Benda nie berlaku last two weeks rasanya...
Al-kisahnya, adik kita dulu pernah apply IPTA untuk sambung degree...
Pastu kat area rumah kita nie memang selalu ada ceramah atau jamuan makan parti politik.
Kita nie pulak jenis tak kisah sangat tentang nak menghadirkan diri kat mana-mana majlis.
BN ke PR ke semua kita sebat, asalkan ada jamuan makan, ada ceramah best, semua kita layan.
Tapi sekarang nie mmg jarang dah layan pasal busy.
Dengan ayah yang tak berapa nak ok lagi.
So memang dah lama tak layan benda-benda nie.
Dulu-dulu memang layan laa jugak.
Yelaa.. untuk mencari kebenaran dan memilih yang bebetul ok, kena join semua...
Lagi pula kita nie pernah join Puteri Umno tapi sebelum tu pernah join Usrah lajnah PAS kat Madrasah Mujahiddin satu ketika dulu. Unit Amal depa pon cool je. Best bila diingat-ingat.
KeADILan pun kita pernah sertai program depa.
So dari situ kita boleh bentuk pemikiran dan minda kita boleh fikir untuk memilih salah satu daripada mereka untuk dijadikan pilihan hati pada PRU akan datang.
Yang pasti, pilihlah yang kurang mudharat dan banyak kebaikan untuk semua.
Kan?
Ini pendapat kita je. Boleh jadi betul, boleh jadi tak betul pada pemikiran korang.
Takpelah. Memasing ada pendirian. Kita hormat dan kita paham. :)
So korang jangan nak hentam kita ok?
Malaysia sebuah negara demokrasi.
So suka hati kitalah nak join mana, kan?
Apa hal nak halang? :p
Lagi pula kita memang anti kat memana golongan yang sembang kencang pasal politik,
tapi langsung tak pernah nak ambik peduli atau ambik tahu tentang sesuatu isu tu sama ada benar atau tidak.. tahunya nak menghentam keromo tanpa usul periksa.
Kan lebih elok bila dengar sesuatu isu tu, periksa dulu kesahihannya.
Tak kisahlah dari memana parti sekali pun.
Sebab semua parti tu ciptaan manusia, dan selagi bergelar manusia, tiada satu pun yg sempurna.
Pasti ada salah dan silap di mana-mana.
Dan kita sebagai rakyat jelata, jika mahu digelar bijak dan bukan pak turut semata-mata,
rajin-rajinlah membuat kajian dan cari bukti sebelum mempercayai sesuatu fakta atau isu.
kalau tak, maka jadilah anda golongan yang bebal dan hanya tahu menyokong atau menghentam tanpa bukti!
Contoh,
Kenyataan media dari parti Tupperware :
"Si anu tu dari Parti Buih dah join kita pasal pemimpin parti tu ramai hisap gam."
So isu dia : Parti Buih ramai pemimpinnya hisap gam
Kesannya : Si anu dari parti buih masuk parti tupperware.
Media : Yang berat ke Parti Tupperware, sure akan hentam Parti Buih. Yang mana berat ke Parti Buih, sure akan menafikan kenyataan dari Parti Tupperware.
Mangsa isu : kita rakyat jelata.
So dalam hal-hal sebegini, isu di atas (meski pun sekadar contoh), adalah perlu untuk kita menjadi rakyat yang bijak. Jangan bulat-bulat percaya sesuatu isu. Sila cari fakta kukuh. Sahihkan dulu. Baru dikatakan bijak. Rujukan paling bagus sudah tentu Al-Quran & Hadith. Ada yang berani bantah? So, setiap kali mana-mana parti main sesuatu isu, cari kesahihan isu tu elok-elok bersandarkan Kalamullah dan sunnah Rasulullah. Setuju kan?
Hahaha... panjang pulak kita membebel.
Ok berbalik kepada topik awal,
satu hari tu kita dan adik dengar ceramah PKR.
So automatik akan pegang bendera parti.
Tup tup ada akak area rumah kita nie, dia nie memang Puteri Umno.
Kita join puteri umno pun melalui dia,
lagi pun masa tu ayah jd ketua cawangan.
so takkan nak join parti bersatu sarawak pulak, kan?
Hahaha...
So bila dia dengar yang adik kita tak dapat sambung belajar kat IPTA,
(sebab adik punya result diploma kira oklaa jugak, CGPA 3.5 ++),
terus dia buat kesimpulan... pasal korang pegang bendera PKR itu hari,
tu pasal tak dapat sambung IPTA.
Erk?
Hanya itu je alasan dia?
Korang rasa akak nie buat lawak ke ape?
Kita dengar dia cakap camtu,
kita just gelak jela..
sebab kelakor sangat bunyinya..
"adeh, akak nie memang dah kempunan nak jadi ketua wanita nie..
sampai camtu tahap bercakap. kalau tak dapat gak tahun nie, tak tahulah nak kata.
takpelah kak, nantik kita usul nama akak untuk jadi ketua wanita pada PRU akan dtg.
kuikuikui..."
takpelah, pasni pangkah Parti Bebas jela... kes kes keszzz!
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?