Duit Belanja Sally

20 Apr 2011

Stress!

Simpan kejap kisah Sally dan anak-anak dia ok?
Bagi chance pulak kat tuan Sally nak luahkan isi hati dia...  ecece... !!! :p

Sekarang nie, kita rasa macam nak pi bercuti... nak rehatkan badan...
Tapi, mak ayah plak tak berapa nak sehat...
Kalau ikut plan, bulan 6 nie berhajat nak pi Bali, tapi tengok keadaan mak ayah...
Terutamanya ayah, terasa amat tak sedap hati nak pi jenjalan tinggalkan depa dua...
Memang sangat sangat tak besh! :(
Nie pesta buku minggu depan nie entah pi ke tak...
Rasa bersalah plak kita pi rewang-rewang kat pesta buku...
Tapi mak ayah tak berapa sihat kat uma...
Pi kerja tu lainlah, dah jatuh wajib. Kan?

Ayah kita dah dekat sebulan lebih dia hilang selera makan, muntah-muntah, sakit seluruh badan.
Mak kita pulak sengal-sengal badan, pastu nak dijadikan cerita, last month rehal terjatuh kena kaki dia...
Ingatkan takda apa, aleh-aleh dia try urut, tadi tetiba kaki jadi bengkak, takleh jalan kejap.
Tapi tadi tengok, alhamdulillah dah surut sikit... cuma still sakitlah.

Yang ayah plak, daripada Klinik Lina kat area uma, Dr. Mahathir suruh pi hospital sebab beliau sendiri takleh nak detect ayah sakit apa.
Terus bawak ayah pi PPUM...
Tapi dah tiga kali = Tiga minggu, dok amik darah je keje...
Result plak kena tunggu selang seminggu...
Hati dah panas. Lembab!
Mintak ubat tahan sakit ubat tahan muntah, haram depa bagi.
Result darah, katanya ayah kurang garam.
Bagi ubat garam, adalah betah sehari, pastu bangkit balik penyakit tuh.

Bohsan sungguh!

Balik dari Kuantan last three weeks sebab ada sedara meninggal, sedara sana suruh kita bawak ayah pi Darus Syifa'. Sebab katanya mungkin gangguan dalaman sebab doktor pun entah hapa-hapa cakapnya.
Yang tu gitu yang ni gini... tak sama. Pening!

So berangkatlah kita ke Darus Syifa' Bangi, last two weeks...
Just rasa badan ayah, baca doa ayat penyembuh penyakit, katanya ayah takda apa-apa...
(termasuk gangguan sihir ke apa... clear!)
So just bagi air penawar... minum serta mandi.
Tapi dah amalkan selama 3 hari, pun camtu jugak...
Ya Allah, tak habis-habis lagi dugaan ini... :(

Last Thursday ada lagi appointment kat PPUM...
Sekali doktor yg incharge tu takda plak, so pass pulak kat doktor lain,
Kena amik darah lagi.
So mula dari mula balik.
Pulak dah?

Hangin dibuatnya.
Nak marah tak boleh pasal pesakit boleh tahan sesak kaunter.

Kita geram, kita pk, kalo nak dilayan servis kat PPUM ni, memang rasa nak maki hamun je. Nantik tak pasal-pasal dapat dosa free sebab asyik menyumpah menyeranah itu ini %&*#@&**^*% *$%^^$#*@#! haaa kan tak paham.
Senang cerita, memang lemau sungguh!
Maklumlah, lebih separuh pesakit kat situ adalah pesara kerajaan.
Patutlah!

Kita kata kat ayah,
"Ayah, jom pi hospital pakar. Kat sini entah hapa-hapa...
Ubat entah ke mana, ayah tak baik-baik..."

Memula ayah taknak, tak larat berjalan katanya.

Tapi kita pujuk gak, tak tahan tengok dia menanggung sakit...
Hati kita yang sakit bila tengok dia sakit...
Sakit hati dengan perkhidmatan PPUM dalam melayan warga emas macam ayah kita!!!

Apa ko ingat nyawa ayah aku boleh beli kat market apa?

Geram dah over the limit!

Keluar je dari parking PPUM, terus drive menghala ke KPJ Selangor.

Kat sana, belum sempat ayah turun dari kereta, depa dah siapkan kerusi roda, sebab tengok ayah macam tak larat nak jalan. Terus tolak kerusi roda yang ayah duduk tu kat ruang menunggu dalam hospital. Punyalah lega hati kita melihat situasi itu.

Sambil drive cari parking, sempat kita berfikir;

"Patutlah orang kaya suma pi hospital swasta,
bukan nak show off duit banyak, tak jugak,
tapi sebab ini rupanya.
LAYANAN. SERVICE."

Kita akan rasa dihargai apabila dilayan dengan baik.
Atau setidak-tidaknya, kita dilayan dengan selayaknya sebagai seorang manusia.
Manusia itu maksudnya makhluk Allah yang punya hati, punya perasaan.

Dan INILAH yang HILANG di mana-mana hospital kerajaan secara AMNYA!
Layan pesakit macam anak ayam, WTF???

Kita masuk, semua staff layan kita macam anak raja.
Semuanya penuh dengan senyuman, penuh dengan pertolongan.

Yer, memanglah, depakan swasta, so strategi pemasarannya memang wajib begitu.
Even mereka ada masalah peribadi pun, kita sebagai pelanggan yang akan menggunakan khidmat mereka di hospital itu, wajib mereka utamakan kita dan keluarga kita. Kan? Sebab apa? Sebab kita ini sumber kewangan mereka. Pandang kita bermakna $$$!

Tapi itu dari sudut mereka, apa kita kisah.
Yang penting, kita tak sakit hati dan tak marah bila kita dilayan sewajarnya bahkan lebih baik dari yang kita jangka dan untuk itu kita kira berbaloi untuk bayar lebih atas perkhidmatan yang ditawarkan.
Daripada nak murah, tapi hati kita sakit dan rasa diri macam dipermainkan bila kita ditolak ke sana ditolak ke sini, pass doktor sana pass doktor sini tapi sakit ayah kita tak jugak sembuh, rawatan tak jugak ada peningkatan. Lelama dengan kita-kita leh heart attact kalau camtu layanannya!

So, dari sesi mendaftar di kaunter, sehinggalah ayah kita selamat dirawat dan dikenalpasti sakitnya...
Dan sehinggalah ayah kita dibekalkan dengan ubat yang kita dah mintak kat PPUM tapi tak dapat,
Alhamdulillah sehingga ke hari ini, penyakit sakit seluruh badan dan sengal-sengal seluruh tulang kat batang tubuh ayah kita dah beransur hilang. Makna kata dah tak berapa sakit dah.
Cuma yang tak hilang lagi bab muntah dan hilang selera makan tu.

Dan doktor tu memang ada pesan, try seminggu untuk tengok perkembangan ayah.
Kalau ok, datang balik untuk tambah bekalan ubat...
Kalau tak ok, pun datang balik untuk tukar ubat.

So insyaAllah lusa kita akan berjumpa lagi doktor tu...

Apa pun, kita berharap sangat ayah kita akan sembuh sepenuhnya seperti sedia kala....

Korang doakanlah.
Kita sayang ayah kita.
Kita sayang mak kita.
Kita sayang the whole family kita.
Kita sayang korang jugak yang sayang the whole family korang.

Ingatlah.
Pakwe boleh cari lain.
Bahkan isteri pun boleh cerai & kawen lain.

Tapi mak bapak, adik beradik, korang takleh cari.
Itu jelah. Tak ada ganti!

Isk, sedih laa plak.

"Sally, meh sini nak pelok... :(  "


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

7 comments:

my.mastura said...

ieza,

ko tau, PPUM mmg gitu..hari tu mak aku masuk PPUM pon, asik leeeee diamik darah..smp kering2 darah mak aku..aku yg jaga mak aku 1 mlm tu pon, ada la 2 kali dia amik ubat..tp result x tau jugak apa nyer..sakit hati kan?

FVN said...

baik pegi private je beb.. bayar lebih hati tak sakit..

GtHans said...

bersabar yer..harap mak ayah cepat sihat..Aminnn..

meowwmania said...

hehe...baik ada Sally leh pelok :)

sabar yer...kita doakan smoga mak ngan ayah awak cepat sembuh, amin...

bofoyengfeng said...

dude, moga parents you sihat walafiat macam biasa. amin. sabar & doa ok.

Adilla Harun said...

Semoga cepat sembuh ayah awak tu! Bab muntah dan tak selera makan tu macam pernah dengar aje. Apa kata buat test darah dan medical check up yang menyeluruh. Kekadang penyakit ni tersembunyi. Kalau dah clear baru senang hati. Kekadang tu tak cukup sekali test.

Apa usaha itu wajar demi kesihatan. Insyaallah mendapat perkenan dari Tuhan.

Ieza2fyza said...

@mas: mmg amat amat sakit hati... bukan nak bersangka buruk, tp apa point ambik darah berulang kali namun keputusan masih sama atau lebih teruk, tiada sebarang keputusan langsung. bukankah itu mencuri darah secara paksa namanya?
dahlah sekali amik darah caj RM84. giler tak? dah macam private je kosnyer...

@vin: tahu takpe. geram dow!

@GtHans: mekasih, insyaAllah, amin..

@meowwmania: huhu tahu takpe. nasib baik ade sally, ilang sket stress...

@kemathasan: thanks dude. doakan k!

@Adilla Harun: last week dah scan perut, xray pinggang, dah amik darah, dah urine test, so far xde yg serius katanya, cuma tula, sihat org tua, macam tu jelaa..
insyaAllah segala usaha akan dilakukan demi kesihatan ayah tercinta! btw TQ!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!