Duit Belanja Sally

7 Apr 2011

Aura merapu kembali lagi. Hahaha...

Apabila usia telah melewati suku abad, tentulah soal jodoh seringkali dikaitkan dengan golongan bujang seperti kita. Kekadang tu bila tetiap kali jumpa kat kenduri, kita saja je buat lawak bangang bila diaju soalan-soalan macam tu. Malas nak jawab serius sebab malas nak beratkan kepala hotak kita nie! Bulan enam nie ada kenduri lagi, sah-sah akan ada lagi soklan-soklan yang memboringkan halwa telinga kita nantik! Huhuhu...

Kita tahu kita memang dah layak untuk berkahwin.
Kita tahu. Tak payah korang sibuk nak ingatkan. Kita tahu. So kepada korang-korang di luar sana (ala korang bukan baca pun blog nie... tapi takpe, ini dikira sebagai luahan perasaan kita buat pembaca blog kita.. itu pun kalau ada yang baca. Hahaha...)

Ok sambung balik.

So kepada korang-korang yang asyik soal "Eh ko bila nak kawen?" atau "Woi... ko nie janganlah terlalu memilih, nantik dah tua tak laku" atau "Ko jangan lambat kawen, nantik anak baru nak membesar, ko dah kerepot!" atau "Ko nie, dulu bertahun-tahun dengan A, tak jadi, yang ari tu dengan mamat B aleh-aleh tak jadi jugak, kenapa ko nie?" dan 1001 macam soalan haram jadah lagi...

 
Oklah. Buat korang-korang semua, ini jawapan kita!

Pertama.
Ajal maut, rezeki, jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Jadi kita takda hak untuk tentukan kita akan kawen cepat ke atau lambat ke atau tak kawen ke. Sebabnya, andai dah bercinta bagai nak rak pun, biarlah lima enam tahun ke, jika Allah kata dia bukan jodoh ko, ko takkan boleh buat apa. Setuju tak? Kita sangat setuju sebab kita dah alami situasi yang ini.

Kedua.
Kita dah dua kali putus cinta. So perlukan waktu.
Tapi sekarang macam dah ok sikit kot. Hahaha..
Cuma masa putus tu, yang benar-benar perit, sewaktu dengan si A tu. So bila si B bagitahu benda yang kita tak dapat terima setelah hampir setahun kenal, kita macam tak kisah je tolak dia sebab kesan cinta pada A masih ada pada waktu tu. Oh ya, dua hari lepas si B kacau kita lagi, dan kita telah bagi satu ayat penyata yang kita rasa dia takkan kacau kita lagi selepas ini.

Ketiga.
Kita sekarang memang fokus untuk mencari yang sekufu untuk mengelakkan masalah ketidaksamarataan taraf apabila berkahwin kelak. (Melainkan kalau calon tu serba kekurangan dari segi material tetapi dalamannya/rohani mampat dengan sifat zuhud dan tawaduk pada Allah, dadanya penuh ilmu seperti watak si Fahri dalam novel Ayat-ayat Cinta, kita sendiri dengan rela hati sanggup suruh mak ayah kita pinang dia! Haha... Tapi kita yakin, bukan senang nak cari lelaki macam tu sekarang ni!)
So sekarang nie, katakan pendapatan korang RM2000 sebulan, dan pendapatan ayah korang RM10,000 sebulan. Jadi calon suami korang sebaiknya pendapatannya RM3000 ke atas dan ayahnya/keluarganya sewajarnya lebih kurang macam keluarga kita. Ini penting demi mengelak masalah ketidaksamarataan taraf terjadi. Sebab kena paham situasi, sekarang nie ramai pasangan bercerai punca terbesar adalah disebabkan faktor kewangan. Suami tak mampu bagi nafkah kat isteri atau keluarga suami susah so duit suami banyak bagi kat family dia sehingga isteri jadi bengang. Setuju, kan?
Lagi pula, korang pun tahu kan, sekarang nie, kenyataan daripada pejabat agama, sepasang suami isteri akan bercerai setiap lima belas minit. Korang dengar nie, korang takut tak? So agak-agak, macam mana nak jamin agar rumah tangga yang bakal dibina kelak akan kekal sepanjang hayat? Salah satunya mestilah faktor kewangan kedua-duanya kukuh atau paling tidak pun, sekufu! Tu pasal Islam meletakkan salah satu kriteria mencari calon suami/isteri ialah SEKUFU atau SETARAF!

Jadi kesimpulannya, kita bukan memilih yang melampau-lampau.
Kita cuma mahukan yang terbaik demi masa depan kita.
Tak salah kan?

Ye kita tahu.
Kita tak boleh harapkan semua yang kita mahukan harus ada pada calon suami kita.
Dan kita pun kena check diri sendiri dulu sebelum mengharapkan yang lebih bagus dari kita, kan?

Nak calon beriman, diri kena beriman dulu, kan?
Nak calon kaya, diri kena kaya dulu, kan?
Nak calon handsome, diri kena cun dulu, kan?
Nak calon kalangan usahawan, diri kena ada bisnes sendiri dulu kan?
Nak kawen dengan orang popular, diri kenalah glamour dulu, kan?
Barulah aura sesama jenis tu akan senang 'tertarik'.

Buktinya, selalu korang tengok orang kaya selalunya akan kawen dengan golongan berpangkat, ustazah selalunya akan kawen dengan ustaz atau cikgu biasanya akan kawen dengan cikgi, ahli muzik kebiasaannya akan kawen dengan artis, dan seumpamanya. Itulah yang dinamakan 'aura yang berada di persekitarannya'. Memang ada orang kaya kawen dengan orang miskin, tapi kesnya tak ramai, kan? Jarang-jarang kita dengar, kan?

Jadi bila korang berangan sekian sekian, sebelum tu korang kena check diri korang dulu. Apakah korang layak untuk mendapatkan apa yang korang angankan? Nak-nak dalam soal jodoh macam nie!

So that's why kita sekarang malas nak fikir soal kawen sebab kita memang ada matlamat dan sedang berusaha untuk 'menaiktaraf nilai diri kita/upgrading the value of myself secara dalaman dan luaran. Hahaha...

Sekarang nie, kita memang tak kisah korang-korang kat luar tue nak kata apa sebab korang tak tahu apa yang sedang kita lakukan untuk masa depan kita.

InsyaAllah kita perlukan lagi 2 ke 3 tahun untuk kita tunjukkan hasilnya pada korang-korang kelak!
(Doakan kita panjang umur agar kita boleh buktikan apa yang telah kita katakan ini!)


Ok terus terang kita katakan, kalau boleh, kita mahu calon suami yang dapat sara kita dan mampu beri nafkah kat kita tanpa perlu mengharapkan kita berkerja. Sebab kita memang tak suka berkerja secara rutin dan kelak anak-anak terabai. Kita memang berhajat untuk jadi suri rumah sepenuh masa tetapi dalam masa yang sama mempunyai sebuah perniagaan sendiri. Ini kerana kita memang suka berniaga dan benci berkerja di bawah telunjuk orang! Dan kita akan rasa lebih puas apabila kitalah kuli, kitalah bos.

Tambahan lagi, kalau pun kita terdesak nak kawen, atau terlalu takut tengok kawan-kawan semua ramai dah kawen tapi kita je belum, kita sebenarnya empat tahun lepas dah kawen. Atau dua tahun lepas dah kawen. Atau tahun lepas dah kawen. Senang cerita, dah ada 4 orang cuba nak jadikan kita calon isteri, tapi kita tolak dengan baik sebab ciri-ciri yang kita mahukan banyak yang tak ada kat keempat-empat lelaki tadi. Ini bukan kenyataan versi nak berlagak, tak, cuma kita nak cerita bahawa betapa kita bukanlah begitu terdesak untuk berkahwin sebab kita masih fikir, insyaAllah, selagi niat kita betul, pasti Allah akan pertemukan kita dengan Mr. Right yang sebenar. Cerita nie tak ramai yang tahu melainkan yang rapat dengan kita je.

So korang-korang yang masih bujang di luar sana, jangan risau ok. Yang penting sekarang nie, perkasakan diri, hiasi peribadi, tunjukkan sesuatu yang hebat agar kelak korang boleh demand untuk dapat yang terbaik dalam hidup korang!


6 comments:

habsahharun said...

orang lain tak kan paham, biar diri sendiri aje lah yang paham :)

sama lah kite, 8 tahun bercinta, last2 tak jadi ape2 pun...biarlah, tak de jodoh..:)

FAINOR MUFAKIRIN said...

As'salam..
Couple 5 tahun tak jadi apa..
Tak kahwin juga.. Huhu..
Jodoh².. Sabarlah.. Hasilnya lumayan nanti.. :)=

- FM -

FAINOR MUFAKIRIN said...

Awak add pesbuk saya boleh?

Fainor Mufakirin

Sebab account baru tak boleh add ramai² lah.. Huhu.

FVN said...

kan... betul tak apa kita slalu bincangkan dulu?

owh well..nanti aku buat sambungan untuk entry ni plak :)

Ieza2fyza said...

@hh : yup.. biar lambat asal selamat dunia akhirat.. insyaAllah!

@FM : ala, lupe dah.. apa emel? mlm nt nak add...

Ieza2fyza said...

@vin : maybe aku belajar drpd pengalaman abg2 aku n kakak2 aku... terus trg aku byk belajar drpd mereka, sekaligus membuatkan aku terlalu berhati-hati utk buat keputusan. tambahan pula pengalaman mereka byk tak berapa sedap drpd sedap... yg tak sedap psl memasing byk kawen dgn kuarga yg taraf ekonominya bawah dr family aku... yelaa, dah jodoh... so aku rasa dah tiba giliran aku utk buat perubahan dlm mencari psgn. biarlah sekufu... agama, keturunan, harta dan ilmu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!