Duit Belanja Sally

8 Apr 2011

Badai Semalam ke Pentas Teater!

Sebagai salah seorang peminat novel Melayu, banyak jugak novel-novel yang kita baca meninggalkan kesan yang mendalam di hati. Selain daripada meminati novel-novel masa kini, kita turut menyukai penulis-penulis lama atau otai seperti Khadijah Hashim melalui karya Badai Semalam yang telah acap kali dibaca. Penceritaannya, gaya bahasa serta latar belakang dalam setiap plot dan watak yang diterjemahkan dalam novel tersebut, memang amat-amat melekap masuk ke dalam jiwa kita.

Malam tadi kita tertengok berita kat Gala TV, katanya Badai Semalam akan ke pentas!

Wah wah.. untung benar Khadijah Hashim, karyanya bakal diluahkan dalam bentuk lakonan pula, bisik kita dalam hati.

Seingat kita, novel nie kita mula baca seawal umur kita 12 tahun!
Dan sampai sekarang kita masih mengulangi pembacaan sekiranya kita rindu nak baca novel tersebut.

yang ni cover baru kot sbb yg kita punya versi lama sikit...
malas nak snap so curi incik google punye jela! haha...

Selain meminati karya RAM, kita turut terkesan dengan penulisan Samsiah Mohd Nor melalui buah tangannya Tangisan Bulan Madu. Cuma kita kurang berkenan apabila Tangisan Bulan Madu menyambung tulisannya ke siri kedua, ketiga etc kerana bagi kita, yang selebihnya macam dah merepek dan kita lebih suka Tangisan Bulan Madu cukup sekadar itu, tak perlu Tangisan Bulan Madu 2, 3 dan seterusnya kerana klimaksnya sudah cukup berada di puncak dengan pengakhiran Amira berhijrah ke KL dan memulakan penghidupan baru di sana. Cukup setakat itu dan itulah yang memberi impak kepada pembaca seperti kita!

Bertambah jelak apabila Tangisan Bulan Madu yang cuba didramakan langsung gagal meresap masuk ke dalam emosi kita.

'aku akan menunggumu, Bogat!'


Huhu... ini cuma pendapat kita semata. Korang berhak untuk mengatakan sebaliknya. Karang tak pasal-pasal ada pulak hamba Allah nak saman aku pasal tulisan aku nie nantik. Hahaha...

Bercerita tentang penulis lama, kita turut terkesan dengan novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain yang menceritakan rentetan kisah duka seorang pemuda bernama Hilmi yang berasal dari kampung sehingga berjaya menjadi komposer terkenal melalui petikan pianonya. Kemuncaknya menjadi rancak bila mana akhirnya Hilmi merupakan anak kandung Dato' Johari dan Hayati merupakan adik tirinya. Novel ini menamatkan ceritanya dengan tema kesedihan apabila Hilmi dan Dato' Johari meninggal dunia. Dedulu ada dengar cerita, nak wayangkan novel nie. Tapi sekarang dah senyap. Hai, tak jadi ke? Tapi bagus jugak tak jadi. Nantik jadi macam Tangisan Bulan Madu pulak. Hahaha!!!

novel komsas tingkatan 5 utk negeri selangor

Penulis-penulis otai yang sehingga kini kita kadang kala masih mengulang baca karya mereka adalah seperti berikut;

Khadijah Hashim
Bila dan Di Mana, Ke Mana Kasih Hendak Dibawa, Di Tengah Kabus, Langkah Pertama, Melawan Arus

Mohd Ismail Sarbini
Mendung Semalam

Abdul Talib Mohd Hassan
Saga 1 2 3

Lamia Aimal
Semarak

Rashid Sibir
Sibir-sibir Kasih (Opera Klasik yang drama banyak cerita sedih tu karya dialah!)
Khairuddin Ayip, Ghazali Ngah Azia, Othman Puteh, Faizal Therani
Kita memang familiar nama mereka nie tapi mmg lupa apa karyanya, maklumlah byk sgt, dah tak igt!
*otak tengah stuck skrg nie, byk lupa, nantik dah ingat balik kita update ok!


Oh yer, novel English kita memang jarang baca pasal penguasaan English kita agak kureng, khasnya bab-bab ayat-ayat romantik nie, nak-nak poem mengarut dalam siri love story... (nak tahu ko terer english ke tak cuba test muet, fahamkan poems dan jawab exam paper 1119 tuh... stakat speaking manglish versi melayu itu bukanlah terer. huhuhu...)  kalau baca pon just karya Enid Blyton seperti The Tower In Ho Ho Wood, The Secret of Spiggy Hole etc serta siri Hardy Boys dan Nancy Drew pasal cerita dia menarik sebab banyak misteri dan bahasanya mudah difahami. Plus sikit yang siri musical tuh, The Highschool Musical pasal ia kisah pelajar so memang enjoy baca macam siri pelajar yang versi melayu tu.

Percaya tak, sampai sekarang kita tak berkesempatan nak baca buku Salina karya A.Samad Said tu sampai habis.  Dah pegang, dah pinjam, tapi tak pernah dapat habiskan pembacaan sebab ada je gangguan... macam kena sumpah pulak! Hahaha...

FYI, kita pernah dapat anugerah Nilam kat sekolah pasal kita di antara peminjam buku tegar kat sekolah! Hahaha...





Kita bersama penulis idola masa kini, Ramli Awang Murshid (RAM). Kita meminati tulisannya kerana karya beliau merangkumi semua aspek yang diperlukan - cinta, fakta , misteri, jenayah, penyiasatan, kerohanian dan penekanan keagamaan serta semangat patriotik etc namun temanya yang menekankan aspek thriller/criminal/mysterious membuatkan kita amat meminati karyanya, sama seperti kita meminati segala jenis koleksi buku Siri Penyiasatan.

Itu pasal kita terlalu meminati Detective Conan dan melayan CSI.

So cukuplah entry merapu untuk hari ini, ok? :p
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

2 comments:

MalizaMah said...

Saya juga pengemar novel..
jumpa entry ni kat nffng.. so leave comment n menabung....

Ieza2fyza said...

pesta buku nantik lehlaa borong novel.. hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!