Duit Belanja Sally

22 Jan 2011

Mari Berkenalan

Salam meoww meoww buat semua... :)


Memandangkan blog aku nie masih lagi berstatus 'baby', so eloklah seandainya aku perkenalkan diri aku beserta 'anak' kesayangan aku tu aka Sally bucuk.

Macam korang gak, aku ni manusia biasa yang punyai 1001 impian dalam kehidupan nie. Nak hidup senang, nak dapat uma besar, keta besar (tapi laki besar aku takmo eh!)... Hahaha... joking joking... :p

Dan aku pun macam korang, ada rutin harian yang perlu dilalui setiap masa.
Cuma bezanya aku tak masuk opis macam kebanyakan korang sebab aku dah lame jadi freelance designer (printing design)... so aku just ambik job kecik2 je mcm business card untuk tambah side income. Tak lebat tapi bolehlaa untuk mengelakkan aku lupe pakai photoshop ngan illustrator. Tu je point dia. Haha...

Dulu aku ni DTP Artist aka Creative Designer (kreatiflaa sangat! haha) kat sebuah company tu. Dan aku pernah gak jadi General Clerk cum QC (Printing Department jaga mesin offset 2 clour 4 colour kat kilang cetak area uma aku)... Tapi aku bosan kerja tu sbb gaji ciput dan kerjanya pun aku tak minat. Dok tenung majalah yang belom siap utk tengok kecacatan pada hasil cetakan seperti dot gain, set off etc. Memang giler bosan! Tapi dah aku ambik coz tu mase kat uitm, try laa gak bawak. So just cari pengalaman jelaa... Haha..

Tapi memula 1st kerja aku, mase aku memula kuar uitm, kerja pertama yang aku dapat ialah sebagai Plate Maker. Kalo ko orang printing, sure paham plate maker tu apa. Orang yang bertanggungjawab buat plate. Mase tu gaji pertama aku RM900. Kerja kat kilang cetak flexografi kat Shah Alam. Kilang ni buat design untuk kotak-kotak barangan dan bungkusan seperti kotak biskut yang korang makan tu, kotak tisu, kotak barang AVON dan sebagainya.

So Plate Maker ni orang yang buat plate untuk dicetak setelah mengalami proses masking/striping dan plate tu dah diexpost dalam mesin khas. So Plate Maker yang buat semua ni sehinggalah sekeping plate tu dah siap dicuci untuk dipasang ke dalam mesin cetak yang besar gabak tu. Dan akulah Plate Makernya masa tu.
Hahaha...

Dan sekarang, setelah timba pengalaman sana sini, last-last aku terjun dalam bidang bisnes, yakni bisnes turun temurun. Kembali ke pangkal jalan kaedahnya. Dan kat tapak pasar area Sungai Buloh tula aku jumpa si Sally bucuk aku tu dok ngiau-ngiau kat kaki aku. Memang baby sangat Sally time tu, jalan pon mengengkang. Aku tengok dia comel semacam je terus aku rembat bawak balik rumah. Dan bermulalah kehidupan Sally di rumah aku sejak Mac 2010.

Sekarang Sally bakal jadi mak. Aku bagi dia rasa alam 'ibu-ibu' dulu. Aku kesian nak kembirikan dia awal-awal. Sekurang-kurangnya aku nak bagi dia rasa 'life' dia dulu. Yela, dia pun ada nafsu jugak, kan? So aku kasilaa chan kat dia. Hehehe...


Eh oklah. Panjang pulak aku mengarut kali ni.
Tapi serius, entry ni memang aku main belasah je. Apa yang terlintas kat kepala otak aku ni, itulah yang aku taip. Giler sempoi! Hahaha...

So see u guys later... Bai bai...  :p

1 comment:

Anonymous said...

kilang flexo tu ape namanya?
ada alamat penuh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!