Sabtu pagi, tengah bz melayan customer, dapat berita dari sedara kat Kuantan, seorang sedara kita (lelaki) telah kembali ke rahmatullah akibat sakit jantung setelah seharian ditahan di ICU. Al-Fatihah untuk arwah.
Selesai kemas barang, bergegas balik rumah dan siap-siap, petang Sabtu tu terus bertolak ke Kuantan. Malangnya tak sempat. Arwah dah selamat dikebumikan.
Kesian tengok keluarga arwah, (yela, mungkin mereka perlukan privacy utk seketika bagi menghilangkan kesedihan yg masih bertakung di dada), kami mintak diri dulu sebelum kembali berziarah selepas Maghrib nanti.
Terus ke Teluk Chempedak, mengambil angin sambil berbual kosong. Apa pun kematian arwah memang dah dijangka kerana arwah memang mengidap sakit jantung dan pernah ke IJN membuat rawatan dan selalu ulang alik hospital Kuantan. Kami redha dan berdoa moga Allah menempatkan arwah di kalangan orang yang beriman dan beramal saleh, insyaAllah!
Sebagai salah seorang penyair dan ahli sastera yang bergiat dalam bidang penulisan dan puisi sekitar bandar Kuantan dan Negeri Pahang amnya, arwah memang banyak menghasilkan puisi dan syair yang banyak berunsurkan ketuhanan dan alam sejagat.
Dan hati tersentuh tatkala membaca gubahan puisi arwah yang ini;
Akan tiba detik dan ketikanya
kau dan aku
berangkat ke alam barzakh
lalu mengucapkan :
selamat tinggal, Maya.......
akan tiba detik dan ketikanya
jasadmu
jasadku
dibawa dalam usungan
ke medan pusara
bersama amalan-amalan suci
bersama dosa-dosa
akan tiba detik dan ketikanya
kau dan aku
menerima pembalasan :
nikmat kubur
siksa kubur
.............................................
apakah kita sudah bersedia?
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan beroleh ketenangan di alam barzakh yang sedang dilaluinya ketika ini! T_T
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Saya suka Sally. Sally pun suka saya. Saya sangat suka Sally. Sally pun sangat suka saya. Saya sangat-sangat suka Sally. Sally pun sangat-sangat suka saya. Saya teramat sangat suka Sally. Sally pun teramat sangat suka saya. Saya teramat sangat dan tersangat-sangat suka Sally tahap dewa dan cipanzi . Sally? Bosan arghhh layan tuan aku yang sewel nih!
Duit Belanja Sally
11 Apr 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perhatian!
***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!
Tentang Blogger
Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!
No comments:
Post a Comment