Duit Belanja Sally

24 Jul 2012

Aku dan Masjid Negara

Semalam berkesempatan bertarawikh di Masjid Negara. Seperti tahun lepas, tahun ni Masjid Negara masih mengimport Imam Mekah sebagai Imam Tarawikh sepanjang bulan puasa ni.

 
Nak kongsi cerita sikit.
Sejak zaman belajar di UiTM dulu, saya memang gemar keluar masuk masjid yang besar-besar macam Masjid Negara tu. Malah sewaktu saya takde kenderaan dulu, saya pernah berkata kat diri saya sendiri, "Nantik bile aku dah ade kereta, aku nak rayau semua masjid kat Malaysia ni,". Dan alhamdulillah, niat saya tu dapat saya tunaikan bilamana arwah ayah menghadiahkan 'seekor kancil' kepada saya... Hehehe...




Bila dah berkenderaan tu, ada masa memang saya akan singgah di masjid-masjid besar ni untuk bersolat dan bermuhasabah diri. Sebab saya banyak membaca buku motivasi HM Tuah. Beliau memang suka berkenala dari masjid ke masjid untuk bersolat dan hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran dan karakter saya.




Maaf, jangan kata saya baik. Tak boleh cakap macam tu. Hanya Allah saja yang dapat menilai iman dan taqwa setiap daripada hamba-Nya. Dan saya hanya hamba Allah yang tak lekang daripada melakukan kesilapan. Tulisan saya ini hanyalah sebuah perkongsian cerita rentetan daripada pengalaman saya di masa lalu dan jadikanlah sempadan bagi perkara yang tak baik serta ambillah tauladan sekiranya hal itu bermanfaat.


Namun satu je. Bila dah sedar buat silap dan salah, segeralah kembali dan bertaubat kepada-Nya.

Sebab kena ingat. Kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan-Nya. Dan senantiasalah berdoa pada Allah setiap masa agar diberikan hidayah dan dibukakan pintu hati untuk menerima taufik dari-Nya. Kalau kita ikhlas meminta, doa bersungguh-sungguh nak Allah beri hidayah kat kita, insyaAllah, Dia akan berikan kepada kita. Percayalah! Yang penting kena minta. Tak minta, macam mana nak dapat, kan?




Sori, bukan nak bersyarah pulak pepagi ni. Cuma ianya ada perkaitan sikit dengan topik saya kali ni.




Berbalik kepada cerita tadi, Masjid Negara ni merupakan antara masjid favourate saya. Saya ke sana bukan hanya untuk bersolat, malah setiap kali saya ditimpa masalah sulit, saya pasti akan ke sana. Kerana bagi saya, suasana hening di ruang masjid yang besar itu dapat memberikan ketenangan kepada jiwa dan emosi saya. Di situlah tempat favourate saya untuk meluahkan segala masalah saya kepada Yang Maha Esa. So lepas ni kalau jumpa saya di Masjid Negara, tegur-tegurlah yer. :)


 
Masjid Negara, Kuala Lumpur


Masjid Negara menyimpan banyak cerita duka saya. Daripada kisah saya putus kasih dengan bekas kekasih pertama saya, sikap seorang rakan sekerja yang iri hati dengan saya dan saya down kerana itu, hinggalah  kisah saya kehilangan ayah saya tersayang. Ingat lagi, 24 ogos 2011, bersamaan 24 Ramadhan 1432 tahun lepas, hari Rabu, dapat berita dari kampung ayah dah takda. Dari rumah, terus jumpa adik beradik dan sanak saudara yang lain, berkumpul kejap, masih tak dapat kawal emosi, lepas Asar saya terus drive seorang diri ke Masjid Negara dan di situ saya menghamburkan kesedihan saya sepuas-puasnya!

So tahun ni, buat pertama kali saya, ibu dan adik akan berkelana dari masjid ke masjid untuk bertarawikh sebab ayah dah takde nak imamkan kami. (Moga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah ayah! ~Al-Fatihah~)

 
Kenapa tak istiqamah satu masjid saja?
Sebab seperti saya maklumkan di awal tadi, saya ni jenis suka menjelajah dari satu masjid ke satu masjid. Dan lagi besar masjid tu lagi saya suka sebab ianya akan mempengaruhi emosi saya seolah-olah saya sedang berada di Masjidil Haram.

Tapi ini bukan bermakna saya tak jejak langsung ke surau-surau dan masjid-masjid kecil, cuma sebagai manusia biasa, kita mesti akan ada suatu perasaan lebih menyukai yang itu daripada yang ini. Ini lumrah manusia dan ianya tak salah selagi tak membawa kemudharatan apa-apa.

Dan bilamana saya dapat tahu Masjid Negara masih memakai khidmat Imam Mekah sepanjang Tarawikh tahun ini, memang saya teruja sangat2. Sekurang-kurangnya terubat jugak rindu ni, dan terubat jugak rindu kat ayah sebab saya ke Masjidilharam dulu dengan arwah ayah, ibu dan adik. Secara automatik, segala kenangan akan terimbas dan itu akan menjadi penawar kepada rasa rindu yang membara!

Cuma yang tak bestnya, agak geramlah bila tengok seorang dua muslimah ni tak reti jaga adab bila masuk masjid. Semalam, saya dan adik geleng kepala je bila tengok seorang dua ni memakai legging masuk ke masjid. Sepatutnya pihak pengawal kena ambil tindakan. Berpakaian tak sopan macam tu, memang sangat tak kena bila masuk masjid. Jika awak memang tak malu kat Allah sekali pun, sekurang-kurangnya hormatilah tetamu lain yang berada dalam masjid!

Pakai seluar macam ni, pakai baju had paha, pastu pakai tudung.
Rasa-rasanya minah macam ni silap makan ubat tak? hoho...


Legging macam ni untuk pakaian dalaman je.

Dunia akhir zaman ni makin pelik. Sungguh. Memang pelik!
Jangan kata tak tahu, tak paham, tak reti. Jangan bagi alasan begitu. Tak logik langsung.
Sebab kebanyakan muslimah hari ini ada gajet canggih-canggih, broadband mantap, jadi tiada alasan kata tak tahu sebab dalam dunia tanpa batasan hari ni, terlalu banyak ilmu dan pelajaran agama semua di hujung jari. Klik aje, keluarlah muka Ustaz Don dalam streaming TV Al-Hijrah. Klik aje, keluarlah muka Ustaz Azhar Idrus dekat Youtube. So apa lagi alasan anda, wahai muslimah bertudung tapi berseluar legging?

Satu lagi trend tudun bersanggul dan tudung cekik leher.
Ini bukan soal tak tahu sebab kebanyakan yang pakai macam ni bukan yang duduk dalam gua atau dalam hutan yang tak ada apa-apa sumber informasi sebagai penyebaran maklumat. Tetapi, yang pakai macam ni rata-rata ada kerjaya mantap, pakai gajet canggih-canggih, pakai TV Plasma LED kat rumah. Jadi mana relevannya cakap tak tahu bila mana rancangan bercorak agama melambak dalam tv tu. So bukan tak tahu pun, melainkan kat hati tu keras sikit tak nak ikut hukum agama dalam menutup aurat. Senang cakap, pakai macam ni sebab nak ikut fesyen. Kalau saya, kalau rasa nak ikut fesyen tapi langgar hukum islam, baik saya pakai bikini terus. Sebab dosa dia sama saja = Tak Tutup Aurat.
Betul tak?

Ni pakai macam ni, alang-alang je. Baik menyeksi terus kalau memang tak nak tutup aurat. Kan? barulah semua orang paham. Takdelah timbul rasa pelik tu.

Tudung macam ni Nabi kata takkan cium bau syurga.
Sebab tudung bersanggul unta macam ni tradisi Arab Jahiliyah dulu.

Tudung pembesar-pembesar zaman firaun dulu pun macam ni jugak.
Jadi kenapa nak ikut, kan?


Tudung tercekik leher - Tudung rahib gereja.
Singkat di depan labuh di belakang.
Terbalik sungguh!

So, kawan-kawan muslimah sekalian, jangan ikut trend macam ni. Sayang tau. Rugi je rasa sebab ingat dah pakai tudung, dah tutup aurat dah. Tapi malaikat Atid dok tulis minah ni tak tutup aurat. Kan rugi je berpanas bertudung tapi masih dilabel sebagai dedah aurat.


Tu pasal saya kata tadi, baik pakai bikini pakai mini skirt je terus daripada pakai tudung macam kat atas ni sebab nilainya tetap tak menutup aurat dan still dapat dosa bukak aurat.

 
Tapi janganlah ikut kata saya ni pulak, ni cuma perumpamaan je...
Bukan ape, geram! Sebab benda ni tak payah nak ada ilmu tinggi-tinggi sangat pun...
Tak perlu nak ada ijazah tauliah dari Universiti Al-Azhar pun untuk paham benda-benda macam ni sebab ini semua pengetahuan am. Kanak-kanak 5 tahun pun boleh fikir.

Maaflah. Saya bukan ostajah. Takda langsung. Cuma saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi semua ni sebab masa saya tak berapa nak baik dulu pun, ada 'seseorang' yang rajin menasihati saya. Jadi saya terhutang budi kat orang tu dan mungkin salah satu sebab saya mampu berubah sikit-sikit disebabkan doa daripadanya (selain daripada doa mak ayah dan orang keliling saya). Nak ucapkan terima kasih kat orang tu pun tak sempat sebab kami dah lama lost contact. So saya hanya mampu doa dari jauh moga orang tu mendapat keberkatan dalam hidupnya dan sebagai tanda terima kasih padanya, saya just lakukan apa yang pernah dia lakukan kepada saya dulu. Katanya,
"Saya bukan apa ieza, bila saya buat macam ni, manalah tahu kot-kot satu hari nantik saya tersasar sikit ke, mudah-mudahan akan ada orang yang sudi menegur kesilapan saya."
Kata-kata di atas tak silap saya dia ucap pada tahun 2004. Tapi saya masih mampu mengingatinya sehingga ke hari ini meskipun zaman tu di antara zaman jahiliyah saya. Huhuhu...
Btw, kalau dia terbaca blog saya ni, buat orang tu,
"Awak, terima kasih banyak-banyak, mungkin salah satu faktor saya berubah disebabkan nasihat awak yang tanpa henti dan doa-doa awak yang mahu manusia keliling awak menjadi lebih baik."
Saya ni pun takdelah pakai tudung labuh. Cukup saya katakan, tudung saya tak pernah tercekik leher, tak pernah ada sanggul tambahan di belakang dan insyaAllah depan tu mampu menutup apa yang sepatutnya ditutup. Simple tapi menepati syariat Islam. Dan seluar jeans saya (hello, saya pakai jeans, ok!), insyaAllah longgar dan tak menampakkan bentuk paha. Saya pun pakai legging, tapi legging tu saya letak kat dalam bila saya pakai baju kurung ke, long dress ke, jubah ke etc. So, ada alasan lagi ke?



BTW, malam ni insyaAllah akan ke Masjid Negara lagi.
Jomlah beramai-ramai. Rugi je kerajaan bayar mahal-mahal kat Imam Mekah tu tapi tak ramai jemaah berimamkan beliau.




Jumpa di sana!   :)


~ieza~ blog suka-suka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhatian!

***Kepada korang-korang yang dah follow blog kita, kita ucapkan jutaan terima kasih dan sebagai membalas budi, sila tinggalkan alamat URL blog korang di Kotak Cakaran untuk kita follow balik. TQ!
***Semua kandungan blog ini adalah milik blogger sepenuhnya dan semua idea dan penulisan terilham dengan spontan dan boleh jadi ianya muktamad atau boleh jadi ianya boleh berubah. Harap maklum!

Tentang Blogger

Ieza Hafizah cuma seorang manusia biasa macam korang jugak. Sebelum ini bekerja sebagai Pereka Grafik (percetakan) serta QC cum Admin dalam bidang percetakan, tetapi sebelum tu pernah menyandang jawatan sebagai Plate Maker untuk seketika. Namun disebabkan bakat dan minatnya telah terarah untuk menjadi seorang peniaga, kini Ieza Hafizah bekerja sepenuh masa untuk perniagaan kecil-kecilan milik keluarga. Cita-citanya moga satu hari nanti, beliau dapat membuka sebuah perniagaan miliknya sendiri, seterusnya merealisasikan impiannya untuk meramaikan lagi usahawan Melayu Islam di Malaysia ini, insyaAllah!