Duit Belanja Sally

23 Apr 2011

Demam!

Pagi tadi, otw hantar ayah ke sepital, badan rasa dah tak sedap.
Nasib baik kali nie bukan kita drive. Abang ada sekali, so dia drive.

Sampai je, terus hantar ayah untuk buat bronchoscopy , pastu mak ngan abang ajak pi makan kat kafe bawah. Haa kat sinilah yang kita tahu yang kita memang dah demam.

Tandanya?

Semua makanan yang ada, langsung tak menarik perhatian. Biasanya kitalah yang hantu makan! Hahaha...

Namun tanda paling penting, bukan saja hilang selera makan, tapi semua makanan kita hidu berbau busuk.
Walhal nasi goreng, ikan bakar, ayam berempah, masak asam tu semua sedap kan?
Tapi kita bau busuk!

Huhu.... so sepanjang aktiviti kat hospital tu, boleh katakan kita tidur je... (Kalau tak kita memang akan membaca apa-apa bahan bacaan yang memang kita standby dari rumah untuk menghilangkan rasa bosan menunggu)

Hmmm.... ayah sakit, mak bengkak kaki, kita plak demam.
Huhu... takpalah. Redha jelah. Bukankah setiap kesakitan itu Allah janjikan sebagai penghapusan dosa - hatta terkena duri sekali pun? Kan?

So takpalah. Moga kami semua akan cepat sembuh, sekalian dapat bermuhasabah diri, kot-kot ada silap di mana-mana.

Doakan kami segera sehat, k?


"Sally... meh tido meh..."

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

4 comments:

meowwmania said...

cepat sembuh yer...

p/s: jgn ngelat makan ubat ;)

bofoyengfeng said...

get well soon dude..

mama adamz said...

semoga cpt sembuh eh... :-)

Ieza2fyza said...

TYVM guyz. insyaAllah takde nak ngelat makan ubatnyer. siap makan peria katak mentah-mentah lagi buat ulam, semata-mata nak jaga kesihatan & elak penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!