Salam meoww meoww...
Wahhh... Rasanya macam lama sangat aku tak menaip kat blog ni. Pada hal baru beberapa hari aku terpaksa 'abaikan' penulisan blog pasal masalah modem aku yang rosak tempoh hari. Tapi sekarang, semuanya dah ok semula. So aku akan aktif balik kat blog ni macam biasa.
Hmmm...
Hari ni aku nak cerita sikit tentang kehidupan seharianku. Pasal Sally, next entry pulak aku tulis ekk. Apa pun Sally kirim salam kat korang semua. (jawab taw, jgn tak jwb! ahahaa...)
Ni aku nak cerita sikit. Sikit je, tak banyak. :p
Alkisahnya, ada ler beberapa kerat member aku ni, bila bercerita atau berjumpa ngan aku, dok bersembang berborak bagai... cerita tentang kambing laa lembu laa itik laa (contohlah kan... jgn percaya pulak kami citer pasal lembu kerbau bagai... kalau korang caya, korang pon 2x5 laa jugak dengan lembu kambing tu... ha ha haa...!!! :p)
Ok ok aku serius.
Aku ni kalau orang tengah syok bercerita, aku secara automatik akan menjadi pendengar yang baik. Kalau perlu aku menyampuk, aku akan sampuklah sikit. Tapi kekadang kena marah jugak sebab belum abis cerita aku dah potong line. Hahaha... Padan muka aku!
So memandangkan aku ni selalu laa jugak jadi kaunselor tak bertauliah ni (yelaa, aku ni bab-bab dengar masalah orang, bagi nasihat, memang terer punye. Walhal masalah sendiri tak reti pon nak setel! huhu.. )
Jadi, disebabkan status aku yang selalu menjadi pendengar setia kepada masalah kawan-kawan aku... dan aku pun tak kisah... malah aku bersyukur sangat sekiranya idea dan pendapat aku yang tak seberapa tu dapat memberi jalan keluar kepada permasalahan mereka.. lagi pun kan Allah dah kata,bila kita selalu tolong orang, Allah akan tolong kita... kan? :)
Cuma bila aku yang selalu berwajah ceria dan jarang cerita masalah aku kat orang, ada pulak di antara member-member aku yang label aku ni manusia yang tiada masalah. Sentiasa happy sokmo.
Jap jap.... aku nak gelak jap.
Hah hah hah haaaa.... Kah kah kahhh!!!!
*sila gelak style gelak guling-guling macam emoticon kat ym!
Dah abis gelak dah??
Ok meh sambung cerita.
Ok, cuba korang fikir secara logik.
Ada ke manusia dalam dunia ni takda masalah?
Kalau ada pun, mesti orang tu penghuni hospital mental punya.
Selagi orang tu otaknya normal, sedikit sebanyak mesti ada masalah dalam hidupnya.
Cuma bezanya kecil atau besar masalah tu.
Dan cara kita dalam mendepani masalah tu.
Betul tak?
Yup!
Aku memang spisis yang tak berapa suka cerita masalah aku kat orang, even kat member-member aku sekali pun. Apatah lagi masalah tu akan membuka aib aku sendiri. Selagi boleh aku simpan, aku akan simpan. Selagi boleh aku tanggung, aku akan tanggung sendirian.
Tapi aku tak pernah tanggung sendiri pun! :-)
Sebabnya aku ni pengadu paling kuat kat Pencipta aku.
Hanya kat Dia je aku mengadu semua permasalahan aku. (kira pengadu hardcore laa jugak! hahaha...) So hanya kat Dia aku bergolek berguling menangis teresak-esak merayu meratap mintak diselesaikan setiap permasalahan aku. Sebab bagi aku, hanya Dia je yang paham aku dan yang paham setiap permasalahan aku dan setiap keinginan aku. Hanya Dia. Bahkan mak bapak aku serta keluarga aku pun aku takkan cerita hal-hal personal aku kat mereka.
Aku bukan sombong, bukan tak percaya kat mereka, tapi aku fikir, tiada tempat untuk meluah perasaan dan meminta pertolongan sebaik-baik meminta pertolongan daripada-Nya, meluah permasalahan kepada-Nya. So daripada aku buang masa mengadu dan mintak tolong kat makhluk yang bergelar manusia tu (yang kita semua al-maklum manusia ni serba serbi terbatas), baik aku mengadu direct terus kat pencipta manusia tu tadi. Sah-sah Dia boleh bantu aku punya. Bezanya cepat atau lambat je. Upah pun tak payah nak bayar. Free pulak tu. So rugilah kalau kita terlalu rajin mengadu kat manusia ni. Dahlah upah kena bayar, pastu aib kita sedikit sebanyak sure terbongkar sikit, kan? Hahaha...
Kat manusia ni, mengadu sikit-sikit je dahlah. Ala kadar je. Sekadar nak bercerita. Setakat nak legakan perasaan tu je. Nak bagi lapang dada tu sikit kalau banyak sangat masalah yang melanda. Tapi nak mengadu kat manusia pun tengok spisisnya jugak. Lebih baik pilih kaunselor atau motivator yang bertauliah, atau rakan/saudara yang korang bebetul percaya. Karang silap mengadu, masalah korang mereka jaja ke hulu ke hilir. Kan naya tu. Aib kita dijaja-jaja!
So kesimpulannya, aku ni bukan takda masalah yer. Tapi memandangkan hidup cuma sekali, jadi jangan beratkan pemikiran tu dengan masalah yang remeh temeh. Cukuplah fikir masalah yang serius je. Yang lagi dua rius tiga rius tu tak payahlah pk sangat. Adatlah. Kat dunia ni sejuta satu macam ragam manusia. So mestilah sejuta satu macam pulak masalah yang terkandung di dalamnya, kan? So buat apa nak fikir sangat. Kenapa bila seorang dua benci kita, kita abaikan yang lagi sepuluh orang suka kat kita disebabkan terlalu fikir kenapa yang dua orang tu benci kat kita. Just ignore je perasaan bengong tu. Selagi kita betul, jika ada jugak orang tak suka, lantak pi lah. Bukan semua orang boleh suka kat kita, kan? Yang penting Allah suka kat kita. Mak bapak suka kat kita. Kita pulak patuh perintah mereka. Kan senang. Tak payah pening-pening.
Dahlah ekk.
Tadi kata nak cerita sikit je. Ni dah jadi karangan 3 muka surat pulak dah.
Isk iskk!! Anak sapalah nih! Uhuk uhuk!
Akhir kalam, apa yang penting, kerjasama...
Eh eh silap... aku dok teringat lagu wonderpets laa plak... hehehe...
Apa yang penting, hati mau bersih, jiwa mau lapang, insyaAllah semua permasalahan akan dipermudahkan-Nya. So don't worry be happy , and happy go lucky sokmo k??!!! Ehe!
2 comments:
kite dah follow ur blog.. suka kucing yek?? kite pun ade cat.. 2 ekor.. persian.. sekor nama Blacky n lagi sekor Snowie..
bagus bagus... kita suka kawan dengan gang suka kucing... satu spisis... kita tak kisah kucing apa.. sbb bagi kita semua kucing cantik... hehehe...
Post a Comment