Duit Belanja Sally

25 Feb 2011

Bapaku difitnah!

Salam meoww meoww semua...

Semalam aku dah war-warkan yang Sally si Kucing Comel kesayanganku tu dah masuk youtube, so kali ni aku nak cerita pasal Tuan Sally dan keluarganya pulak! (Tuan Sally tu aku laa... ngek! hahaha)

Ceritanya macam ni.

Aku ni duduk rumah flat. So korang boleh bayangkanlah yer, macam mana pergaulan masyarakat dan jiran-jiran yang duduk kat rumah flat macam aku ni. Bertembung dengan jiran satu flat mesti kat koridorlaa, dalam liflaa, tak pun kat laman bawah (ground floor).

Satu hari, kawan ayah aku terdengar cerita yang tak sedap pasal ayah aku. Ada seorang betina ni (aku panggil betina pasal perangai dia macam haiwan), rupa-rupanya dok jaja kat gang-gang dia kononnya ayah aku dok mandrem dia. Makna kata, betina ni kata ayah aku sihirkan dia sebab kononnya ayah aku ni nak kat dia.

Jap jap.. aku nak gelak besar jap!

Hah hah hah hah haaa!!! Kah kah kahhhh!!!! Kuiiii kuiii kuii kuiiiiiiiiii!!!

Adoiyaiii...

Nak tahu pasal apa aku gelak??

Pasal tuduhan dia tu terlalu kelakar!
Kelakar yang teramat sangat!
Sungguh!

Meh aku jelaskan satu persatu kenapa betina ni fitnah ayah aku.

Pertama.
Ayah aku ni memang jenis ramah ngan semua orang. Sesiapa yang kenal ayah aku memang tahu sangat pe'el ayah aku ni. So betina ni nak kata lawa tu, bagi aku biasa jela. Ada hidung ada mata ada mulut ada telinga, aku rasa dah lawalah kan sebab dah cukup sifat! Hahaha... sori sori... joking joking... :p
Minah tu mukanya biasa-biasa je. Lawa sikit je dari aku. Hahaha.. Gurau lagi. Sori ek? Hehe..
Serius, bagi aku minah tu biasa-biasa je. Adalah sikit daya penarik, tapi untuk aku letakkan dia dalam kategori cantik, aku tak setuju. Sebab dia lawa sikit je. Tak cantik mana pun. Serius cakap. (sebab aku ni boleh katakan retilah jugak dalam mendefinisikan bab perempuan cantik tak cantik ni... hehehe...)
So bila betina ni buat fitnah kata ayah aku mandrem dia pasal nak kat dia, aku rasa amat kelakar dan sungguh lawak! Pasal apa? Pasal bagi aku, betina tu tak cukup berbaloi untuk ayah aku mandrem sebab dia tak cukup cantik menurut pakej cantik mengikut kamus aku.

Kedua.
Aku dapat tahu, kehidupan si betina dan suami dia sekarang tengah dihimpit masalah kewangan. Dan untuk makluman korang, ayah aku ni spisis yang murah hati. Dia memang suka bantu orang kalau orang tu susah. So dulu ayah aku selalulah jugak tolong betina ni. Tapi aku sekeluarga marah pasal betina ni tak layak ditolong pasal dia ada laki. Dan laki dia tu ok je, sihat, yang tak sihat otak dia, pasal malas kerja, gila judi, kuat main nombor. So kami sekeluarga marah ayah aku sebab tolong betina ni. So sejak tu ayah aku tak tolong sebab pertolongan tu tak berbaloi untuk keluarga macam ni.

Ketiga.
Di antara jiran yang percaya omongan jijik si betina ni ialah seorang jiran lamaku yang memang aku kenal perangai dia memang tak semenggah dari dulu. Jenis tak senang hati tengok orang lain senang. Spisis hati busuk. So penyokong si betina ni tak banyak mana pun, antaranya jiran lama aku yang memang terang-terang aku boleh campak kesaksian dia pasal hidup dia pun tunggang langgang!

Keempat.
Tadi jiran-jiran dah meeting. Ada seorang ustazah ni, jumpa si betina ni, nak suruh face-to-face dengan ayah aku. Kalau betul dia yakin ayah aku memang sihirkan dia, so sila bersemuka dengan ayah aku. Nak tahu apa reaksi si betina ni? Dia tak nak. Aduh! Belum perang dah isytihar kalah ke kak? Hahaha...
Pastu bila ustazah tu ajak dia pi masjid, bawak sekali ayah aku untuk sumpah laknat bagi mengetahui kebenarannya, pun betina ni enggan. Aik, apa kes? Dulu kau jugak yang beriya menjaja kat jiran-jiran yang ayah aku mandrem kau. So jomlah kemuka bukti. Berani kerana benar, kan? So apa pasal tak nak pergi masjid? Tu pasal aku kata tadi, belum isytihar perang, takkan dah mengaku kalah? Apa kes??

Kelima.
Jiran-jiran yang tak berapa kerat yang dok sokong kenyataan betina tu tadi, kesemuanya aku berani labelkan sebagai manusia yang rosak hatinya. Kenapa? Sebab mereka bulat-bulat percaya berita tu tanpa menyiasat kesahihannya sampai bila terserempak dengan mak aku, ada di antara mereka mukanya dah macam biawak mati. Walhal sebelum ni ok je. Kenapa? Kau pasti ke berita yang kawan kau jaja tu benar-benar betul dan terbukti kesahihannya? Kalau tak pasti, kenapa terus bermasam muka bila terserempak dengan mak aku? Dengan ayah aku? Kenapa?

Keenam.
Mesyuarat malam tadi, kesimpulannya, si betina tu tak berani nak jumpa ayah aku untuk setelkan hal ni.
Pulak dah. Nampak sangat, kan? Kesian sungguh. Aku rasa betina tu ada masalah tekanan jiwa kot. Dan kawan-kawan yang sokong dia tu, maaf cakap ye, tapi semua ni sebab mereka tu semua dengki dan busuk hati serta iri hati dengan keluarga aku. Walhal keluarga aku takdalah kaya mana, cuma kami agak senanglah jugak, tapi kami tetap berkawan dengan semua. Takda pun kami sisih mana-mana pihak. Tak ada! So kenapa manusia yang tak berapa kerat ni benci kat kami? Apa salah kami? Kalau kau dengki dengan rezeki kami, kenapa tidak kau berusaha macam kami? Apa kau fikir rezeki kami ni kami dapat sekelip mata ke? Kau lupa ke siapa pemberi rezeki? Macam mana nak tambah rezeki? Kau ingat goyang kaki boleh penuhkan akaun bank dengan RM ke? Semua itu perlukan usaha, ikhtiar, doa dan tawakal. Apa kau ingat senang ke nak jadi senang? Kenapa tidak kau berusaha lebih macam kami untuk dapat lebih rezeki, kan? Daripada kau busuk hati dan buat cerita mengarut kat kami.

Ketujuh.
Mintak maaf sekali lagi.
Manusia yang percaya akan fitnah ayah aku tu, mintak maaflah cakap, solat lima waktu pun belum tentu lengkap. Kalau sehari tu rongak solatnya aku boleh terima lagi, tapi takut solat jumaat je tempuh sejadah. Lagi haru kalau solat hari raya je tempuh masjid. So agak-agaknya, perkataan manusia fasik macam ni boleh dipercaya ke?
Sendiri mahu fikirlah, kan? Si betina tu aku berani jamin jenis tak solat. Sebab manusia yang jaga solat, dia takkan berani buat fitnah macam ni.

Kelapan.
Dari zaman kami sekeluarga susah dulu, kami tak pernah meminta-minta kat orang. Itu prinsip kami dari dulu. Bahkan ibuku, meskipun pernah rasa susah masa di Kuantan dulu, tak pernah sekali-kali menjaja kemiskinan kami kat sesiapa. Ibuku hanya mengadu kat yang Maha Esa. Sama macam ayahku. Bukan nak riak atau bangga, ibu kami dari dulu manusia yang jaga solat. Ayah aku pun sama. Dan kami sekeluarga telah dididik hal agama dari kecik. Cuma kami je yang degil kekadang. Ada lagi yang nakal. So kami sekeluarga memang benci ilmu-ilmu hitam ni, terutama sekali ibuku. So bila betina tu buat fitnah macam ni, korang boleh fikir tak macam mana reaksi kami sekeluarga? Kelakar yang teramat sangat + geram yang teramat sangat!

Kesembilan.
Apa pun, aku nak betina tu datang mintak maaf kat ayah aku dan bersihkan nama ayah aku kat depan jiran-jiran yang telah dihasut oleh betina tu. Kalau dia enggan, aku sendiri akan pergi rumah dia dan cakap baik-baik. Kalau dia enggan jugak, jangan terkejut kalau aku terpaksa tampar muka dia. Tengoklah nanti!

Kesimpulan.
Orang kita ni masih lagi pemikiran di takuk lama. Dengki, busuk hati, iri hati 24 jam jika kawan-kawannya atau jiran-jirannya agak senang hidupnya dari dirinya. Aku tak paham kenapa orang Melayu yang majoritinya Islam, tapi tak memakai akhlak Islam. Walhal orang Cina aku tengok, tak ada nak dengki sesama bangsa, malah mereka tu lagi united untuk jaga kebajikan bangsa depa. Tapi kita orang Melayu, kenapa macam ni?

Selagi orang Melayu macam ni, PHD tak habis-habis, sampai bila pun kita tak akan maju!

Isk!

7 comments:

FVN said...

aku rasa dia nak kikis duit ayah ko tu..
tapi beb bab solat tu aku tak agree sgt la..
ko kan tau kes aku sakit dulu? eventho dia jaga solat pun,blom tentu hatinya bersih jugak :)

Ieza2fyza said...

maknanya solat dia belum sempurna psl dia tak mampu mencegah kejahatan...

FAINOR MUFAKIRIN said...

As'salam..

Orang itu macam pun ada? Hehe..!
Kurang kasih sayang kot ni..
Ayah awak hengsem.. Itu yang dia berkenan..
Hihi.. :)=

Mijoe said...

salam

kene byk sabar.
dosa buat fitnah tu kan lagi besar dari membunuh.
biar pembuat fitnah tu tanggung semua tuh.

jangan di layan perasaan nak marah tu ok.

Ieza2fyza said...

Kelly Chantek...

TQ coz mengingatkan...
maklumlah, time tu mmg tgh bengang giler...
ayah kita yg tak buat pape kat dia, sesedap mulut dia je tabur fitnah.

skrg tgh tgu dia mai umah mintak maaf...
(bg tempoh)...
kalo tak jugak,
tggulah ayah kita panggil lawyer...
kami akan buat saman malu sebab dah malukan kami sekeluarga...

Adilla Harun said...

Salam Meow!(Gurau)
Assalamualaikum!, entah macam mana terminat nak ke sini. Should thanks kubakoya.com. PHD ni memang ramai yang graduate d kalangan Bangsa kita. Bak kata sebuah lagu tu Dari Perlis sampailah ke Sabah.....

Namun Allah itu Maha maksud Al Hadiid ayat ke 3: Dialah(Allah) yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dialah yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ieza2fyza said...

owh.. dari kubakoya eh??
haha... anyway, thanks a lot.

tulaa psl...
macam mana org kita nak maju kan?
asik PHD 24jam.

kisah benar.
pagi tadi seorang rakan abg sesama meniaga meninggal...
dan tanda2 sakit sebelum ajal dan petanda lain2... byk menunjukkan bukti yg arwah disantau...

tengok?
sampai camtu sekali?
psl meniaga pon sampai nak santau menyantau??

pelik betul!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!