Duit Belanja Sally

2 Apr 2011

Dari HKL ke DEMC!!!


Alhamdulillah, 1 April 2011 kira-kira jam 10.25am, kita telah pun mendapat seorang lagi anak buah lelaki... Menjadikan jumlah keseluruhan 21 orang (kalau ikutkan 22 orang, tapi seorang dah meninggal seawal usia 6 hari.. Al-Fatihah untuk arwah Muhammad Iqbal)

Hmmm.. lahir pada 1 April, bila abahnya telefon kawan-kawannya bagitahu tentang berita nie, semua dok kata, "Ala... April Fool... tahula bini ko lambat lagi due datenya..."
Macam tulah lebih kurang komen memasing...

Last sekali bila abang ipar kita dah geram, dia sound...

"April Fool tak April Fool, ko mari sini, DEMC,"

DEMC tu Darul Ehsan Medical Centre kat Shah Alam.

Bulan lepas pulak, abang kita dapat anak perempuan. Kebetulan, time tu hari isnin, memang hari off duty untuk kita, macam petang tadi hari Jumaat, off duty. So memang beruntunglah sebab dapat jadi antara orang terawal untuk jenguk baby-baby nie yang usianya tak sampai sehari!

So, layankan gambar-gambar baby comel merangkap anak-anak buah kita nie k!




 Anak kakak kita

Baby 1 April 2011

Hai! Nama Saya Muhammad Nikman Haziq

Yang nie pulak anak abang kita 

 Dia nie lahir pada 3 Mac 2011

Namanya Nur Dania Batrisyia






Hmmmm... yang pasti, belanjawan duit raya tahun nie terpaksalah dinaikkan lagi!
Hahaha...






2 comments:

meowwmania said...

alolo...tembamnya pipi hehe

tahniah yer :)

Ieza2fyza said...

tula.. geget karang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!