Encik Aidid (yang boleh saya labelkan sebagai cacian dan makian serta carutan sebenarnya dan ada masanya saya agak menyampah untuk membacanya kerana carutannya agak melampaui batas), namun tidak dapat tidak, saya terpaksa terima pendapatnya itu kerana fakta-fakta yang dikemukakan boleh diterima oleh logik akal dan inilah yang merisaukan saya.


 
Merisaukan saya?
Adakah sebab saya terlalu gilakan bonus dalam HPA dan untuk itu saya takut lepas nih saya tak dapat bonus lagi?
Atau sebenarnya saya takut sebab lepas nih saya dah tak ada side income sekiranya saya decide untuk quit dari HPA?
 
 
 
Hahaha... frankly speaking, itu semua takda langsung menjejaskan pendapatan bulanan saya sebab buat masa ni, perniagaan warisan keluarga saya merupakan pendapatan terbesar dalam mana-mana side income yang saya dapat. Side-side income tuh, kalau tak buat, insyaAllah tak menjadi kudis pun kalau tak dapat sebab pendapatan UTAMA saya alhamdulillah masih mencukupi untuk membiayai perbelanjaan saya bulan  ke bulan. Cuma sebagai seorang yang minat dalam dunia perniagaan, saya memang suka mencuba sesuatu yang baru dan cuba untuk menjadikannya sebagai side income.


So apa yang merisaukan saya?


Yang merisaukan saya ialah..........
Sekiranya kelak, HPA ini telah terbukti HARAM perniagaannya dan masa tu saya pasti akan risau sebab saya telah pun merasai sedikit bonus dari HPA.
 
 
 
Apa lagi yang merisaukan saya?
Jika benar HPA terbukti SCAM sebab menggunakan kaedah MLMS dalam mengembangkan empayar perniagaannya, saya bimbang lepas nih dah takdak syarikat Melayu Islam yang gah seperti HPA akan dapat menyaingi seterusnya menandingi produk-produk keluaran syarikat yang bukan Islam dan ini amat-amat merugikan ekonomi umat Islam di negara ini.
 
 
 
Dan last sekali, saya risau sekiranya saya tak dapat tahan kesedihan kerana saya betul-betul sayangkan HPA sebab meskipun baru sekali menghadiri perjumpaan dengan ahli-ahli HPA di HPAic di Shah Alam, namun saya dapat rasakan bahawa ukhwah islamiah itu amat-amat diterapkan dalam hubungan silaturahim sesama ahli dan hati saya tidak dapat menipu bahawa aura islamik sememangnya ada dalam HPA dan HPA tidak menipu tentang hal ini kerana saya sebagai ahli, saya dapat merasakannya dan telah pun merasakannya.
Namun, kenapa HPA menggunakan sistem MLMS sebagai kaedah pemasaran kesemua produknya? Mengapa HPA tak buat macam biasa? Buat produk dan hantar ke pasar raya dan kedai rucit seluruh negara tanpa perlu memakai sistem MLM?
 
 
 
Saya benar-benar dalam dilema dan inilah yang merisaukan saya ketika ini!

6 Dec 2011

Jangan putar isu lucah lagi. Tolonglah!

Kadangkala saya makin bosan dengan permainan politik di Malaysia ni. Dan satu ketika dulu, boleh dikatakan saya agak ikut perkembangan hal politik negara ni. Sebab dulu ayah ketua cawangan parti. Bangga tak sebab tak ramai perempuan muda macam saya layan politik. Hehehe...

Tapi makin hari saya makin tak ambil port pasal komitmen kerja semakin bertambah dari masa ke semasa. So bila sesekali tengok tv tu, tengok berita, hati yang neutral ni tetiba jadi panas dan rasa geram je sebab berita yang dipaparkan terlalu murah dan tak salah jika saya katakan terlalu jijik untuk didengar oleh semua lapisan umur rakyat negara ini.

Saya paham, pilihan raya dah nak dekat. Tapi sebagai badan politik yang berkuasa, janganlah terlalu ekstreem menghentam pihak lawan sehingga mendakwa seolah-olah kamu saja yang betul dan pihak lawan serba tak betul dan salah semuanya. Ini permainan psiko. Takkan tak tahu kot, dalam ilmu psikologi, semakin banyak kita memburukkan  orang, semakin banyak kita menjatuhkan orang, semakin banyak kita memperkatakan keburukan musuh kita, sebenarnya kita secara tak langsung mendedahkan siapa diri kita sebenarnya dan orang secara mudah boleh judge kita bahawasanya kita ni memang tak boleh pakai. Useless dan hopeless sebab 24 jam cari kelemahan orang. Pasal apa? Pasal tak yakin dengan keunggulan diri sendiri dan tak  yakin dengan potensi diri sendiri. Betul tak?

Bagi yang jahil dan kurang ilmu agama, bolehlah nak ngata itu ini dan guna pakai isu sumpah laknat lah liwat lah etc yang saya katakan di awal tadi, isu yang terlalu jijik untuk saya kupas di sini. Serius seh, memang jijik nak cakap pasal isu ni. Seolah-olah mereka lupa, dengan menjaja isu ini, secara tak langsung pihak negara luar akan menganggap Malaysia negara yang mempunyai pemimpin atau parti politik yang suka benda lucah. Tak malu ke? Orang jahil bolehlah disuap dan hadam tanpa banyak soal. Tapi bagi yang tahu dan ahli dalam ilmunya, nampak sangat kenaifan isu yang dimainkan. Nampak sangat, ok?

Saya tak pihak mana-mana sekarang. Sebab saya pun tak tahu nak keluar mengundi ke tak PRU kali ni. Bosan seh. Tapi saya pun  tak ingin jadi rakyat yang bodoh bangang yang terima sesuatu isu tu tanpa membuat kajian dan soal siasat terlebih dahulu. Sebab orang bijak, dia takkan terima sesuatu berita tu tanpa menyiasat kebenarannya terlebih dahulu, kan? So saya nak jadi orang yang bijak. Dan saya sering merujuk mereka yang ahli dalam isu yang dimainkan sebab saya perlukan orang yang bijak untuk menerangkan sesuatu isu tu secara lebih jelas dan terperinci tanpa memihak kepada sesiapa melainkan menganggap ianya suatu amanah Allah yang perlu penjelasan yang adil. Itu saja.

Dan mintak maaf cakap.
Saya melihat ramai mereka yang di luar sana menjadi pak turut dan mengangguk menggeleng tanpa menyiasat kebenaran sesuatu isu itu terlebih dahulu. Memang sangat kasihan pada mereka yang bersikap seperti ini.

Tapi saya yakin, zaman sekarang jauh lebih baik dari sebelum ini, di mana kemudahan capaian jalur lebar semakin meluas, dan sekali gus penyampaian berita menjadi semakin berkembang ke seluruh pelusuk di tanah Melayu ini. Hopefully korang yang membaca ni tergolong dalam golongan yang bijak, insyaAllah!

Tentang isu liwat, sumpah laknat, isu menuduh tanpa bukti kukuh, saya suka melihat catatan UZAR sebab bagi saya, beliau seorang yang ahli dalam ilmunya dan seorang yang telus tanpa memihak kepada sesiapa.

Boleh rujuk sini untuk bedah siasat sesuatu isu.
Selain tu, pendapat ulama besar Mesir Profesor Yusuf Al-Qardhawi jugak penting untuk dijadikan bahan rujukan. Dan juga beberapa laman web ilmuan lain serta forum yang saya jenguk sekali sekala untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang sesuatu isu tersebut. Jangan dengar dari media masa tempatan 100%. Amatlah kurang bijak jika anda percaya 100% berita yang media masa kita sampaikan itu. Sekarang zaman IT, semua maklumat di hujung jari. Jadi, manfaatkanlah. Jangan bz dengan FB/Twitter jer. Jangan sibuk layan Youtube je. Jangan asyik nak cari duit je. Hal negara nak tak nak kena ambik tahu jugak.

Saya memang begini. Jika ada rakan yang menceritakan keburukan rakan yang lain pun, saya akan tanya jugak kepada rakan yang diceritakan itu. Betul ke si Minah tu cerita macam tu macam ni pasal ko. So jangan dengar dan terus hadam. Siasat dulu. Then baru buat keputusan. Betul ke tak cakap si Minah ni. Ini baru dikatakan bijak. Kalau tak, habislah porak peranda hubungan kita sesama rakan dek kebodohan dan kebangangan diri kita sendiri dalam menerima sesuatu input dari seseorang.

Paling penting, apa pun  isunya, tepuk dada, tanya iman. Jangan tanya selera sebab kalau tanya selera, selera mesti nak makan Pizza Hut jer. Hahaha...
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!