Duit Belanja Sally

9 Dec 2012

Facon Education Fair 2012

Rasanya lama sangat tak tulis kat blog ni.
Biasalah, kesibukan seharian adakalanya menghalang kita untuk terus aktif dan istiqamah dalam meneruskan sesuatu perkara yang sepatutnya perlu dibuat selalu.
Tapi nak buat macam mana, selagi saya menguruskan perniagaan kecil-kecilan warisan keluarga, memang diakui masa itu sendiri amat mencemburui saya. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahu tahu je dah nak masuk 2013. Fuhh! Begitu pantas masa berlalu!
 
So bila fikir-fikir balik tentang apa yang telah saya gapai setakat ni, tiba-tiba saya teringat tentang niat saya yang masih belum pudar untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi suatu hari nanti. Alhamdulillah, setakat blog ini ditulis, minat saya untuk belajar masih belum pudar, bahkan semakin membara-bara setiap kali melihat para graduan meraikan kejayaan mereka di hari konvokesyen.
 
Ya, saya ingin mengulangi detik itu yang cuma sekali saja pernah saya raikannya setakat ini! Apatah lagi setelah membaca karya Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman yang menggalakkan kita semua sambung belajar tak kira di mana saja pada bila-bila masa pun selagi ilmu yang ingin kita pelajari itu bermanfaat untuk kehidupan kita di dunia dan akhirat. Bahkan Dr. HM Tuah Iskandar sendiri mempunyai kelulusan Phd. dalam pelbagai bidang.
 
Buku pembakar semangat!

 
Jadi, saya dan adik layari internet cari maklumat untuk sambung berlajar ke peringkat sarjana muda (degree) kerana kami berdua telah memiliki diploma. Maklumlah, sebelum ini kami bekerja setelah tamat diploma kerana masa tu banyak sangat halangan untuk kami berdua menyambung pelajaran. Kami fikir inilah masanya. Dan dalam mencari-cari tu, saya dapati begitu banyak Education Fair yang akan berlangsung dari bulan ini sehingga Julai tahun depan.
 
Buat pengetahuan semua, saya dan adik berhasrat untuk belajar di luar negara. Adik saya meminati Korea atau UK sebagai destinasi pilihan pembelajarannya, manakala saya lebih teringin untuk bergelar pelajar di negara matahari terbit. Macam melampau kan impian kami ni? Tapi bila fikir-fikir balik, dunia hari ini, tiada apa yang mustahil. Selagi kita berusaha keras, insyaAllah kejayaan pasti menjadi milik kita!
 
Maka, sebagai permulaan, kami hadiri sendiri ke Facon Education Fair yang diadakan di PWTC pada 8-9 Disember, Sabtu dan Ahad, 12pm-7pm.
Kami tiba di hadapan pintu Dewan Tun Hussien Onn (Dewan 1 & 2) tepat jam 12.00 tengah hari. Punyalah semangat kan? Haha!
 
Kami tengok ramai beratur dan berlegar depan pintu. Rupa-rupanya, event masih belum bermula. Lebih kurang 5 minit jugalah kami dan pengunjung lain tunggu depan pintu tu. Lepas tu barulah diumumkan bahawa Facon Education Fair dengan rasminya dibuka untuk orang ramai. Maka melurulah kami semua ke dalam. Perghhh.... ini semua bakal-bakal pelajar yang bercita-cita tinggi barangkali... hehehe...
 
Saya dan adik merayau ke sana sini. Terdapat banyak booth IPTS tempatan dan antarabangsa yang mengambil bahagian. Di antaranya ialah Kolej Segi, Kolej Sunway, Kolej Taylor, Kolej Lim Kok Wing, Kolej Masterskill, KDU, Unitar/Utar dan banyak lagi kolej-kolej swasta yang lain. Saya dan adik tak berminat untuk meninjau dan menyinggah di booth-booth ini sebab misi kami ialah untuk further study kat luar negara. Cewah! Demand tak ingat kau! Hahaha... Ala, lagipun setakat kolej-kolej ini, sediakan saja $$$ yang lebat, selagi GPA kau tak bawah 2.0, kompem takde masalah besar untuk kau sambung pelajaran kat situ. Jadi kami tak berminat dengan kolej-kolej swasta sebegitu. Ayat berlagak ke? Bukan berlagak. Cuma tak rasa thrill kalau senang sangat dapat masuk. Maknanya pusat pengajian tu tak berstatus elit dan ekslusiflah kan? Sebab pusat pengajian yang elit dan ekslusif, orang awam payah nak masuk jika keputusannya suam-suam kuku. Kan?
 
So kami merayau lagi.
Dan inilah dia. Mata kami mula melihat booth-booth pusat pengajian luar negara. Ada Cina, India, Jerman, Rusia, Singapura, Taiwan, Indonesia, UK, dan... tu dia... booth Jepun di antara yang paling besar dan paling banyak pusat pengajian yang ditawarkan, sama ada pusat pengajian milik kerajaan Jepun mahupun milik swasta.
 
Kami berjalan dahulu di sepanjang booth-booth Jepun. Kejap lagi kami singgah, fikir kami. Sekarang misi nak cari booth Korea Selatan pulak.
 
Tapi, mana booth Korea? Kami tak nampak Korea. Puas kami melilau sana sini, masih tak jumpa. Adik saya agak kecewa. Tapi untuk melupakan kekecewaan, kami mula pergi ke booth Jepun semula untuk memulakan sesi temubual dengan wakil daripada universiti masing-masing. Disebabkan bulan 7 ini kami merancang akan ke Osaka, maka kami singgah di booth Kyoto Universiti.
 
Dapat beg tomeii dari booth Jepun...
 

Maka bermulalah sesi temubual kami yang pada mulanya agak formal, lama kelamaan jadi macam borak santai pulak. Siap tanya macam-macam kat pelajar Kyoto Universiti tu. Dekat setengah jam jugak saya dan adik saling bersoal jawab nak tahu serba serbi step by step macam mana nak futher study kat Jepun ni. Tentang kelayakan asas, twist course yang kita nak ambik, marital status, had umur untuk dapat biasiswa kerajaan Jepun dan sebagainya.
 
Namun, ada di antara temubual tu, sebahagiannya saya dah tahu melalui pembacaan di internet. Contohnya tentang program AAJ iaitu Ambang Asuhan Jepun di UM yang ditawarkan kepada lepasan SPM yang ingin menyambung pelajaran ke Jepun. Pihak UiTM juga mempunyai program sedemikian di Intec Shah Alam, pun untuk lepasan SPM jugak. So, yang ni memang saya takkan layaklah kan? Lagipun saya tak nak buang masa 2 tahun semata-mata nak belajar bahasa Jepun. Namun saya memang teringin sangat nak sambung belajar kat sana satu hati nanti. Tapi faktor umur dan status, saya perlu fikir banyak kali untuk saya buang masa nak ambil peperiksaan EJU (Examination for Japanese University). Meskipun ambil kursus di luar secara private pun, mampukah saya untuk mencapai target sekurang-kurangnya 280 point daripada 400 point untuk lulus?
 
Saya fikir lagi.
Hasil daripada borak santai itu, saya dapati memang ada pelajar macam kami yang ke sana sambung pengajian daripada diploma ke sarjana muda, seterusnya ke peringkat sarjana. Namun, bilangan ini tak ramai. Tapi ini bukan permasalahannya. Hati kalau dah membara, pasti akan cari jalan penyelesaian, kan? Lagipun orang macam kami ni, kebanyakannya pergi sambung belajar bukan sebab nak dapat kerja bagus, sebab kami bukan lepasan SPM yang masih tercari-cari lepas belajar nak kerja apa nak buat apa semua, bukan macam tu, sebab kami sendiri dah ada matlamat hidup dan dah fikir pun nak buat apa, di mana kebanyakan yang lewat sambung belajar macam kami ni dah ada kerjaya yang kukuh dan kewangan yang dah kira agak stabil. So kami belajar bukan untuk dapat kerjaya mantap, sebaliknya lebih kepada kepuasan diri untuk meningkatkan ilmu dan maruah agar tidak dipandang rendah.
 
Saya sebagai contohnya, saya nak sambung belajar selagi terdaya sebab saya nak buktikan pada keluarga bahawa saya juga boleh berjaya dan belajar luar negara macam orang lain, di samping ingin meningkatkan keyakinan diri dan memperkemaskan jati diri setapak lagi. Paling penting, Islam sendiri menyuruh penganutnya menuntut ilmu sampai ke liang lahad, kan? So, tiada alasan lagi untuk tak nak sambung belajar, kan? Malah dalam Islam, sekiranya mati ketika belajar, dianggap syahid kecil, sebab proses pembelajaran itu sendiri dianggap jihad dalam Islam. So ini matlamat saya, matlamat adik saya. Bukanlah kami mahu mati sebab nak kejar syahid pulak. Bukan macam tu. Kalau boleh kami naklah selamat selesaikan pengajian kami ke peringkat lebih tinggi dan lagi dan lagi selagi terdaya. Kami mahu belajar tanpa henti seperti HM Tuah yang dah ada banyak Phd. dalam pelbagai bidang. Ini matlamat kami. Ini impian kami!
 
Dalam berfikir-fikir, kami merayau lagi. Kali ni singgah di booth UK, Northampton University. Saya teman adik saya pulak. Kami mulakan sesi soal jawab dengan seorang perempuan Cina, disampuk oleh wakil dari pihak universiti itu sendiri. Mendengar slanga English minah saleh ni, kami teringat Rowan Atkinson yang mempunyai dialek yang sama. Sepatah sepatah dengan sebutan yang jelas. Agak kelakar!
 
Dah isi form sikit, discuss pasal study kat UK. Memang agak senang berbanding Jepun, sebab tak payah belajar bahasa asing dah. Apatah lagi jika kita mempunyai keputusan transkrip Diploma yang bagus. Kedua-dua kami kira oklah keputusan GPA kami. Bahkan adik saya mantaplahkan, atas 3.5 GPAnya. So just tambah setahun untuk pre-degree jika nak tukar kos dan sambung degree dalam 2 tahun. Sekejap, kan? Tapi saya tak berminat sebab hati saya tetap ke Jepun, sedangkan adik saya nak try Korea atau UK. Namun bila ditanya-tanya banyak kali, ternyata dia lebih cenderung nak ke Korea. So booth UK kami tinggalkan tanpa perasaan. Haha!
 
Kami kembali ke booth Jepun.
Jalan-jalan sepanjang lorong booth Jepun tu, sekali sorang perempuan ni tegur kami. Borak sikit-sikit, last2 kami singgah tepi. Tengok tulisan booth yang diwakilinya, Hokkaido University. Perghhh... best nie... belah-belah atas Sapporo sana... cun... cun! Kata hati saya. Hehe...
 
Mana satu idaman kalbu? :p

 
 
Macam biasa, kami mulakan mukaddimah dengan bertanya step by step sekiranya ingin melanjutkan pengajian dari peringkat diploma ke sarjana muda/degree. Katanya, kalau untuk peringkat Undergraduate ni, semua Universiti di Jepun mewajibkan setiap pelajar luar menduduki EJU sebab kelas semua dalam bahasa Jepun. Dan semua pelajar juga diwajibkan mengambil peperiksaan TOEFL iaitu Test Of English as a Foreign Language. Macam MUET laa, cuma MUET untuk IPT di Malaysia je, tapi TOEFL ni boleh pakai untuk satu dunia. So kami dah dapat gambaran jelas tentang itu.
 
Tengah borak-borak, tetiba ada beberapa pengunjung singgah di booth dia. Beliau tinggalkan kami dengan seorang wakil lelaki yang sedari tadi hanya menyampuk sikit-sikit je perbualan kami. Mamat ni dah habis belajar sana, sekarang dah kerja. Tapi sepanjang borak, dapat dilihat dia ni tak habis-habis promot universiti kebanggaannya itu. Katanya, meskipun ramai orang kata Hokkaido ni jauh, agak terperuk, tapi suasana cuaca dan persekitarannya amat cantik. Kalau nak diukur dari sudut musim, Hokkaido adalah tempat paling bagus untuk menikmati kepuasan untuk setiap musim. Katanya lagi, kalau musim bunga, memang keluar bunga sungguh-sungguh. Kalau musim sejuk, memang sejuk sungguh-sungguh sampai pernah cecah -20'c. Kalau musim luruh, pemandangan sekitar memang cantik dan kalau musim panas, cuacanya tak terlalu membahang, tak macam di kebanyakan daerah di Jepun yang panasnya amat membahang seperti di Osaka dan Tokyo.
 
Kami borak-borak lagi dengan bahasa yang lebih santai. Malah ada sampai terkeluar topik, namun yang bagusnya, beliau sudi kongsi pengalamannya sepanjang berada di Jepun, sampai bab rumah sewa, kos perbelanjaan seharian, kerja part time dan aktiviti time cuti buat apa, semua diceritanya. Perghhhh... saya semakin teruja. Adik saya pulak, demi tak nak mengalah, boleh pulak dia tanya kat mamat tu;
 
"Abang pernah ke Korea tak? Sebab Jepun dengan Korea dah tak jauh, kan?"
 
Amboiii... ni dah terkeluar topik sangat dah ni. Tapi bagusnya sekali lagi, beliau layankan aja soalan-soalan bengong kami ni. Mungkinlah beliau dah nampak keterujaan saya dan adik mendengar betapa seronoknya belajar di tempat orang. Bila mamat tu mengaku dah sampai Korea, barulah adik saya berterus-terang tentang minatnya untuk belajar di Korea. Mamat tu dah gelak-gelak, dalam hati mesti dia ingat kami ni peminat K-Pop agaknya. Haha, lantaklah nak fikir apa. Yang pasti, saya dah dapat banyak maklumat baru sepanjang perbualan itu berlangsung. Lama jugaklah kami borak, tahu-tahu je dah pukul 2.20ptg. Giler! Kami baru singgah di 3 booth, tapi makan masa hampir 2jam. Bayangkan lama gila punya borak. Perghhh... Kami minta diri, dan sebelum pergi, sekali lagi mamat tu promot sungguh-sungguh Hokkaido Universiti, universiti kebanggaannya. Katanya beliau akan sambung master di situ juga nanti. Ceh! Bukan main lagi nak promot sampai sensei (pensyarah-pensyarah) dia kat dalam booth tu gelak-gelak je tengok gelagat kami.
 
Kesimpulan yang saya dapati dan fahami hasil daripada perbualan semua di mana saya dah hadam dan dah cerna sebaik mungkin, saya mengambil keputusan begini.
 
  • Memandangkan saya tak mahu buang masa untuk ambil EJU dan TOEFL, maka saya fikir tahun 2013 saya akan simpan duit sungguh-sungguh, mantapkan perniagaan saya dan penguasaan bahasa Inggeris dengan lebih baik di samping beberapa misi lain yang telah saya rangka sebentar tadi.
  • 2014, insyaAllah saya akan sambung pelajaran secara konsisten di mana-mana IPTA tempatan selama 2 tahun.
  • 2016, saya akan ke Jepun untuk mengambil Master. Menurut sistem pembelajaran di Jepun, pengajian peringkat Postgraduate seperti Master dan Phd. menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya sebagai bahasa pengantar antara pensyarah/ahli akademik dengan pelajar. Jadi di sini saya tak perlu belajar bahasa Jepun. Memadailah setakat belajar perbualan basic je.  
  • Menurut sistem pembelajaran di Jepun lagi, selagi umur pelajar untuk program Master dan Phd. belum cecah 35 tahun, maka adalah layak untuk mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan Jepun. Memandangkan masa itu umur saya masih belum cecah 35, maka saya layak untuk mendapat biasiswa itu.
  • Seperkara lagi, untuk peringkat Master dan Phd., tiada sebarang sekatan status dikenakan, bahkan peringkat undergraduate pun tak menjadi masalah sekiranya kita telah berkahwin. Jadi tiada masalah risau soal status. Dah berkahwin pun masih boleh sambung belajar di Jepun.
  • Maka 2016, jika dipanjangkan umur, insyaAllah saya akan sambung pelajaran ke Jepun untuk peringkat Master, dan jika panjang lagi umur, saya akan sambung lagi dan lagi selagi terdaya.
 
So, tiada alasan untuk maju jaya, kan? :)
 
 
 
 

~ieza~ blog suka-suka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!