Duit Belanja Sally

16 Jun 2011

Lama dah tak update blog.
Lama dah tak jenguk blog rakan meoww meoww & rakan lelain.
Lama dah tak mencakar sana sini.

Bukan tak rindu. Rindu. Rindu sesangat.
Khasnya rindu giler dengan semua gang Sally...
Rindu kat Iyo (Hero), Lion, Momon, Abg Madan,  Tam Tam, Gebu, Mieko...
Obi, Chitam, Moja, Chiku , Bobo, Indi, Bubu, Rimba, dll.
(Maaf tak larat nak tulis semua. So jangan ada yg kecil hati, ok? :))

Keadaan sekarang agak kacau bilau.
Ibarat dah jatuh ditimpa tangga.
Ayah masih sakit. Masih ikhtiar berubat. InsyaAllah takkan putus asa.
Pastu bebaru ni dapat berita nenek pulak sakit kat kampung.
Najis berdarah. Demam. Semua sanak saudara yang terhampir dah berkumpul.
Entahlah. Memang dugaan bertimpa-timpa.
Tapi saya sekeluarga sedapat mungkin cuba baik sangka.
Bersabar dan redha. InsyaAllah.
Habis tu, apa lagi kami boleh buat selain bersabar, kan?

Dan petang tadi saudara jauh (pangkat atok) dah kembali ke rahmatullah.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Namun pemergiannya kami tak ralat sebab memang dah masanya.
Sakit tua. 90 tahun.
Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya, Aaamiiiin!

Sally pulak lepas selamat potong kaki, terus demam selsema dah seminggu...
Dan sampai skrg tak kebah lagi.
Ubat dari vet dah nak habis.
Cara tradisional pun masih tak berapa mujarab.
Mungkin belum lagi kot... (husnu zon)
InsyaAllah lusa bawak jumpa vet utk bukak jahitan...
Sekalian mintak ubat selsema lagi... huhuhu...

Sekali lagi, doakan yang terbaik buat kami semua.
Moga segala dugaan ini akan segera berlalu, mudah-mudahan.
TYVM sebab sudi baca luahan saya yang tak habis-habis nie.

I'm sorry. (sila baca versi Amir Raja Lawak). :p



Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc? PitaPata Cat tickers

4 comments:

my.mastura said...

ieza, psl ayah ko tu, InsyaALlah, akan sembuh...cuba la mana22 tpt berubat yg ada..kot2 ada yg sesuai...kwn2 sumer mendoakan kesihatan ayah dan keluarga ko..AMIN

habsahharun said...

semoga nenek dan ayah awak cepat sembuh..
Allah uji kita sebab Allah sayang kita :)
semoga awak tabah dan kuat.
InsyaAllah.

ery D cat said...

betul tuh...
misz ieza kn lah byk bersabar dan tabah ngn semua ni...

meowwmania said...

betul tu..bersabar lah dan tabahkan hati

Allah tidak akan menguji hambanya lebih dr kemampuan hambanya itu, semuanya pasti ada hikmah yg tersembunyi

sy doakan semoga berjalan lancar utk Miss Ieza sekeluarga dan lupa juga untuk Sally :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!