Duit Belanja Sally

11 May 2011

Misi 2011/1432

Hampir 6 bulan telah berlalu dalam tahun 2011.
Tempoh masa masih berbaki kira-kira setengah tahun lagi untuk kita realisasikan kesemua impian dan matlamat hidup kita untuk tahun 2011/1432.

Awal tahun 2011 yang lepas, kita telah menyenaraikan 7 MISI untuk kita gapai sebelum 2011 melabuhkan tirainya. Tapi ianya telah bertukar kepada 6 MISI sahaja. Satu daripada misi tersebut terpaksa ditangguhkan. Kenapa tangguh? Sabar. Sat lagi kita cerita.

Di antara 6 misi tersebut, 1 daripadanya telah pun berjaya dicapai.
Tepuk tangan untuk diri sendiri... clap clap clap.... hehehe...

Jadi tinggal lagi 5 misi yang perlu digapai.

Dan di antara 5 misi yang masih belum direalisasikan, 4 daripadanya sedang dalam proses untuk direalitikan.
Tepuk tangan lagi.... clap clap clap... :p

So tinggal 1 misi lagi yang tak tahu apa statusnya, kan?
Sama ada dah bermula ke, atau baru nak mula ke, kan?

Haa... misi yang satu tu, jujurnya sehingga ke hari ini, masih belum dimulakan.
Sebab misi ni memang paling 'thrill' daripada keenam-enam misi yang ada.
Memang susah nak mula pasal kena penelitian dan pemerhatian yang khusus. Sedangkan real life Miss Ieza nie memang sentiasa busy almost 24 hours!
Hahaha... macam bagus je ayat, kan? :p

Takpelah. Yang penting, di antara 6 misi tu, 1 daripadanya dah tertunai.
Sementara yang 4 misi lagi sedang dalam proses, dan insyaAllah akan terlaksana jika kita fokus pada proses tersebut. So hanya tinggal 1 misi yang belum dimulakan.
Takpa. Biar keempat-empat misi yang sedang dalam proses ni berjaya dilaksanakan terlebih dahulu, barulah kita fokus pada misi yang terakhir tu. Dan mungkin misi yang terakhir itu akan berjaya dengan sendirinya tatkala kesemua misi di awal tadi telah terlaksana dengan sempurna.

Macam pelik je bunyinya, kan?
Hahaha... Biarkan korang rasa pelik. Lagi korang pelik, lagi kita suka.
Jahat kan Miss Ieza nie... :p

Dan seperti yang kita kata di awal perenggan tadi, ada satu misi terpaksa kita tangguhkan.
Kenapa?

Oklah. Misi yang satu ni takpelah kita bagitahu. Yang lelain tu, dah berjaya kesemuanya nantik, baru kita kasi tahu, ok?

Misi yang terpaksa kita tangguhkan itu ialah hajat kita untuk memiliki kereta baru.
Almaklumlah, sejak jadi student UiTM sekitar 2006, sampai sekarang tak bertukar kereta. So niat nak tukar kereta tahun ni, 2011, tapi disebabkan satu insiden yang membabitkan kenderaan baru ayah kita telah menjadi sasaran jenayah pecah kereta (sila rujuk sini), maka terpaksalah kita lupakan dulu hasrat hati tu. Impian ini akan kita realisasikan apabila kita telah pindah dari kawasan 'Black Area' ini. Amat tak selamat untuk memiliki kereta baru di kawasan yang kalangan penduduknya masih mempunyai anak-anak bertaraf kes juvana atau lepasan sekolah Henry Gurney. Sementelah sesetengah penduduk tu pulak, pemikiran masih di takuk lama. Bergosip (mengumpat) masih subur di kalangan ahlinya. Langsung tiada inisiatif untuk membangunkan minda dan rohani. Pastu panas hati tengok orang lain lebih maju ke depan. Haprak punya pemikiran!

Jadi, kita masih ada kurang lebih setengah tahun je lagi untuk kita realitikan kesemua misi kita itu. Dan syukur, satu daripadanya telah berjaya berada dalam genggaman saat ini!

Chaiyok chaiyok Ieza!

p/s : Miss Ieza kongsikan misi beliau kepada umum dengan harapan agar kita semua akan lebih termotivasi dan sekali gus dapat mengimbas kembali apa dia misi dan impian yang ingin kita genggam pada tahun ini.. 2011/1432. Masih belum terlambat untuk kita semua realitikan apa-apa yang dihajatkan. Ganbatte kudasai!!!


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

4 comments:

habsahharun said...

gambatte kudasai :)

ery D cat said...

insyallah misi tu akan tercapai jua nanti berkat kesabaran...apa2pun kwn2 doakan yg terbaik untuk kwn2 juga...

my.mastura said...

erk..aku rasa aku tau mana ko duduk..heheh

area tu mmg black area kan? masa aku menyewa dulu tu pon, takut woo walaupon apartment aku terkebelakang skit..

Miss Ieza said...

@habsahharun : chaiyok chaiyok...

@ery D cat : thanks... sama-samalah kita mencapai misi 2011...

@mas : Laa... macam tahu ape.. ko mmg tahu pon.. kat uma aku sebelah flat je ngan uma dak keri tu... ko belakang sket... haruslah aku tahu dan ko tahu.. hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!