Rasanya hampir empat bulan saya tak update blog. Sekarang saya fikir saya nak update blog semula seperti sebelum ini.
Dan rasanya, kalau korang masih ingat tentang masalah saya yang saya hadapi sebelum ini, di sini saya nak maklumkan bahawa semua masalah itu telah berlalu pergi. Semuanya telah berakhir!
Nenek saya kini telah bergelar Allahyarhamah Jaliah. Arwah selamat pergi pada 19 Jun 2011.
Ayah saya pula sudah bergelar Allahyarham Hj. Alimuddin. Arwah telah kembali mengadap Ilahi 24 Ogos 2011, bersamaan 24 Ramadhan 1432 yang lalu.
Dan, tahun ini mungkin layak dipanggil tahun kematian. Tahun paling tragis bagi diri saya, ibu saya dan seisi keluarga khasnya.
Nenek sakit tua. Ayah pulak, dah periksa di empat buah hospital, tapi tiada seorang doktor pun mampu mengatakan apa jenis penyakit yang ayah alami sepanjang penderitaannya. Tapi bila dibacakan ayat Ruqiah, ayah menjerit kesakitan. Dan jika benar ayah disihir, biarlah Allah saja membalas perbuatan laknat manusia yang terlibat!
Saya dah penat menangis. Sekarang saya dah tak mampu nak nangis banyak-banyak. Saya nak simpan air mata untuk masa depan. Dah tak larat demam selsema dan sakit kepala akibat menangis. Dahlah. Moga Allah berikan saya hikmah atas segala apa yang saya sekeluarga alami ini dan semoga kami semua kuat hadapi masa depan.
Ayah dan nenek dah selamat bertemu Pencipta mereka. Dan ramai jugak di kalangan saudara dan jiran serta kenalan yang pergi mengadap Allah tahun ini. Moga kita semua mendapat cahaya keinsafan dengan melihat pemergian insan-insan yang tersayang. Sesungguhnya mati itu pasti.
Tapi, menjelang nyawa kita dijemput malaikat Izrail, kehidupan tetap perlu diteruskan sebagaimana putaran alam yang tanpa jemu mengikuti sunatullah yang telah ditetapkan.
Sebagaimana si matahari tanpa jemu memancarkan cahayanya di waktu siang dan sang bintang menggantikan tugas si matahari pada waktu malam, begitu juga kehidupan kita semua. Biar apa pun terjadi, hidup tetap perlu diteruskan.
Dan saya...
Ya...
Saya akan kembali menjalankan rutin harian seperti biasa dan saya akan cuba menyimpan segala kesedihan itu dalam-dalam, dan kalau boleh, biarlah kesedihan itu hanya Dia saja yang melihatnya. Tak perlu makhluk bernama manusia melihatnya berlebihan.
Saya dah puas bersedih pada tahun ini.
Korang pun mungkin dah naik bosan dengan cerita sedih saya yang tak habis² ni, kan?
Tak apalah.
InsyaAllah entry² selepas ini akan fokus kepada cerita² kehidupan harian saya dan Sally bucuk sebab saya dah tak nak sedih² dan layan emosi pilu lebih².
Jadi...
Buat masa ni... saya nak ucapkan selamat tinggal kesedihan!
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
5 comments:
salam..mmg dh lama xnampak kelibat tuan punya blog.tp msh ttp berkunjung...ery hrp kamu tabah menghadapi semuanya...apa2pun yg hidup perlu trskan jua kehidupan spt biasa tp jgn lupa pd yg tlh tiada..
ery hrp pas ni leh la berblogging tntang cerita2 hepy dan meow2 ya...
slmt kembali semula! :D
sabar byk2 yer...
semoga ceria selalu lepas ni :)
ieza, takziah aku ucapkan utk ko :(
arwah bapak ko meninggal bulan puasa..hanya org2 terpilih je yg Allah panggil di bulan mulia tu..kalau betul la bapak ko meninggal sbb buatan org, kita x yah la nk balas dendam..biar Allah je yg bg balasan kt org tu...
semoga korg sekeluarga tabah..Al-Fatihah utk mereka
berat mata memandang berat lg bahu memikul, sy tumpang simpati..
harap saudari tabahkan hati menghadapi ujian Allah yg pasti ada hikmah disebaliknya nnti :)
takziah ieza. moga kegembiraan lebih buat ko lepas2 ni.
Post a Comment