Duit Belanja Sally

10 May 2011

Kembalikan semangatku!

Dengan keadaan ayah yang masih belum pulih sepenuhnya, serta ketiadaan Sally peneman gurau cakar saban hari, kadangkala membuatkan semangat kita nie semacam lemah je...

Hanya kepada-Nya kita mintak simpati, mintak dikuatkan semangat yang kian lemah nie... :(

Sekarang dah 10 Mei, tapi blog kita baru ada satu entry masuk dua (yang sedang taip nie)

Punyalah takda semangat nak menulis. Sebab biasanya bila kita menaip memalam, mesti Sally ada kat kaki kita... kat atas riba.. tak pun dok melepak atas meja komputer nie dok halang kita menaip.

Adus. Kita tak boleh terus macam nie. Kita kena kuat.

InsyaAllah... kita akan cuba tabahkan hati untuk harungi dugaan nie... sebab blog nie pon kita design sempena Sally... jadi kita tak nak blog nie mati... hilang seri...

Sally tunggu mama k. Satu hari nanti mama akan ambil Sally setelah keadaan pulih seperti sedia kala...

Buat ayahanda tercinta, cepat sembuh k.
InsyaAllah semua syaitan yang bertandang dalam badan ayah tu akan segera dihapuskan. Banyakkan baca Ayatul Kursi dan Al-Fatihah. Semoga penghantar sihir tu akan mendapat balasan yang setimpal atas perbuatannya kelak. Kita doa ini di atas setiap kesakitan yang ayah alami.

Dah dah. Tak nak sedih sedih lagi, ok? Semuanya akan kembali ok selepas ini, insyaAllah. 

Chaiyok chaiyok Ieza!

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

4 comments:

ery D cat said...

chaiyok3x!!!meow!!!xpe tabah yer...sally pun ingat kamoo juge tu..dia akan mendoakan yg baik2 juge untuk tuannyer...

my.mastura said...

insyaAllah, kwn2 doakan utk ko..

Miss Ieza said...

@ery D cat : mudah-mudahan laa yek.

@Mas : thanks weh. insyaAllah...

bofoyengfeng said...

kawan2 sentiasa doakan yang terbaik buat kamu. dahulukan apa yang patut didahulukan...ok sis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!