Duit Belanja Sally

25 Feb 2011

Bapaku difitnah!

Salam meoww meoww semua...

Semalam aku dah war-warkan yang Sally si Kucing Comel kesayanganku tu dah masuk youtube, so kali ni aku nak cerita pasal Tuan Sally dan keluarganya pulak! (Tuan Sally tu aku laa... ngek! hahaha)

Ceritanya macam ni.

Aku ni duduk rumah flat. So korang boleh bayangkanlah yer, macam mana pergaulan masyarakat dan jiran-jiran yang duduk kat rumah flat macam aku ni. Bertembung dengan jiran satu flat mesti kat koridorlaa, dalam liflaa, tak pun kat laman bawah (ground floor).

Satu hari, kawan ayah aku terdengar cerita yang tak sedap pasal ayah aku. Ada seorang betina ni (aku panggil betina pasal perangai dia macam haiwan), rupa-rupanya dok jaja kat gang-gang dia kononnya ayah aku dok mandrem dia. Makna kata, betina ni kata ayah aku sihirkan dia sebab kononnya ayah aku ni nak kat dia.

Jap jap.. aku nak gelak besar jap!

Hah hah hah hah haaa!!! Kah kah kahhhh!!!! Kuiiii kuiii kuii kuiiiiiiiiii!!!

Adoiyaiii...

Nak tahu pasal apa aku gelak??

Pasal tuduhan dia tu terlalu kelakar!
Kelakar yang teramat sangat!
Sungguh!

Meh aku jelaskan satu persatu kenapa betina ni fitnah ayah aku.

Pertama.
Ayah aku ni memang jenis ramah ngan semua orang. Sesiapa yang kenal ayah aku memang tahu sangat pe'el ayah aku ni. So betina ni nak kata lawa tu, bagi aku biasa jela. Ada hidung ada mata ada mulut ada telinga, aku rasa dah lawalah kan sebab dah cukup sifat! Hahaha... sori sori... joking joking... :p
Minah tu mukanya biasa-biasa je. Lawa sikit je dari aku. Hahaha.. Gurau lagi. Sori ek? Hehe..
Serius, bagi aku minah tu biasa-biasa je. Adalah sikit daya penarik, tapi untuk aku letakkan dia dalam kategori cantik, aku tak setuju. Sebab dia lawa sikit je. Tak cantik mana pun. Serius cakap. (sebab aku ni boleh katakan retilah jugak dalam mendefinisikan bab perempuan cantik tak cantik ni... hehehe...)
So bila betina ni buat fitnah kata ayah aku mandrem dia pasal nak kat dia, aku rasa amat kelakar dan sungguh lawak! Pasal apa? Pasal bagi aku, betina tu tak cukup berbaloi untuk ayah aku mandrem sebab dia tak cukup cantik menurut pakej cantik mengikut kamus aku.

Kedua.
Aku dapat tahu, kehidupan si betina dan suami dia sekarang tengah dihimpit masalah kewangan. Dan untuk makluman korang, ayah aku ni spisis yang murah hati. Dia memang suka bantu orang kalau orang tu susah. So dulu ayah aku selalulah jugak tolong betina ni. Tapi aku sekeluarga marah pasal betina ni tak layak ditolong pasal dia ada laki. Dan laki dia tu ok je, sihat, yang tak sihat otak dia, pasal malas kerja, gila judi, kuat main nombor. So kami sekeluarga marah ayah aku sebab tolong betina ni. So sejak tu ayah aku tak tolong sebab pertolongan tu tak berbaloi untuk keluarga macam ni.

Ketiga.
Di antara jiran yang percaya omongan jijik si betina ni ialah seorang jiran lamaku yang memang aku kenal perangai dia memang tak semenggah dari dulu. Jenis tak senang hati tengok orang lain senang. Spisis hati busuk. So penyokong si betina ni tak banyak mana pun, antaranya jiran lama aku yang memang terang-terang aku boleh campak kesaksian dia pasal hidup dia pun tunggang langgang!

Keempat.
Tadi jiran-jiran dah meeting. Ada seorang ustazah ni, jumpa si betina ni, nak suruh face-to-face dengan ayah aku. Kalau betul dia yakin ayah aku memang sihirkan dia, so sila bersemuka dengan ayah aku. Nak tahu apa reaksi si betina ni? Dia tak nak. Aduh! Belum perang dah isytihar kalah ke kak? Hahaha...
Pastu bila ustazah tu ajak dia pi masjid, bawak sekali ayah aku untuk sumpah laknat bagi mengetahui kebenarannya, pun betina ni enggan. Aik, apa kes? Dulu kau jugak yang beriya menjaja kat jiran-jiran yang ayah aku mandrem kau. So jomlah kemuka bukti. Berani kerana benar, kan? So apa pasal tak nak pergi masjid? Tu pasal aku kata tadi, belum isytihar perang, takkan dah mengaku kalah? Apa kes??

Kelima.
Jiran-jiran yang tak berapa kerat yang dok sokong kenyataan betina tu tadi, kesemuanya aku berani labelkan sebagai manusia yang rosak hatinya. Kenapa? Sebab mereka bulat-bulat percaya berita tu tanpa menyiasat kesahihannya sampai bila terserempak dengan mak aku, ada di antara mereka mukanya dah macam biawak mati. Walhal sebelum ni ok je. Kenapa? Kau pasti ke berita yang kawan kau jaja tu benar-benar betul dan terbukti kesahihannya? Kalau tak pasti, kenapa terus bermasam muka bila terserempak dengan mak aku? Dengan ayah aku? Kenapa?

Keenam.
Mesyuarat malam tadi, kesimpulannya, si betina tu tak berani nak jumpa ayah aku untuk setelkan hal ni.
Pulak dah. Nampak sangat, kan? Kesian sungguh. Aku rasa betina tu ada masalah tekanan jiwa kot. Dan kawan-kawan yang sokong dia tu, maaf cakap ye, tapi semua ni sebab mereka tu semua dengki dan busuk hati serta iri hati dengan keluarga aku. Walhal keluarga aku takdalah kaya mana, cuma kami agak senanglah jugak, tapi kami tetap berkawan dengan semua. Takda pun kami sisih mana-mana pihak. Tak ada! So kenapa manusia yang tak berapa kerat ni benci kat kami? Apa salah kami? Kalau kau dengki dengan rezeki kami, kenapa tidak kau berusaha macam kami? Apa kau fikir rezeki kami ni kami dapat sekelip mata ke? Kau lupa ke siapa pemberi rezeki? Macam mana nak tambah rezeki? Kau ingat goyang kaki boleh penuhkan akaun bank dengan RM ke? Semua itu perlukan usaha, ikhtiar, doa dan tawakal. Apa kau ingat senang ke nak jadi senang? Kenapa tidak kau berusaha lebih macam kami untuk dapat lebih rezeki, kan? Daripada kau busuk hati dan buat cerita mengarut kat kami.

Ketujuh.
Mintak maaf sekali lagi.
Manusia yang percaya akan fitnah ayah aku tu, mintak maaflah cakap, solat lima waktu pun belum tentu lengkap. Kalau sehari tu rongak solatnya aku boleh terima lagi, tapi takut solat jumaat je tempuh sejadah. Lagi haru kalau solat hari raya je tempuh masjid. So agak-agaknya, perkataan manusia fasik macam ni boleh dipercaya ke?
Sendiri mahu fikirlah, kan? Si betina tu aku berani jamin jenis tak solat. Sebab manusia yang jaga solat, dia takkan berani buat fitnah macam ni.

Kelapan.
Dari zaman kami sekeluarga susah dulu, kami tak pernah meminta-minta kat orang. Itu prinsip kami dari dulu. Bahkan ibuku, meskipun pernah rasa susah masa di Kuantan dulu, tak pernah sekali-kali menjaja kemiskinan kami kat sesiapa. Ibuku hanya mengadu kat yang Maha Esa. Sama macam ayahku. Bukan nak riak atau bangga, ibu kami dari dulu manusia yang jaga solat. Ayah aku pun sama. Dan kami sekeluarga telah dididik hal agama dari kecik. Cuma kami je yang degil kekadang. Ada lagi yang nakal. So kami sekeluarga memang benci ilmu-ilmu hitam ni, terutama sekali ibuku. So bila betina tu buat fitnah macam ni, korang boleh fikir tak macam mana reaksi kami sekeluarga? Kelakar yang teramat sangat + geram yang teramat sangat!

Kesembilan.
Apa pun, aku nak betina tu datang mintak maaf kat ayah aku dan bersihkan nama ayah aku kat depan jiran-jiran yang telah dihasut oleh betina tu. Kalau dia enggan, aku sendiri akan pergi rumah dia dan cakap baik-baik. Kalau dia enggan jugak, jangan terkejut kalau aku terpaksa tampar muka dia. Tengoklah nanti!

Kesimpulan.
Orang kita ni masih lagi pemikiran di takuk lama. Dengki, busuk hati, iri hati 24 jam jika kawan-kawannya atau jiran-jirannya agak senang hidupnya dari dirinya. Aku tak paham kenapa orang Melayu yang majoritinya Islam, tapi tak memakai akhlak Islam. Walhal orang Cina aku tengok, tak ada nak dengki sesama bangsa, malah mereka tu lagi united untuk jaga kebajikan bangsa depa. Tapi kita orang Melayu, kenapa macam ni?

Selagi orang Melayu macam ni, PHD tak habis-habis, sampai bila pun kita tak akan maju!

Isk!

24 Feb 2011

Sally dah masuk youtube!

Salam meoww meoww semua...

 
Aha!

Sally kucing kesayanganku telah aku masukkan koleksi gambar-gambar dia dari zaman dia menjadi kitten hinggalah ke saat dia menjadi mother cat tempoh hari.

So, enjoy yaaa...


23 Feb 2011

Hidup Perlu Ceria... :)

Salam meoww meoww...

Wahhh... Rasanya macam lama sangat aku tak menaip kat blog ni. Pada hal baru beberapa hari aku terpaksa 'abaikan' penulisan blog pasal masalah modem aku yang rosak tempoh hari. Tapi sekarang, semuanya dah ok semula. So aku akan aktif balik kat blog ni macam biasa.

Hmmm...

Hari ni aku nak cerita sikit tentang kehidupan seharianku. Pasal Sally, next entry pulak aku tulis ekk. Apa pun Sally kirim salam kat korang semua. (jawab taw, jgn tak jwb! ahahaa...)

Ni aku nak cerita sikit. Sikit je, tak banyak. :p

Alkisahnya, ada ler beberapa kerat member aku ni, bila bercerita atau berjumpa ngan aku, dok bersembang berborak bagai... cerita tentang kambing laa lembu laa itik laa (contohlah kan... jgn percaya pulak kami citer pasal lembu kerbau bagai... kalau korang caya, korang pon 2x5 laa jugak dengan lembu kambing tu... ha ha haa...!!! :p)

Ok ok aku serius.

Aku ni kalau orang tengah syok bercerita, aku secara automatik akan menjadi pendengar yang baik. Kalau perlu aku menyampuk, aku akan sampuklah sikit. Tapi kekadang kena marah jugak sebab belum abis cerita aku dah potong line. Hahaha... Padan muka aku!

So memandangkan aku ni selalu laa jugak jadi kaunselor tak bertauliah ni (yelaa, aku ni bab-bab dengar masalah orang, bagi nasihat, memang terer punye. Walhal masalah sendiri tak reti pon nak setel! huhu.. )

Jadi, disebabkan status aku yang selalu menjadi pendengar setia kepada masalah kawan-kawan aku... dan aku pun tak kisah... malah aku bersyukur sangat sekiranya idea dan pendapat aku yang tak seberapa tu dapat memberi jalan keluar kepada permasalahan mereka.. lagi pun kan Allah dah kata,bila kita selalu tolong orang, Allah akan tolong kita... kan? :)

Cuma bila aku yang selalu berwajah ceria dan jarang cerita masalah aku kat orang, ada pulak di antara member-member aku yang label aku ni manusia yang tiada masalah. Sentiasa happy sokmo.

Jap jap.... aku nak gelak jap.

Hah hah hah haaaa.... Kah kah kahhh!!!!
*sila gelak style gelak guling-guling macam emoticon kat ym!

Dah abis gelak dah??

Ok meh sambung cerita.

Ok, cuba korang fikir secara logik.

Ada ke manusia dalam dunia ni takda masalah?
Kalau ada pun, mesti orang tu penghuni hospital mental punya.
Selagi orang tu otaknya normal, sedikit sebanyak mesti ada masalah dalam hidupnya.
Cuma bezanya kecil atau besar masalah tu.
Dan cara kita dalam mendepani masalah tu.

Betul tak?

Yup!

Aku memang spisis yang tak berapa suka cerita masalah aku kat orang, even kat member-member aku sekali pun. Apatah lagi masalah tu akan membuka aib aku sendiri. Selagi boleh aku simpan, aku akan simpan. Selagi boleh aku tanggung, aku akan tanggung sendirian.

Tapi aku tak pernah tanggung sendiri pun! :-)

Sebabnya aku ni pengadu paling kuat kat Pencipta aku.
Hanya kat Dia je aku mengadu semua permasalahan aku. (kira pengadu hardcore laa jugak! hahaha...) So hanya kat Dia aku bergolek berguling menangis teresak-esak merayu meratap mintak diselesaikan setiap permasalahan aku. Sebab bagi aku, hanya Dia je yang paham aku dan yang paham setiap permasalahan aku dan setiap keinginan aku. Hanya Dia. Bahkan mak bapak aku serta keluarga aku pun aku takkan cerita hal-hal personal aku kat mereka.

Aku bukan sombong, bukan tak percaya kat mereka, tapi aku fikir, tiada tempat untuk meluah perasaan dan meminta pertolongan sebaik-baik meminta pertolongan daripada-Nya, meluah permasalahan kepada-Nya. So daripada aku buang masa mengadu dan mintak tolong kat makhluk yang bergelar manusia tu (yang kita semua al-maklum manusia ni serba serbi terbatas), baik aku mengadu direct terus kat pencipta manusia tu tadi. Sah-sah Dia boleh bantu aku punya. Bezanya cepat atau lambat je. Upah pun tak payah nak bayar. Free pulak tu. So rugilah kalau kita terlalu rajin mengadu kat manusia ni. Dahlah upah kena bayar, pastu aib kita sedikit sebanyak sure terbongkar sikit, kan? Hahaha...

Kat manusia ni, mengadu sikit-sikit je dahlah. Ala kadar je. Sekadar nak bercerita. Setakat nak legakan perasaan tu je. Nak bagi lapang dada tu sikit kalau banyak sangat masalah yang melanda. Tapi nak mengadu kat manusia pun tengok spisisnya jugak. Lebih baik pilih kaunselor atau motivator yang bertauliah, atau rakan/saudara yang korang bebetul percaya. Karang silap mengadu, masalah korang mereka jaja ke hulu ke hilir. Kan naya tu. Aib kita dijaja-jaja!

So kesimpulannya, aku ni bukan takda masalah yer. Tapi memandangkan hidup cuma sekali, jadi jangan beratkan pemikiran tu dengan masalah yang remeh temeh. Cukuplah fikir masalah yang serius je. Yang lagi dua rius tiga rius tu tak payahlah pk sangat. Adatlah. Kat dunia ni sejuta satu macam ragam manusia. So mestilah sejuta satu macam pulak masalah yang terkandung di dalamnya, kan? So buat apa nak fikir sangat. Kenapa bila seorang dua benci kita, kita abaikan yang lagi sepuluh orang suka kat kita disebabkan terlalu fikir kenapa yang dua orang tu benci kat kita. Just ignore je perasaan bengong tu. Selagi kita betul, jika ada jugak orang tak suka, lantak pi lah. Bukan semua orang boleh suka kat kita, kan? Yang penting Allah suka kat kita. Mak bapak suka kat kita. Kita pulak patuh perintah mereka. Kan senang. Tak payah pening-pening.

Dahlah ekk.
Tadi kata nak cerita sikit je. Ni dah jadi karangan 3 muka surat pulak dah.
Isk iskk!! Anak sapalah nih! Uhuk uhuk!

Akhir kalam, apa yang penting, kerjasama...
Eh eh silap... aku dok teringat lagu wonderpets laa plak... hehehe...

Apa yang penting, hati mau bersih, jiwa mau lapang, insyaAllah semua permasalahan akan dipermudahkan-Nya. So don't worry be happy , and happy go lucky sokmo k??!!! Ehe!

15 Feb 2011

Kucing kesayanganku, Sally dah selamat jadi ibu pada 12 Rabiul Awal - Isnin malam Selasa. =)

Salam meoww meoww buat semua...

Hmmm... lebih seminggu blog tak update, gara-gara modem steamyxku buat hal. Apa nak buat, dah masanya modem tu expired! Hampeh punya modem. Baru setahun lebih pakai dah jahanam. Ingat nak derhaka nak pakai broadband lain, tapi memandangkan telefon rumah masih diperlukan, maka streamyx masih menjadi pilihan teratas untuk terus melanggan jalur lebar tanpa sempadan. Buat masa ni broadband Celcom kakakku lah yang menjadi mangsa untuk aku pinjam free of charge! Ngehehe...

Haaa... berita gembira sempena Maulidur Rasul pagi ni.

Kucing comelku aka Sally dah selamat melahirkan anak dia seramai lima (5) ekor pada malam tadi, atau dengan jelasnya, anak-anak kucing yang comel-comel tu selamat keluar dari perut Sally bermula pada pukul 10.00 lebih malam tadi. Makna kata, anak-anak kucing iaitu anak si Sally lahir lepas maghrib malam tadi yang bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1432 hijrah = Hari Kelahiran Nabi SAW.

Just imagine that!

Anak-anak kucing yang cute tu semua telah ditakdirkan berkongsi tarikh lahir dengan Nabi SAW yang sememangnya sayangkan haiwan yang bernama kucing ini.

Wowwww!!!

Amat bertuah Sally sebab anak dia lahir pada malam tadi lepas maghrib, dan sekali lagi Sally amat bertuah sebab malam tadi aku off duty, aku ada kat rumah. Dan alhamdulillah, Allah perkenankan doa aku untuk menyambut kelahiran anak-anak bulu yang comel-comel ni malam tadi. =)

Oklah.

Aku tak nak cerita panjang.  Kat bawah ni aku letak gambar-gambar Sally dan anak-anak dia yang baru lahir malam tadi.

Enjoy yaaa....



















6 Feb 2011

Tuan Sally Gila Buku

Salam meoww meoww buat semua...

Minggu lepas aku sempat merayau dua kali ke Pyramid... sebab ada hal kat sana. So sesambil tu, sempat jugaklah aku cuci mata sikit... hehehe...

Aku ni selain minat gila babeng kat kucing, aku jugak ada hobi lain yang aku rasa aku tak boleh abaikan jika ternampak apa-apa kedai yang menjual buku dan alat tulis. Ada keperluan atau tak, itu belakang cerita. Apa yang pasti, jika aku lalu kat memana yang ada kedai buku, kaki aku tanpa perlu dipaksa, secara automatik akan menyinggah masuk kat dalam tu. Dan paling koman aku akan habiskan masa lebih kurang 15 min kat situ sekiranya tak membeli.

So dua kali aku pi Pyramid, 2 kali jugaklah aku sempat singgah Popular... walhal takda apa nak beli... tapi kalau dah gian tu memang takleh nak buat apalah, kan? Hahaha...

Rerayau dalam Popular tu, aku sempatlah snap 2 pic nih buat tatapan korang.



PIC 1
dah ada buku buat duit dengan pasar malam rupanya... hihihii...


PIC 2
agak-agaknya bila buku aku akan wujud kat rak ni, ek? :(


Berikut adalah penjelasan tentang dua gambar yang sempat aku curi-curi snap dalam Popular tuh;


Pic 1 tu aku tertarik pasal sekarang ni orang dah mula nampak bahawa ramai yang dah boleh hidup senang dengan hanya berniaga di Pasar Malam. Alhamdulillah, akhirnya kesedaran itu timbul jugak sehingga wujudnya buku ini di rak buku Popular. Tahniah kepada penulisnya kerana mengambil cerita rakan-rakan beliau yang telah berjaya buat duit di Pasar Malam. Kalau tak, takkanlah Dato' Chef Li yang bekas pegawai bank tu berani melabelkan peniaga pasar malam ni sebagai jutawan senyap, kan?
Bagus. Moga kesedaran ini akan semakin terasa di kalangan generasi muda hari ini. Bahkan dah terbukti, artis-artis pun ramai yang berniaga di bazar Ramadhan bila kurang tawaran menyanyi/berlakon di bulan itu. So siapa kata berniaga kecil-kecil macam tu tak boleh buat duit? Jangan pandang pada saiznya, tapi pandang pada hasilnya yang boleh disimpan! :-)


Pic 2 tu merupakan my pebret author. Dah keluar dah manuskrip yang beliau pernah bagi tahu tajuknya tu (Rayyan Fantasi) masa pesta buku lepas (2010). Tapi aku tak beli lagi pasal aku tunggu pesta buku akan datang untuk aku borong dan pastinya berbaloi-baloi kerana tentulah akan banyak mendapat diskaun! Peruntukan untuk pesta buku kali ini, insyaAllah akan ditambah serat lagi memandangkan kegilaan aku kepada buku semakin menjadi-jadi! Hehehe...

Hmmm.... oklah. Aku nak rehat-rehat sat sambil minum nescafe kegemaranku... :-)

Wassalam.

4 Feb 2011

Kuantan Sedang Menangis, Tapi Aku Tak Nangis!



Salam meoww meoww semua...

Alhamdulillah, misi balik kampung telah pun berjaya dan aku dah pun selamat pulang ke pangkal rumah malam Selasa lepas. Dan sekali lagi alhamdulillah, sepanjang perjalanan, semuanya ok...  semuanya berjalan dengan lancar... majlis kawen kaum kerabat pun dah selamat, cuma satu jela hajat tak sampai... tak jadi nak mandi kat air terjun sungai pandan (kalo zaman aku kekecik dulu, orang panggil air terjun panching). Almaklumlah, asyik hujan 24 jam. Nak buat camane... dah memamg musimnya... terima jelaa... huhuu...

Sesekali berjumpa kaum kerabat belah pantai timur sana... so akan jadi lumrahlah untuk memasing bertanya khabar dan bertukar cerita... ibarat macam jumpa setahun sekali di pagi raya... macam tulah lebih kurang... Dan soalan pebret para makcik para pakcik yang selalu tanya kat aku sejak aku berumur 20++ ni, kalo tak soalan no. 1, mesti no 2. Pendeknya salah satu mesti ada.


1. "Sekarang ko buat ape?"
2. "Ko bile pulak? (bile gatal nak menikah maksudnye tuh! Ngeh! Ngeh! Ngeh!)

Hohoho...

Aku memang suka balik kampung... sebab aku ni kaki rayau :p  So aku memang suka melayan perjalanan yang berjam-jam tu... seronok tengok pemandangan kiri kanan walhal aku dah tahu yang pemandangan tu tetap sama macam tu dan tak pernah berubah sejak dulu lagi, yakni sejak aku jadi budak KL dan kuantan tu mula aku panggil sebagai my hometown di tahun 1992. Dan aku pun tahu, takkan bertukarnya si pokok hijau tepi highway tu jadi pokok kaler merah... aku tahu benda yang aku tengok tu tetap macam tulaa jugak... tapi entah kenapa... bakpe yek.... aku memang suka melayan pemandangan tepi lebuh raya... dan bila fikir-fikir balik, itulah kuasa Tuhan, kan? Dia wujudkan rasa suka kat dalam diri aku ni untuk tengok ciptaan Dia... :)

Cuma bila dah nak sampai kampung tu, katakan lagi 10 min nak sampai, aku memang mula rasa tak best. Yelaa.. Nak best apanya... bila balik je, mesti kena soal dek seorang dua makcik yang memang terkenal dengan kebizibodiannya nak tahu hal terkini kaum kerabatnya yang lain. Dan soalannya, kalo tak yang no.1 tu, mesti no.2.

Tensen ke aku?

Tensen laa jugak. Yang no. 1 tu kira takda masalah sangat. Malah kalo nak ikut income yang aku dapat bulan-bulan buat masa ni, gaji aku dikira tak kalah dengan anak-anak mereka, malah ada tu pendapatan aku lebih banyak berbanding sesetengah mereka... hehehe...

Tapi bila tanya soal no.2, soalan ni yang buat aku kelu lidah nak jawab.

Bukan takda jawapan.
Bukan tak reti bukak mulut then cakap reasonnya sekian sekian bla bla bla....
Bukan tak reti beradab bersopan nak jawab elok-elok cakap cara motivator bagi ceramah...

Bukan tak boleh buat semua tu...
Tapi... aku tak boleh nak bagi jawapan sekarang sebab jawapan yang sebenarnya, hanya aku dan Allah je yang tahu mengapa aku perlu rahsiakan buat masa ni dan kenapa aku tak boleh bagi tahu mereka mengenai kenapa sehingga kini aku masih belum kawen-kawen lagi.

Sebab jawapan yang sebenar dan yang tepat, memang aku tak pernah cerita kat sesiapa meskipun ahli keluarga aku sendiri... including my parents!

So setakat ni, kalau aku jawab pun,  jawapan aku banyak kepada nak elak menjawab sebenarnya... so aku akan jawab alasan tunggu rumah siaplah, tunggu sampai serulah, tunggu anak raja masuk minanglah dsb... Memang ada yang fakta, tapi  ada jugak yang auta. Tang anak raja masuk minang tu memang sah-sah auta, kan?

Sekarang ni biarlah aku pendam dulu jawapan yang sepatutnya aku jawab bila aku diaju soalan berkaitan kawen+jodoh ni semua. Biarlah dulu. Sebab benda yang rahsia ni, selagi 'target sebenar' tak sampai, biarlah menjadi rahsia antara aku dan Dia saja. Sebab orang takkan paham apa impian kita dan apa matlamat hidup kita. Hanya Allah yang tahu.

So, biarlah mereka nak bercakap. Yang penting aku tahu apa hajat aku dan apa matlamat hidup aku.

Kan? :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!