Salam meoww meoww semua...
Hari ni macam biasa, aku jalani rutin harian yang (insyaAllah) takkan berubah dalam waktu terdekat ni. Dan Sally aku, iaitu kucing kesayanganku semakin besar perutnya. Aku rasa dalam waktu terdekat ini, kucing kecintaan aku tu akan beranak dalam tempoh tak sampai sebulan lagi. Harap-harap biarlah dia beranak time aku ada kat rumah. Kalau tak, haru jadinya nantik.
Aku nak tanya korang yang minat kucing macam aku ni;
Adakah korang mengalami perasaan sama seperti yang aku rasa?
Ok aku jelaskan apa yang aku rasa tentang perasaan aku terhadap haiwan kesayangan Rasulullah ni.
1. Setiap kali balik kerja, badan yang letih dan penat akan hilang sedikit demi sedikit bila sampai je kat rumah, kucing kesayangan dah sambut aku dengan ngauman meowww dia yang panjang. Pastu dia buat aksi nak cakar-cakar kandang sebab tak sabar-sabar nak keluar. Sungguh, aku sungguh terhibur tatkala melihat aksinya itu meskipun dalam masa yang sama ada kalanya bau 'hasil buangannya' agak menusuk lubang hidung. Hahaha..
2. Aku tak pernah letih atau malas atau bosan melayan karenah kucing aku tu meskipun badan aku penat ke, tengah marah ke, malah acap kali marah aku akan hilang tiap kali aku tengok kucing kesayangan aku tu. Terapi yang bagus, kan? :)
3. Aku amat tersentuh dan selalu je nak nangis(pernah nangis pun) setiap kali aku memandu kat memana jalan, aku ternampak kucing kena langgar. Hati aku memang amat-amat tersentuh. Kalau ikut hati, aku memang nak berhenti nak tanam kucing-kucing tu semua, tapi macam mana? Nak mampus ke berhenti kat tengah-tengah jalan raya yang sesak. Huhu... :(
4. Lagi satu kes tersentuh. Aku memang amat tersentuh bila terjumpa kucing-kucing yang mengiau kat aku, lapar nak makan. Sekarang ni aku memang spare part satu tong besar biskut kucing yang kering tu untuk mana-mana kucing yang aku jumpa kat luar. Malah kat area rumah aku ni aku dah ada seekor kucing yang dah cam muka aku untuk mintak makan, selain beberapa ekor lagi yang aku akan bagi makan sekali sekala. Aku tak kisah orang nak kata apa. Yang penting aku dapat bagi kucing-kucing tu makan sebab aku paham mereka lapar. Bayangkan korang lapar, macam mana perasaan korang? Dan aku pernah satu hari tu (kes dah lama dah), aku takda bawak duit, kurang RM5 dalam wallet aku. Tup tup ada seekor anak kucing ni dok ngiau-ngiau kat kaki aku, aku tak sampai hati nak lari macam tu je sebab aku paham perasaan dia. Dia lapar, nak makan. So duit yang aku niat nak beli makanan aku pada awalnya aku pi beli seekor ikan goreng berharga RM3 semata-mata untuk anak kucing tadi. Dan hatiku puas bila tengok dia makan dengan lahapnya.
Dalam hati aku just cakap, "Takpalah, aku makan kat rumah jela karang," Hehe... :-)
5. Setiap kali aku balik kerja, memang rutin aku akan bersihkan kandang Sally dan basuh kaki tangan montot Sally sebab dia sure berkubang ngan najis kat dalam sangkar tadi kan. So aku kena bersihkan dia dulu sebelum aku dapat gomol-gomol dia peluk cium dia... Hahaha... Pastu mak aku mesti akan tanya... "Sampai bila ko larat buat semua ni, dik?" Aku just jawab..."Sampai bila-bila"... Walhal dalam hati aku nak je cakap "Sampai adik mati atau pun Sally mati" Tapi macam kurang ajar pulak bunyinya. Dalam rumah aku, mak ayah aku memang tak berapa berkenan aku bela Sally ni. Alasan mereka, rumah akan busuk. Ye, aku paham. Tapi sampai bila aku nak kena tahan keinginan aku untuk ada kucing sendiri? Kalau dulu, aku asyik tumpang peluk kucing orang je. Tak puas! Dan sekarang mereka terpaksa terima Sally sebab dah tak boleh larang aku yang sememangnya takkan boleh berenggang dengan kucing! :-P
6. Korang ada niat tak yang mana bila korang dah senang (ada harta sikit) satu hari nantik, korang terdetik nak buat satu 'rumah kebajikan' untuk kucing-kucing terbiar. Pernah tak? Aku memang dah lama angan-angan macam tu. Sejak kecik lagi. Dan insyaAllah, jika diberi rezeki yang lebih kelak, aku akan realisasikan impian aku tu. Malah aku jugak bercadang nak buat 'Mini Zoo' yang menempatkan haiwan-haiwan terbiar.
Ok tak cadangan aku ni? :)
Korang rasa aku ni gila ke? Gila kucing? Entahlah. Tapi apa yang pasti, buat masa ni aku memang tak boleh tengok kucing terbiar lapar nak makan, kucing terbiar kena langgar, anak kucing mati kecik-kecik sebab takda orang nak jaga dan seumpama dengannya. Dan ramai orang yang pelik bila tengok aku bagi makan kat mana-mana kucing yang aku jumpa lapar nak makan, terutamanya orang area rumah aku ni. Lantaklah. Aku tak kisah mereka nak kata apa. Yang penting hati aku puas bila tengok kucing-kucing tu makan dengan berselera hasil pemberian aku yang tak seberapa ni. Eh, jangan kata ini satu kerja membazir, ok? Kucing tu makhluk Allah, sama macam kita. Bezanya kita ni berakal, kena jadi khalifah. Kucing just makhluk yang hanya mengikuti tabiat kucing yang dah Allah atur dalam naluri kehaiwanan dia. Tapi haiwan tiada dosa sebab depa tak berakal, jadi, haiwan ni makhluk yang suci sebab takda dosa. Betul tak?
Huhu, tak perasan pulak Sally aku ni dah nyenyak tidur.
Hmmmm oklah. Aku pun nak tidur gak. Nak tidur sebelah dia...
Hahaha... Papai...