Duit Belanja Sally

4 Jun 2011

Hati masih sayu dengan pemergian Sally, namun.....

Mulai saat ini, saya akan menukar kata ganti nama diri pertama daripada 'kita' kepada 'saya'. Saya terpaksa melakukan ini kerana saya tidak mahu perasaan sedih dan hiba terus menggigit tangkai hati. Jika korang masih ingat, maksud kata ganti diri 'kita' merujuk kepada diri saya, Sally dan anak-anak Sally. Namun kini, 'kita' tidak lagi diperlukan dalam penulisan blog ini memandangkan Sally sudah kembali ke alam abadi dan anak-anak Sally telah bersama penjaga baru masing-masing. Rujuk sini kalau korang lupa. Apa pun, saya benar-benar berharap moga anak-anak Sally mendapat penjaga setara saya atau lebih baik dari saya, insyaAllah, aaamiiiinn!

Walaupun Sally telah tiada,
Meskipun hati masih walang,
Biar pun duka masih segar di dada ini,
Namun demi blog ini, saya kuatkan semangat untuk terus menaip di sini.

Ini blog saya dan Sally.
Jadi saya tak mahu blog ini mati meskipun Sally telah tiada di dunia ini.
Dan kalau Sally masih hidup pun, mesti Sally tak mahu blognya ini dibiarkan sepi tanpa sebarang entry.

Bagi korang yang kurang mengerti, pasti korang akan fikir saya ini 'entah hapa-hapa', kan?
Pasti korang kata macam nie...

"Ek ellee... ntah hape-hape je dia nie, pasal kucing mati pon nak nangis nak sedih bagai..."

Atau apa-apa ayat yang sewaktu dengannya.

Takpelah. Saya tak marah pun. Itu hak korang. Lain manusia lain ragam.

Namun bagi pencinta kucing seperti saya, seperti budak ni, dan korang-korang si pencinta kucing di luar sana, hanya korang saja yang akan mengerti dan memahami perasaan saya di kala ini.

Jujur saya nyatakan, hingga ke saat ini, air mata saya masih tak berhenti menitis bila teringat segala memori saya bersama Sally, khasnya segala aksi comel dan telatah lucunya di dalam rumah ini semasa hayatnya.

Malah, apa-apa hal yang berkaitan dengan Sally, pasti hati saya akan menjadi sebak tatkala mengenangkannya.

Contohnya, malam semalam semasa saya mengemas handbag dan memasukkan duit gaji ke dalam wallet, tiba-tiba saya terjumpa secebis kertas yang terselit di dalamnya. Tertera di atas kertas itu - Spay Sally - RM100. Saat terpegang saja kertas itu, air mata sudah kembali berlinang. Ternyata hajat saya tak kesampaian untuk mengkasi Sally. Malah, impian saya untuk menjadikan Sally salah seekor kucing comel yang popular di kalangan blog pencinta kucing juga hanya tinggal impian.

Sebenarnya, saya memang boleh redha dan terima hakikat bahawa Sally dah tiada. Kalau dah memang ajalnya, saya akur. Siapalah saya untuk menghalang kematian Sally. Sedangkan saya jua akan pergi suatu ketika nanti apabila tiba masanya.

Namun apa yang menyebabkan saya berasa amat sedih dengan kematian Sally ialah cara kematiannya.

Saya dapat bayangkan saat-saat Sally menderita sakit paru-paru dan Sally mengalami derita itu sepenuhnya tanpa saya di sisi. Sedangkan saya sedar dan tahu, sebagai seekor kucing yang manja dan tak biasa dikurung, tentu Sally tak biasa dengan penjaganya, seterusnya tak selesa bersama penjaga tersebut, yang akhirnya menyebabkan Sally mula berasa dirinya sudah tidak disayangi dan tidak diperlukan lantaran dia tidak lagi melihat saya setiap hari seperti sebelumnya. Dan, berkemungkinan besar Sally mula merajuk dan tidak mahu makan, lantas akhirnya menyebabkan sakit paru-paru mula menyerangnya dan akhirnya Sally menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa saya di sisi.

Inilah yang amat saya kesalkan!

Dan saya juga amat-amat terkilan kerana penjaga itu langsung tidak menghubungi saya untuk memaklumkan keadaan Sally dengan alasan tiada nombor telefon saya. Saya berasa amat marah dan geram dengan penjelasannya itu. Namun semuanya sudah terlambat. Sally akhirnya pergi jua setelah (mungkin) penat menunggu saya untuk membelainya seperti selalu. Sedangkan sepatutnya di saat-saat kritikal seperti itu, seharusnya saya wajib berada di sisinya dan membelainya setiap masa sehingga nyawanya dijemput Ilahi.

Malangnya, Sally telah melalui saat-saat nazak tanpa saya... tanpa saya di sisi!!!


Cik Lissa - Pusat Jagaan Kucing, Kepong
Saya takkan percayakan kamu lagi!


Bila mengenangkan semua ini, dan membayangkan betapa seksanya Sally menderita sakit paru-parunya tanpa saya (insan yang menyanyanginya sepenuh hati), saya tak mampu melawan kesedihan lantaran semua ini salah saya kerana terlalu mempercayai penjaga itu dan langsung tidak menghubunginya. Sepatutnya, saya wajar menghubunginya selang 2-3 hari untuk mengetahui perkembangan Sally. Dan sebenarnya memang pernah terlintas di hati saya  untuk SMS penjaga itu semasa minggu pertama saya menghantar Sally, namun niat itu sering saya tangguh kerana berasa amat yakin Sally akan selamat di bawah jagaan penjaga itu. Sehingga akhirnya, saya hanya mengetahui berita kematian Sally setelah dua minggu pemergiannya!



Ajal Sally tiada siapa boleh halang,
namun pemergiaannya disebabkan kelalaian & ketidakpekaan saya...
saya menyesal & terkilan!


Perkara dah berlaku. Nak tak nak saya kena terima dan redha. Semua ini pastinya akan menjadi kenangan yang tidak akan saya lupakan sepanjang hayat saya dan pastinya akan menjadi iktibar buat diri saya.

Dahlah. Lupakan segala kesedihan ini. Sekiranya Allah izinkan, saya memang ingin sekali bertemu dengan Sally di akhirat kelak. Tapi, mungkinkah? Entahlah. Memang mustahil menurut hukum dan syari'at namun di sini saya serahkan segala-galanya kepada ketentuan Ilahi.


**********

Dalam kesedihan ini, sebenarnya saya telah membawa pulang seekor anak kucing betina yang saya jumpa di pasar di hari saya mendapat berita tentang kematian Sally.

Anak kucing betina ini telah saya kenal hampir sebulan. Ini kerana tapak meniaga saya selalu dilawati kucing ini dan saya juga selalu melayannya dan memberinya makan (di samping dapat mengurangkan beban rindu saya terhadap Sally pada ketika itu dan di tapak pasar ini jugalah saya bertemu dengan Sally!)

Namun apa yang membuatkan saya berasa amat terkejut, anak kucing betina yang sebelum ini amat lincah dan sentiasa menyahut panggilan saya, hari itu telah datang ke arah saya dengan kaki yang tempang. Rupa-rupanya kaki belakang sebelah kirinya telah patah dan tulang (sendi engselnya) telah terkeluar. Rasanya telah dilanggar motor atau kereta!

Kalaulah korang boleh bayangkan perasaan saya pada masa itu.
Dahlah baru lepas dapat berita tentang kematian Sally, pergi pasar pulak, kucing yang selalu dibuat peneman senda gurau telah patah sebelah kakinya.

Agak-agak korang boleh bayangkan tak, apa yang saya dah alami hari itu?

Sedih. Sayu. Pilu. Terharu.

Hari itu saya melayan pelanggan dengan layanan yang amat-amat separuh hati.
Mintak maaf pada akak-akak dan abang-abang serta adik-adik yang menyapa, saya sedar wajah saya langsung tak ceria tetapi saya tak mampu menutup kesedihan itu, namun untuk bercerita pula adalah mustahil kerana saya sedar tak semua orang dapat memahami apa yang saya rasa. Hanya pencinta kucing seperti saya saja yang dapat memahami perasaan saya pada masa itu.

Saya bertekad.

Malam itu, saya bawa kucing malang itu pulang ke rumah.
Sampai rumah, si ibu dah mula bising. Saya diam saja. Biarlah. Ibu tak faham perasaan saya.

Esoknya, terus saya bawa si kucing malang itu ke klinik haiwan di Kelana Jaya. Kata doktor, budak comel ni terpaksa dipotong kakinya sebab luka itu dah beberapa hari terdedah dan dikhuatiri kuman telah merebak di dalamnya. Tambahan pula, adalah amat mustahil untuk menyambung semula sendi engsel yang telah hilang tisu dan telah lari kedudukan tulangnya. Malah, kulit yang menyalutnya juga telah terkoyak habis.

Korang tengoklah sendiri wajah comel si kucing malang ini dan kecederaan yang dialaminya.












So pagi semalam (Jumaat), atas nasihat doktor tadi, saya telah membawa kucing ini ke Klinik Veterinar di Shah Alam untuk pembedahan pemotongan kaki. Saya bertekad untuk menyelamatkan kucing ini (sebab saya tak mahu rasa bersalah lagi seperti rasa bersalah saya pada Sally sebelum ini!)

Setelah mendapat kata sepakat dan bersetuju dengan caj bayaran yang dikenakan, akhirnya malam tadi kucing comel itu telah selamat menjalani pembedahan dan insyaAllah esok pagi saya akan mengambilnya.

Dan sewaktu mengisi borang butir-butir si kucing malang itu semalam, saya telah meletakkan 'Sally' sebagai namanya.

Ya. Ini Sally saya yang ketiga. Dua ekor Sally sebelum ini telah selamat pergi dan sekarang saya mempunyai Sally yang ketiga.

Meskipun begitu, Sally pertama telah menjadi kenangan lama. Dan Sally kedua yang baru saja pergi, wajah comelnya mustahil untuk saya lupa, bahkan sehingga kini, semua aksi dan telatah lucunya masih segar dalam ingatan. Pada saya, Sally kedua ini tiada pengganti kerana dia mempunyai keistimewaan tersendiri. Paling utama, Sally yang baru saja pergi ini adalah Sally yang tercomel kerana tompok hitam di tengah-tengah hidungnya di samping bulunya yang panjang, putih bersih serta ekornya yang lurus. Sukar untuk saya mencari pengganti sepertinya lagi selepas ini. Jika ada pun, tidak akan sama. Sally kedua ini memang amat istimewa di hati ini!

Dan Sally yang ketiga yang masih berada di wad saat ini, inilah kucing OKU pertama yang bakal saya pelihara. Pastilah saya akan melayannya dengan lebih lembut lagi memandangkan keadaan fizikalnya yang telah kehilangan sebelah kaki. Doakan saya agar mampu menjaga dan menyanyanginya seikhlas hati!
Kalau korang lupa sejarah nama Sally pada kucing-kucing saya, korang boleh rujuk sini.

Pesan saya, buat baiklah sesama makhluk dan sekiranya korang tanpa sengaja telah melanggarnya, khasnya kucing, maka berhentilah dan bertanggungjawablah atas apa yang telah terjadi. Jangan ingat dengan melarikan diri, korang akan selamat. Tidak. Ini kerana Nabi SAW sendiri mengatakan kucing adalah haiwan manja dan jinak dan ia tidak najis kerana ia haiwan (peliharaan) yang selalu berkeliaran di sekeliling rumah.

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan!

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers



24 comments:

habsahharun said...

(T__T)

Semoga awak tabah k..
sampai hati penjaga Sally tu..geram pulak saya baca..

untuk Sally yang ketiga ni, semoga dia cepat sembuh dan sihat hendakNya..semoga pembedahan tu berjalan lancar...

InsyaAllah..

FVN said...

mustahil org tu takde nombor ko..haishhh...

sabarlah beb..jgn sedih sgt yer...

iChI's Stories said...
This comment has been removed by the author.
iChI's Stories said...
This comment has been removed by the author.
iChI's Stories said...
This comment has been removed by the author.
iChI's Stories said...

salam...
takziah utk aunty dr ichies sekeluarga... kami br bc cerita aunty and sally ni... kami doakan aunty tabah dan kuat... dan kami doakan sally baru akan cepat sembuh dan bleh menggembirakan aunty.. sorry aunty kami komen di sini wpon br je bc blog aunty.. again, takziah dr kami...

p/s: mummy tlg taip wakil dr ichies..

ery D cat said...

ery hrp slps ni akan lbh tabah dan belajar dr apa yg dah pun terjadi...hrp sally yg br ini akan membuatkan diri kita lbh peka...simpati dgn kehilangan sally kedua...dia tentu juga tersnyum melihat kamu msh ingatkan dia sbb kamu xlupa dan apa yg kamu bt semua krn dia..

meowwmania said...

sy faham perasaan Miss Ieza faham sgt2, betul kat Miss Ieza hanya org2 di kalangan kita yang akan mengerti, Miss Ieza tidak keseorangan luahkan lah segala yg terbuku di hati kerana kami pencinta haiwan sentiasa bersama :)

perasaan kesal dan bersalah mmg sukar dielakkan jika sesuatu yg tdk diingini berlaku pada haiwan kesayangan kita, tp mungkin itulah yg terbaik utk mereka dan Allah lebih mengetahui

smoga Miss Ieza tabah menghadapinya dan smoga Miss Ieza dimurahkan rezeki dgn membantu haiwan yg memerlukan pertolongan, amin...

FAINOR MUFAKIRIN said...

Assalamualaikum..

So sad to hear that.
R.I.P Sally.. :(

-FM-

Sharz said...

sorry kalau kite takde komen kat entry sally tue..tapi kite mmg baca blog awak n cerita pasal sally..

sedih sangat2 n kite pon taknak sedihkan awak lagi dengan bagi komen yang sedih2 sebab kite mesti akan menangis bila baca cerita macam nie..n kite harap awk leh lupekan hal sally tue n jaga kucing yang baru nie elok2...

kite rase maybe awak bagi nama lain tuk dia sebab kalau awak bagi nama yang sama awak akan teringat-ingt dgn kucing yang lama dan mungkin rasa sedih akan ada lagi..

bukan bermakna kita tak ingat dekat dia...mesti SALLY pon nak tengok awak happy n tak sedih bila teringat dekat dia...mesti dia nak awak ingat benda yang happy semasa bersama SALLY...

kite harap lepas nie awak wat entry yang happy2 n tak sedih lagi... =))

Adilla Harun said...

Saya dapat rasa kesedihan Cik Leza. Saya sedih juga mengenangkan dan membayangkan cara kematian Sally tu. Walau ia hanya seekor kucing, ia juga makhluk. Tambahan sudah mempunyai seorang Tuan yang amat menyayanginya.

Hakikatnya mungkin penjaga di pusat jagaan itu tidak menilai sebegitu. Perbuatannya tidak memberitahu perihal kesakitan Sally itu dan hanya dua minggu selepas kematian baru memberitahu, sungguh 'memcurigakan'.

Namun itu semua serahkan pada Allah menilai. Kita semua makhluk Allah. Jika ada unsur menzalimi, hanya Allah yang akan membalasnya...

Unknown said...

Aku sgt memahami erti kehilangan..kucing kesayangan yg aku jaga selama 13 tahun dah pergi..dan amat terkesan pada hati aku smpai hari ni..dah 2 minggu niki pegi..aku masih menangis..di waktu ini..dlm kereta..di ofis aku menangis..aku tk boleh tido..rase bersalah menghantui aku...oh Tuhanku ape lagi harus aku lakukan utk hilangkan rase bersalah aku ni...aku stress yg teramat sgt..maaf sy komen di artikel awak yg beberapa tahun berlalu...maaf sekali lagi..

Anonymous said...

Salam.....seperti juga kau samalah aku....kehilangan 'smoky' yg amat aku sayangi. Didengki orang....tergamak masukkan dia dlm dryer mesin basuh lama....terkurung terseksa dia di situ hinggalah nafasnya yg terakhir. Yg amat aku kesal, aku boleh x fikir dia di situ. Selama sebulan aku cari 'Smoky' seluruh pelusok rumah dan kampung. Rupa-rupanya dia 'dekat' jer. Hinggalah satu hari anak aku terhidu bau busuk dari arah mesin basuh waktu dia bermain berdekatan dgn bilik stor. Bila aku buka mesin basuh tu,terus mengalir deras air mata. Bagai tak di tahan-tahan. Yang ada dalam tangan aku sekarang adalah tulang-belulang smoky yg dagingnya telah reput....aku faham perasaan kau mcm mn....kita akn salahkan diri kita krn alpa. Tpi spt kau tdi, siapala kita tuk menolak takdir....semoga Allah beri kita kekuatan dan ketabahan.....

Uda beauty said...

Sy baru jumpa blog awk, ary ni September 9 sy kehilangan kucing tersayang sy yg di beri nama SNOW, sy namakan dia snow sb bulu nya yg putih melepak. Semasa sy tulis komen ni air mata asyik jatuh sb sy tahu rasa kehilangan tu tersangat perit, rasa x kuat nak terima kehilangan snow. Sungguh sy rasa terkilan sb lambat tahu pasal batu karang pada kucing, sy x pernah tahu kucing akan hidap sakit batu karang tu. Ya Allah sungguh x dapat sy bayangkan betapa snow seksa menahan sakit.bila sy masok bilik sy mcm ternampak je snow tido depan bilik air, slalu bila keluar bilik air sy akan angkat dia letak atas katil, rasa rindu sgt2...

Uda beauty said...

Sy baru jumpa blog awk, ary ni September 9 sy kehilangan kucing tersayang sy yg di beri nama SNOW, sy namakan dia snow sb bulu nya yg putih melepak. Semasa sy tulis komen ni air mata asyik jatuh sb sy tahu rasa kehilangan tu tersangat perit, rasa x kuat nak terima kehilangan snow. Sungguh sy rasa terkilan sb lambat tahu pasal batu karang pada kucing, sy x pernah tahu kucing akan hidap sakit batu karang tu. Ya Allah sungguh x dapat sy bayangkan betapa snow seksa menahan sakit.bila sy masok bilik sy mcm ternampak je snow tido depan bilik air, slalu bila keluar bilik air sy akan angkat dia letak atas katil, rasa rindu sgt2...

Dia DiHatiKu said...

kucing sy citam baru je mati pagi td..21.12.2017...org yg syg kucing je fhm perasaan sy ni..dlm bilik air mase mandi sy nangis..kat ofis menangis..time nak ambik wudhuk pun nangis...skrang ni dah start demam...dlm beberapa bln ni byk kucing sy mati..adik mati kene langgar..pastu anak die mati sbb sakit..xtau sakit ape...tibe2 mati...acik mati kene langgar dpn rumah..gemuk kucing dtg..pun mati kene langgar..anak acik ikut jejak maknye..baru mati tghari td...semalam abang2...mati kat longkang...pagi td citam...byk kehilangan yg sy alami..huhuhu...tgh menaip ni pun sy masih menangis..kepala dah sakit bdn makin panas..hidung tersumbat...hanya mereka yg sayanggg kucing je yg phm

Anonymous said...

Salam, saya pun baru kehilangan kucing sebab penyakit paru2..sedih Allah saja yg tahu..saya menyesal memaksa kucing saya makan di waktu tenat..saya salahkan diri sendiri sebab mungkin sebab saya dia batuk berdarah..saya cuba tenangkan diri dengan harapan ada hikmah di sebalik kehilangan kucing kesayangan saya ini.Terima kasih sebab nukilan awak, sekurang2nya saya sedar bukan saya saja yg mengalaminya..

Zilah said...

Salam dr sy, salah seorg pencinta kucing. Saat ini, sy masih lg diselimuti kerinduan yg amat mendalam pd kucing kesayangan sy, Myezza namanya.. Muezza pergi mninggalkn sy pd 8/4/2018, x pasti kerana apa sbb lps kluar kejap dr rumah, x lama dia blik tgk dh tergolek depan pintu, hidung berdarah. Muezza kucing oertama sy, dr sy x tahu apa2.ttg kucing, su bljr bnyk prkara ttg kucing hnya kerana Muezza. Dia kucing yg manja, flat face, brwarna putih dan sdikit brown.. Sakit sungguh rasanya jiwa bila kehilangan Muezza.. Saat melihat muezza dh x brnyawa, sy meraung kesedihan.. Apapun, t kasih Muezza utk 3 tahun kenangan bersamamu.. Sesungguhnya, sy masih trbayang2 wajahnya.. ����

Unknown said...

Baru je kehilangan yallow.. Manje sangat.. Dia pergi disebabkan batu karang.. Mak syg yallow

Unknown said...

Allahu.... sama sy menitiskn airmata saat baca blog awak. Minggu lepas sy juga baru kehilangan seekor kucing.. hingga ke arini sy masih blum dpt menerima yg dia sudah tiada.
Arini sy ke pusara dia.. tiba sy terdgr suara pilunya di bwh tanah.. sy suruh suami sy gali semua untk kepastian.. ternyata dia sudah tiada. Badannua sudah kembung hingga tunggu masa untuk meletup.
Tak tertahan menahan airmata.. pilu sayu sy rasa..
Kini sy cuba untk terima hakikat yg dia memang dh tiada..
๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

Anonymous said...

Salam, bila baca blog ni bleh faham perasaan awak, saya bru kehilangan kucing kesayangan saya, Noohin, asalnya anak kucing terbuang, saya dh bela 7 tahun, dia lah peneman saya, pergi balik kerja bersambut, teman tidur, teman bergaduh, bila dia mati, rasa mcm separuh nyawa pergi, tp dah ketentuan kan, itula nasib kita semua selaku pencinta kucing

Unknown said...

Saya faham sgt perasaan sis. Kucing saya Tommy baru mati malam semalam. Umurnya dah hampir 4 tahun. Tapi saya bela dah 3 tahun. Sampai sekarang saya asyik nangis tengok video dia semua.

sebarkan_dakwah said...

Sama laa, saya baru kehilangan kucing yg pling saya syang, Allahuu, rasa sedih tuu hanya Allah yg tahu๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Kak Pija said...

Assalamualaikum.

Saya sebenarnya mencari kekuatan
Saya Google untuk mencari sesuatu yang boleh kuatkan hati saya kerana kucing kesayangan, Luna mati dilanggar jiran pada hari Khamis (18/2/2021)
Saya dapat tahu Jumaat 19/2/2021 melalui jiran sebelah rumah
Sedihnya hati bila lihat gambar dia... Allahuakbar
๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Saya menangis seharian sehingga rasa kosong jiwa ini.
Tak semua orang faham perasaan Saya kerana Luna merupakan. Kucing cacat Buta mata sebelah kanan.

Saya bela dari kecil keadaan daif, kami jumpa di Padang bola
Saya rawat dan bela dia macam anak.
Sayangnya Saya pada dia.. Hanya Allah yang tahu

Saya faham perasaan awak bila Sally mati. Anak2 Saya pun sedih dan cuba pujuk Saya.
Bila tidur malam seolah Luna ada di sebelah Saya.. Dlm rumah nampak Luna berjalan dan bermain

Allah
Allah
Allah

Jiwa Saya terseksa
Saya kecewa, Hati saya hancur luluh
๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ


Allah pinjamkan Luna pada saya Hanya 6 bulan saja.

Bila tengok video Luna Saya menangis
Sekarang ganabr dia Saya jadikan Wall paper handphone.
Jasad Luna tiada tapi dia ada dihati saya.

Saya selalu peluk cium dia kata.. Mama Sayang Luna... Sayang Luna.. Anak mama yang comel.
Dia suka Saya gomol dia setiap hari
Bau dia masih ada atas sofa Saya

Doakan Saya kuat...
Semoga Anak2 bulus kita akan tarik kita masuk syurga nanti

Kak pija

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!