Aduyaii...
Memang makin teruklah aku nih...
Teruk pasal sekarang nie terlalu liat sangat nak menaip kat blog nih.
Huhu... apa perlu aku buat ek? Nak bagi rajin macam dulu balik? Any idea?
Apa pun, nie cerita sedikit banyak tentang percutian bajet & plan last minit yang tak dirancang.
Cerita Pengkalan Balak.
Meskipun daku bakal pergi ke percutian yang kelima Isnin ini, insyaAllah, di mana sewaktu cerita Pengkalan Balak ini ditulis, aku telah pun selamat bercuti ke Pulau Langkawi dan Terengganu (Masjid Kristal-Marang). Makna kata, cerita ini dah basi, kan?
Meskipun daku bakal pergi ke percutian yang kelima Isnin ini, insyaAllah, di mana sewaktu cerita Pengkalan Balak ini ditulis, aku telah pun selamat bercuti ke Pulau Langkawi dan Terengganu (Masjid Kristal-Marang). Makna kata, cerita ini dah basi, kan?
Hahaha...
Tapi takpelah. Basi pun basilah. Yang penting janji tetap ditunaikan.
Ok lets me start the story okay! Cewahhh... terspeaking London laa plak...
Keh keh keh!
Keh keh keh!
Malam Ahad 22 Januari tu, *kami cuma plan nak ke PD. Entah macam mana bincang punya bincang, itu ini begitu begini, last-last Pengkalan Balak jugak jadinya. So malam tu mulalah packing barang dengan beli khemah dapur gas bagai... Pendek kata memang last minit punya planninglah!
Orang Cina sibuk makan besar malam tu, yang kami pulak sibuk keluar masuk rumah dok beli perkakasan nak bercuti bajet kaedahnya. Hihihi...
Esoknya. 23 Januari 2012 - Isnin = Chinese New Year
Disebabkan semuanya letih tahap gaban pasal semalam (Ahad) memasing bz meniaga, Isnin tu kami terlajak tidurlaa plak. Aleh-aleh pas zohor jugak bertolak. Itu pun tak semua. Family Kak Ngah datang kemudian pasal Isnin tu still nak kejar bonus... pepaham jelaa meniaga nih. Time cuti tulaa kekadang peluang nak dapat income lebih! Gegege... :p
Kami bertolak 3 biji kereta.
Aku macam biasa, jadi driver setia untuk my sweet Kancil. (^_^)
Singgah RnR Ayer Keroh untuk solat Asar dan makan. Dalam jam 6, bertolak ke Melaka.
Haa nie part yang sadis nak cerita.
Disebabkan kami ni tak arif di mana letaknya Pengkalan Balak tu (ikut Google Map, dia kasi arahan merapu... tak pun aku yang lemau tak paham... huhu), so kami tanpa rasa was-was masuklah simpang Ayer Keroh ikut bandar Melaka.
Nak tahu apa jadi?
Kami tersekat dalam traffic jam yang very very damn like the hell! Teruk giler laa maksudnye tuh!
Aiseh, itu pun tak paham ke? Kutuk aku pada korang semua... :p
Dekat 2 jam jugaklah kami stuck kat bandar Melaka tu sebelum dapat keluar ke simpang Alor Gajah.
Dipendekkan cerita, setelah melalui haram jadah susah payah sepanjang pemanduan, akhirnya selamat jugak kami jejakkan tayar kenderaan kami di atas jalan raya Pengkalan Balak. Time tuh dah malam, so kami terus pi surau berhampiran jamak Maghrib ngan Isyak sekali gus!
Then kami usha pantai, alamak, macam takder port je nak pacak khemah. Kami dah gabra. Nak book hotel kompem dah penuh. CNY beb!
Dalam tercanak-canak dok mencari ilham, last-last kami menurut kata seorang brader tempatan yang mengatakan dia tahu ada satu chalet yang dia garenti masih empty. Tapi agak jauh sikitlah dari Pengkalan Balak, kata brader tu.
Tak kisahlah. Yang penting kami dapat tido malam tu. Plan nak camping memang dah luput dari kepala otak bila tengok keadaan gigi pantai yang terlalu sipi dengan hempasan bah laut. Dibuatnya tsunami kecik, alamat almarhumlah semua! Simpang malaikat patplopat weehhh!
Finally, kami berjaya mendapatkan sebuah chalet berkembar. Dedua kosong. Terus kami book dedua tu. RM70 semalam tapi takde aircond. Hmmm... blasah jelaa... Janji dapat tido malam tuh.
Dah siap punggah barang, kami rayau area pantai... kira dekat gak dengan chalet kami tu. Kami tengok tengok kan... kami terpegun!
Kenapa?
Sebab kat sini gigi pantainya lebar yang amat. Landai yang amat. Pastu ada bahu jalan berpasir lembut, memang ngam ngam choii kalo berhajat nak pacak tiang khemah. Aku dah nyesal pasal tergesa-gesa book hotel tanpa merayau abis terlebih dulu. Mahu tak nyesal. RM70x2=RM140 beb. Kenyang makan. Makan besar CNY pon bleh apa. Tapi untuk memujuk hati, kekonon nak bagi rasa jangan menyesal, kami decide yang mak mak orang bebudak tecik, dok chalet. Kami yang bujang-bujang dok khemah. Dan bila pk-pk balik, better ada chalet sebab leh tumpang mandi amik air nak masak, agak-agak bosan leh tengok tv.... kan? So tak jadilah kami nak nyesal. Hehehe...
Malam tu kami makan malam dengan bekalan yang kami bawak dari rumah. Lepak-lepak sampailah family Kak Ngah sampai lebih kurang pukul 2 ke 3 pagi. Borak lebih kurang, tolong depa pacak khemah depa kat tepi pantai, kami pun tidur.
Selasa, 24 Januari 2012
Aktiviti pagi dimulakan dengan memasak kue teow goreng sebagai sarapan. Diserikan pula dengan hidangan sandwich sebagai penambah menu. <<-- Apa hal gaya bahasa ala-ala nak tulis karangan SPM plak nih? Adeh!
saya dan adik time nak masak kue teow |
Spin ke bahasa pasar balik. Ala-ala gelis hokeh nak berbahasa skema dalam blog suka-suka suka hati suka ria macam blog wa nih! Huhuhu...
suasana pagi di pantai Pengkalan Balak |
Kemudian lepak-lepak pantai, layan gosip seround dua, kejar mengejar ala-ala bercanda di pasiran pantai, lingkungan pukul 11 am, kami yang fomfuan bujang nih bersiap sedia untuk masak menu tengah hari. Tak caya? Tengok gambarlah beb... :p
ikan goreng tawar |
sayur campur |
sardin masak kuah |
Dalam kami yang fomfuan dok gigih memasak, inilah keje anak jantan.
membuta tak hengat donia! |
Dah siap semua, aktiviti makan secara berjemaah pun dimulakan. Semuanya tersangat happy sebab dapat makan tepi laut dengan bayu laut berhembus lembut diselangi bunyi desiran ombak menghempas pantai. Perghhhhh... syahdu bebbb! Kalo komposer, gerenti dah dapat ilham karang lagu. Kompem wa cakap lu!!!
acara makan secara berjemaah |
sempat lagi posing... ceh! |
Petang tu memang kami saja tak plan apa-apa. Kiranya free n easy laa... Aktiviti buat ikut dan je. Lebih relax dan santai coz tak perlu nak kejar masa nak on time bagai. Almaklumlah kalau dah reramai camnih, kiamat donia nak berdisiplin umpama askar wataniah nun.
So sementara yang adik-adik dok happy layan pelampung main air macam dalam gambar di bawah ini....
....kami yang dewasa layan plaklah aktiviti pantai sesuai dengan usia bangka kami nih. Kekeke...
Inilah aktiviti untuk usia bangka seperti kami nih... (semuanya bangka kecuali yang dok tunduk ketatkan belt tuh! :p )
melayan banana boat seround dua |
Lepas tu, layan pulak main bola dalam air. Perghhh... berlari dalam air, memang nak cari pasal dengan otot kaki lah, kan? Malam tu, memang sakit gak urat sendi dek hazab main kejar bola petang tadi. Namun aktiviti tetap diteruskan. Malamnya, kami layan BBQ ayam, goreng nugget, bakar hot dog dan goreng kentang. Perghhh.. meleleh wa cakap lu!
para pembakar ayam... muahaha! |
Lewat tengah malam, cuaca agak ribut kecil, pk-pk rasanya khemah kami tak dan nak selamat menjelang pagi esok, so kami decide untuk cabut tengah malam tu jugak. Maka, dalam pukul 3.00 pagi kami pun berangkat pulang.
bergambar kenangan di medan ikan bakar, meskipun tak dan nak merasa ikan bakar pengkalan balak... kuikuikui... |
Rabu, 25 Januari 2012, 6.00 am.
Alhamdulillah, kami semua selamat sampai ke rumah masing-masing. Lepas Solat Subuh, aku terus menghempaskan diri ke atas katil dan langsung tak sedar diri buat beberapa ketika... he he he .....
- - - - - - - - - T A M A T - - - - - - - - -
*kami - merujuk kepada family aku yang beraneka usia, bermacam rupa dan berbilang warna (kulit)... :p
~ieza~ blog suka-suka
2 comments:
mcm beh je tempat 2
boleylaa utk layan2 main bola pepetang tepi pantai...
utk percutian bajet mmg recommended sesangat!
Post a Comment