Duit Belanja Sally

23 Jan 2011

Jalan-jalan Cari Pasal

Salam meoww meoww buat semua... :p

Petang tadi balik-balik je dari pasar, aku terus siap-siap nak kuar ngan member. Aku nak blanje dia main boling... sebab dia slalu gak blanje aku... (walhal aku dapat kupon  free main boling sempena renew member card ngan free kupon besday aku yg lepas... hahaha...)

Tapi macam biasalah. Sunway Mega Lanes tu kan selalu je ada tournament. Kekadang aku tension gak. Asal tiap kali aku nak layan boling, ada je company tu reserve, company ni reserve untuk staff depa. Tadi ada 2 company. Yang aku cam satu je, staff MPH Bookstore.

Tapi nasib baik aku ada kupon free asbab aku member Sunway Mega Lanes, so dapatla gak aku main meskipun kena tunggu kejap. Hahaha....

So sementara tunggu tu, aku ngan sahabat aku ni rayaulaa Pyramid tu, dan kami terus layan archery pasal masa nak datang ke tempat boling tadi kami dapat kupon free 3 panah percuma setiap seorang. So kami pon dengan konpidennya masuk booth memanah tu.

Ini kali kedua aku layan benda alah ni, dan hasilnya...

Jeng jeng jeng....




Takdelah nak membangga diri, cuma mamat yang ajar aku tu just kata lebih kurang camni je...

"Wah, kalau macam ni dah boleh jadi wakil ni.."

Hahaha... Korang jelesla kan pasal korang tak reti main... ***lari sambil jelir lidah...***

Aku kata kat member aku, wakil blok flat aku bolehlah kot... hahaha...

Btw bukti kat depan mata korang... tengok jelaa kat mana mata panah tu banyak hinggap... :p

Lepas layan memanah, kami rayau lagi sambil borak-borak... pastu tersampuk lak bab Detective Conan (animasi kegemaran aku dan adik... :p )

Tapi member aku ni lagi gempak, semua jenis cerita, drama, filem, animasi, Jepun ke Korea ke, semua dalam otak dia. So bila dia kata Detective Conan ada buat cerita betul (watak animasi tu diganti dengan pelakon sebenar), aku terus teruja. Aku nak tengok, siapa yang berani-berani pegang watak Shinichi Kudou aku tu... Dan hasilnya, aku pun telah merembat DVD di bawah ini...




Hmmm... kira bolehlah... tapi masih lagi tak memenuhi kriteria Shinichi Kudou yang aku bayangkan!

Hahaha...

Takpalah, nantik satu hari nantik aku pi Jepun, kat sana aku cari Shinichi Kudou aku yang sebenar...
Keh keh keh!!!

Sebelum balik umah, kawan aku ni telah menghadiahkan something special kat aku sempena besday aku ari tu....


Teng terengggggggggggggg.....




Macam paham-paham je aku ni selalu jiwa kacau...

Kuikuikui....



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!