Duit Belanja Sally

31 May 2011

R.I.P

Kawan-kawan...




Ini kucing kesayangan saya... Sally...
Sally si kucing comel...
Sally yang telah menggerakkan hati saya untuk menulis url blog ini sempena namanya.

Kejap tadi, saya telefon penjaga kucing yang jaga Sally.
Nak beritahu saya nak melawat Sally tulat.

Rupa-rupanya...


Dah 2 minggu Sally dah tak ada.

Sally dah tak ada!

Sally dah kembali kepada Penciptanya...

Patutlah seminggu dua lepas mata kiri saya tak henti berkelip selama 2-3 hari.
Rupa-rupanya saya akan menangis teruk hari ini...
Masa tu, saya dah kehilangan Sally rupanya.

Saya redha jika ini yang terbaik buat Sally.
Kata penjaga tu, Sally sakit paru-paru.
Doktor kata penyakit Sally tu dah lama.

Saya terima alasan tu. Namun saya jugak tak nafikan, mungkin Sally tak berapa sesuai dalam jagaan penjaga tu sebab sebelum ni, Sally memang sihat dan aktif. Jadi agak mustahil untuk Sally menderita sakit paru-paru sebab Sally langsung tak menunjukkan tanda-tanda dia sakit sepanjang dalam jagaan saya selama ini. Mungkin Sally sakit rindukan saya, siapa tahu? Sebab saya akui, minggu pertama berpisah dengan Sally, hampir setiap malam saya menangis teringatkannya.

Apa yang saya kesalkan, penjaga ni tak beritahu berita kematian Sally pada saya sebab tiada nombor telefon. Saya rasa nak maki je dia tadi. Tapi saya sabar. Marah macam mana pun, Sally tetap dah pergi.

Tak apalah. Sally dah selamat. Sally makhluk yang tak berdosa. Sally tak dihisab.
Harapan saya, jika amalan saya kurang, Sally dapat menjadi 'penambah' untuk saya ke Syurga kelak.

InsyaAllah.

Kawan-kawan... doakan agar saya dapat terima semua ini dengan redha dan hati yang tabah!


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

5 comments:

FVN said...

alahai.. ko jgn sedih ye...

meowwmania said...

ya Allah sedihnya :(

tp kan mmg betul kucing ni di boleh jatuh sakit atau merana jika merasa dirinya tak disayangi sbb ini pernah terjadi dgn kucing makcik sy sendiri.

setelah mempunyai cucu makcik sy akui dia telah mengabaikan kucingnya dia terleka. dia perasan kucing dia tu tak seaktif dulu tp makcik sy tak ambil pusing dia cuma bg mkn macam biasa lama kelamaan kucing yg tak aktif tu mula tak mahu makan, tak memberi respon pd makcik saya, dan akhirnya jatuh sakit dan mati.

lepas tu br makcik sy sedar yg kucing dia dah tak sebahagia dulu dan hidup dlm kesedihan. tp benda dah jadi dan itu menjadi pengajaran. makcik sy menyesal dan dia selalu berpesan pd sy supya jgn mengabaikan haiwan peliharaan sbb mereka cuma ada kita.

tp pemergian Sally itu mungkin yg terbaik utknya...Allah maha mengetahui

Miss Ieza tabahkan hati yer

smoga Sally aman di sana..

ery D cat said...

salam misz ieza..
btl apa yg MM katakan..ery jg setuju sbb kucing ery si memet akan rs sakit bila ery xsihat...mereka2 ni semua pun ada perasaan di syg dan dimanja..benarlah kata org..semakin gemuk seekor kucing tu semakin byk kebahagiaan yg kucing tu dpt..mgkin krn rindu dan rs terpisah..dan si penjaga tu pula kt hrp misz ieza xmenyalahkan nyer..redha je ngn pemergian sally..ery pun turut bersedih juge...sabar yer..

RIP sally...

my.mastura said...

alamak! sedih nyer..:(

tp, naper penjaga tu x bgtau eh..alasan x der no tepon tu mcm x logik je..

Adilla Harun said...

Sedihlah saya membacanya. Serah pada penjaga kerana sibuk menjaga parent ke?

Saya yang tak mesra kucing ini masih dapat memahami perasaan Sally tu. Betul dia mungkin rasa ditinggalkan dan beragan. Apa pun itu ketentuan Ilahi.

Banyaklah bersabar! Jangan sedih sangat. Apa pun gambar arwah di atas tu memang 'comel' sangat-sangat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!