Duit Belanja Sally

26 Oct 2011

Motivasi di Pagi Deepavali... hentam sajalah! :p

Kenapa kalau orang tu kerja kutip sampah atau kerja lap lantai/cleaner, ramai di antara kita pandang golongan ni sebelah mata je. Malah lebih malang lagi, ada jugak segelintir yang langsung tak pandang golongan macam ni.

Ada jugak yang memandang rendah dekat pengemis jalanan.

Walhal sepatutnya kita berterima kasih pada mereka kerana tanpa mereka, kita takkan dapat menggunakan tandas yang bersih, mengharungi kehidupan yang nyaman dan udara yang segar tanpa bau busuk sampah.

Tanpa mereka yang daif ini, kita takkan selamanya kaya raya jika tidak disebabkan oleh doa yang selalu dituturkan oleh si pengemis tadi supaya kita semua beroleh rezeki yang banyak di saat kita menghulurkan sekeping note RM1 kat kotak derma milik mereka.

Betul tak?

So kenapa nak rasa diri tu hebat sangat?
Hebatlah kan, sebab berani pandang rendah kat orang lain.
Sedangkan Allah tak pandang apa yang kita semua ada melainkan iman dan takwa.

Jadi cuba belajar hormat-menghormati sesama kita tanpa mengira apa jua status sosial kita.

Cuba pi Mekah sekarang ni, semua depa berkumpul tanpa mengira kau CEO kau PM kau nelayan kau royal blood kau doktor kau bekas penagih kau lawyer kau artis kau gangster kau itu kau ini etc... sebab kat depan Allah, kau ialah NOBODY!

Kalau kita tergolong dalam golongan yang mempunyai sifat mazmumah ini, maka, AWAS!

Kerana kita tanpa sedar, sebenarnya telah membenihkan ruang-ruang riak dan takbur dalam hati kita. Masakan tidak, tanpa rasa bersalah kita semacam geli dan menyampah melihat golongan sebegini, walhal kita sendiri tak ada hak untuk mempunyai perasaan sedemikian.

Benda ni bukan main-main!

Hadith Nabi banyak memperingatkan kita tentang hal ini. Di antaranya;
Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan (takabur) meskipun sebesar biji sawi. Ini kerana kesombongan itu menolak kebenaran dan memandang rendah orang lain. (Abdullah Bin Mas'ud ra)


Cuba tanya balik pada diri sendiri.

Ada ke manusia normal yang nak jadi miskin dalam kehidupannya?
Ada ke manusia normal rela hati jadi pengemis sepanjang hayat?
Ada ke manusia normal yang suka jadi pengutip sampah sebagai sumber rezeki demi kelangsungan hidup?

Tak payah pening pale nak pk, kita semua dah tahu jawapannya.

Jadi,kalau rasa² ada terdetik hati, atau perasaan tak berapa nak molek tu tetiba wujud secara spontan, cepat²lah istighfar.

Saya pun kadangkala terbabas jugak. So sesamalah kita beringat. Selalulah berfikir, tiada siapa pun mahu dilahirkan malang dalam dunia melainkan terpaksa mengharungi takdir yang telah ditetapkan. Sebagai muslim, kita beruntung kerana telah dibekalkan rukun iman untuk kita jadikan sandaran dan pedoman dalam hidup kita. Jadi gunakanlah akal fikiran yang waras dan berusahalah, kerana kata Allah, Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum tu (seseorang tu) melainkan kaum tu sendiri berusaha untuk mengubahnya. (Ar-Ra'd : 11)

Bagi yang miskin, berusahalah sehabis daya tanpa mengenal putus asa kerana Allah benci manusia yang mudah putus asa.

Bagi yang malang selalu, muhasabah diri, renung dan fikirkan, kenapa aku selalu malang sedangkan orang kelilingku selalu beroleh keberuntungan.

Sebenarnya semua ini boleh selesai jika kita menggunakan akal yang waras dan hati yang putih bersih dalam mendepani setiap masalah yang kita hadapi.

Cuma ramai di antara kita yang suka menangani masalah melalui emosi, maka terjadilah kes bunuh diri, kemurungan sepanjang hayat, bergaduh, membunuh, gila dsb.

Malang, kan?

So  hadapi hidup ni dengan buat baik kat Allah dan buat baik kat manusia dan sesama mahkluk (termasuk kucing meoww meoww) dan harungi setiap masalah dengan menggunakan prinsip USAHA+IKHTIAR+DOA+TAWAKAL. InsyaAllah apa-apa yang berlaku selepas itu adalah yang terbaik yang telah ditetapkan Allah buat kita.

Jadi, kita golongan yang mana satu?

Renung-renungkan dan fikir-fikirkan!


p/s 1 : Lee Young Jae yang famous satu Korea Selatan pun masih pegang moop lantai tetiap ari... hehehe...
p/s 2 : Anda takkan paham melainkan jika anda layan drama Full House! I'm sorry.... :p
p/s 3 : Terfikir nak taip ni sebab tadi singgah R&R Jejantas Sg. Buloh dan ternampak seorang akak cleaner kat toilet sedang moop lantai... kesian, kan?... sebab jauh-jauh datang dari luar Malaysia, kerjanya cuma sebagai cleaner... terfikir lagi, alangkah bertuahnya saya...
p/s 4 : Nak tahu diri kita malang atau tak, selalulah memandang ke bawah, insyaAllah kita akan sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang kita miliki.
p/s 5 : Sentiasa memandang ke atas sebagai 'booster' untuk diri kita, bukan busuk hati yer... dengan cara ini insyaAllah kita akan selalu berazam ingin selalu memperbaiki nasib diri!

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!