Duit Belanja Sally

28 Apr 2012

Bertebaranlah kamu melihat bukti kekuasaan Allah. Jom holiday!

Hai semua...
1st of all TQ aku ucapkan sebab masih sudi baca blog aku yang lemau nih... Masalahnya ada ke yang baca blog aku nih? Hohoho!

Entry kali ni aku tak nak cerita pasal holiday aku kat KK awal bulan April bebaru ni. Percutian ke Langkawi pun takda mood lagi nak story. Terengganu apatah lagi. Idea buntu nak mengarang time gini. Almaklumlah, aku ni memang dasar pemalas tahap tenuk bab nak mengarang cerita pepanjang berjela nih! Walhal semua percutian aku tu kalau nak cerita dari mula depart sampailah kembali ke baiti jannati, rasanya boleh compete dengan thesis bebudak degree kot... Jenuh korang nak baca nantik!
Sekali lagi, ada ke orang nak baca? Hua hua hua!!! So aku skip dulu cerita pasal holiday berjela aku tu kasi minda korang berehat dulu sebelum jadi mereng bila baca kisah travelling aku yang mengharukan tu nantik, ok? :p

Actually dari tadi aku dok membuka-buka membelek-belek memana travel agency yang ada buat pakej ke Mesir. Alkisahnya, sejak aku canang ngan mak aku plan nak pergi Korea Selatan tahun depan, tetiba seminggu dua ni dia kata lebih kurang gini;

"Daripada pergi Korea, baik kita ke Mesir. Boleh melawat makan Imam Syafi'e, tengok Firaun. Ustaz kata Allah galakkan kita ke sana untuk tengok bukti kebenaran Al-Quran (tentang kisah Firaun laa tu)."

Masa dia cakap memula tu, aku tak hiraukan sangat. Tapi bila setiap kali aku cakap Korea best, Korea gitu Korea gini, Korea ada mamat handsome meskipun plastik, (ayat tak cover! sorry! :P), mak aku mula pin point bukak bab Mesir. Nampak sangat tak minat dengan kisah Korea aku dan adik ni. Hampeh! Huhu...

Btw aku bukan tak nak pergi Mesir. Nak sesangat. Malah masa arwah ayah aku masih hidup, memang dah plan lepas ni kita orang nak pergi umrah ziarah Mesir. Aku, adik dan mak memang minat nak pergi Mesir, teruja nak tengok Pyramid, nak tengok Universiti Al-Azhar, nak melawat makam Imam Syafi'e dll. Berbeza dengan ayah aku yang lagi suka pergi ke Turki pasal nak tengok Masjid Biru. Tapi ayah tak bantah pun kalau nak pergi Mesir dulu. Lain kali pulak ke Turki. Tapi apakan daya, kan? Belum sempat plan menjadi kenyataan, ayah pergi dulu. Malah trip ke Sabah bebaru ni pun cadangnya memang aku niat percutian istimewa untuk ayah sebagai penghargaan kat ayah yang dah banyak melabur duit bawak aku dengan mak dan adik jalan-jalan kat dunia ni. Plan asal trip Sabah ni bulan 11 tahun lepas (2011), tapi bila nak tempah tiket bulan 6, AA selalu promo time tu, bila tengok ayah sakit, so aku tangguhlah dulu, kot-kot lepas ayah dah sihat semula baru tempah balik. Tak sangka Raya Puasa 2011 aku dah takda ayah. Takpalah. Dah takdir begitu. Nak tak nak kena redha. Aku sekarang fikir positif je. Selalu aku kata, Allah sayang ayah, so Allah ambik ayah dulu. Tak pun, bila teringat ayat dalam surah Al-Baqarah, ayat berapa aku tak ingat, tapi maksudnya lebih kurang begini.

Barang kali kamu menyukai sesuatu, sedang ia tak baik bagi kamu, dan barang kali kamu membenci sesuatu, sedangkan ianya baik untuk kamu.

So kiranya apa-apa takdir yang agak-agak sadis yang melanda hidup aku selama ni, 1stly memula memanglah akan rasa sedih pilu bagai, kan? Tapi bila berbalik pada Kalamullah ni, aku fikir, apa hak aku nak bantah semua ketentuan dari-Nya? Aku ni siapa? Cuma seorang hamba yang HINA! Sedangkan semuanya itu HAQ Allah, bak kata Imam Nuri. Then, aku rasa lega. :)

Dan trip ke Sabah diteruskan jugak tanpa ayah sebab aku masih ada mak. So sementara ada mak ni, aku nak hargai segala pengorbanan mak selama ni meskipun nilainya takkan dapat membalas jasa mak yang susah payah jaga anak nakal macam aku nih. Apa pun, ayah tetap sentiasa di hati kami!

Ok berbalik cerita tadi, memandangkan mak aku teringin sangat nak pergi Mesir, so aku pun mulalah mencari pakej-pakej yang menarik berkenaan Mesir nih. Aku tak kisah sangat itinerarynya macam mana, asalkan ada tour ke Alexandria, Kaherah melawat Pyramid, Universiti Al-Azhar, Makam Imam Syafi'e dan Pasar Khan Khalili yang orang kata barang murah tu, itu dah cukup bagi aku. Asal saja harga pakejnya berpatutan.

Apa pun, ni semua plan baru, semuanya Allah punya kuasa.

Cadangnya nak pergi hujung tahun ni, kalau dimurahkan rezekilah. Sebab nak awal-awal pun tak boleh pasal jadual percutian untuk tahun ni boleh dikatakan agak penuh dah. Bulan 5 ni insyaAllah ke Singapore nak main game best² dekat USS. Bulan 6 insyaAllah ke Pangkor percutian keluarga besar. Percutian ke Miri-Brunei nampak gayanya kena tangguh dulu bulan 7 ni memandangkan khabarnya saudara dari Kuok-Pekan Baru nak datang berziarah ke Malaysia. Lepas Raya Puasa, dalam bulan 9 gitu, cadangnya nak ke Pekan Baru-Kuok nak melawat 'ayah' kat sana, then terus bawak mak jalan-jalan ke Bukit Tinggi-Padang. So tinggallah bulan 10, 11 dan 12 yang free. Belum lagi komitmen meniaga, uruskan hal itu hal ini beli itu beli ini bayar itu bayar ini, so memang gerenti hujung tahun jela baru dapat ke Mesirnya. Silap hari bulan, 2013 baru boleh jengah Mesir, kalaulah time tu Mesir masih selamat untuk diziarahi.

Selain nak balas jasa mak (yang aku tahu memang takkan terbalasnya), aku ni memang suka jalan-jalan. Memandangkan aku keturunan peniaga, so meniaga ni dah jadi darah daging dan kerja dengan orang pun tak betah sangat. Paling tak best time nak mintak cuti nak pergi holiday, mesti banyak masalah punya. Nak-nak time raya, cuti memang bersekat sesangat. Jadi aku boring, aku resign then aku masuk bisnes family. Meskipun hanya sekuman je nilai bisnes ni, bisnes cikai kata orang, yang penting aku happy dan aku boleh apply cuti tanpa perlu isi form dan tanpa perlu tunggu giliran!
Chewwah ayat! Yiiihaaaaaaaaaa!

Huhu, aku tak nak korang yang tengah baca nih ada pembaca ke? fikir kekonon yang aku ni banyak duit boleh travel sana sini. Silaplah kalau fikir macam tu. Aku pun macam korang jugak, gaji biasa-biasa je. Cuma mungkinlah rezeki berniaga ni lebih 'afdal' kot. Aku bukan kata rezeki makan gaji tu tak bagus. Jangan salah paham. Maksud aku, kan Allah dah kata, sebaik-baik rezeki ialah daripada tulang empat kerat dan daripada titik peluh sendiri. Kalau tak, takkanlah keluar hadith Nabi SAW yang mengatakan 9/10 punca rezeki adalah meniaga. Kan?

Sambung balik cerita tadi.

Sebenarnya, kalau korang nak kata aku hidup agak senang, itu ya, tapi kaya, itu jauh lagi alamnya. Aku dari kecik memang agak senang sebab aku anak kedua bongsu. Masa aku darjah 1, ayah dah mula meniaga. So kehidupan kanak-kanak aku sampailah ke hari ini, boleh dikatakan agak senanglah. Aku dan adik tak merasa susah macam abang-abang dan kakak-kakak kami. Cuma masa kegawatan ekonomi dulu, adalah kami kena tempias sikit-sikit, itu pun takdalah sampai membawa ke tahap muflis.

Tapi senang tak bererti bebas hutang yek!
Mana ada orang yang tak berhutang zaman sekarang, kan?
Lagi kaya orang tu, lagi banyak hutangnya, kan?
Sebabnya, makin besar periuk, makin besarlah keraknya. Setuju? Kan?

So memandangkan rezeki meniaga ni agak murah nak-nak di era 90-an, agak-agak dah puas jalan-jalan satu semenanjung, so buat pertama kalinya aku dibawa ayah berholiday keluar dari Malaysia. Kami ke mana?

Jeng jeng jeng.... Kami ke Singapura. Hahaha... Eh, kira oversealah tu  walaupun dekat. Sebab dah kena cop passport. Kan? Hahaha...

So pada tahun 1995, buat pertama kalinya aku jalan-jalan pakai pasport. Boleh pulak terjadinya insiden sesat di Singapura. Ceh! Nampak sangat masih budak-budak. Hohoho...
Stesen MRT Bukit Batok, Singapore
~ihsan google~

Tahun 1996, rezeki ayah murah lagi, then kami terbang ke Indonesia. Dari Pekan Baru, Sumatra terus ke Jakarta, melawat sedara kat sana sekali gus berholiday. Jenuh jugaklah kami merayau bandar Jakarta yang besar tu. Dunia Fantasi, Monash Tower, Taman Safari, Bogor,  Taman Mini Indonesia Indah etc.







Dunia Fantasi (Dufan Ancol), Jakarta
~ihsan google~

Monash Tower, Jakarta
~ihsan google~


Taman Mini Indonesia Indah
~ihsan google~



Aku ingat lagi time tu. Naik flight dari Airport Batu Berendam, Melaka ke Pekan Baru pasal kat Subang takda flight direct ke Pekan Baru. Naik Pelangi Air. Dahlah flight kecik nak mampus, mahal pulak tu. Time tu jangan nak beranganlah dapat tiket murah tiket promo macam sekarang. Malah dari Jakarta ke Subang Airport (time ni KLIA takda lagi yek!), seingat aku ayah aku abis dekat RM2k untuk kami berlima. Memanglah flight besar Boeng 747 British Airlines. Tapi korang bayangkan RM2k tu untuk tahun 1996. Besar kan nilainya? Sehala pulak tu. So bila ingat-ingat balik, alangkah bertuahnya manusia pada hari ini yang dah ada banyak pilihan. Dengan Air Asianya, Fire Flyz, Jetstar bagai, malah MAS pun dah banyak buat tiket promo.

Bandara Pekan Baru, Riau, Sumatera
~ihsan google~

So memang betullah tagline AA - Now Everyone Can Fly!

Lepas pada tu, aku dibawa lagi ke Jakarta tahun 2009 & 2010. Then kami terus holiday ke Bandung dan tahun berikutnya ke Jogjakarta. Try naik KLM pulak sebab tiketnya takdalah mahal sangat dan yang pasti flightnya besar boeng 777. Ayah memang suka flight besar-besar nih.

Pemandangan dari Puncak, Bandung
~ihsan google~

 
Haa... Start dari Jogjakarta lah aku punya minat travelling ni tumbuh sedikit demi sedikit.
Sebelum-sebelum tu memang main ikut je pasal mak ayah yang bawak, kan?
Berbeza dengan trip ke Jogja. Aku jadi teruja nak bercuti lagi dan lagi bilamana tengok keindahan bandar Jogja yang bersih berpanoramakan Gunung Merapi, so aku mula fikir yang jenjalan itu syok!

Candi Prambanan, Jogjakarta
~ihsan google~

Dan tahun 2010, aku berkesempatan untuk ke Mekah-Madinah membuat umrah tajaan sepenuhnya oleh arwah ayah. Huhu sadis bila ingat-ingat kenangan umrah nih. (+_+)
Kalau ikut plan asal, kami naik Flight Emirates dan singgah transit selama 3 jam di Dubai, namun last minit tukar ke Saudi Airlines. So tak jadilah transit Dubai. Hampeh! Aku dah beriya berangan nak jejak kaki ke Dubai. Ceh! Tapi takpa. Next time maybe.

Bercerita pengalaman mengerjakan Umrah, ianya memang satu ibadah + ziarah yang memang takkan dapat dilupakan sampai ke akhir hayat.

Bagi yang sudah ke sana, pasti korang faham maksud aku.
Bagi yang masih belum berkesempatan ke Tanah Haram Mekah-Madinah, cuba korang bayangkan apa perasaan korang bila mana korang melihat Kaabah yang menjadi arah kiblat bagi semua muslimin muslimat, kini tersergam indah  di depan mata korang. Dapat bayangkan, tak? Apa perasaannya? Yang pasti air mata pasti takkan berhenti mengalir.

Bayangkan lagi, Imam Sudais yang biasanya hanya dapat didengari suaranya di tv dan di Compact Disc, tak pun peneman para suri rumah yang sibuk buat kuih raya sambil mendengar siaran langsung Solat Tarawikh dari Mekah, kini sedang menjadi Imam kamu untuk solat Maghrib dan Isyak.

Bayangkan lagi, Perang Uhud yang menjadi salah satu topik penting dalam pelajaran Sirah sekolah rendah agama, jika sebelum ini hanya bercerita dan bersoal jawab tentang sejarah Saidina Hamzah yang mati dibunuh di Bukit Uhud tempat berlakunya peperangan Uhud, kini bukit itu terbentang jelas di depan mata!

Jabal Uhud, Madinah
~ihsan google~



Yang paling penting, bayangkan lagi, Nabi SAW yang korang sanjung berselawat ke atasnya saban waktu, kini korang telah berada di dalam rumahnya yang kini menjadi sebahagian daripada Masjid Nabawi.


Masjid Nabawi
~ihsan google~

Bayangkan lagi tempat pertemuan Adam dan Hawa di Jabar Rahmah, kini korang sedang bersenang-lenang menaiki unta di datarannya.

Bayangkan pula perkuburan Baqi tempat terkuburnya para syuhada di medan perang, kini korang sedang melihatnya dari jeriji pagar sambil membacakan Al-FAtihah buat mereka!


Perkuburan Baqi', Madinah
~ihsan google~




Dan bayangkan lagi Bukit Safa & Marwah yang menjadi simbol tanda pengorbanan Siti Hajar demi mendapatkan setitis air bagi anakandanya Nabi Ismail as, dan sebagai lambang kepatuhan Nabi Ibrahim as kepada Khaliknya dengan menitipkan isteri dan anaknya di situ sehelai sepinggang, kini korang  sedang melakukan Sa'ie di atasnya.

So, dapat bayangkan ke tak?
Terharu pastinya, kan?


Masjid Terapung, Jeddah
~ihsan google~


Satu je pesanan ikhlas nak dikongsi bersama.
Berdoalah selalu moga suatu hari kelak korang akan berkesempatan ke sana, InsyaAllah.
Kena doa dan kena ada minat dan niat memang nak pergi sana sebab Mekah-Madinah bukan macam tempat pelancongan lain. Meskipun korang banyak masa, duit pulak berkepuk, tapi selagi Allah tak panggil, pasti ada je halangan untuk korang ke sana. Percayalah!
So berdoalah selalu moga Allah lembutkan hati dan dipanggil segera menjadi tetamu-Nya di sana, InsyaAllah!


Hurmmm...
Tahun 2011 aku tak nak cerita. Cukuplah korang selak page aku sebelum-sebelum ni.
Senang cerita, 2011 tahun kematian!

2012, aku bukak buku baru, aku hidupkan balik keinginan aku berholiday ke sana sini seperti mana di masa ayah aku masih ada. Dan alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Moga-moga Allah akan terus memurahkan rezeki aku dan family untuk kami gunakan ke jalan yang diredhai. Sesungguhnya dalam setiap rezeki itu, ada hak lain di dalamnya. Maka bersedekahlah. Dan gunakan selebihnya untuk mencukupkan keperluan diri sendiri (termasuk membayar hutang) dan menggembirakan insan yang tersayang. Dan aku juga doakan agar korang juga dilimpahkan rezeki agar kita sama-sama bisa bertebaran di bumi Allah ini melihat kesan tinggalan sejarah para Nabi dan penjajah dahulu kala, menyaksikan panorama indah, bukit bukau, gunung ganang, lautan sesayup mata memandang serta awan yang jauh terawang-awangan, sekalian dapat menginsafi kejadian diri, atau setidak-tidaknya bisa menyebut  subhanallah!


~ieza~ blog suka-suka

2 comments:

Anonymous said...

Nak pergi mesir??? Bestnyaaaaa... Apa kata kau tanya del..maybe dia bley guide kau... Korea pun best, aku dah pegi last yr...pegi masa winter la..main salji..hihihi

-vin malas nak login-

Anonymous said...

ekceli aku lebih teruja nak ke jepun.. tp jepun kena banyak sket ongkosnya dalam akaun...
so rasanya belum mampu lagi kot wat masa ni..
so pilihan terdekat adalah korea selatan... insyaAllah 2013 aku pergi.... tapi mmg takkan ambik time winterlaa pasal mak aku tak tahan sejuk.. pegi dalam bulan 4-5 gitu time spring... leh tgk bunga sakura... hehehe... aku tau korea best tu pasal aku pilih korea ganti jepun.. keh keh!

del? idop lagi ke mamat tuh?
huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!