Duit Belanja Sally

22 May 2011

Are You Ready?

21 Mei 2011 , Sabtu.

Seramai 16 orang kanak-kanak yatim yang tinggal di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat telah selamat menemui Pencipta mereka apabila mereka semua maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku petang semalam.

Eh kejap. Dah macam berita pulak.

Huhu.

Ok ok sambung balik ikut versi cerita.

Menurut sumber berita, sepatutnya satu majlis akan diadakan pada pukul 5 petang semalam, namun sesungguhnya tanpa dijangka, 16 daripada penghuni pusat asuhan itu bakal menemui ajal mereka pada petang itu apabila tertimbus dalam kejadian tanah runtuh terbabit.


Gambar ehsan dari incik google


Sementara itu, pelakon veteran yang juga merupakan isteri kepada pelakon Allahyarham Hussin Abu Hassan dan ibu kepada aktor Faizal Hussin telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 1pm semalam di Hospital Ampang Puteri. Difahamkan, Allahyarhamah tiada sebarang penyakit berbahaya melainkan diabetes yang terkawal.
Gambar ehsan dari puan yahoo



Hmmm... apa pun, bila kita renung-renung balik, sesungguhnya ajal itu tak mengenal usia dan tak mengenal siapa. Semua di antara kita berisiko untuk pergi dulu. Semuanya terpulang kepada Tuan kita yang mencipta kita. Kita hanyalah ciptaan-Nya dan kepada-Nyalah kita semua akan dikembalikan. Maka bersedialah setiap masa!


Nie apa pasal entry pasal mati pulak nie?

Bukan apa, sekadar saling mengingatkan. Sesekali elok muhasarawakkan diri kita dengan cerita-cerita sebegini, moga-moga kita tak leka dengan maharaja lawak semata. Bukankah mengingati mati itu salah satu sifat terpuji? Bahkan kita disunatkan mengingati mati saban hari agar kita tidak terus leka dengan urusan dunia.

Apa pun, perbanyakkanlah doa moga-moga Allah melanjutkan usia kita dengan kesihatan yang baik serta kemurahan rezeki yang berkat agar dapat direalisasikan segala hasrat hati sebelum kita dijemput Ilahi, selagi impian itu membawa kebaikan untuk semua. So, let's pray together!



Al-Fatihah untuk semua yang telah pergi.






P/S : Moga-moga aku sempat berketurunan sebelum mati sebab aku impikan penyambung zuriat yang sakinah yang boleh mendoakan aku di alam barzakh kelak, mudah-mudahan, insyaAllah! Amin.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!