Duit Belanja Sally

27 Jan 2013

Anda mesti seorang pencinta kucing jika anda...

  • ...rela kongsi katil dan tidur bersama dengan kucing anda!
  • ...sanggup korbankan wang ringgit untuk memberinya makan!
  • ...tak boleh berlalu dan pergi begitu saja setelah terserempak dengan kucing-kucing tepi jalan dalam keadaan kelaparan, atau dalam keadaan yang amat kasihan!
  • ...memarahi golongan yang mendera kucing atau menganiaya kucing, atau setidak-tidaknya mengajar kanak-kanak agar bersikap lebih baik dalam memberi layanan terhadap kucing, bukan dengan menyepaknya, menendangnya atau menarik ekornya!
  • ...mencari penjaga yang benar-benar sukakan kucing jika ingin berpergian untuk beberapa ketika!
  • ...menyediakan bekalan kibbles dalam beg anda walau ke mana saja anda pergi supaya anda dapat memberi makan kepada kucing-kucing yang kelaparan apabila anda berjumpa dengan 'mereka' ini, tak kira di mana saja!
 
 
...dan macam-macam lagi yang anda akan lakukan untuk kucing anda atau demi keselamatan dan kebaikan kucing-kucing terbiar di luar sana!
 
Betul tak?
 
 
Saya kata betul sebab saya salah seorang daripadanya!  :)
 
 
Dan, beberapa minggu kebelakangan ni, saya suka menonton rancangan ini;
 
MUST LOVE CATS


 
Ditayangkan di National Geographic channel 553, rancangan ini banyak memberi saya kesedaran dan nilai moral yang baik di mana meskipun warga Amerika ini rata-rata non-muslim, namun sikap mereka dalam hal ini patut dipuji dan seharusnya dicontohi.
 
Dan saya memang perasan, masyarakat barat memang bersikap lebih prihatin terhadap kebajikan haiwan berbanding kita yang sedia Islam ini. Jadi di sini saya ingin bertanya, KENAPA?
 
Yup, saya akui, tidak semua yang dipaparkan dalam rancangan ini WAJIB kita tiru, seperti membuat tatu kucing di badan, mengadakan sebuah hotel khas untuk kucing bertaraf 5 bintang untuk mereka di mana kemudahannya setaraf dengan manusia, atau memberi layanan kepada mereka menyamai layanan untuk manusia, yang pada saya perkara-perkara ini tidak perlulah untuk kita ikuti memandangkan Islam tidak mengajar kita untuk menyamakan atau melebihkan taraf haiwan melebihi taraf manusia kerana haiwan dan manusia tidak setaraf dan sememangnya tidak akan setaraf! Manusia adalah sebaik-baik ciptaan dan haiwan tidak akan boleh menyamainya, apatah lagi menandinginya. Harap jelas akan hal ini.
 
Akan tetapi, jika kita perhatikan sudut positif dalam rancangan ini, kita akan dapati betapa masyarakat barat ini mempunyai moral dan akhlak yang amat terpuji berbanding masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini. Ini kerana, saya sering menyaksikan di depan mata saya, tatkala saya keluar makan di restoran bahu jalan, atau pergi berjalan-jalan dan terserempak dengan kucing-kucing yang mengiau kelaparan, saya perhatikan rata-rata masyarakat Melayu yang kononnya mengaku beragama Islam langsung tidak peduli akan rintihan kucing-kucing ini yang datang berlegar-legar di kaki manusia demi mencari sesuap makanan!
 
KENAPA? Kenapa hati masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini terlalu KERAS? Terlalu KEJAM? Sanggup membiarkan kucing-kucing jalanan ini mengiau kelaparan tanpa terdetik perasaan bersalah untuk berikhtiar dan memberinya makan? Atau sekurang-kurangnya mengusap-usap kepalanya?
 
Lebih malang lagi, ada satu ketika, saya melihat ada di antara makcik-makcik atau pakcik-pakcik yang bertudung dan berkopiah, bila datang je kucing-kucing jalanan ini ke meja mereka mengiau meminta makanan, terus dihalaunya kucing-kucing ini seolah-olah kucing-kucing ini teramat jijik pada pandangan mata mereka.
 
Ingin saja saya berkata pada makcik-makcik dan pakcik-pakcik ini seperti ini;
 
"Pakcik/makcik, kalau kucing kelaparan sebegini pun hati kamu tidak tersentuh untuk memberinya makan, bahkan dihalaunya pula seperti kucing kurap yang tidak berharga, rasanya lebih baik kamu buang saja kopiah yang kamu pakai tu. Makcik, tanggalkan saja tudung yang kamu pakai tu. Kamu tak layak menyarung pakaian islamik sebegitu kerana sikap kamu tak melambangkan seorang penganut Islam sejati. Sikap kamu terlalu jijik! Warga Amerika yang tidak Islam itu lagi mulia dan lagi Islam daripada kamu kerana Islam mengajar penganutnya bersikap IHSAN sesama makhluk!"
 
Saya fikir, masalahnya disebabkan persepsi yang salah dan silap tentang sikap ihsan ini. Rata-rata umat Islam hanya berfikir, ihsan ini lebih utama untuk sesama manusia. Jadi pada mereka, bersikap ihsan untuk makhluk lain, nak-nak haiwan seperti kucing ini, tak perlu diberi perhatian sangat. So sebab itu kebanyakan daripada golongan ini mengambil sikap tidak ambil peduli, atau langsung tak hiraukan tatkala kucing-kucing ini mengiau kepada mereka meminta makanan. HATI tu dah jadi KERAS macam batu si Tanggang gamaknya, langsung tiada perasaan belas kasihan!
 
Saya memang emosi. Geram ni! Geram sesangat!!!
 
So di sini, saya nak BERI PERINGATAN dekat manusia yang hatinya keras ini.
 
Agak-agaknya mereka ini lupa kot, betapa bersikap ihsan meskipun terhadap haiwan mempunyai nilai pahala dan ganjaran yang teramat besar di sisi Allah SWT?
 
Agak-agaknya mereka ini lupa untuk mengambil pedoman dan pelajaran tentang satu peristiwa di mana seorang PELACUR DIMASUKKAN ke dalam SYURGA hanya kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan. Hai, takkan tak tahu peristiwa ini? Atau sengaja buat-buat lupa?
 
Agak-agaknya golongan sebegini tak pernah baca atau buat-buat tak faham betapa Nabi SAW kerap kali mengingatkan status haiwan bernama kucing ini adalah haiwan yang suci bersih dan tidak najis kerana ia haiwan yang sentiasa berkeliaran di sekeliling rumah. Bahkan terdapat hadith yang mengatakan bahawasanya bekas jilatan kucing adalah tidak najis pada air dan makanan yang dimakan, sehinggakan Nabi SAW pernah mengambil wudhu' daripada air bekas jilatan kucing, sementara Siti Aishah r.a pula pernah memakan bubur yang telah dimakan separuh oleh kucing yang berkeliaran di rumahnya, di mana Siti Aishah cuma membuang sebahagian bekas jilatan kucing terbabit, lalu memakannya seperti biasa.
 
Nak tambah lagi?
 
Agak-agaknya golongan sebegini berotak lembab sangat kot, malas membaca, sebab tu asyik ingat kucing ni najis. Bahkan mereka ini amat kasihan sebab tidak tahu betapa fakta klinikal menunjukkan bahawasanya kucing adalah satu-satunya haiwan yang paling bersih dan paling sedikit kuman dan bakterianya berbanding lain-lain haiwan di dunia ini, bahkan kita yang manusia ini lebih banyak kandungan kuman dan bakteria di dalam badan berbanding kucing!
 
Apa lagi nak tambah yek?
 
Bukan apa, payah sangat nak ajar ummah Melayu yang mengaku Islam ini agar lepas ni bersikap lebih prihatin terhadap haiwan lepas ni. Tolong didik diri tu untuk saling menghargai dan menyayangi haiwan-haiwan ini, terutamanya kucing kerana Nabi SAW telah beberapa kali terserempak dengan Abu Hurairah yang kerjanya selalu memberi makan pada kucing-kucing terbiar, dan ada sekali tu Nabi SAW bertanya pada Abu Hurairah lebih kurang begini;
 
"Apakah yang ada dalam lengan jubahmu ya Abu Hurairah?"
 
Maka Abu Hurairah r.a hanya menjawab, "Ianya seekor kucing" (saya tak ingat, kucing ke anak kucing). Tapi lebih kurang begitulah dialognya.
 
Dan Nabi SAW tak pernah mengeluarkan mana-mana hadith dalam melarang perbuatan Abu Hurairah itu, bahkan siap diberikan nama gelaran "Abu Hurairah" yang bermaksud bapa kucing.
 
So, apa lagi alasan untuk bersikap tidak prihatin tatkala melihat kucing-kucing terbiar yang kelaparan di merata-rata tempat?
 
Bayangkan, Abu Hurairah yang asalnya papa dan dhaif itu pun boleh berusaha memberi makan kepada kucing-kucing terbiar yang dijumpainya serta merawatnya, maka apa pula alasan kita untuk bersikap zalim atau tidak mengendahkan rintihan si comel yang kelaparan ini?
 
Nasihat saya, agih-agihkanlah rezeki tu. Sedekah untuk masjid, sedekah untuk fakir miskin dan sedekah juga untuk haiwan-haiwan terbiar seperti kucing ini. Janganlah kemut sangat. Janganlah kedekut sangat. Ipad harga tiga empat ribu boleh beli, tapi nak laburkan barang seratus ringgit untuk sedekah, kemain berkira memasing.
 
 
Saya tak kata semua. Sebab saya tahu, ramai je yang berhati mulia seperti yang saya inginkan, namun jumlahnya masih terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan warga Amerika yang boleh dikatakan majoriti masyarakatnya, daripada kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah kepada orang tua, majoritinya bersikap amat prihatin terhadap haiwan.
 
Jadi, tolonglah ubah sikap ok?
 
Saya doakan dan berharap sangat lepas ni kalau saya ke mana-mana di Malaysia ni, lebih ramai lagi yang akan berubah dan menjadi prihatin terhadap nasib haiwan yang comel ini.
 
Fikirlah, untuk apa 'mereka' ini diciptakan dengan rupa yang sebegitu comel, mengiau-ngiau dan berlegar-legar sekeliling kita? Kenapa Allah SWT tak letak mereka ini dalam hutan dan cari makan sendiri? Ada otak, boleh fikir, kan?
 
Sebabnya Allah SWT sengaja letak kucing ni di tengah-tengah kehidupan manusia sebab nak uji kita semua, nak uji iman kita semua, adakah kita ni benar-benar faham apa yang dimaksudkan IHSAN itu, dan apakah kita ni sedar yang mana kehidupan kita di dunia ini bukan untuk manusia saja, sebaliknya adalah suatu kehidupan yang WAJIB dikongsi bersama, termasuk berkongsi bersama haiwan seperti kucing!
 
Got it?
 
(^_^)



~ieza~ blog suka-suka

6 comments:

ery D cat said...

sy suke entri ini...maaf jg kalau sy katakan mereka ,mempelajari ilmu agama kemungkinan ter 'skip' bab Nabi sygkan haiwan tu kot...sbb tu kdg2 luaran tak sama dgn dalaman seseorg..tetapi luaran juga mencerminkan seseorg tu...entahlah...nak ditegur diri sndiri pun tak sesempurna mana...cuma yg pnting kt tahu niat kita membantu haiwan2 teraniaya ni..teruskan menulis lagi ya...:)

NoRHaNa CorNER said...

kita buat selagi yg terdaya moga2 usaha kita yg tidak seberapa ni dpt membuka mata orang ramai utk mnjga welfare kucing

Ieza2fyza said...

ery : insyaAllah, saya akan terus menulis lepas ni. tula, maybe ramai yg masih kurang faham bab ni. yg penting kita yg paham ni kena selalu nasihatkan mereka dan ajar mereka.

norhana : tulaa... harap2 lepas ni makin ramai yg akan celik mata dan lebih prihatin untuk bersikap lebih ihsan terhadap haiwan terbiar, khasnya kucing.

Iela Lullaby said...

kesemua yg ada di ats tu ada pd sy..

hehhe..

mmg malyu kita tk sme mcm org luar..

dorg sgt sygkn haiwan b'bnding kita di m'sia...

ada jgk yg hnya pd mulut kta syg haiwan...tp tk bt ape pn utk mreke..

bhrap suatu ari nnti tiada lg kucing jalanan mahupun anjing...amin^^

Ieza2fyza said...

alhamdulillah..
moga makin ramai golongan macam kita ni di luar sana...
bukan apa...
dalam kita berzakat bersedekah sesama manusia, apalah kiranya kita turut bersedekah pada haiwan atas dasar ihsan terhadap sesama makhluk Allah, kan?
cubalah ruang lingkup fikiran tu meluas sikit...
ni tak, asal haiwan je, buat tak tahu... seolah2 haiwan tu takde perut tak lapar macam manusia...

huh! geram nih...

syira wahab said...

mohon share :) tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!